BAB 15

Drama Completed 25301

Zara tersentak apabila berita tentang Hadif Fayyad dimasukkan ke hospital kerana dipukul. Berita itu disampaikan oleh Abdul. Zara dicemuh peminat butir mutiara itu. Difikirannya hanya terfikir akan Affan Mikail. Kerana semalam mereka bergaduh besar. Dari cara Affan dia bukan lah seorang yang mudah mengaku kalah.Kelibat Affan kelihatan memasuki ke kilang. Zara menghampirinya. Affan membuka kaca mata hitamnya. Rambutnya yang diikat tampak macho tapi itu tidak menganggu Zara untuk berurusan dengan singa itu.
"hai sweetie"Affan menyapa mesra
"taik kau.. sini meh sini"ditarik lengan lelaki itu. Affan hanya mengikut. Mereka masuk kelaluan kecemasan.
"walaweh baru jumpa semalam takkan hari ni dah rindu"usiknya.Zara makin geram.
"kepala hotak kau.. apa kau buat dekat Hadif"soal Zara. Affan tenang.
"aku tanya apa kau dah buat dekat dia sampai masuk hospital" tengking Zara
"aku bagi amaran sikit je.. aku tak suka orang ganggu barang dan hak aku termasuk kau" ujar Affan seolah tiada rasa bersalah.
"apa kena mengena aku dengan hal ni.. dan apa hak kau.."marah Zara. Matanya dijengkil marah.
"kau aku punya.. jadi aku tak suka dia sentuh hak aku"rambut Zara disisp ke tepi tapi ditepis Zara. Affan menyapu bibirnya yang kering. Zara makin marah.
"siapa kau nak tentukan hidup aku dan bila pula aku jadi hak kau" tengkingnya lagi.Affan mengeluarkan sekeping gambar dan diberikan kepada Zara. Gambar dia yang sedang bercumbu malam itu. Zara tersentak.
"Tak mungkin...kau tipu aku kan"Zara mula cuak. Affan sedikit menunduk. Dia tersenyum.
"kau rasa... "dia tersenyum sinis. Terasa seakan ditikam berkali kali dihulu hatinya. Perit dan pedih.. sakit.
"kurang ajar kau.. Affan Mikail kau memang sial.. celaka...babiiiii"tempik Zara. Affan menghampirinya. Badan Zara terhimpit antara dinding dan badan pemuda itu.Zara mahu membuka silat.. Tapi Affan lebih tangkas menahan.
"maki la kau semahunya..tapi kau jangan lupa.. "gambar yang dipegang Zara dirampas Affan. Rambut Zara diusap lembut begitu juga lengannya. Zara cuba menepis tapi tidak boleh kerana kedua tangannya dipegang Affan kemas.
"kau milik aku..semuanya yang ada pada kau hak aku"bisik Affan. Lalu pemuda itu beredar.
"Affan Mikaillllll.... sialllllllll"tempiknya sendiri. Zara terduduk. Dia menangis semahunya. Rasa bersalahnya pada Amir mula bercambah. Terasa kotor dan jijik pada diri sendiri.

Zara melawat Hadif dihospital. Pemuda itu terbaring lesu dikatil. Zara duduk menanti sehingga Hadif terjaga. Pintu wad Hadif dibuka. Aish datang sendiri. Dia tidak mahu bertemu dengan manusia bernama Affan Mikail. Dia benci pada manusia itu.
"Zara sorang je ke"soal Aish.. Zara mengangguk. Tidak lama kemudian seorang doktor memasuki wad itu. Ariana Zulaika. Zara terdiam
"Zara kenalkan ini tunang Aish..Ariana Zulaika, ini Zara.. staff Merga Factory..eh Zara ada abang kerja sini kan"soal Aish. Zara terperangkap..apa yang perlu dia jawab. Tidak lama kemudian Azam masuk ke wad Hadif.
"doktor Azam.. hah ni abang Zara kan"soal Aish. Azam dan Zara mengangguk. Ariana tergamam. Disangka Zara adalah penggantinya ternyata telahannya silap. Ada senyuman dibibirnya. Azam menghampiri Zara. Diperiksa titisan saline yang tergantung. Dibaca laporan perubatan Hadif. Ariana hanya memerhati.
"dia stabil, takde masalah yang besar.. dia bergaduh ke" Azam menyoal Zara. Ralat baginya yang untuk menyoal Aish kerana Ariana.
"tak tahu.. aku pun baru tahu" Zara hanya memberi kata ringkas.Zara menatap wajah yang bengkak itu. Zara mahu beredar tapi disapa Ariana.
"Zara, maaf ika tak tahu Zara adik Azam"Ariana cuba berbahasa. Zara hanya tersenyum.
"Zara ika minta maaf dengan apa yang jadi"pintanya
"maaf??untuk??"Zara hairan. Apa salah yang dilakukannya hingga dia perlu dimaafkan.
"sebab ika putuskan pertunangan kami" ujar Ariana
"sorry.. ok pertama.. yang patut memaafkan ialah abang Azam bukan Zara, kedua terima kasih sebab dah sebarkan duka buat keluarga kami dan terima kasih juga sebab petunangan tu dibatalkan lah abang Azam jadi seperti dia yang hari ini.. yang ketiga rasanya gap umur kita jauh kot.. awak lagi tua dari saya.. agak janggal kalau panggil nama" lancang mulutnya hari itu. Duka keluarganya sudah lama terbuku akhirnya terluah.
"Zara"panggil Azam. Zara berlari mendapatkan abangnya. Ariana hanya memerhati. Mereka bergandingan menuruni eskolator.
"dia sembang apa"soal Azam
"kenapa kau ada hati lagi ke dekat dia"Zara menguji. Azam mencubit lengan Zara. Zara menggosok bekas cubitan itu.
"aku tak balik malam ni.. on call.. so jangan merayap"pesan Azam. Zara membuat isyarat ok dan masuk kedalam teksi yang dipesannya.Azam memerhati teksi itu berlalu pergi.

"kau buat apa dekat sini.. abang aku takde. kau jangan nak mengada...pergi balik"suruh Zara yang berada didalam rumah.
"teman aku makan.. aku lapar"rayu Affan
"call la awek kau.. kenapa pula aku nak kena teman"dalihnya.Dia malas terlibat dengan lelaki itu.
"Dia tak balik lagi dari outstation..cepat la wehhh ke kau nak aku buat bising dekat sini"ugut Affan. Zara menelefon Azam untuk meminta kebenaran. Setelah kebenaran diberikan Azam,Zara naik ke bilik untuk bersiap. Rambutnya hanya digunakan pengepit. malas dirapikan lebih lebih.Zara masuk ke dalam kereta. Affan tersenyum. Zara hanya diam. Kereta itu berhenti di dataran. Cahaya lampu pelbagai warna yang menyinari bangunan pencakar langit tampak indah.
"kenapa kau buat aku macam ni"Zara memberanikan diri untuk menyoal.
"apa aku buat"soal Affan
"kenapa kau tipu aku.. kenapa kau mengaku kau Amir.. kenapa kau salurkan benih kau dalam tubuh aku.. sepatutnya dalam rahim aku benih Amir bukan kau" Laju bicaranya. Affan kaget.
"kau tahu disebabkan benih kau yang tiba tiba muncul aku hampir hilang nyawa.."Affan menggenggam kemas jarinya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.
"apa maksud kau"Affan gugup.
"disebab kan malam tu.. aku mengandungkan anak kau.. tapi anak itu tak dapat diselamatkan sebab aku cuba bunuh diri. kau dah buat aku rasa jijik pada diri aku sendiri.. kau memang setan Affan Mikail"bentak Zara. sekali lagi Affan tersentak. Zara mengandung.. Apa yang sudah dia lakukan..Rasa bersalah pada gadis itu mencengkam jiwanya.
"aku minta maaf"hanya itu yang mampu diungkapnya.
"maaf.. senang je kau kan.. buat salah maaf.. buat salah maaf.. kau tahu tak akibatnya pada aku.. kau memang binatang Affan"marah Zara. Ditumbuk dada lelaki itu berkali kali. Affan membiarkan gadis itu melepaskan amarahnya.
"kau memang binatang.. kau buat aku jadi gila.. kau buat aku hilang kewarasan"ditumbuk dada lelaki itu bertubi tubi. Affan memeluk gadis itu erat.
"aku tahu aku bersalah.. aku minta maaf"pintanya.Zara menangis teresak esak. Dia cuba melepaskan pelukan Affan tapi makin kemas dakapan lelaki itu
"aku akan bertanggungjawab atas semua salah aku.. aku akan tebus semuanya"ujar Affan. Diseka airmata gadis itu.
"apa yang kau nak buat.. dapat ke kau kembalikan hidup aku yang dulu"tempik Zara.
"asalkan kau sanggup..aku ok" ujar Affan. Zara hairan. Dihapus airmatanya.
"maksud kau"soalnya.
"kawin dengan aku"Zara terkejut. Ditampar pipi Affan agar lelaki itu sedar dengan apa yang diucapnya
"kau ingat kawin ni perkara main main.. kau anggap aku ni apa.. call giri.. pick me girl atau pelacur"tempik Zara. Affan menerkup mulut Zara.
"aku tak terfikir macam tu... aku cuma nak bertanggungjawab atas kesalahan aku.. "balasnya
"habis Tiara kau nak letak mana"soal Zara
"itu urusan aku.. aku takkan halang apa yang kau nak buat dan andai kata ada orang yang benar benar boleh jaga dan terima kau seadanya aku akan lepaskan. "jelas Affan
"kau ingat perkahwinan ni macam main pondok pondok"marah Zara.
"aku ikhlas.. aku mahu tebus salah aku.. dan aku janji aku takkan sentuh kau andai kau tak bersedia atau kau tak sayangkan aku.. janji kau milik aku.. aku hanya mahu kau jadi milik aku sepenuhnya..aku sanggup cagarkan diri aku asalkan aku boleh tebus salah aku"Zara diam. Pandai lelaki itu bermain kata. Zara memandang bintang dilangit. Taburan umpama berlian itu seakan rebah ke bahunya.
"aku mahu tebus salah aku.. dosa aku pada kau dan keluarga.. takde apa yang lebih berat beban dan rasa bersalah aku selain kesalahan aku pada kau.. tolong aku.. "rayunya.
"kawin bukan benda main main...bagi aku masa untuk berfikir"pinta Zara.

"Saya mengaku itu salah saya.. saya minta maaf..saya akan bertanggung jawab atas kesalahan saya.. saya mahu memperisterikan Zara."Affan memberanikan diri mengadap Pak Samad dan Azam. Pak Samad menggulung daun rokok dan dinyalakannya. Affan yang melutut dihadapannya tidak diendahnya. Zara diam. Tidak berani dia bersuara.
"sebab budak kampung sebab tu kau buat dia macam tu"Marah Azam.
"tak..bukan macam tu.. saya yang bodoh kerana ikut kan hawa nafsu saya.. "tampak kesal pada wajahnya. Mak Jah tidak mahu mencelah. Keputusan berat ini hanya Pak Samad boleh putuskan
"lagipun arwah suami Zara kawan karib saya dan saya mahu menggals tanggungjawab arwah."jelasnya lagi
"kau macam mana Zara"soal Pak Samad. Zara terdiam. Tiada jawapan. Pak Samad bangun. Dia meminta Affan untuk bangun. Dia tampar Affan berkali kali..diterajangnya juga hingga Affan tersadung ke dinding. Affan tidak melawan..Suasana tenang sebentar tadi menjadi kecoh dan tegang.
"yang kau usik tu anak aku.. kau tahu betapa sakitnya hati aku bila tengok dia macam orang gila disebabkan perbuatan kau"marah Pak Samad.Affan diam. Dilap darah yang mengalir dihidungnya.
"Saya minta maaf.. saya akan tebus semua kesalahan saya.. saya akan bertanggungjawab."hanya itu saja yang dapat di bicarakan.Pak Samad masih melepaskan marahnya.Azam cuba menenangkan Pak Samad namun tidak berjaya. Mak Jah cuba meleraikan mereka tapi tidak terdaya.
"zara setuju... zara setuju kawin dengan Affan"zara menghalang Pak Samad dengan melutut dihadapan lelaki itu. Langkah Pak Samad terhenti. Affan bangun dari pembaringan dan duduk dibelakang Zara yang melutut dihadapan Pak Samad.
"salah Zara juga sebab ikutkan perasaan.. kalau Zara dengar cakap mak dengan abah tentu perkara ni takkan jadi"ujar Zara. Tangisnya berderai. Pak Samad kembali duduk disofa. Mak Jah membantu Affan bangun.Ada titisan airmata dipipi wanita itu. Affan diam. Mak Jah menyapu luka Affan dengan minyak. Suasana yang bingar tadi kembali diam dan tegang.
"kalau itu yang kamu putuskan Zara, aku tak boleh kata apa.. esok kita ke pejabat agama, kejap lagi aku telefon kadi ibrahim..aku minta dia nikah kan korang. "ujar Pak Samad. Zara teresak esak. Affan memandang Zara sayu.
"cuma aku minta kau jaga dia baik baik.. andai kata kau dah tak boleh jaga dia kau pulangkan lah dia dengan cara yang baik"pesan Pak Samad. Tangisan Zara memecah sunyi. Dipeluk kaki Pak Samad. Rasa bersalah dihatinya meluruh walaupun duka dihati lelaki itu tidak akan terubat dengan keputusannya.

"Ibu Zara meninggal ketika dia umur 7tahun akibat kemalangan bot. Mak Jah lah pengganti ibu Zara"cerita Pak Samad pada Affan. Kepulan asap rokok daun memenuhi beranda rumah itu.
"kematian ibu Zara dikata badi yang dibawa Zara sebab Zara ada kelebihan.Hijabnya terbuka. Dia dapat meramal apa yang akan terjadi"cerita Pak Samad lagi.
"sebab tu abah takut nak lepaskan dia pada orang sebarangan.. abah harap Affan jaga Zara dengan baik.. jangan ambil kesempatan diatas kepolosan dia dan kelebihan dia."pesan Pak Samad.
"Affan janji abah.. Affan akan gembirakan dan bahagiakan Zara"janjinya.Dia memandang Zara yang berdiri di pantai diterangi cahaya bulan.
"pergi lah dekat dia, dia dah sah jadi isteri kamu pun.. hari dah lewat esok korang nak balik kolumpo.. dia kalau dan bertenggek dekat pantai tu lambat la nampak pintu rumah"Pak Samad bangun dan masuk ke dalam rumah.Affan berjalan ke pantai. Dia berdiri disebelah Zara. Zara diam memeluk tubuh.
"terima kasih"ujar Affan.
"untuk apa"soal Zara
"kau sanggup jadi isteri aku" Affan sedikit ralat untuk membahasakan dirinya seperti pasangan lain
"aku buat keputusan tu pun sebab aku tak sanggup tengok abah pukul kau"balas Zara tenang
"kenapa kau takut aku mati ke"seloroh Affan
"ye.. nanti tak pasal pasal abah kena penjara sebab kau"balas Zara slumber.. Zara berjalan pulang sendiri. Affan menghirup udara malam untuk seketika.

saya belanja satu bab dulu ya.. btw tq sudi baca..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience