Zara pulang ke kampungnya setelah hampir setahun tidak pulang. Angin pantai yang dirinduinya dihirup perlahan. Mendamaikan jiwanya. Azam yang berdiri diberanda menikmati bunyi ombak yang menghempas sunyi. Mak Jah menghampiri Azam dan mencuit bahu pemuda itu.
"kenapa tu"soal Mak Jah. Azam duduk di anak tangga.Azam mengumpul kekuatan untuk berbicara mengenai adiknya.
"entah la mak.. mak nasihatkan sikit dia.. makin menjadi jadi perangainya." Azam berbasi basi.
"pula dah.. mak tengok elok je si Affan tu layan dia.. "Mak Jah berfikiran.Risaunya andai badai melanda rumahtangga anaknya itu.
"Affan tu takde masalah.. tapi dia tu"Azam bangun dan berdiri di muka anak tangga.
"Mentall"tempik Azam. Geramnya masih belum habis. Mak Jah makin hairan. Zara yang mendengar kata abangnya itu menoleh.
"Kamu balik sorang je Zara" Pak Samad menyoal.Tidak faham dia akan anaknya ini. Masing masing balik seorang diri.
"balik dengan tu... badak air tu"mulutnya di juih kearah Azam yang terbaring disofa. Mulut Azam terkumat kamit memaki adiknya didalam senyap.
"kamu ada masalah dengan Affan...Zara. "Zara gugup. Suara abahnya saja sudah mengerunkan belum lagi amarahnya.. ibarat guruh bersabung dilangit berserta taufan. Ngeri.
"Zara.... "
"Assalamualaikum"seseorang memberi salam. Mak Jah bangun lalu membuka pintu.
"Affan.. masuk masuk.. "dijemput menantunya masuk. Affan naik ke rumah usang itu dengan tenang. Disantuni kedua mertuanya.
"maaf abah.. mak.. Affan lambat.. singgah resort dulu tadi. Affan suruh Zara balik dulu.. baru habis kerja tu yang muncul"seloroh Affan. Zara diam. Meluat hatinya melihat lakonan pari pari suci lelaki itu.
"kamu dah makan..."soal Pak Samad. Dia tahu andai menantunya itu pulang ke sana walaupun hanya urusan kerja waima sekadar lalu mesti disinggah untuk makan masakan Mak Jah. Tidak pernah dia tidak singgah atau datang perut yang sudah penuh
"Zara siapkan makan untuk suami kamu"Affan bangun lalu ke dapur dan duduk di meja. Zara masih keras dan membatu.
"Zara.. Affan nak makan tu"Zara masih diam. Mak Jah bangun dan hidangkan makan untuk menantunya.
"kamu ikut siapa yang biadap sangat ni Zara.. suami kamu nak makan kau buat tak endah"nada Pak Samad tegang. Zara tersentak. Badannya bergoncang sedikit.
"Zara nak bercerai" kata kata itu terpancul dari mulutnya. Affan yang baru mahu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya berhenti. Dilihat Mak Jah dan dia tersenyum kelat. Seleranya terputus.
"apa kau kata aku tak dengar" Pak Samad mula menyinga.
"kau ulang lagi aku tak dengar Zara"tengking Pak Samad. Dia maju setapak demi setapak. Zara masih di duduknya tidak berani berganjak walau seinci.
"Zara nak cerai" ujarnya. Sehaya itu penampar Pak Samad melekat di muka dan tubuhnya.
"abah.. maafkan Affan abah.. salah Affan yang salah.. "Affan melindungi Zara dari terus dibantai Pak Samad. Pak Samad berhenti memukul
"apa yang dah rasuk kau Zara.. iblis mana yang dah hasut kamu ni"Tengking Pak Samad. Affan membantu Zara bangun. Pak Samad mendapat peluang untuk melepaskan marahnya pada anaknya. Dipukul Zara lagi berkali kali tapi berjaya dihalang Affan. Zara berdiri dibelakng Affan. Takut.
"kau menyorok dibelakang dia buat apa kalau dah kamu nak bercerai dengan dia.. apa nak jadi dengan kau Zara"tengking Pak Samad memecah sunyi. Mak Jah dan Azam hanya mampu berdiam.Tidak mampu mereka membantu kerana Zara sendiri yang menempah sakit.
"Affan yang salah abah.. Affan yang abaikan dia,Affan terlalu sibuk dengan kerja sampai takde masa untuk dia"Affan tidak sanggup melihat Zara disakiti.
"kamu tak perlu nak tipu abah hanya sebab nak selamatkan dia,jangan kamu nak bela atau sebelahkan dia.. makin melampau dia jadinya"marah Pak Samad.
"tak abah.. memang Affan yang salah.. "Zara melangkah ke depan.
"Zara memang nak bercerai.. Zara tak boleh hidup dengan manusia hipokrit abah"tegasnya.Wajah Affan langsung tidak dipandangnya.Affan menoleh melihat Zara.
"apa awak buat ni"bisik Affan namun tidak diendahkam Zara
"kamu tengok ni.. dah melampau dah budak ni..."Pak Samad mahu memukul Zara lagi namun Affan memeluk erat Zara.
"ke tepi kamu Affan...abah nak ajar dia cukup cukup. "marah Pak Samad. Affan melutu dikaki Pak Samad.
"Abah Affan minta maaf..semua ni salah Affan.. Affan sebagai suami gagal didik dan jaga isteri Affan dengan baik..Affan gagal jadi suami dan ketua keluarga yang baik.
Affan minta maaf dengan abah.."rayu Affan
"kamu tengok... tak cukup bagus lagi ke dia pada kamu"tengking Pak Samad
"kau hentikan lakonan kau boleh tak"belum sempat Pak Samad menampar pipi Zara,Mak Jah terlebih dulu melabuhkan telapak tangannya ke muka Zara
"Mak tak pernah ajar kamu biadap Zara"ditampar lagi pipi Zara
"mak tak pernah didik kamu jadi kurang ajar" ditampar lagi Zara
"mak tak pernah didik kamu bermulut lancang"Mak Jah teresak esak. Sakit hatinya walaupun Zara bukan anak kandungnya tapi kasihnya tidak pernah berkurang malah berlebih lebih. Tapi malam itu kesabarannya sudah hilang.
"mak yang salah didik kamu Zara..mak yang gagal jadi mak yang baik..mak yang gagal jaga kamu dengan baik" tangis Mak Jah. Azam memapah Mak Jah yang sudah hilang tenaga.
"kamu tahu betapa besarnya pengorbanan Affan pada kamu Zara"soal Mak Jah. Zara diam
"orang yang bunting kan kamu bukan dia tapi orang lain" Zara tersentak.Pak Samad,Azam dan Affan juga tersentak.
"Malam tu mak nampak seorang lelaki berjalan kalut kalut masuk ke kereta,kemudian mak nampak kamu masuk...mula mak ingat kamu hanya sekadar berbual dengan kenalan kamu.. tapi bila kamu kata Amir masih hidup mak cuba mempercayai sebab mak nampak lelaki tu.. dan malam kedua kamu bertemu dia mak nampak lelaki dan kamu berpelukan.. mak nampak muka dia walaupun samar samar mak cam.. orang tu bukan amir..dan juga bukan Affan..mak pasti tu sebab cara jalannya tak sama.. lagaknya juga berbeza"Pak Samad terduduk.
"kenapa baru kau cerita Jah"Soal Pak Samad
"Jah tak nak rumit kan keadaan.Dengan Zara tak sihat Jah tak nak hilang Zara.. walaupun Jah bukan ibu kandung Zara.. tapi Jah sayang semua anak anak.."Azam memeluk Mak Jah yang teresak esak..
"Affan abah nak kamu berterus terang dengan abah.. betul apa mak kamu cakap.. bukan kamu yang buntingkan Zara"soal Pak Samad.
"ya abah.. bukan Affan.. "Pak Samad menekan dadanya yang sakit dek kerana malu dengan perbuatannya ketika Affan mengatakan dia telah bunting kan Zara.
"Affan tak pernah datang sini..kali pertama Affan datang waktu Affan berhajat nak kawin dengan Zara.. itu kali pertama Affan datang"cerita Affan.
"habis kenapa kamu mengaku yang kamu bunting kan dia"Pak Samad mula rasa bersalah
"sebab Affan nak tebus salah Affan pada Zara.. Amir meninggal sebab Affan.. bila Affan tahu Zara mengandung Affan lagi rasa bersalah.. Affan mahu bertanggungjawab atas Zara supaya Affan tak hidup dalam rasa bersalah"jelasnya.
"jadi kamu kawin dengan Zara sebab kamu rasa bersalah macam tu"soal Pak Samad
"tak Affan benar benar dan ikhlas sayangkan Zara.. Affan nak jaga dan lindungi dia sebab Zara yang buat Affan rasa seperti diperlukan .. dan keluarga ni jugalah yang buat Affan rasa apa itu keluarga... Affan tak nak hilang Zara. Affan sayang dia. "tangan Zara digenggam Affan. Zara menarik tangannya perlahan lahan
"kamu tahu siapa yang buntingkan Zara"Affan menggeleng. Zara seperti tertampar dengan tindaknnya sendiri.. berani nya seperti singa garang sebentar tadi berubah menjadi tikus kerdil. Suaranya seakan diragut.Airmatanya menitis.Affan masih setia diebelahnya tidak berganjak walau seinci.
Share this novel