Pintu bilik Affan diketuk. Raihan membuka pintu.
"Fan.. "panggil Raihan.
"pe"ringkasnya masih bebal. Malas dilayan sahabatnya.
"ni.. ada orang datang"ujar Raihan
"sape...suruh lah dia masuk" Affan masih melirik telefonnya. Dia tidak berminat.. yang dia tahu dia kecewa dengan isterinya. Rajuknya seakan tiada kesudahan.
"hoii"sergah Raihan...Affan diam. dia masih menatap telefonnya. Raihan menghampirinya lalu membaiki baju dan rambut pemuda itu. Affan membiarkan saja. Dia sudah terbiasa dia layan seperti anak anak oleh Raihan. Dia meletakkan telefonnya lalu didepang tangannya dipinta dukung.
"adoi"Affan mengaduh. Raihan mengetuk kepalanya. Affan mendongak. Tangannya didepangkan lagi.
"tu...tu... "Ujar Raihan. Dahi Affan berkerut. Dia menjengul kepalanya dia antara lengan dan pinggang Raihan
"uhukkk uhukkk"depang tangannya dijatuhkan. Ditolak Raihan ke tepi. Dia duduk dihujung katil.Sopan.
"mak suruh hantar makan" Zara berdiri dihadapan pemuda itu dengan mangkuk tingkat yang dipesan Mak Jah.
"hah tenkiu tenkiu.."Raihan mengambil mangkuk tingkat itu dan dihidunya. Affan melirik perlakuan Raihan geram.
"Zara balik dulu" Zara mahu memulakan langkah tapi dihalang Raihan.
"Zara tolong bagi Affan makan ya.. kesian dia lapar dari tadi.. sakit perut dah pun.. saya ada urusan nak settle.. tolong ya.. "Affan berlakon mengikut dialog Raihan. Mukanya dikerutkan seakan sakit tak tertahan
"errrmmm... Zara.. "
"kesian dia.. dah macam kera dah tadi terguling guling sakit"Affan memegang perutnya.
"hah tolong ya..saya keluar dulu"Raihan meluru keluar. Zara kaku. Affan masih dengan lakonannya. Zara diam
"Zara... orang lapar"rengeknya.
"hah...owhh... "Zara mengambil mangkuk tingkat itu lalu diletakkan di meja dibalkoni. Dia memapah Affan yang sedang dalam kesakitan yang dibuat buat. Zara duduk dihadapan Affan. Disuap satu persatu nasi yang dibawa ke dalam mulut Affan. Affan hanya melirik tindakan isterinya. Cemburunya sebentar tadi mencair tiba tiba. Zara mencuci bekas yang dibawanya. Affan menantinya dengan sabar di balkoni. Zara menghampiri Affan. Senja makin melabuh tirai dan malam makin menampakkan dirinya
"orang balik dulu"pinta Zara. Affan memegang tangan Zara dan meminta gadis itu duduk.
"jangan balik lagi.. teman orang.. orang sakit ni"tipunya
"nanti mak dengan abah risau"alasan Zara.. dia gugup.Renungan Affan membuatkan dia tidak selesa.
"mak tahu kan dia datang sini.. so nak risau apa.. kita suami isteri...nak tidur sini pun boleh. "Zara yang tersentak tiba tiba bangun dari duduknya. Affan tertawa. Diminta Zara duduk kembali. Zara akur.
"teman orang sampai Raihan balik.. nanti orang dengan Raihan hantar dia balik"pinta Affan lagi
"dia mesej abang dulu orang takut mak risau, orang tak bawa telefon"ujar Zara. Jarinya diramas ramas gugup.
"yes.. ok.. ok.. thank you sayang"tangannya ligat mesej Azam memberitahu akan keberadaan Zara.
KAU JANGAN BALIK SEBELUM AKU SURUH KAU BALIK FAHAM..
Dihantar mesej kepada Raihan. Dia membuka tv agar Zara tidak bosan menemaninya. Zara yang bersila diatas katil menonton dengan penuh asyik filem yang ditayangkan. Sesekali kedengaran tawa Zara. Affan yang bersandar dikepala katil merapati Zara. Dia bersandar pada bahu Zara. Tangannya ligat menekan kekunci laptopnya.
"jadi ke balik esok"soalnya
"ha ah"Balas Zara
"jangan balik... teman orang dekat sini"pintanya.Tangan Zara berhenti mengambil keropok yang ada diribaannya. Dia menoleh.
"orang kerja lusa... "ingat Zara
"orang bagi dia cuti... "senyum Affan.
"nanti apa dorang cakap.. " Zara menolak lagi.
"ala... "rajuk Affan.Zara tersenyum. Ditepuk pipi Affan lembut. Dia terus menonton. Affan seakan seronok dibelai begitu. Pintu biliknya dibuka. Affan dan Zara tersentak.
"Tiara.. "serbu Raihan.. Affan dan Raihan kalut. Didorong Zara masuk ke dalam wardrobe. Tidak lama kemudian Affan juga masuk kedalam dan dia membuat isyarat diam.
"Eh Tiara"sapa Raihan.
"I nak jumpa Affan"gadis itu cuba masuk namun dihalang Raihan.
"Affan takde dia keluar" tipu Raihan. Pintu itu ditolak kuat. Raihan hampir tersadung.Tiara memeriksa bilik itu. Zara yang gugup tiba tiba tersedu dan sedu itu ditangkap Tiara. Raihan cepat cepat menghalang pintu wardrobe dari dibuka. Affan menerkup mulut Zara dengan tangan tapi kedudukan mereka yang terlalu dekat membuatkan Zara tidak berenti tersedu. Affan sudah kehabisan idea untuk memberhentikan sedu Zara dari ditangkap Tiara.Bibir Zara dia oles Affan. Zara terkejut dan sedunya hilang. Bibir itu dilepaskan. Zara masih terkejut. Affan memandang keluar melalui celah celah lubang wardrobe.
"ada apa dekat dalam ni.. "soal Tiara
"barang sulit aku"dalih Raihan.
"yang you gugup ni kenapa" soal Tiara
"sebab ni barang sulit aku.. "Ujar Raihan tegas.
"I nak tengok"ugut Tiara.
"kalau kau buka aku cium kau"ugut Raihan.
"setakat kiss..dah ramai lelaki i kiss apa nak kisah janji i dapat tengok apa dekat dalam tu.Tiara makin mendekat. Raihan menangkap pinggang Tiara merapati dadanya. Tiara seakan merelakan. Affan yang memerhati dari dalam wardrobe kecewa. Tidak disangka Tiara nafsunya tidak memilih bulu asalkan nafsunya dipuaskan.
Zara terkejut melihat aksi cumbu mesra Tiara dan Raihan hingga ke ranjang. Zara memandang Affan yang menunduk. Badan lelaki itu sedikit berhinjut hinjut. Affan tidak sanggup melihat kecurangan kekasihnya. Dia tidak marahkan Raihan dia tahu Raihan cuba menyelamatkannya tetapi tidak Tiara... sahabat baiknya sendiri dia sanggup puaskan...terlalu murah harga dirinya. Affan benar benar kecewa. Zara memeluk Affan. Kepalanya diletakkan didada Affan. Dia cuba menenangkan Affan.
"Fan.. aku minta maaf Fan"ujar Raihan. Affan terdiam. Raihan memakai baju nya semula,Zara yang berada disitu dipeluk erat Affan sebelum pelukkannya dilepaskan.
"aku tidur bilik lain malam ni"pinta Affan.
"fan.. "rayu Raihan
"jujur aku cakap aku tak marahkan kau.. aku tahu niat kau.. tapi aku benar benar kecewa dengan dia.. aku tak nak anggap dia terlalu buruk tapi malam ini dia sudah bukti kan bahawa dia adalah perempuan paling hina yang pernah aku kenal." Airmatanya berderai. kecewa benar dia.
"fan aku minta maaf"rayu Raihan lagi
"aku tak sangka dia semudah dan semurah itu.."luah Affan. Zara memeluk Affan erat. Airmata lelaki itu disekanya lembut. Dia seakan berkongsi duka. Raihan duduk dibucu katil. Dilurut mukanya yang sesal.
"I'm so sorry fan... aku tahu aku bersalah.."Affan melepaskan pelukan Zara. Diambil semua barangnya.
"aku tak marah dengan kau.. tapi aku perlukan ruang untuk aku bertenang... apa apa kita bincang esok"Affan menarik tangan Zara dan turun ke lobi lalu mendaftar masuk bilik yang baru. Zara hanya mengikut langkah suaminya.
Zara duduk dihujung katil dibiarkan Affan sendirian dibalkoni. Asap rokok dihembus keudara.Laut luas ditenungnya. Hatinya masih belum aman. Zara kalut menekan remote apabila suara tv tiba tiba terkuat. Affan mencapai remote lalu membuatkan suara menjadi kosong.
"dia balik dulu.. orang nak bersendirian"suruh Affan
"kenapa nak kena amik bilik satu lagi..kenapa tak balik je rumah"soal Zara.
"orang ada kerja nak kena buat"alasan Affan
"kat rumah pun boleh buatkan"soal Zara lagi.
"takde wifi"balas Affan pendek
"owhh.. "Zara masih membatu di katil. Affan melihat gelagat gadis itu dari hujung matanya.
"hari dah lewat ni.. pergi balik"suruhnya lagi. Zara membisu dan membatu.Affan menarik tangan Zara tapi direntap Zara.
"aku kata balik balik la.. aku nak bersendirian" "aku.... aku... amboi".bisik hati Zara geram
"kalau aku tak nak macam mana"jawab Zara
"kau kena balik"tengking Affan
"kalau aku taknak kau nak buat apa"tengking Zara..dia mahu Affan melepaskan semua kemarahannya. Dia tidak sanggup melihat Affan dalam keadaan begitu.Dia menghampiri Zara. Zara bingkas berdiri diatas katil. Dia tinggi lagi dari Affan. Dicekak pinggangnya.
"kau nak buat apa."dia membuka bunga silatnya. Affan berdiri dihadapannya mula menangis. Zara kaget.Dia berdiri dihadapan Affan. Affan merangkul pinggang isterinya lalu ditekap mukanya diperut gadis itu. Tangisnya teresakan. Zara merangkul leher suaminya dan membelai lembut rambut lelaki itu.
"orang taknak dia nampak orang dalam keadaan macam ni.. orang tak kuat..orang lemah.. orang nampak seperti bahan jenaka.
seperti badut "luahnya.
"tak.. macam mana pun dia..orang tetap nampak dia Affan Mikail si malaikat maut"seloroh Zara. Affan mendongak.Dihapus airmata lelaki itu dengan penuh kasih
"siapapun dia.. orang tetap sayang dia.. walaupun dia bukan lagi Affan Mikail pemilik Merga..orang tetap nampak dia dan pandang dia sebagai malaikat pelindung...hanya dia"ujar Zara. Dikucup dahi Affan lembut.
"jangan tinggal orang.. orang sayang di.. orang taknak hilang dia"rayu Affan. Zara mengangguk. Ada senyuman terukir dibibir gadis itu. Affan memeluk erat isterinya.
Cahaya matahari menerjah wajahnya. Zara bangun.Diraba tempat kosong disebelahnya. Dia bangun kelihatan Affan ketiduran diatas sofa. Zara cuba mengingatkan kejadian semalam. Selepas Affan habis tangis Affan meneruskan kerjanya yang belum siap dan dia menonton filem..
"ishh...bingai la ku Zara.. pergi tidur buat apa.. melepas... "bisik hatinya. Dia menatap wajah itu. matanya agak sembap akibat tangisan. Zara meninggalkan bilik itu dan pulang.
"kau tidur mana hah semalam"usik Azam
"bilik Affan"slumbernya.lalu dia melangkah masuk kerumah.
"apa... bilik Affan.. mak Zara tidur dengan Affan mak.. anak mak ni dah gatal"usik Azam.Basir yang baru pulang dari belayar menghampirinya. Diperiksa tengkuk dan leher Zara
"ish... kau ni apa hal"Tangan Basir ditepis.
"aku nak cari bukti kegatalan kau.. "usik Basir
"mana ada..kami tidur je takde adegan panas ye.. dia banyak kerja.. "Zara masuk ke biliknya lalu mencapai tuala mandinya dan masuk kebilik air.
"kira kecewa la ni"usik Basir
"kecewa la juga tapi tak pe kat KL nanti boleh tebus"seloroh Zara
"habis la Affan kat KL nanti..jadi ayam golek la"seloroh Basir
"babiiiii.....anjinggg.... "tempik Zara. Basir dan Azam tertawa. Mak Jah hanya tersenyum sambil menggeleng kan kepalanya. Perangai anak anaknya sudah difahaminya
Share this novel