BAB 38

Drama Completed 25301

"Qish.. ni surat pertukaran Zara ke Merga" Kertas itu diletakkan diatas meja gadis itu.Affan duduk disofa. Tanpa dibuka smapul itu Balqis mengoyakkan sampul itu lalu dilayangkan ke udara. Affan malas berbets dibiarkan sahaja perilaku gadis itu.
"tiba tiba nak saja nak pindahkan dia ke merga" Soal Balqis. Dia cuba bertenang.
"ada kekosongan untuk jawatan kerani."Balas Affan. Majalah diatas meja kopi itu dibeleknya.
"umi tahu?" balas Balqis.
"tu lah.. belum tengok lagi paper tu dah koyakkan.. umi dah approved " Balas Affan lalu bangun dan keluar dari bilik itu meninggalkan Balqis yang masih dalam amarahnya. Dicapai telefonnya lalu di dail nombor bakal Ibu mertuanya.
"umi... Zara transfer ke Merga? " rengeknya
"ya"balas Zaleha pendek.
"tapi umi... "
"Qish.. if Qish nak Affan Qish kena dengar cakap umi.. kalau tak Qish akan hilang Affan" Pesan Zaleha. Talian dimatikan. Balqis keluar dari biliknya dan berdiri ditangga pejabat. Hatinya bertambah sakit apabila melihat Affan dan Zara berbual mesra dengan pekerja disitu. Apatah lagi melihat mereka bergurau mesra. Sakit hatinya seperti di carik carik.

Zara sedang sibuk didapur. Affan menonton televisyen.Ketenangan mereka diganggu dengan bunyi loceng rumah. Affan mengintai lalu bergegas mendapatkan Zara dan membawanya masuk ke bilik.
"eh...eh... kenapa ni" soal Zara hairan.
"salin seluar.. Raihan datang... seksi sangat ni" tegurnya. Zara yang mengenakan loose summer shirt dan seluar pendek paras paha menampakkan sisinya berbeza... seksi.
"biar lah.. "Zara mengusik
"salin laaaa..."rengek Affan. Zara cuba mencelah untuk keluar.
"jom makan... lapar... "usiknya lagi
"salin baju dulu... Raihan datang kot... orang takut kejap lagi orang tak makan nasi tapi orang makan dia" ugut Affan.Pipi Zara terasa hangat. Malu dengan ugutan Affan.Dia langsung saja menyalin seluar dan memakai kain batik llau bergandingan dengan Affan. Zara menghidangkan makan malam mereka.
"langkah kanan aku hari ni"seloroh Raihan lalu menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.
"Zara masak semua ni"soal Raihan
"ha ah kenapa"soal Zara
"saja tanya..sedapnya..lama tak makan lauk kampung" puji Raihan.
"tengok la isteri siapa tapu sorry.. jangan nak menyibuk hari hari.. "seloroh Affan. Usai makan malam mereka duduk di balkoni sambil menghirup udara malam. Zara masih didapur mengemas.
"kau tutup kes tu.. kau gila ke apa" Marah Raihan.
"aku buat untuk umi dan Zara... "balasnya
"ish tak de kena mengena la...kau ni...ishhhh.. buatnya si Aish tu naik gila macam adik dia macam mana"Raihan mengingatkan
"dia bukan macam tu.. dia sepanjang pegang Merga takde masalah displin apatah lagi seleweng.. dia cuba subahat tutup kerja Azizah gila tu.. lagi pun aku suka cara kerja dia.. dan Merga perlukan Vice Ceo.. Aku rasa dia layak"ujar Affan
"yang itu kau boleh hired orang beb.. " Raihan masih belum berpuas hati.
"kau tengok la apa Muzaffar buat.. sebab Abi aku percaya dia hired dia.Dari bawah sampai la dia jadi Vice Ceo..last last apa dia buat. "Affan mula geram apabila teringat akan perbuatan Muzaffar terhadap keluarganya.
"aku tahu.. tapi kau tak rasa Aish akan buat benda yang sama"uji Raihan
"bro dia kalau nak buat dia dah buat dah bro.. aku dah check satu pun takde property atas nama dia atau orang orang yang terkait dengan dia" Affan yakin dengan keputusannya.
"aku tak percaya dia.. kau dah lupa apa yang dia buat pada Zara" Raihan masih belum habis berbahas
"aku ingat dan itu aku hati hati.. lagipun umi nakkan dia masuk semula kedalam Merga. aku tak tahu apa niat dia tapi itu pertukaran untuk aku dapatkan Zara kerja di Merga." Jelas Affan lagi. Raihan sudah kehabisan kata. Tapi dia masih tidak bersetuju dengan keputusan Affan.

Zara mula bekerja di Merga. Terasa lain kali ini. Padahal ini bukan kali pertama dia bekerja dia Merga.Mungkin kerana kali ini dia datang dan pulang bersama suami tercinta. Si suami sentiasa ada.
"Zara....."Zara yang sedang menyusun dokumen menoleh.
"Aish..." dia seakan teruja berjumpa dengan pemuda itu. Dia sudah memaafkan dan melupakan kejadian hitam itu kerana dia tidak lagi mahu hidup dalan ketakutan dan rasa jijik pada diri sendiri apatah lagi dengan rasa terbeban selepas Aish meminta maaf dengan segala perbuatannya. Ikhlas kemaafan yang dipinta tampak jelas.
" Zara kerja dekat sini pula ya" soal Aish. Gadis itu ditatapnya dengan rasa bersalah. Rasa bersalah kerananya gadis itu terpaksa membawa benih yang menumpang didalam rahimnya walaupun hanya sementara. Rasa bersalah kerana terlalu turutkan kata bondanya dan takut dicop sebagai anak derhaka dia terpaksa bersubahat dengan bondanya. Rasa bersalahnya dek kerana terlalu kecewa dipermainkan oleh perempuan material hingga dendamnya dilepaskn pada Zara.
" ha ah.. Affan.. tahu je lah dia.. kalau dia kata putih mana boleh kita kata hitam" seloroh Zara. Mereka tertawa.
"ehemmmm ehemmmm uhukkkkk" Affan yang datang dari arah belakang Zara berdehem.
"kau jangan macam macam.. dia isteri aku" pesan Affan
"aku tahu.. jangan risau...kalau aku nak tackle dia dari awal lagi dah.. tapi kau yang amik tempat aku" seloroh Aish.. tapi dia tahu bahawa dia terlepas kata. Mereka terdiam
"Zara sorry..Fan.. Sorry aku tak bermaksud nak biadap" ujarnya dan beredar. Affan memerhati Aish hingga kelibat lelaki itu hilang.
"dia jangan macam macam ya"ujarnya namun tiada balasan. Dia menoleh.. Zara tiada.
"la aku cakap sorang ke" malunya sendiri.

Affan mula sibuk.Kadang dia ke ladang, kadang dia ke Terengganu. Tidak banyak masa dia bersama Zara.Zara juga tidak mengikuti suaminya kerana dia hanyalah pekerja bawahan dan tiada sebab untuk dia bersama suaminya didalam urusan kerja. Dan disebabkan itu dia dan Aish semakin rapat.
"Orang pergi seminggu je.. dia jaga diri tau"pesan Affan.
"ya.. orang janji.. tapi kalau orang bosan orang boleh keluar jumpa Azam kan" pinta Zara
"boleh... tapi minta sesiapa temankan" pesannya lagi.
"Aish boleh"pinta Zara lagi. Affan terdiam. Dia agak tidak selesa nama itu meniti dibibir isterinya apatah lagi sekarang mereka semakin akrab
"Dah Raihan ikut dia.. sapa nak teman orang.. orang mana ada kawan.. Aish je kawan orang" jelas Zara. Affan masih berfikiran.
"boleh laaaa... "Zara mengedipkan matanya berkali kali.
"orang percaya dia.. tapi orang tak percaya Aish tu" luah Affan. Zara merangkul pinggang suaminya. Dia menatap tepat ke mata redup itu.
"dia percaya orang tak"soal Zara lembut
"percaya la.. "jawab Affan malas. Tatapan mata isterinya melemahkan jiwanya.
"kalau dia percaya kan orang dia jangan fikir bukan bukan.. macam mana orang percayakan dia... boleh" uji Zara. Affan diam. Zara menatap lagi mata suaminya. Affan makin tidak keruan. Terasa seakan terkena renjatan elektrik.
"ok la... boleh la.. tapu ingat setiap pergerakan dan aktiviti dia update dekat orang.. call orang kalau ada apa apa" pesan Affan. Zara tersenyum. Dikucup pipi suaminya dengan penuh kasih. Affan tersenyum. Dikucup lembut bibir Affan. Affan tergoda dengan kucupan itu lalu membalasnya. Mereka bercumbu mesra.
"tak nak pergi la kalau macam ni.. Affan duduk disofa dibelakangnya.
"Amboiiii... " Zara mencekak pinggangnya.Affan merangkul pinggang isterinya lalu meletakkan kepalanya dipinggang isterinya. Lelahn berat dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience