Affan ke kilang bersama Zara. Auranya terasa lain. Affan tampak gembira dalam ketat wajahnya.
"kau berhentikan aku dekat sini.. aku tak nak orang nampak kita datang berdua."pinta Zara. Affan hanya mengikut. Diberhentikan keretanya diperhentian bas berhampiran kilang. Zara mengambil begnya.
"kejap"Affan menahan isterinya dari keluar kereta.
"Apa" rungut Zara. Dia takut akan dilihat pekerja lain. Matanya melilau melihat sekeliling. Affan mengikat rambut isterinya agar tampak kemas. Zara menoleh.
"ok dah... boleh keluar"Affan kembali dingin.Zara membuka pintu kereta dan mahu melangkah keluar
"oii... salam suami dulu"suruh Affan. Zara menoleh lagi. Geram. Affan menghulur tangannya namun ditepis Zara.
"amboi.. suami ni.. berdosa tau"Affan memaksa. Zara menyambut huluran tangan itu dan mengucup laju. Lalu keluar dari kereta. Pintu dihempas kuat. Affan tertawa didalam kereta. Zara semakin geram. Kereta itu bergerak dan memasuki kawasan kilang. Affan menanti isterinya yang berjalan di dalam kereta. Zara jalan bersendirian dan memasuki kilang. Affan keluar dari keretanya.Kelihatan Hadif berjalan mendapatkan Zara. Tangannya berbalut. Affan tersenyum.
"Ya Allah.. Hadif"Zara terkejut melihat keadaan Hadif. Tangannya berbalut dan mukanya bengkak bengkak.
"awak kenapa"soal Zara. Affan yang berjalan memasuki kilang menyapa
"kau tidur dekat padang mana semalam.. orang nak yamseng kau nak yamseng"perli Affan. Hadif geram. Marah semalam belum habis hari ini ditambah lagi.
"lain kali bro jangan kacau kawasan orang..ikut authority border bro"Affan meneruskan langkah. Zara hairan.Apa yang dimaksudkan Affan. Dia dan Hadif bergandingan.Hadif duduk di sebelah Zara dan memerhati gadis itu bekerja.
"awak kenapa"soal Zara.Tangan dan matanya memeriksa komponen
"macam Affan cakap tadi.. biarlah.. dia marah lah tu"Hadif beralasan
"apa awak buat sampai dia marah"soal Zara
"sebab saya amik awak bawa ke Merga.. saya cuma nak bantu awak..dekat sini awak selalu kena buli.. kalau dekat Merga siapa pun tak kisah hubungan kita"Hadif bercerita
"dia tu gila ke"Zara mula geram
"entah la awak.. saya pun hairan.. dia dah ada Tiara kenapa dia nak kongkong awak pula"Zara terdiam. Dia bangun dan meninggalkan Hadif sendirian. Dia perlu bersemuka dengan Affan. Pintu bilik Affan ditolak kuat.
"Affan Mikail...Kau dah melampau" tengking Zara.
"melampau.. apa aku buat.. takkan salam tangan suami pun melampau"Affan meletakkan pen yang dipegangnya keatas meja.Dia bangun dan berdiri disisi mejanya sambil memeluk tubuh. Diaahu memdengar apa yang ingin diluahkan Zara.
"apa kau buat pada Hadif.. takkan sebab dia bawa aku ke Merga kau pukul dia sampai macam tu.. kau ingat kau Malaikat Izrail ke"tengkingnya.Mukanya merah kerana marah yang membuak buak.
"aku..pukul dia"Affan tertawa sinis
"habis kalau bukan kau siapa.. kau je yang cemburu hubungan kami"Affan mula geram namun dia cuba untuk bersabar.
"kau ingat kau boleh beli semua orang dengan ugutan kau.. kau silap Affan Mikail.. aku orang pertama yang akan tentang kau.. " Zara semakin berani.
"aku akan buat apa saja jika ada orang ganggu hak aku"Affan tidak mahu mengalah. Zara teringat akan gambaran itu.. lelaki yang ditembak itu adalah Hadif.. Affan ya Affan.. dia mahu membunuh Hadif. Zara kaget apa bila teringat akan gambaran itu. Hadif adalah orang yang harus dia selamatkan bukan Affan. Zara mula menyesal.
