BAB 3

Drama Completed 25301

"Dari awal aku kata, nak pilih pasangan tengok dulu siapa kita, ukur baju pada badan sendiri bukan main redah je, cinta,sayang,hah sekarang tengok, kenyang ke dengan cinta, bahagia dengan sayang yang bertahun tu"pak samad melepaskan geramnya ke luar. dia berdiri dihadapan pintu dan tangannya menggenggam kemas alang pintu.mahu sahaja dia melepaskan amarahnya pada azam tapi dia tidak berdaya. semuanya sudah terjadi. menyesal pun sudah tidak berguna.dari awal apabila diutarakan niat untuk bertunang dengan anak tan sri itu,pak samad sudah tidak bersetuju tapi kerana dek kesungguhan yang ditunjuk azam dia membawa rombongan ke kuala lumpur semata mata untuk menunaikan hajat anak sulungnya walaupun dihina diherdik. Tampak keikhlasan Ariana Zulaika ketika itu untuk berada ditahap yang lebih serius dari itu tapi apakan daya itu hanya lakonan semata bagi menutupi niat yang tersembunyi.
"azam minta maaf abah.. azam tak sangka dia curang dengan azam."azam melutut dan redha akan hukuman yang bakal menimpa.raut rasa bersalah terpapar jelas diwajahnya. mak jah dan zara duduk di meja makan. tidak berani menyampuk tika perbincangan hangat itu berlangsung. walaupun tampak tenang hati seorang ibu tetap gundah melihat keadaan anaknya.dan perasaan itu ditunjukkan melalui reaksinya yang bermain dengan jari jemarinya. dikutil kutil kulit jarinya yang kering.mata mak jah menunduk tidak berani dia menenung suaminya yang sedang dalam amarah. zara menepuk lembut paha wanita itu. mak jah menoleh dan tersenyum.
"ni kalau orang kampung tahu,makin kencang dorang mengata.dah la pasal basir pun tak habis lagi dorang bercerita ni tambah pula cerita kau putus tunang.. aku ni dah macam letak guni pasir dah dekat muka ni"nada pak samad tinggi seoktaf.jedanya keluhan garau dilepaskan.
"pasal basri tu biar lah dia merantau keluar, untuk kebaikan di juga, lagipun bukan dia buat pun perkara tu dia kena fitnah dan diperangkap"mak jah cuba bersuara.
"aku tahu, tapi tu.. tu.. semua tu.. orang orang tu tahu ke... bagi dorang kita ni tetap jahat. keturunan bidan salmah ni jahat, syirik, khurafat sebab tu aku tak bagi korang gaul dengan dorang.. "tengking pak samad. mereka tersentak. basir, adik kepada zara diperangkap oleh kutu kutu kampung untuk untuk berjumpa pada malam itu tapi mereka memecah masuk sebuah kedai runcit terlebih dahulu lalu pergi meninggalkan kedai itu dan kebetulan basir sampai pada masa dan tempat yang dijanjikan..dia ditangkap orang kampung lalu dibawa kebalai untuk di soal siasat. nasib menyebelahi mereka apabila masih berbaki satu cctv kedai yang belum sempat dirosakkan mereka menjadi bukti untuk membebaskan basir. seperti yang dikatakan pak samad, apapun keputusan tetap tidak elok bagi orang kampung.bagi mereka keturunan bidan salmah iaitu nenek pak samad tidak baik. fitnah itu berpunca apabila pinangan pak samad ditolak anak tok ketua dan lebih buruk apa bila gadis itu mengandungkan anak sulungnya mati di tangan neneknya yang menjadi bidan ketika itu. dari situ bermulalah cerita karut ditambah pula dengan kelebihan zara menjadi penyedap cerita.

Suasana rumah usang itu sunyi. tiada hilai tawa dan riuh rendah.yang ada hanyalah bunyi deruan ombak menghempas pantai. zara duduk dianak tangga termenung memikirkan takdirnya.
"bawa dia balik sini esok"suara garau pak samad kedengaran jelas. lelaki separuh abad itu keluar dengan sekole kopi panas dan seberkas daun rokor beserta tembakau.dia bersandar pada tiang di tepi tangga.zara hanya diam. mak jah turut ke anjung menemani suaminya.
"zara esok aku nak kau kemaskan pondok tu. biar budak tu tidur situ. dah dia tak ingat apa apa takkan nak biarkan dia merayap tanpa hala tuju, dia tinggal dulu dengan kita samai dia ingat siapa dia"zara hanya mengangguk.tidak berani membantah.dalam bayangannya lelaki itu bukan orang biasa tapi somebody.. dan terapungnya dia dilaut itu adalah satu tragedi namun tidak dapat dirungkainya. terlalu singkat gambaran itu.apa yang dia tahu lelaki itu Hadif Fayyad.
"esok aku ikut azam pergi ambil di dekat hospital, kamu takde urusankan tengahari esok"azam yang berada dalam rumah berjalan ke muka pintu.
"tak de abah.. pagi tu azam nak ke pasar kejap nak beli itik.. lama dah tak makan masak lemak itik salai"dikesat airliurnya lalu matanya dikenyitkan ke arah mak jah, mangsanya untuk memasak.
"takde hari aku nak buat..."mak jah memalingkan badannya
"aku pun dah lama tak makan itik salai masak lemak, kalau ada ulam kampung kau beli la sikit sedap pula tekak ni dengar itik salai"tekak pak samad dilurut oleh jari tua itu. mak jah mengeluh rajuk. anak beranak itu sepakat kenakannya. azam berbaring diribaan bondanya. zara bersandar pada lengan pak samad. deruan ombak memecah sunyi. asap dari rokok daun berkepul kepul di udara disuluh lampu mentol kuning.
"perhatian,mohon perhatian encik samad bin said, dikala usia anda menginjak enam puluh sila berhenti merokok kerana merokok membahayakan kesihatan ya"tersembur tawa dimulut mak jah. pak samad yang sedang menyedut asap rokok tersedak. dibaling beg rokok daun kearah azam yang sedang berbaring.
"itu rokok moden.. rokok daun ni takde bahayanya"ketidakpuasan hatinya diutarakan
"apa pula tak bahayanya.. sama juga tembakau, apa apa produk yang mengandungi tembakau tetap merbahaya."azam bermain dengan lengan baju bondanya memandang pak samad melalui hujung mata.
"mau nak sakit sakit juga.. aku hisap dah bertahun takde pun sakit kronik"masih tidak mahu mengalah.
"wah takkabur"seloroh azam. pak samad batuk batuk.
"hah tu... takkabur lagi.. Allah dah marah"mereka tertawa.
"menyesal pula aku bagi kau belajar doktor"seloroh pak samad
"mak esok cancel itik"ugut azam. pak samad segera mematikan daun rokoknya. dihirup kopi panas yang dibawanya tadi. lalu ditongkat kepala ke tiang. dihadap syiling rumahnya.
"tau takut.. penangan itik lagi berkesan dari anak "tawa mereka berderai.

"pakcik nak panggil kamu apa, takkan nak panggil hoi"soal pak samad. pemuda itu masih menyesuaikn diri dengan persekitarannya. masih gugup untuk berbicara.mak jah menyeduk lauk lalu diletakkan kepinggannya. zara hanya memerhati.
"kalau macam tu mak bagi nama boleh"bicara seorang ibu lebih menenangkan. pemuda itu mengangguk.mereka menanti pilihan nama dari mak jah.nasi dipinggan dikuis kuisnya. lama dia berfikiran mencari nama yang sesuai. dilorek lorek jarinya ke pinggan.
"setahun baru dapat nama"seloroh pak samad. zara yang sedang minum air hampir terhambur keluar
"letak la wayne rooney ke, benzema ke, lionel messi ke,masour al farashi ke, muhammad alfateh ke... ni amir.. amir khan.. mujerat kede mujerat kede"usikan azam menerima padah apabila betisnya dicubit mak jah menggunakan kaki.
"kenapa tak boh sashi kapoor, rajnith khan ke, amitabh bachan ke"seloroh pak samad membuatkan makan tengahari mereka penuh gelak tawa.zara mengemas meja. matanya melirik ke arah amir. pemuda itu sudah mula mahu berbicara. ditambah pula sikap azam yang suka bergurau membuatkan amir tampak selesa. zara masih penasaran.apa tragedi yang berlaku pada pemuda itu sehingga dia jatuh ke laut.

Zara dan Azam duduk ditepi pantai. menghirup udara segar malam.Malam yang disinari taburan bintang kelihatan seperti berlian mewah.
"kau esok balik pagi ke petang"kakinya menguis nguis pasir pantai. di kepit rambutnya beralun ditiup angin.
"balik petang, nak beli barang sikit bawa balik KL, zara kau tak nak ikut aku keje sana ke, kau duduk sini jadi hinaan orang kampung je buat apa"cadangan yang diutarakan azam pernah terlintas difikirannya tapi dia lebih memikirkan mak jah dan pak samad.hijrahnya ke ibu kota tidak akan sesekali menutup mulut orang kampung dari mencaci keji pasangan itu. mereka tetap dipulaukan.
"bukan aku tak nak bang, tapi kau tahu lah abah tu bukan kuat sangat dah pun,sekurang kurangnya aku ada boleh ikut dia ke laut"dia merangkul lengan azam dan meletakkan kepalanya dibahu pemuda itu.amir memerhati gelagat mereka dari belakang.
"abah tu aku dah pesan banyak kali tak payah dah kelaut, duit yang aku kirim tiap tiap bulan tu cukup untuk tampung korang dekat sini, basir pun kirim duit juga, tapi dia gatal juga nak ke laut aku pun tak faham"azam menggeleng kepalanya. kepala pemuda itu ditunjal dari belakang.azam menyapu kepala yang ditunjal. zara bangun dan lari menyelamatkan diri.
"binawe"marah azam. dirangkul leher zara dan ditepuk dahi gadis itu berkali kali.
"sakit la bodo"rungut gadis itu
"kau tu kalau aku kata bongok kau marah.. kau fikir tengok, abah apa yang dia boleh buat selain dari kelaut dan ke masjid.kau ingat dia nak ke laut tu sebab nak tangkap hasil laut sangat ke, dia saja suka suka nak isi masa lapang dia. ni kau balik ada abah kelaut... guna akai..fikir fikir.. "dibaling pasir ke badan lelaki itu dan dia berlari masuk ke rumah. azam berjalan perlahan didalam gelap. ada benarnya apa yang diutarakan zara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience