Kehadiran Tiara dikilang menjadi sebutan ramai terutama peminatnya. Zara tidak mencampuri urusan peminat dan idola itu. Zara hanya terus bekerja. Satu persatu komponen eletronik itu di periksanya.
"Zara"panggil Hadif.Zara menoleh. Hadif menghampirinya dengan sebungkus makanan.
"jom brake.. "pelawa Hadif. Zara mematikan suis mesin dan ke kafe bersama Hadif. Keli goreng berlada itu yang dibeli Hadif dijamah Zara. Mereka makan berdua seperti biasa. Sesekali terdengar hilai tawa dimeja mereka. Apa yang dibicarakan mereka menjadi tanda tanya pada si suami yang juga berada disitu.
"Sayang.. kita makan dekat luar la.. I nak makan pasta"ajak Tiara. Affan leka memandang merpati dua sejoli yang menjadi bahan gossip dikilang.
"sayang"panggil Tiara
"hah...apa"Affan tersedar dari pemerhatiannya. Zara tidak mengendahkannya. Zara asyik dengan butir mutiara dihadapannya
"kita makan dekat luar la, i nak makan pasta"ajak Tiara lagi. Affan mengangguk lalu beredar dengan Tiara. Tiada lirikan mata walaupun sesaat dari Zara.Affan agak kecewa.
"kau kan... tak sedar sedar lagi ke.. kau tu tak layak nak berdamping dengan Encik Hadif.. Kau tahu tak dia dah ada girlfriend"Laila..pengganti arwah Ain mula mencemuh dan membulinya.
"tak..tak tahu pun"seloroh Zara.
"Cik Balqis Anaizah Dato borhan.. dah tersebar luas kisah dorang.. kau ni duduk bawah tempurung ke"tawa Laila and the gang terhambur.
"owh ye ke.. ok la tu"seloroh Zara lagi.
"apa yang kecoh kecoh ni... "tegur Hadif lembut.Dia yang mahu memeriksa pekerjanya berhenti dikumpulan itu. Hadif berdiri dibelakang Zara.
"takde apa apa.. kami cuma bercerita pasal girlfriend encik Hadif" jawab Zara bagi pihak Laila.
"girlfriend saya.. siapa.."Hadif berteka teki.
"anak Dato Borhan..Balqis Anaizah"laju saja kata kata itu terpancul dari mulutnya. Laila dan yang lain seriau takut akan dimarahi.
"siapa kata dia girlfriend saya.. ni girlfriend saya.. "Zara terkejut apa bila ubun ubunnya dikucup Hadif. Laila dan yang lain bertambah sakit hati.
"Qish tu cousin saya.. tak lebih dari tu.. stop gossip pasal kami.. nanti girlfriend saya cemburu"dipeluk Zara dari belakang. Zara tersentak dengan reaksi tiba tiba itu. Zara cuak apa bila melihat Affan berdiri disatu sudut yang agak tidak berapa jauh dari mereka.
"mati aku singa mengamuk"bisik hatinya. Mereka bersurai apabila kenyataan itu dikeluarkan dari mulut butir mutiara. Zara menarik Hadif jauh sedikit dari mereka
"apa awak cakap ni.. bila masa pula saya awek awak.. ishhh awak ni"bisik Zara
"biarlah.. biar orang tahu awak awek saya. so dorang tak berani lah kacau awak dah lepas ni.. pasal couple tu.. saya sanggup tunggu.. "Hadif tersenyum. Zara serba salah.
"saya tak nak paksa.. saya nak neutral.. saya nak awak suka dan sayang saya secara semula jadi bukan sebab saya paksa."terang Hadif. Masalah besar melanda. Akibat yang harus ditempuh mereka kerana merahsiakan perkahwinan mereka.
"saya rasa kita tak sepadan.. hah..
kita tak sepadan"Zara cuak kerana si singa memerhati mereka dari tadi. Kepala Affan di gerakkan berkali kali meminta agar Zara beredar. Zara cuba mencari peluang
"siapa kata kita tak sepadan, saya rasa kita ok pe"Hadif masih mengharap. Zara tersenyum kambing. Matanya menatap Affan yang ibarat singa rimba yang baru mendapat tahta.
"awak kata bagi saya peluang untuk berfikirkan.. so nanti saya fikir ya"Zara gugup bertambah lagi gugupnya apabila tangannya dipegang Hadif.
"thanks..saya sanggup tunggu.. thanks tau "Hadif gembira tapi tidak Zara apabila singa mula menghampiri mangsa.
"apa aku nak buat ni.. mati aku"bisik hatinya
"Hadif"panggil Affan yang menghampirinya. Hadif berdiri disebelah Zara. Jari Zara berselang dengam jarinya. Affan tertangkap itu. Matanya tak berhenti menatap genggaman itu. Dia memandang Zara. Zara cuak. Dia menggeleng kepalanya perlahan. Dia cuba melepaskan genggaman itu tapi digenggam kemas Hadif.Affan yang berasa tidak senang melonggarkan sedikit tali lehernya.
"korang... "soalan Affan tergantung. Tidak mahu dia meneruskan ayat
"aku dah purpose tapi tengah tunggu jawapan dia"genggaman itu diangkat Hadif. Affan bertambah sakit hati. Zara seakan hilang darah.Sejuk kaku.
"aku ada hal nak bincang"ujar Affan. Matanya tertumpu pada genggaman itu.
"awak, buat kerja dulu nanti balik saya hantar awak ok.. "tangan Zara dikucup Hadif. Lutut Zara lembik.. dia seakan mahu rebah. Wajah Affan merah. Zara berpeluh risau. Dia melangkah ke mesinnya. Dia duduk kerana kakinua sudah tidak berdaya untuk berdiri. Affan dan Hadif beredar. Zara melepaskan keluhan berat. Telefonnya berdetak.Pesanan dari encik singa.
BALIK DENGAN AKU..KAU HUTANG PENJELASAN!!!
Jantung Zara bedegup kencang.Lari marathon barangkali jantungnya.Digigit kukunya hingga pendek. Risau akan amukan si singa.Zara mengemas barangnya diloker. Dilambatkan geraknya agar tidak bertembung dengan Affan dan Hadif. Dia seorang diri diloker.Zara memeriksa sekeliling. Tiada siapa siapa hanya dia.
"selamat"bisiknya.Dia berjalan perlahan lahan masih berjaga jaga agar tidak bertemu dengan sesiapa.
"alamak.. weii buka pintu"Zara terkurung. Pintu utama dikunci. Dia ke pintu belakang juga terkunci. Zara tidak keruan.
"macam mana nak keluar ni"Zara seakan mahu menangis. Dia naik ke tingkat atas, berharap masih ada sesiapa yang masih belum pulang namun hampa. Dia masuk ke bilik Affan. Dia perhatikan susun atur bilik itu. Dia memerhati bingkai gambar di atas meja. Foto Tiara dan Affan dipegangnya.
"padan sangat korang, sorang gedik sorang singa"tawa Zara dihujung kata. Dia duduk dia kerusi Affan. Kerusi empuk itu di injak injak. Zara seakan menghibur hati sendiri. Pelbagai aksi bagi mengajuk Affan di lakukan dan dia tertawa sendiri.Tanpa dia sedari aksinya dirakam cctv yang diletakkan Affan secara tersembunyi.Affan hanya tertawa melihat aksi isterinya yang di tontonnya melalui telefonnya. Jam hampir 8 malam. Zara masih disitu. Dia duduk dipejabat Affan. Dari dia teruja hingga bosan menerjah. Perutnya juga sudah berkeroncong. Dia lapar. Dia ke pantry pejabat. Diselongkar kabinet mencari makanan. Dia seakan kucing kelaparan. Megi cawan dan beberapa paket biskut serta secawan kopi dibawa ke bilik Affan. Di tonton movie melalui apps yang di downloadnya di telefon. Affan masih memerhati. Malam semakin larut. Akhirnya Affan mengalah. Dicapai kunci keretanya lalu dia ke kilang untuk mengambil isterinya yang ketinggalan. Tiba di kilang kelihatan Zara keluar dari kilang bersama Hadif. Langkahnya terhenti apabila kereta yang dipandu Hadiif di meninggalkan kilang bersama Zara.
"Terima Kasih, maaf dah susahkn awak"Zara tidak mahu ada rasa bersalah. Hadif mahu mengambil barangnya yang tertinggal di pejabat dan terserempak dengan Zara yang berada didalam bilik Affan.Zara menceritakan apa uang berlaku lalu dia memutuskan untuk menghantarnya pulang.
"Mujur ada Hadif"bisik hati Zara.
"esok saya ambil awak.. kita pergi kerja sama sama"pelawa Hadif
"eh tak pe... saya pergi sendiri"balas Zara cuak. Affan memandang mereka dari jauh dan kehadirannya diketahui Zara. Zara gugup.
"ala kita pergi sekali la ye... saya datang amik pukul 7."pujuk Hadif lagi. Zara mengiyakan kalut kalut agar Hadif beredar. Hadif seakan teruja untuk menanti esok. Keretanya meninggalkan perkarangan rumah Azam. Zara masih menanti dipagar untuk bertemu Affan tapi sayang kereta terus pergi tanpa berhenti bertemunya. Zara semakin risau.
Raihan menemui berita baru. Berita itu harus dikongsi bersama Affan.
"company ni didaftarkan atas nama Syafiq.. P.A Azizah. "Affan tidak terkejut malah dapat mengagak bahawa itu kerja Puan Sri Azizah yang mahu mengenakannya.
"Syafiq bukan sekadar P. A tapi anak ikan dia.. binawe betul perempuan ni"tin coca cola ditangannya diramas hingga kemek
"azizah ni gila la.. dia ada aset di london dia beli senyap senyap tahun lepas.. yang aku tahu hanya dia dan yang Syafiq selalu ke situ"Affan semakin geram. Azizah mengambil kesempatan diatas kebaikan uminya. Affan juga mengagak kematian uminya ada kaitan dengan Azizah tapi dia tidak boleh merungkaikannya lagi kerana kekurangan bukti untuk menuduh. Azizah bukan calang calang orang untuk dia lawan.
"lagi satu gambar ni... "gambar Zara bercumbu itu di hulur Raihan.
"kenapa dengan gambar ni"soal Affan
"gambar ni diambil oleh Aish"Affan tersentak.
"apa motif dia"soal Affan
"aku rasa dia tahu pasal Bazli dan Zara"Raihan meneka.Affan diam. Risaunya mula membungkam.
"kalau macam tu.. Zara tak aman.. banyak mata perhatikan dia"ujar Affan. Ditongkat dagunya. Otaknya ligat berfikir.
"kau dah tanya Zara"Affan menggeleng.
"habis tu macam mana kau nak cari bukti tu"Raihan bingung
"nanti aku balik terengganu aku try cari.. aku try tanya mertua aku"laju saja kata kata itu keluar dari mulutnya. Raihan makin bingung
"apa maksud kau mertua"Raihan makin keliru
"aku dah kawin dengan Zara"Raihan kali ini memamg terkejut besar. Affan diam.
Kecoh hari ini Zara datang dengan butir mutiara.Ramai yang mencemuhnya. Zara hanya mendiam. Dia menyiap kerjanya. Diperiksa satu persatu kompenen yang dipasang. Laila menghampirinya.Rambut Zara ditarik kebelakang. Zara mengerang sakit.Zara ditarik ke laluan kecemasan.
"apa yang kau guna guna kan butir mutiara tu sampai dia boleh jatuh hati dekat kau yang entah apa apa ni"tengking Laila. Bahu Zara ditampar berkali kali.
"apa yang kau sakit hati sangat dekat aku ni"Zara membalas pertanyaan Laila dengan pertanyaan.
"dia tu butir mutiara... kau apa.. takat tangki kumbahan"herdik Laila
"kalau iya pun kau kenapa.. sakit hati.. cemburu.." provok Zara.
"aku tahu kau admire dekat dia dah lama tapi dia tak layan kan.. aku nak dibandingkan dengan kau apa lah sangatkan.. kau macam berlian aku ni swasa pun tak...hanya besi karat tapu boleh dapat butir mutiara tu kan.. kecewanya" Zara memprovok lagi. Dia tertawa kecil. Laila geram. Ditarik rambut Zara dan ditekan kepalanya kedinding.
"kau jangan biadap...kau kena ingat kau pembunuh. kau yang bunuh Ain.. ingat tu"genggamannya dilepaskan
"kau jangan ingat kau dah menang"ugut laila.
"nanti.. kau jangan keluar lagi"Zara menahan Laila. Ada sesuatu akan terjadi pada wanita itu.
"apa kau tak puas hati lagi ke"direntap tangannya. Laila keluar dengan amarah.
LAILAAAAAA
Suasana kecoh.Zara keluar dari laluan kecemasan dengan terkocoh kocoh. Laila dihempap timbunan kayu pallet yang tiba tiba menyenget.Zara menerkup mulutnya kerana terkejut melihat Laila berlumuran darah. Hadif yang berada disitu kalut mendapatkan Laila. Zara memandang sekeliling. Affan berada ditingkat dua hanya memerhati. Dia yang memeluk tubuh beredar apa bila mata mereka bertentang.
"tak mungkin.. "Zara mendapatkan Affan yang berada di pejabatnya. Pintu bilik Affan dihempas kuat.
"kenapa kau buat dia macam tu"soal Zara.
"apa yang aku dah buat"Affan seakan tidak punya perasaan
"laila.. itu kerja kau kan..."tekanya.
"owh... aku bagi dia pengajaran sikit je.. jangan kacau hak aku.. terutama kau.. "matanya terus menatap komputer dihadapannya. Mejanya ditepuk kuat Zara. Affan masih tenang.
"kau sudah melampau Affan Mikail"tempik Zara. Affan tetap tenang.
"urusan aku takde kena mengena dengan kau"tengking Zara lagi.
"I'm your husband Zara Auliya.. remember that"tegas Affan yang berdiri dihadapan Zara. Mata mereka bertatapan. Ada getaran dimata Zara dek kerana menahan marah.
"tak perlu kau ingatkan aku tentang itu.. aku tahu dan ingat itu tapi tak bermaksud kau boleh berkasar dengan semua orang hanya untuk bela aku.. aku tahu jaga diri aku sendiri dan aku tak perlukan kau untuk bela diri aku"tengking Zara.. Affan tersenyum.
"oh ya.. kau tak perlukan aku sebab Hadif"perli Affan
"kau jangan sentuh dia.. kalau tak.. "kata katanya dipintas Affan.
"kalau tak apa..apa yang kau nak buat..."Zara mati kata dia melangkah keluar dengan perasaan yang membara.
Share this novel