"kau memang binatang Affan.. "Tempik Zara
"kau baru tahu ke.. "Affan menghampiri Zara.Zara cuak. Dia berundur sedikit demi sedikit. Affan makin menghampirinya.
"binatang ni juga kau ciumkan.. binatang ni juga yang kau gantikan dengan Bazli"Affan mula memprovok. Zara mencapai pasu yang hampir ditangannya lalu mengetuk kepala Affan. Darah mengalir ke pipi Affan. Affan mengerang kesakitan. Zara lari keluar meninggalkan Affan sendirian kesakitan.
"ika dah cuba tapi tak boleh sayang"Ariana duduk disebelah seorang lelaki.
"takpe lama mana dorang nak sembunyikan..nanti kita akan tahu"lelaki itu mematikan cerutnya.
"Azam tu susah ika nak korek rahsia.. dia tutup kemas"rengek Ariana
"it's okey.. you did well sayang"dahi gadis itu di kucup.
"Tan Sri...kita kena gerak sekarang..Puan Sri dah sampai dekat Yayasan." Ujar pembantu lelaki itu. Lelaki itu bangun dan meninggalkan Ariana sendirian. Ariana meninggalkan lounge itu dengan senyuman.Dia menelefon Aish untuk mengisi kekosongan harinya. Dia ke Merga untuk mengambil tunangnya. Aish yang masih berkerja di nanti Ariana dengan sabar. Sesekali dia melirik melihat Aish yang masih bekerja. Di hampiri Aish yang sedang asyik menatap komputernya.
"Aish.. lambat lagi ke.. Lapar la"rengeknya.Aish mengalah ditutup komputernya lalu beriringan keluar bersama. Aish membawa Ariana keluar membeli belah setelah perut yang lapar diisi. Mereka terserempak dengan Hadif dan Zara dia Mall. Mereka kelihatan mesra seperti merpati dua sejoli.
"korang dari mana"soal Aish.
"kilang.. aku ajak Zara teman aku.. aku kan mc" Diangkat tangannya yang berbalut. Zara hanya tersenyum. Ariana mencari peluang untuk berbicara dengannya. Zara merapati Hadif. Dia tidak selesa dengan renungan Ariana.
Hadif menghantar Zara pulang. Barang yang dibelinya dibawa masuk. Kali pertama Zara berbelanja seperti itu.
"amboi banyak barang"tegur Azam.
"bukan aku beli.. tapi Hadif.. dia belanja.. aku on je"Zara membuka satu persatu beg yang berisi barangnya.
"ingat kau tu isteri orang... hati hati...nanti tergadai body"pesan Azam. Zara mengajuk kata kata Azam
"kau tak melawat mak mertua kau... dia dah ok sikit.. aku suruh dia buat fisio"Zara meletakkan barangnya dibawah. Baru dia teringat akan ibu mertuanya
"Allah aku lupa bang.. Dia dah ok.. Alhamdulillah..esok aku pergi.. esok aku cuti huhu"sorak Zara.
"kau buat apa dekat Affan sampai berdarah.. "soal Azam. Zara cuak. Dia mencari alasan untuk menyelamatkan diri
"aku protect diri aku je"Zara gugup
"protect diri kau.. kau pukul laki kau tau.. bukan orang lain.. suami kau yang sah"marah Azam. Zara diam
"apa yang dia buat sampai kau pukul dia.. kau kan Zara aku kata bodoh kau marah tapi bodoh kau tu tak boleh bawa bincang punya level"marah Azam
"kau nak marah aku apa hal.. kau tahu tak yang dia tu gunakan aku untuk kepentingan dia.. "tempik Zara
"kepentingan apa..kau tu yang gila bayang dengan si Hadif sampai kau lupa kau tu isteri orang"tengking Azam.
"kau tahu tak dia pukul Hadif semata mata marahkan Hadif transfer aku pergi Merga.. kau rasa.. patut ke"Zara mula menyinga
"memang patut pun.. apa motif dia bawa kau pergi sana.. sebab nak menggatal dengan kau.. kau tu isteri orang ingat sikit... "marah Azam sudah memuncak. Dia tidak mahu adiknya terus hanyut.
"Hadif bos aku.. aku kena ikut arahan dia"Zara lagi berang apabila abangnya sendiri menyebelahi Affan
"bos pun..kau ada tanya pendapat Hadif.. kau ikut kepala kau angau kau" Dadanya mula berombak.Marahnya sudah tidak dapat dipendam lagi.
"kau tahu tak dia cuba hapuskan sesiapa saja yang dekat dengan aku dan sesiapa saja yang sakiti aku.. bunuh orang pun dia sanggup.. "Zara membocor rahsia yang disimpan selama ini.
"kau dah melampau Zara... kau dah fitnah suami kau sendiri"Matanya merenung Zara tepat
"kalau abah tahu habis kau abah kerjakan"Azam malas bertegang leher dengan adiknya. Zara tidak akan mahu kalah.
"aku memang nak balik kampung nak beritahu mak dan abah yang aku nak bercerai" Azam terkejut. Dia menghampiri Zara lalu ditampar Zara dikiri dan kanan pipinya. Zara terdiam. Belum pernah abangnya menaikkan tangan kepadanya.Tapi kali ini....
"kau tak nampak ke sayang yang dia cuba tunjukkan pada kau.. kau tak nampak atau ku buat buat tak nampak Zara"nada Azam dikendurkan sedikit
"macam macam dia buat untuk ambil hati kau.. tapi kau.. mabuk cinta dengan Hadif... kau sakit terlantar di wad satu hari berapa kali dia telefon aku hanya bertanyakan pasal kau.. dia datang jenguk kau dekat wad secara diam diam.. sebab tak nak ganggu tidur kau.. dia balik kampung jumpa mak abah minta izin nak pindahkan kau kerumah dia sedangkan kau isteri dia.. mak abah marah bila dapat tahu korang tak sebumbung dia mengaku itu salah dia.. dia nak kau terima dia seadanya dia.. baik buruk dia.. dia tahu kau masih sayangkan Amir tapi Amir itu kisah lalu kau.. dia suami kau yang sekarang..tapi dia masih berharap yang kau akan sayangkan dia macam mana kau sayangkan Amir..Aku tak suruh kau lupa kan Amir tapi aku sebagai abang kau nk ku hormat dia sebagai seorang suami dan terima dia seadanya dia.. bukan kau terus hanyut macam ni. "Azam meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Lapang dadanya terasa.
"kalau kau betul betul nekad untuk bercerai dengan dia.. aku jamin kau akan menyesal Zara" Azam memberi amaran.
"kau back up la dia sebab dia bayar kau untuk jaga umi... kalau tak.. haukkk.. lagipun dia ada Tiara.. macam mana pun nanti kami akan bercerai juga bila dia nak kawin dengan Tiara."Zara masih tidak mhu mengalah
"aku cakap sebab aku lelaki.. aku tahu perasaan dia.. aku faham keadaan dia.. bukan sebab dia kaya tapi aku nampak dia ikhlas dengan kau.. Tiara.. kau tahu Tiara curang dengan dia.. kau tahu Tiara tu ex Aish..."Zara terkejut tapi dia masih lagi tidak berpuas hati
"dah tahu si Tiara tu curang kenapa terhegeh hegeh lagi..berkepit juga"Zara mengomel... Dia sudah ketandusan kata kata
"sebab kau.. dia nak lindung kau.. semua orang belum tahu status kau dengan dia.. andaikata sekarang tengah tegang macam ni dia putus dengan Tiara dan bagitahu semua kau isteri dia.. kau rasa Tiara akan duduk diam.. orang yang berdendam dengan dia akan duduk diam.. "kali ini Zara memang kehabisan kata kata.. Dari firasatnya Affan bukanlah orang yang begitu.. dia yang menumpahkan darah banyak orang.. dan realitinya juga di begitu.. tapi dari apa yang dikatakan abangnya Affan seorang yang berbeza.. Dari izrail kepada Ridwan.. penjaga syurga yang suci.
Affan dan Raihan bertemu dengan bekas pengurus kewangan Merga yang berhenti kerana transaksi 800k. Affan terkejut kerana apabila mendengar keterangan lelaki itu. Rupanya Puan Sri Azizah telah banyak menyeleweng wang syarikat.Pengeluaran secara sulit dan transaksi keluar masuk dana haram juga diteliti Affan. Geramnya dia melihat apa yang diusahakan arwah walidnya jahanam begitu saja. Yayasan ditubuhkan Uminya untuk membantu orang orang susah dan gelandangan juga disalah guna. Sikit demi sikit empayar Merga rebah ke bumi.
Share this novel