Majlis Pertunangan Affan berlangsung meriah sehingga menjadi liputan wartawan. Almaklumlah dua syarikat gergasi akan bergabung. Affan tampak segak dengan kurta rona turquoise. Zara hanya berdiri dikejauhan. Walaupun sebak tapi dia harus tenang. Dia mengharap Balqis akan mengisi kekurangannya.
Selesai ucapan..majlis menyarung cincin dijari Balqis berlangsung. Balqis tampak ayu dengan busana yang sedondon dengan Affan.Sebelum itu Zaleha meminta di main kan video berkisarkan perkenalan mereka. Alangkah terkejut semua hadirin apabila video yang dipaparkan adalah video berkenaan Balqis dan lelaki lelaki yang pernah dia dampingi termasuk Muzaffar. Balqis malu. Zara kaget. Dia menghampiri Affan.
"awak punya kerja? " Affan menggelengkan kepala. Dia juga terkejut.
"Aish.."ingatnya. Dia mencari lelaki itu.
"Zara jangan cakap Aish punya kerja.. Aish pun tak tahu.. eh Aish la.. "Dia tertawa apabila wajahnya kelihatan didalam video itu.
"habis siapa" mereka tertanya tanya. Affan dan Raihan menghampiri mereka.
"seperti yang kalian lihat.. wanita didalam gambar itu adalah bakal tunang Affan.. dan salah seorang lelaki yang didampinginya adalah Muzaffar.. suami saya" terang Zaleha tenang..
"Maaf kerana telah menyusahkan kalian datang hanya semata mata untuk melihat ini.. oh ya saya ada satu lagi video yang ingin dikongsikan" dan video itu dimainkan. Video akan Azizah yang bermesra dengan pembantunya serta perbualannya bersama seseorang yang diupahnya untuk merancang kemalangan yang menimpanya 5 tahun lalu. Affan tersentak dengan tindakan uminya. Apatah lagi video akan rancangan pembunuhan Walidnya yang menyebabkan ibu kandung Zara maut didalam tragedi itu. Rakan subahat Muzaffar adalah Borhan, ayah kepada Balqis. Zara seakan mahu rebah bila kebenaran itu terungkai. Aish hanya mampu terdiam. Baginya itu saja cara untuk memberhentikan perbuatan mama dan papanya.Yang lebih mengejutkan Affan apabila terungkai bahawa Aish adalah anak kandung Muzaffar dan Azizah bukan seperti yang diceritakan mereka. Mereka menyorokkan perkahwinan mereka kerana harta. Azizah dan Muzaffar tidak pernah bercerai seperti yang dibohongi mereka. Aish kelihatan tenang. Duka dihatinya tidak ditunjuk. Kelahirannya dia tidakkan kerana harta. Kehadirannya menjadi mainan ibubapanya hanya kerana harta. Malunya pada Affan dan Zaleha tidak terungkap. Raihan menepuk bahu Aish lembut agar pemuda itu lebih tenang. Balqis seolah kerasukan apa bila majlis pertunangannya itu hanyalah majlis untuk membongkar kejahatannya dan keluarga. Zaleha menghampiri Zara.
"umi minta maaf sebab umi dah lukakan hati Zara.. umi terpaksa sebab umi nak bongkarkan semua ni sekali bukan sesuatu yang mudah.. sekarang umi lega sebab semuanya dah berakhir.. " Jelas Zaleha.
"Zara yang patut minta maaf dengan umi sebab buruk sangka pada umi" Wanita itu memeluk Zara erat.
"umi sayang Zara.. umi taknak korang menderita disebabkan dendam...jadi biar umi selesaikan" jelas Zaleha.
"Affan pun minta maaf pada umi.. Affan dah biadap pada umi" jelasnya
"it's ok.. umi bangga dengan Affan sebab dah matang dan jadi suami yang tegas.. jaga Zara baik baik.. dah sampai masanya umi berehat.. umi dah lega.. dah letih.. umi nak rehat puas puas" ujarnya. Affan dan Zara tersenyum
"umi Aish minta maaf bagi pihak mama dan papa.. " mata Aish bergenang.
"Aish anak yang baik.. Aish takde salah dengan umi.. dorang punya salah biar dorang tanggung.. Aish..anak umi.. umi sayang Aish.. cuma umi minta teraju lah Merga dengan Affan baik baik.. ya" pintanya. Aish mengangguk. Mereka berpelukan.
"Affan.. Aish.. umi ada satu permintaan.. " pintanya.Aish dan Affan berpandangan
"apa dia umi" soal Affan lembut
"umi nak kalian selalu lawat Hadif.. dia tetap adik korang.. anak umi.. walaupun bukan dari rahim umi.. tapi korang membesar dengan umi.. didikan umi.. tapi korang mangsa ketamakan orang dewasa.. umi minta itu saja.. selalu lah jenguk dia.. jangan buang dia.. boleh"Mereka mengangguk. Zaleha memeluk kedua anak terunanya erat.
Selesai majlis mereka mahu beredar. Zaleha berjumpa dengan anak dan menantunya untuk kali terakhir sebelum keluar dari dewan.
"umi... Affan umi dalam bahaya.. jangan bagi umi naik kereta tu" ujar Zara kalut. Aish dan Raihan kaget. Mereka berlari mendapatkan Zaleha yang sudah berada di parkir.
"Umiiiii... belum sempat Affan mendapatkan Zaleha yang sudah menaiki keretanya yang dipandu pembantunya meletup. Affan terduduk terkejut. Zara yang melihat kejadian itu pengsan.
Kisah kematian Puan Sri Zaleha menjadi liputan hangat. Penangkapan Muzaffar dan Borhan juga menyelesaikan kes kerana mereka merancang letupan itu. Affan masih murung.
"Dia jangan macam ni.. Umi mesti sedih tengok dia macam ni"pujuk Zara.Affan Diam. Airmatanya mengalir. Zara memeluk suaminya erat.
"Affan macam mana Zara" Risau Aish.
"Ok la sikit.. dah tak banyak termenung.. tapi masih diam.. " balas Zara. Pejabat Affan di jengah mereka. Aish menghampiri Affan.
"bro... kau tak boleh macam ni.. kesian Zara.. " ujar Aish. Affan di membatu.
"aku tahu kau sedih.. tapi kau tak boleh abaikan Zara." tegur Aish lagi.
"kau cakap senang la.. bukan mak kau" sinis Affan
"memang bukan dia yang lahirkan aku.. tapi dialah manusia yang buat aku rasa macam mana pelukan seorang ibu.. macam mana kasih sayang dan belaian seorang ibu. umi jugalah manusia yang terima kewujudan aku sedangkan mak dan ayah kandung kau mahu palsukan kelahiran aku...aku tetap terasa sedih tau tak"nadanya tinggi seoktaf.
"ya memang tapi sebab mak bapak kau yang tamak tu lah umi meninggal" tempik Affan
"Affan Mikail... jaga sikit bahasa awak.. awak rasa dia nak ke semua ni terjadi.. awak ingat dia suka semua ni jadi.. dia pun mangsa keadaan.. bukan awak je.. " tempik Zara.
"yang awak bela dia kenapa" Affan makin membara apa bila Zara membela Aish
"sebab ibu saya yang takde kena mengena dengan family awak pun terkorban juga dalam bot berlanggar tu.. awak rasa... saya tak sedih.. walaupun dah lama tapi kebenaran tu menyakitkan.. kami mati mati ingat itu satu tragedi tapi akhirnya..."Zara mula sebak. Affan cuak. Dia memeluk Zara erat. Zara melepaskan pelukan Affan.
"berhenti bermain dengan perasaan awak. hidup awak masih panjang Affan"Zara beredar dengan airmata yang bercucuran. Affan duduk menyesali perbuatannya. Dalam dia meratapi duka dirinya dia terlupa bahawa isterinya lebih sedih setelah kebenaran terbongkar.
"kau kena kuat Affan.. kesian Zara.. dia tak bersalah dalam hal ni tapi sakit tetap dia tanggung" nasihat Aish
Share this novel