Zara terlena di sisi katil wanita itu.Dia keletihan setelah dua malam dia disitu. Azam masuk dan mengejutkan Zara yang yang ketiduran.
"kau dah sampai"ujar Zara di kesat matanya yang kabur. Azam memeriksa wanita itu. Dia semakin stabil. Zara yang sudah selesai mandi menghampiri Azam yang berdiri ditepi katil wanita itu..
"dia diberi steroid.. dan ubat larangan yang memang bukan dari hospital.. dari mana ubat tu datang. Siapa yang bagi"Azam mula tertanya tanya
"kenapa dengan ubat tu"soal Zara ingin tahu
"dia boleh menyebabkan kelumpuhan saraf dan lama lama pesakit akan mati sebab selalu tidur"Zara menjadi gerun. Siapakah wanita ini..dan kenapa dia dperlakukan sebegini rupa.
Pintu wad dibuka.Affan menghampiri mereka. Zara bangun dari kerusinya. Dia menginjak ke belakang sedikit. Affan memeriksa wanita itu.
"macam keadaan dia"soal Affan
"dia semakin stabil.. aku tukar prescription dia..kau cuma nak tahu kenapa dengan dia.
kenapa dia diberikan ubat terlarang" Affan kaget. Dia tidak tahu akan hal itu.
"maksud kau? "Affan mula curiga.
"kalau ikutkan dari laporan ni, pesakit dah sedar dari koma dah lama, tapi kenapa diberi steroid dan ditidurkan.. diberi juga ubat saraf yang boleh melumpuhkan pesakit dan membunuh pesakit secara perlahan.."jelas Azam. Affan menggenggam penghadang katil kemas. Kakinya tidak kuat menapak. Zara memegang Affan yang seakan mahu rebah.
"tolong selamatkan dia"rayu Affan. Airmatanya mengalir.
"aku akan cuba sebaik mungkin tapi aku perlu tahu apa yang berlaku sebenarnya. "Azam perlu tahu latar belakang dah kes pesakitnya agar mudah di baginya untuk membuat pemeriksaan lanjut.
"dia umi aku"Zara kaku. Setahu umi Affan sudah meninggal. Habis ini siapa
"aku selamatkan dia lepas kemalangan tu.. aki sembunyikan dia disini. Aku palsukan dokumen kematiannya.. aku terpaksa.. sebab ada seseorang yang memang mahukan umi mati.. tapi aku tak sangka umi juga tidak selamat lagi disini."Affan memegang lengan wanita itu. Disapu manik manik jernih yang timbul didahi yang terbaring kaku itu. Zara duduk disofa termangu. Dia cuba memahami situasi.
"aku minta dirahsiakan perkara ini.. bagi semua Puan Sri Zaleha dah mati."Pintanya. Zara masih berdiam.
"aku janji tapi aku minta satu kau tukar nombor akses.. hanya aku,Zara dan kau sahaja boleh masuk ke sini..kalau boleh kau hired private nurse untuk jaga dia 24 jam dekat sini.Hal lain aku kan bincang dengan management."pinta Azam.
"aku akan uruskan.. aku akan minta kebenaran director untuk kau fully incharge sini"Ujar Affan
"kalau dorang tak setuju macam mana"soal Azam.
"aku akan tarik balik dana dan saham aku dalam hospital ni"ugut Azam
"tapi Zara rasa macam mana pun tempat ni memang tak selamat.. kita cari tempat lain yang lebih selamat"cadang Zara. Affan dan Azam berpandangan.
Affan dan Zara menanti diwad.Mereka diam tiada apa yang mahu dibualkan. Affan melirik telefonnya. Zara mengelap peluh pada dahi dan tubuh wanita itu. Affan hanya memerhati. Dia lakukan tugasnya dengan lembut. Mata Affan tidak berganjak walau sesaat. Telefon Zara berdering.
"Saya ada urusan sikit dekat hospital..eemmm nak balik dah... kita jumpa dekat rumah lah"talian dimatikan. Affan seakan ingin tahu siapa yang berbual dengan isterinya. Zara mengemas begnya.
"kau nak ke mana"soal Affan.
"aku ada janji dengan Hadif, dia tunggu aku dekat rumah"balas Zara tanpa menoleh.
"aku tak benarkan"tegas Affan. Zara menoleh.
"ada aku kisah"Zara mahu melangkah tapi terbantut apabila kedengaran majalah yang dipegang Affan di hempas ke meja..kuat
"aku suami kau...aku tak izinkan"tegasnya lagi.
"kenapa kau nak kawal hidup aku.. kenapa kau nak kurung aku macam burung"marah Zara
"kau dah janji untuk bagi aku bebas lakukan apa yang aku mahu tapi sekarang.. kau nak kawal semua"tengking Zara
"aku bagi kau bebas melakukan apa yang kau mahu tapi ada batasan sebab kau isteri aku yang sah"tengking Affan.
"aku isteri kau.. tapi kau layan aku macam isteri ke.. takkan.. kau sebenarnya cemburu dengan Hadifkan"Zara cuba memancing.
"aku...nak cemburukan budak hingusan tu.. memang tak la... aku takut dia yang cemburukan aku"Affan menghampiri Zara. Mata mereka bertatapan.
"kau kata aku tak layan kau sebagai isteri.. tapi kau.. ada anggap aku sebagai suami.. "sinis Affan. Zara merenung Affan tajam. Dihempuk Affan dengan beg berisi bajunya.
"aku tak tahu la kenapa aku boleh buat keputusan untuk kawin dengan kau..pervert"Affan membongkok kan badannya untuk melindungi diri. Zara puas dia melangkah keluar. Affan merangkul pinggang Zara dan dihempas ke sofa.
"hei pervert kau kenapa hah"tengking Zara.
"mental.. kau menyesal kawin dengan aku.. kau menyesal... "marah Affan
"ya aku menyesal kawin dengan kau.. kalau aku tahu kau nak kurung aku macam burung baik aku biarkan kau mampos kena rimbuk dengan abah"tengking Zara
"kau ada hati dekat Hadif "soal Affan.
"ya.. aku suka dia.. dia sepuluh kali bagus dari kau.. puas hati"provok Zara.
"betul kau ada hati dekat dia"soal Affan lagi.
"ye.. kau pekak ke"tengking Zara.
"hello Jai aku nak kau settle kan sorang ni.. Hadif Fayyad"Zara tersentak. Dia seakan dirasuk. Di goncang tubuh lelaki itu berkali kali.
"kau memang binatang Affan Mikail.. kau tak sesuai dengan nama Mikail.. kau lebih sesuai dengan nama izrail.. pencabut nyawa. Zara mengambil begnya lalu berlari keluar dari wad itu. Dia menelefon Hadif. Dia risau Hadif akan diapa apakan Affan.
"sampai begitu sekali kau benci aku Zara"bisik hatinya. Dia melerek call lognya.. panggilan terakhir dibuatnya adalah Azam.Zara mudah tertipu.
"kenapa awak kalut kalut ni"Zara masuk ke dalam kereta Hadif. Diperiksa badan lelaki itu. Tiada apa apa yang berbekas.
"awak ok"soal Zara. Hadif mengangguk. Zara bersandar lega. Hadif memandu kereta ke destinasi. Kereta iti tiba dirumah agam milik Tan Sri Muzaffar.Zara terdiam.
"jom masuk.. "pelawa Hadif.
"kita nak buat apa dekat sini"soal Zara. Dia tidak sedap hati.
"malam ni mama buat family dinner.. semua ada so saya nak ajak awak untuk jadi partner saya"ujarnya.
"saya.. ish segan la"Zara menolak. Hadif keluar dari kereta dan berjalan untuk membuka pintu disebelahnya.
"jom" dihulurkan tanganya untuk menjemput Zara keluar dan mengikut Hadif dari belakang. Tangan Zara dipegang kemas Hadif.
"mama.. "sapa Hadif. Dicium pipi wanita itu.
"mama, ni Zara.. mama pernah jumpakan.. she's my special friend "ujarnya. Zara bersalaman dengan wanita itu.Dia hanya tersenyum.
"jom Hadif tunjuk rumah ni.. "Zara dibawa pusing ke seluruh rumah.
"jenuh nak kemas ni"ngomelnya.matanya menatap tatarias rumah agam itu. Sebuah bilik dibuka pemuda itu.
"ini bilik Hadif.. masuk la"Zara masuk ke bilik yang luas itu. Tatariasnya teratur kemas. Setiap sudut bilik itu di perhatinya.kebanyakannya buku buku berkenaan saham dan perniagaan serta fesyen. Pinti bilik Hadif diketuk.
"cik Hadif,Tan Sri panggil"bibik itu setia menanti.
"Awak tunggu dekat sini ya nanti saya naik balik"Zara mengangguk. Dia sendirian dibilik itu. Zara memerhati kesemuanya.Matanya tertarik pada satu buku yang berada diatas meja. Dibukanya tapi alangkah terkejutnya Zara melihat beberapa keping gambar Hadif dengan beberapa wanita seksi di pelbagai tempat. Kebanyakkannya gadis dari luar negara.Dia menyimpan gambar itu dan diletakkan semula buku itu ditempatnya. Dia memerhati lagi disekitar bilik itu. sekeping fail kuning menarik minatnya. Dia membuka fail itu.. lagi sekali Zara terkejut kerana melihat gambar arwah suaminya dalam keadaan kaku biru. Zara mahu menangis tapi ditahan airmatanya. Diperiksa satu persatu kertas didalamnya. Transaksi 800k dijumpai. Zara mengambil kertas itu lalu menyimpan didalam begnya.Hadif masuk ke bilik itu. Zara cuak fail itu masih ditangannya.
"Zara baca apa"soal Hadif tenang. Zara menunjukkan gambar arwah suaminya yang sudah kaku.
"boleh jelaskan kenapa gambar ni ada pada Hadif"soal Zara
"owh.. Bazli ni ex staff Merga tapi dia under Affan" Fail ditangan Zara lalu disimpan. Dibawa Zara ke kerusi dan didudukkan gadis itu. Zara masih menanti penjelasan.
"saya tak tahu apa yang dilakukan Affan sampai Bazli call saya minta tolong. Katanya ada sesuatu yang dia nak tunjuk tapi belum sempat dia beri pada saya,dia dah ditembak hingga mati"Zara terdiam. Dia dalam tangisan yang teresak.
"saya minta maaf.. saya tak dapat selamatkan dia"Hadif melutut dihadapan Zara. Dia memohon maaf sepenuh hati. Dia rasa bersalah. Zara yang teresak di peluknya.
Dimeja makan semua ada, Aish dan Ariana, Affan dan Tiara juga Tan Sri Muzaffar dan Puan Sri Azizah. Zara gugup. Dia tidak pernah duduk semeja dengan orang orang hebat. Dia ralat.Hadif mengambil lauk lalu diletakkan ke dalam pinggan Zara. Affan tidak selesa.
"makan Zara, aunty kamu yang masak semua"Tan Sri Muzaffar memulakan bicara agar tidak canggung. Zara mengangguk janggal.
"Zara..you asal mana ya"Tiara menyoal.
"terengganu"balas Zara pendek. Affan memberi isyarat agar dia diam tapi Zara tidak mahu. Kebenaran yang diketahuinya sebentar tadi benar benar membunuh hatinya. Zara rasa seakan tertipu dengan Affan.
"terengganu.. dekat mana.. Hadif ada satu projek dekat terengganu.. "terang Tan Sri.
"projek tu dekat dengan rumah saya"cerita Zara. Affan makin geram. Seleranya terputus. Diletakkan sudu dan garfu dipinggan. Zara tidak mengendahkan.
"owh nanti opening Zara datang tau.. "jemput Puan Sri.
"insyaAllah"balas Zara pendek.Hadif melayan Zara sebaik mungkin. Kemesraan yang ditunjuk mereka menampakkan mereka pasangan serasi. Affan gelisah. Terasa hangat dengan situasi itu. Hadif sentiasa bersama Zara hinggakan Affan tidak berkesempatan untuk bertemu dengan isterinya. Affan naik ke bilik.Zara hanya memerhati.Tidak lama kemudian Tiara masuk ke bilik Affan. Kali ini Zara pula tidak senang duduk. Matanya menatap tepat ke arah pintu bilik Affan. Affan keluar dari bilik tersebut berpelukan dengan Tiara.
"maaf Aunty Uncle Zara minta diri dulu dah lambat sangat ni, nanti abang bising"jelasnya.Padahal sakit hatinya bercampur.
"hah ok ok, Hadif hantar Zara balik.. drive baik baik"sehaya itu Ariana dan Tiara juga meminta diri untuk beredar.
"Zara.. "panggil Ariana. Zara berhenti melangkah. Di tarik tangan Zara ke sisi parkir.
"baru ni Zara ada masuk dalam wad Vip kan"Zara berdebar.. apa yang harus dia balas.
"boleh akak tahu Zara buat apa dalam tu"Zara gelisah.. Dia sedang mereka jawapan.
"itu special patient aku"Affan menghampiri mereka. Zara lega.Ariana menoleh
"kenapa kau minta Azam incharge kenapa tak aku"soal Ariana.
"sebab aku suka cara Azam bekerja lagi pun kau kan tunang Aish aku tak nak nanti orang kata aku pilih bulu" jawapan Affan boleh diguna pakai walaupun masih ada curiga dihati Ariana.
Share this novel