BAB 21

Drama Completed 25301

Pintu bilik Zara dibuka. Seseorang masuk ke bilik itu secara senyap senyap. Azam yang menemani Zara tidur disofa. Kelibat itu menghampiri Zara. Zara terasa kehadiran itu dalam kesamaran. Matanya dibuka sedikit. Dia takut. Kelibat itu benar benar berdiri dihadapanya. Zara yang mamai dek kerana ubat yang diambilnya tadi.Tangannya terasa disentuh dan digenggam lembut. Zara takut. Mahu memanggil Azam tapi suaranya seakan tersekat. Dahinya dikucup dan rambutnya dibelai lembut.Zara cuba mendapatkan wajah tubuh itu.
"zara jaga diri ya.. Affan ada urusan yang sangat penting yang harus Affan selesaikan.. nanti Affan pulang Affan jumpa Zara ya... Affan rindu Zara"lagi sekali dahinya dikucup. terasa hangat dahinya kerana airmata lelaki itu menitis didahinya. Zara cuba bangun tapi gagal. Bermimpikah dia. Affan Mikail datang kepadanya. Pandangannya kelam semula.

Affan menyantuni ibu mertuanya.Pak Samad kelaut. Affan berjalan dipantai bagi merehatkan mindanya yang serabut.Senja menjengah.Nelayan mula kembali ke darat. Affan menanti Pak Samad disitu. Akhirnya bot lelaki tua itu tiba. Disantuni ayah mertuanya.
"bila kamu sampai"Pak Samad menyoal
"baru je abah.. banyak dapat ikan.. "Affan membantu mengeluarkan barang barang yang berada didalam bot. Dia beriringan dengan Pak Samad untuk pulang kerumah.
"tiap kali kamu balik Zara tak ikut.. korang ada masalah ke"Soal Pak Samad. Angin malam menikam tubuh Affan hingga dinginnya terasa sampai ke tulang.
"tak de lah abah, Zara kan kerja.. Affan balik ni pun sebab nak jenguk mak dengan abah sambil uruskan resort"alasannya
"berapa hari kamu balik ni"soal Pak Samad
"esok malam Affan balik sana semula.. ada mesyuarat dekat sana"Kopi yang dihidang Mak Jah dihirupnya perlahan.
"abah.. Affan nak minta pendapat abah boleh" Cawan kopi itu diletakkan perlahan
"Apa dia"Pak Samad asyik dengan rokoknya.
"Affan nak siasat balik kes bot berlanggar tu"Pak Samad terkejut tapi dia tetap tenang. Dipadamkan rokoknya.
"untuk apa"Affan cuba menyusun kata agar tidak terguris hati lelaki itu.
"Affan syak ada yang tak kena dengan kes tu.. "dia memberanikan diri. Pak Samad tetap tenang
"Affan rasa kemalangan tu memang dirancang."Affan berbicara menggunakan teorinya.
"kalau betul pun semua tu dah berlalu Affan"Pak Samad seakan mahu menyerah
"tapi pelaku harus mendapat balasan "Affan cuba untuk memancing
"bukan senang nak cari,lagipun dah bertahun kes tu.. Zara pun dah besar.. dah kawin pun.."Pak Samad tidak mahu menambah duka dihati
"pasal tu abah jangan risau Affan akan uruskan semua.. Affan cuma minta kebenaran abah saja... sebab ini melibatkan arwah ibu Zara.. "Affan cuba bertenang. Pak Samad diam.
"Jah setuju dengan Affan.. kalau betul kemalangan tu dirancang pelaku dia mesti dihadapkan ke muka pengadilan." Mak Jah bersuara akan pendapatnya. Baginya kematian sepupunya harus mendapat pembelaan.
"tapi macam mana kalau itu satu tragedi yang tak disengajakan.. Zara mesti kecewa" ujar Pak Samad. Mak Jah terdiam. Ada benarnya kata Pak Samad, akibat kejadian itu Zara lah paling terkesan. Sedihnya makan tahun.
"Affan nak mak dan abah rahsiakan dari Zara sampai pelaku dihadapkan kemuka pengadilan"ujar Affan. Dia mahu kes itu dibuka semula.
"kamu tahu sapa yang punya punca" Pak Samad mahu kesahihan akan niat Affan
"dari apa yang Affan siasat sekarang.. pelaku dia berkemungkinan Muzaffar ayah tiri Affan"Pak Samad tersentak.
"punca semua kerana Merga Holdings"Pasangan tua itu terdiam.Mereka seakan terkejut dengan kenyataan itu.
" terpulang la pada kamu Affan cuma abah minta apa pun keputusan selepas itu abah mahu hati Zara di jaga..Dia baru pulih dari sakit dia abah tak nak hilang senyum dia lagi" pesan Pak Samad. Affan lega. Dia seakan peroleh semangat baru.

Aish dilantik sebagai Exec BoD serta Ceo Merga Holdings yang baru. Dan Hadif Vice Ceo yang baru. Berita itu menjadi liputan seluruh negara bahkan dunia kerana empayar Merga bukan sahaja didalam Malaysia tapi international.Saham Merga tidak teratur kerana perlantikan itu. Affan hanya mampu berdiam. Projek resort itu diberikan semula kepada Affan. Affan bersyukur kerana projek itu permintaan dan idea dari uminya sebagai pengabdi rindu buat.Zara di bawa Hadif ke Merga sebagai tea lady. Affan rindukan isterinya. Tiada lagi regu untuk bergaduh.
"kau kena juga sesekali pergi Merga.. takkan kau nak biarkan dorang lansam semuanya" nasihat Raihan.
"untuk apa aku ke sana.. aku dah hilang hak untuk ke situ"Affan seakan mengalah.
"tapi kau kena ingat Merga tu hak kau"Raihan mengingatkan.
"Aku perlu kumpul kan semua bukti untuk aku dapatkan Merga semula.. Lagipun aku kena hati hati..aku tak mahu Zara terlibat apatah lagi tercedera" Risaunya kali ini jelas.
"habis dia dekat Merga tu kau fikir tak bahaya ke" Raihan cuba mengingatkan.Affan terdiam

"papa Affan nak Zara Auliya kerja Semula dikilang" tegas Affan.
"dia dah selesa di Merga yang kau nak amik dia bawa ke kilang balik dah kenapa.. kau juga yang tak nak dia kerja dengan kita dulu kan" Bantah Hadif.
"memang tapi kau bak transfer dia tak bagitahu aku.. kau tahukan kita leak staff.. kau ambik dia lagi la.."marah Affan
"aku nak ambil ke tak nak ke itu hal aku.. aku tak perlu keputusan kau.. "bongkak Hadif
"tapi dia under aku"Affan bertegas.
"dah dah dah... pasal perempuan sorang pun korang nak gaduhkan"Tan Sri bersuara
"apa kelebihan perempuan tu yang korang sibuk sangat nak rebutkan.. "soal Tan Sri
"nothing spesial but she's my staff and kilang leak staff.. operation terganggu papa"jelas Affan
"apa kelulusan dia"soal Tan Sri
"pmr" Affan menjawab laju.
"tea lady tak perlukan kelulusan papa"Hadif mencuba. Tan Sri diam. Dua beradik itu menanti keputusan.
"Aish papa nak esok Zara di tukarkan ke kilang semula.. untuk pertukaran staff kena minta approval incharge buka main sebat.. "tegas Tan Sri. Hadif bengang.Affan bangun dan terus beredar. Lega rasanya kali ini dia menang bertarung dengan Hadif.
"ni baru permulaan Hadif.. "Affan mengomel sendiri. Dia menuju ke rumah Azam. Zara yang sedang menonton tv terkejut dengan ketukan kuat di pintu.
"Kau nak bagi reban pintu rumah aku ke"marah Zara
"kau kemas baju kau sekarang ikut aku"paksanya
"pergi mana"soal Zara yang kembali duduk disofa.
"aku kata sekarang.. kemas barang kau ikut aku"nada Affan makin tinggi
"ah malas aku.. "dicapai keropok dan disuapkan ke mulutnya.
"Zara Auliya aku kata sekarang"tengking Affan.
"kau pehal datang nak paksa paksa aku ikut kau.. "balas Zara.
"aku kata ikut aku ikut je la.. banyak tanya la kau ni"marah Affan.
"aku tak nak.. kau nak bawa aku ke mana.. nak jual aku.. ke kau nak..."belum sempat kata katanya dihabiskan Affan mendukungnya lalu di masukkan kedalam kereta.
"kau jangan keluar tidak..."
"tidak apa... "gertak Zara
"aku buat bising dekat sini" Alasan bodoh apalah yang dia beri.. Affan mengunci pintu rumah Azam dan menghantar mesej kepada abang iparnya. Kereta dihidupkan dan meluncur laju.
"kita nak ke mana"soal Zara.
"rumah aku"jujurnya.
"buat apa"Soalnya lagi
"kau isteri aku.. kena lah duduk dengan aku.. takkan kau nak bertenggek lagi dengan abang kau"marah Affan.
"hantar aku balik.. "suruhnya. Affan tidak mengendahkan. Zara melawan. kereta yang dipandu Affan terhuyung hayang. Affan berhenti ditepi
"kau dah gila ke.. kalau accident macam mana"marah Affan
"jangan.. jangan balik dulu.. ada orang sedang tunggu kau.. kau dalam bahaya"ujar Zara. Affan tersentak. Setahunya kondonya hanya Dia,Raihan dan Tiara saja yang tahu. Dan Tiara hanya tahu akan kondo itu tapi tidak pernah menjejakkan kaki ke situ. Siapa yang menantinya.
"kau biar betul"Affan ingin kepastian.
"kau ingat tak hari tu aku ada pesan ada orang nak langgar kau.. ini orang yang sama aku rasa"Zara memegang kepalanya..sakit.Affan cuak.Zara mengerang kesakitan.Affan kalut. Dibawa Zara ke sphynix hospital untuk pemerikasaan. Ariana memeriksa Zara. Mujur tiada apa apa yang serius hanya sakit kepala biasa.
"kita tidur hotel ya.. "ujar Affan
"aku nak balik"Zara bernada lemah
"kau sakit sakit pun nak bantah.. ishh la"marah Affan. Zara diam. Dia tidak larat untuk bertengkar.

Hadif menelefon Zara.. tapi tidak berjawab. Hadif semakin hilang sabar. Marahnya pada Affan belum reda. Hadif menghidupkan enjin kereta dan keluar dari perkarangan rumah agam itu. Dicari Zara dirumahnya namum marahnya memuncak apabila dia mengetahui Zara keluar bersama Affan. Dia mengamuk sendirian di dalam kereta.
"sial kau Affannnn"stereng keretanya ditumbuk berkali kali. Hadif meluncur laju keretanya dan memasuki ke kawasan kondo.Ditekan loceng rumah itu.
"Hai babe.."seorang perempuan membuka pintu.
Hadif masuk ke dalam rumah itu. Gadis itu sungguh seksi. Menampakkan hampir seluruh tubuhnya dibalik gaun tidur yang jarang itu.
"lama dah kau tak datang.. hari tu kau cakap nak datang tapi tak pun.. aku tunggu"Di beri segelas jus kepada Hadif
"aku ada urusan sikit hari tu"alasan Hadif
"it's okey but tahniah Mr Vice Ceo.. "mereka bersulam minum.
"kau asal datang jumpa aku muka ketat.. asal datang jumpa aku muka ketat... "gadis itu mengeluh.
"Affan.. dia sailang aku"marah Hadif.
"maksud kau.. "gadis itu menyoal
"dia rampas Zara dari aku"nadanya tinggi seoktaf
"kau ada hati dekat dia ke" cemburu gadis itu
"kau gila.. aku cuma nak guna kan dia untuk dapatkan bukti dari Bazli..aku tahu dia mesti ada simpan barang mangkuk tu.. aku nak bukti tu kalau tak habis Merga"Hadif meluahkan geram
"kau yakin dia ada simpan"soal gadis itu
"aku yakin sebab Affan juga kawal dia ketat"Hadif mula berteori
"jangan kau ada hati dengan dia sudah"cemburu gadis itu mula bercambah.
"aku kan ada kau.. takkan ada siapa boleh gantikan tempat kau " nafsu Hadif mula meliar.. Diratah tubuh gadis itu sepuasnya.

Ariana cuba akses ke wad Vip tapi tidak berjaya. Kod laluan sudah ditukar. Ariana ingin tahu keadaan wanita di dalam itu.
"kau buat apa dekat sini"soal Azam
"nak masuk tengok patient la.. "Ariana cuba mengawal diri.
"wad ni hanya aku sahaja boleh masuk.. orang lain tak dibenarkan dan ini arahan dan permintaan keluarga pesakit"tegas Azam
"Zam.. ika minta maaf ika tahu ika salah.. kita get back semula ya... "Ariana merayu
"kau dah kenapa.. tunang kau yang kaya raya tu nak letak mana.. gila la kau ni" Ariana memegang tangan Azam. Dia masih merayu
"Ariana Zulaika kita sekarang dekat hospital.. kau jangan campurkan hal peribadi dengan Kerja boleh tak.. dan lagi satu stop being childish.."Azam membuka pintu dan masuk ke dalam bilik wad tersebut. Puan Sri Zaleha semakin baik. Sudah boleh makan dan minum dengan baik.
"aunty macam mana hari ni..sihat"Azam menyoal.
"alhamdulillah.. sebab kamu jaga aunty la yang aunty sihat."Puan Sri Zaleha bercanda.
"bibik boleh rehat ya... kesian bibik letih ye" Azam berseloroh
"nggak la dok.. udah kerja saya"bibik yang digaji Affan untuk menjaga Puan Sri Zaleha sepenuh masa.
"bila aunty boleh lihat dunia luar Azam.. aunty bosan sangat..." Dia yang sudah dua bulan boleh melihat dunia terasa seakan berada didalam sangkar.Dunia luar mahu diterokanya.Azam diam.Dia risau akan keselamatan wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience