Hadif masuk ke pejabatnya. Terdapat sekeping sampul surat diatas mejanya. Dibuka lalu dilihat satu persatu gambar tersebut. Gambar Zara sedang bercumbu dengan seorang lelaki. Di keronyok gambar itu lalu dicampakkan ke dalam tong sampah.
"Hadif masuk office aku kejap"suruh Aish. Hadif bangun menuruti Aish dari belakang.Hadif menunjukkan laporan pembangunan syarikat.
" 800k hilang... sepatutnya di keluarkan untuk Yayasan tapi tak masuk ke Yayasan..ada penjelasan" tegas Aish. Hadif melihat laporan yang dihulur Aish. Raut wajahnya juga tampak terperanjat.
" Yang keluarkan ni bukan aku, tapi Affan, kau dah tanya dia"Hadif membela diri. Aish terdiam.
"kalau ikut laporan ni dia keluarkan bukan untuk Yayasan tapi resort.. aku takde terima amaun ni"jelas Hadif. Mereka berpandangan. Mereka perlu mencari Affan.
Affan masih memikirkan hal semalam. Itu kebetulan atau sememangnya Zara mendapat firasat itu. Andainya benar dia memang didalam bahaya. Janjinya untuk ke bazar hari ini tidak ditepatinya.
"Weh aku nampak pelik la dengan kes kematian Bazli.. "Raihan mengutarakan curiga dihati.
"maksud kau"Affan seakan tertarik.
"dia pernah cuba dibunuh untuk pertama kali sebab dia rekod masuk hospital diterengganu,"ujar Raihan
"Bazli ada call aku sekali dia beritahu aku yang dia selamat dan bukti tu masih ada dengan dia, tapi dia tak bagitahu pula dia dekat mana"mereka berpanasaran. Barang penting yang dikehendaki mereka tidak dapat dijumpai.
"kau tahu rumah isteri dia"soal Affan. Dia hanya mencuba.
"nanti aku siasat"Affan menongkat dagu.Dia masih berfikiran.
"Affan, aku nak tanya tentang transaksi 800k" Aish memulakan bicara. Tan Sri Muzaffar yang sedang membaca akhbar melipat semula akhbar itu dan memberi tumpuan pada perbualan mereka
"800k... bila.. kat mana.. untuk apa"dia bertanya semula. Hadif meletakkan sekeping kertas diatas meja. Affan meneliti laporan itu.
"800k dari Merga ke Yayasan,apa masalahnya"soalnya
"duit itu tak ada dalam Yayasan tapi di twist ke resort, finance projek kata tak ada receive, so ke mana duit tu"Soal Aish. Tegas benar dia kali ini. 800k bukan satu amaun yang sikit. Ianya salah guna kuasa dan penyelewengan.
"kenapa tanya aku, tanya lah finance, siapa yang apply"soal Affan lagi. Hadif menghulurkan sekeping lagi kertas putih. Dari laporan itu tertera permohonan dia buat keatasnya dan ditandatangan oleh dia sendiri. Affan tergamam.
"Aku takde buat transaksi ni" dia cuba membela diri. Kertas ditangannya itu diletakkan semula ke meja.
"kalau bukan kamu siapa Affan dah terang terang tanda tangan kamu"Tan Sri Muzaffar masuk campur. Hal ini tidak boleh dipandang remeh.
"memang bukan Affan papa, Affan tak tahu"tegasnya.Otaknya ligat berfikir. Siapa yang cuba memerangkapnya.
Zara menanti gilirannya. Pandangannya dilepaskan di setiap pelosok hospital. Azam sibuk dengan lawatan wad.
"Zara" dia disapa.Aish menghampirinya.
"encik Aish buat apa dekat sini"soalnya. Dia memerhati takut takut Aish bersama seseorang dan mungkin akan cemburu.
"saya hantar tunang saya, dia doktor dekat sini" cerita Aish. Zara mengangguk. Tiba namanya dipanggil doktor. Dia meminta diri untuk beredar.Lega dihati apabila dia semakin pulih dari anxiety dan depression.Dia tidak perlu mengambil ubat sekerap dulu. Dia mahu bertemu Azam tapi di tertangkap Affan di hospital itu. Pemuda itu kelihatan kelam kabut. Dia mengekori dari belakang. Affan memasuki wad ViP. Langkahnya terhenti.Dia tidak mampu meneruskan langkah kerana perlu melepasi kawalan keselamatan.Zara turun semula ke bawah.
"Siapa sakit"bisik hatinya.
Affan tak senang duduk. Kata kata Tan Sri Muzaffar merisaukannnya. Dia tidak mahu bertanggungjwab atas kesalahan yang tidak dilakukannya
"Affan, papa bagi Affan satu minggu untuk buktikan yang Affan tidak bersalah, if not.. Affan akan dibubarkan dari sebahagian ahli lembaga Merga holdings" masih terngiang ngiang kata kata itu di benaknya.Suasana pejabatnya suram.Malas untuk dia bekerja hari ini. Kepalanya ligat berputar. Kemana tujuannya.
"Zara"nama itu terkeluar dari benaknya. Dilihat jam tangannya masih awal, dia pulang untuk melepaskan lelah dan kemudian dia mahu menerjah gadis itu.
"Wei jom lepak, kat bazar, port baru nasi lemak dia padu woiii" ajaknya lalu talia dimatikan. Affan bersiap untuk bertemu Zara. Dia semakin ingin mengetahui akan kisah kelebihan gadis itu.
Zara bersiap seperti biasa, tapi kali ini dia ditemani Azam yang tidak berkerja pada hari itu. Disusun semuanya baik baik dan kemas.
"hoi"sergah Affan. Zara membaling tudung bekas ke arahnya. Azam hanya memandang.
"kau ingat lagi tak pervert yang dekat depan kedai baju tu"Zara cuba mengingatkan Azam. Azam sedang berfikiran.
"hah ingat.. oh dia ke"Azam menghulurkan tangan untuk berjabat.
"Affan Mikail"disebut betul namanya.
"A.k.A pervert"sampuk Zara.Affan melirik geram. Dia duduk di meja dibelakang memerhati dua beradik itu beraksi.
"woi Hadif sini"Panggil Affan. Zara kaku. Jantungnya berdegup kencang apabila mendengar nama itu. Dia mahu menoleh tapi berat rasa.
"Aku Azam, abang Zara"sapa Azam.
"Hadif Fayyad, adik Affan..kau bukan doktor dekat spynix ke"Hadif mengecam wajah itu. Azam mengangguk.
"oi mental tak nak amik order kami ke"Zara masih kaku. Di cuit Azam tidak berganjak. Tubuhnya seakan kehilangan roh.
"kau berangan apa"sergah Affan yang berdiri dihadapannya. Zara mendongak. Matanya tertumpu pada lelaki disebelah Affan. Badannya menggigil.
"Hadif Fayyad"sebutnya.Pemuda itu tersenyum.Tubuhnya lemah dan hampir rebah. Kerana pemuda dihadapannya itu pernah hadir dalam mimpinya bersama Amir. Kelihatan dia dalam keadaan berlumuran darah. Zara pengsan
Zara membuka mata. Dia dirumah.Dia terkejut apabila Affan menatap dengan jarak yang dekat. Ditolak badan lelaki itu hingga terjatuh dari sofa.
"ish kau ni, aku rasakan abang kau kena check otak kau sekali"rungutnya
"Zara ok"Hadif bersuara. Walaupun dia kecewa kerana orang yang disangka Amir adalah orang lain tapi dia lega kerana segala kenyataan yang diterimanya adalah realiti. Habis siapa yang mengaulinya malam itu dan apa kaitan dia dengan Amir. Hatinya masih tertanya tanya.
"ok, saya ok"di betulkn bajunya yang tidak rapi. Dia kalut.
"awak nak ke mana"soal Hadif apa bila melihat Zara yang tidak keruan
"saya nak ke gerai"balasnya pendek
"awak ok ke yang nak ke gerai ni"Hadif risau. Gadis itu kelihatan pucat takut dia jatuh pengsan lagi.
"hah cun, aku lapar...aku nak makan"Affan keluar dari rumah dan berjalan menuju ke gerai. Zara dan Hadif beriringan.
"awak betul betul ok ni"soal Hadif lagi. Zara mengangguk. Hadif mati kata.Azam agak sibuk tapi tidak dibenarkan Azam untuk membantu. Dikeluarkan mangkuk tingkatnya lalu diberikan kepada Affan.
"aku masak itu je, semalam kau kata nak datang tapi tak datang so hari ni aku masak simple simple je"Affan membuka mangkuk tingkat itu. Kari daging dengan lobak putih, sayur campur dan telur dada beserta sambal belacan membuka selera Affan
"macam ni punya simple, hotak dia"ngomelnya perlahan. Zara merenung Affan tepat. Pemuda itu menikus. Hadif menjamah nasi lemak yang diberi Zara. Zara diam. Hanya dua beradik itu yang berbicara.
"aku rasa kau kena stop meniaga Zara.. kau penat sangat ni" cadang Azam. Zara diam.Tiada jawapan.
"bukan aku tak nak bagi kau meniaga, sebab aku tengok kau bertungkus lumus nak siapakan semua ni tapi untung tak seberapa, baik kau duduk rumah aku bagi kau duit upah kemaskan rumah aku"tawa Azam ada dihujungnya.
"betul cakap abang awak"sampuk Hadif. Zara masih diam. Affan sedang sibuk ditalian tidak menyertai mesyuarat mereka.
"tak pun kau cari kerja, dah tahu dah bulan bulan kau dapat gaji"cadang Azam lagi
"aku nak kerja kat mana, Spm pun takde, harap PMR itupun atas pagar. " jelasnya.Dia menunduk.Sekarang dia mengerti kenapa kelulusan itu amat penting.Azam juga terdiam.
Share this novel