BAB 37

Drama Completed 25301

Zara masuk ke stesyennya.Seperti biasa suara suara sumbang mula kedengaran. Zara diam. Dia cuba menahan amarahnya.
" Apa yang korang bising bising ni.. Zara ikut aku" panggil Balqis. Zara hanya menurut. Gadis itu membawanya ke pejabat Affan yang sekarang digunanya. Balqis duduk di kerusi yang dulunya kepunyaan Affan. Zara diam
"kau tahu kan aku bakal bertunang dengan Affan" Balqis mulakan bicara.
"aku rasa kau pun bukan bodoh..aku sama macam kau tak mahu di madukan dan tak suka berkongsi" ujar Balqis lagi.
"aku rasa kau fahan kan"telah Balqis lagi
"maaf cik Balqis.. saya sangkal semua.. bagi saya kalau dah tertulis takdir saya untuk saya bermadu....macam mana pun tetap saya akan bermadu.. andai kata ditakdirkan rumahtangga saya dengan Affan sampai sini... saya redha... tapi Cik Balqis kena ingat kalau kata jodoh cik Balqis dengan Affan ada.. ada lah... kalau takde usaha lah macam mana pun tetap takkan jadi.. Semua tu Allah tentukan bukan saya bukan cik Balqis or sapa sapa... " Balas Zara tenang. Dia perlu menggunakan logik akal untuk berbahas tentang ini.
" tapi bukan kau ke yang sibuk nak minta Affan lepaskan kau. sekarang lah masanya. " Balqis mula naik hantu.
"macam saya kata lah.. saya minta la Affan ceraikan saya macam mana sekali pun dah Allah kata saya masih berjodoh dengan dia.. saya tetap dengan dia. " Zara masih tidak mahu mengalah.
"kau ni tuli ke apa.. aku tak nak bermadu.. "Balqis yang tidak tahan dengan provokasi Zara mula berdiri dan tanganna menggenggam hujung mejanya kemas.
"itu bagi cik Balqis... saya hanya ikut apa yang Allah aturkan.. dan sekarang ni kelebihan ada pada saya sebab saya isteri Affan yang sah.. kalau cik Balqis tak mahu di madu... sila tarik diri.. tapi kalau sanggup saya ok je... Siti Khadijah redha seikhlasnya apa bila dia dimadukan saya pun harap saya sekuat itu InsyaAllah.. " Zara berbahasa.
"kauuu..."Balqis geram. Pintu bilik itu dibuka.
"la kat sini sayang ya.. puas orang cari.. "Affan memeluk Zara lalu di cium ubun ubun isterinya. Balqis yang geram dengan tindakan Affan tidak senang duduk. Hatinya makin sakit seakan bom jangka yang akan meletup bila bila masa.
"ada apa dia datang sini"soal Zara lembut. Pinggang Affan dirangkul lembut
"jom lunch... lapar" Rengek Affan lalu di usap perutnya yang lapar.
"jom... kafe.. lama dah tak makan dekat situ" Affan menggenggam tangan Zara erat lalu membawa isterinya keluar.
"sial kau Zara... babiiii.. slut...fuck you bitch"tempik Balqis didalam biliknya. Pasangan itu tidak mengendahkan jeritan amukan Balqis.

Pasangan merpati dua sejoli itu sedang menikmati masa indah bersama di satu sudut kafe. Balqis memerhati geram.
"orang dah nak kena balik office dia kerja baik baik tau.. balik ni orang amik dia. " pesan Affan. Dahi isterinya dikucup. Detik itu menjadi bualan pekerja wanita lain sama ada yang berdengki atau sama ada mengimpikan detik manis seperti itu.. apa yang Zara tahu rata rata memuji sikap Affan yang telah banyak berubah.
"kamu dari mana Affan Mikail" soal Zaleha apabila melihat kelibat anaknya itu.
"dari kilang umi" balasnya dengan senyuman. terasa bahagia
"be profesional Affan.. jangan campur adukkan personal dengan kerja." tegur Zaleha. Dia tidak mahu mencampuri urusan anaknya tapi dia perlu bertegas agar tidak menjadi buah mulut nanti.
"apa Affan buat... lagi pun Zara dekat kilang bukan Merga" Affan tidak mahu mengalah. Dia tidak suka dilayan seperti hubungannya dan Zara seakan satu dosa kesalahan besar.
" umi tahu Affan tak buat salah but kamu kena jaga hati Balqis.. dia incharge sana" tegas Zaleha lagi.
"dia dengan Affan bukan siapa siapa..so kenapa nak kena jaga hati dia pula.. yang patut Affan kena jaga Zara.. dia isteri Affan yang sah" nada Affan tinggi seoktaf. Banyak mata memandang kerana terkejut akan suara Affan yang tinggi.
"Affan dah berani tinggikan suara pada umi" kecewa Zaleha. Anaknya sebelum ini tidak pernah berkelakuan kurang sopan dihadapannya tapi disebabkan gadis bernama Zara.. anaknya sudah berubah.
"Affan tak bermaksud nak tinggi kan suara.. Affan cuma nak semua orang tolong jangan menidakkan hak Zara..dia isteri Affan.. tanggungjawab Affan. Balqis dia takde kaitan pun dengan Affan setakat cousin.. nothing more"balas Affan.
"Affan... "Zaleha menghampiri anaknya namun langkah nya terhenti
"sorry umi.. my answer is no.. Affan takkan menduakan Zara.. Affan takkan tinggalkan dia.. Affan taknak hilang dia.. end.. full stop.. and I hope we stop talk about this nonsense and an idiot idea. "Affan duduk dikerusi kerjanya dan menyambung kerjanya semula. Zaleha mengalah. Dia tidak mahu pejabat itu menjadi medan perang mereka.

"kau nak apa Ariana" bentak Azam
"Zam can we get back..we start our ship again.. " lengan Azam di pegang dengan dua tangannya. Azam merentap tangan itu dan menatap keras gadis dihadapannya
"aku beri amaran dan peringatan.. jangan pernah terfikir untuk kita akan kembali bersama dan jangan pernah mimpi aku akan terima kau semula. lagi satu kau jangan suka suka sentuh aku.. geli.. jijik" Marah Azam.
"tapi Azam.. ika sayang Azam.. ika tak boleh lupa Azam"rayunya.
"lawak bodoh apa yang kau tengah cakap ni... sebab Aish tu dah tak boleh sponsor kau sebab tu kau nak patah balik dekat aku.. ni kau dengar sini.. aku bukan jenis amik bekas orang..but of jodoh aku dengan janda aku terima.. janda yang pernah ada suami yang sah.. bukan janda yang tak bersuami dan suami ramai.. " Azam berlalu pergi tanpa menoleh.
"Azam... ika takkan lepaskan Azam.." tempik Ariana.
"kau pergi la dekat sugar daddy kau... layan dia"tawa Azam dihujungnya.
"setan kau Azam.. kau tunggu.. kau tunggu aku akan buat kau melutut depan aku" dendamnya.

Zara pulang ke rumah abangnya untuk mengambil pakaiannya. Dia sudah berpindah ke rumah Affan secara rasminya. Hanya di tinggalkan beberapa helai pakaian mana tahu suatu hari andai terpaksa dia datang ke sini tidak perlu lagi dia membawa pakaian.
"takde dah tukang masak aku" rungut Azam.
"ah kau pun tahu masak kan.. mengada.. " rungut Zara.
"kau tu.. sudah sudah la fikir negatif dekat Affan.. dia suami kau.. jaga dan layan dia baik baik.. kau jangan nak merap dia sangat" Affan yang mendengar teguran itu seakan bersetuju dengan Azam. Zara mencubit paha suaminya. Geram.
"aduhh..tengok tu.. baru je kena tegur.. dah kena ketam batu" rungut Affan.
"korang kan.. bukan boleh bergabung nanti makin menjadi jadi.. nasib Basir belayar kalau tak lagi sakan korang" marahnya. Di bimbit beg pakaiannya tapi disambar Affan lalu dimasukkan ke bonet kereta. Zara memandang rumah dan abangnya yang berada dihadapan pintu rumah sayu. Terasa berat untuk dia pergi tapi apakan daya ada insan yang lebih berhak keatas dirinya.

Zara mengemas barangnya.. bajunya diletakkan di dalam almai Affan. Dia perasan akan satu sampul surat berona coklat. Dia membuka tanpa izin Affan. Beberapa keping gambar bot yang telah rosak dan hampir hancur.Zara menggigil. Gambaran akan kejadian perlanggaran bot itu mula bermain difikirannya.
"Zara... sayang kenanpa ni" Affan cuak melihat Zara menggigil ketakutan.Dia mengangkat Zara dan diletakkan di bucu katil. Dia bertingggung dihadapan isterinya.
"umi dalam keadaan bahaya.. "ujar Zara. Affan tersentak.
"maksud Zara.. "soal Affan lagi
"kejadian bot berlanggar tu bukan tragedi tapi telah dirancang.. umi dalam bahaya.. ada letupan" dia berbicara mengikut apa yang dia nampak didalam gambarannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience