Dompet kain itu dibeleknya. Terasa ada sesuatu pada gadis itu yang harus dia ambil tahu. Siapa gadis itu sebenarnya. Gadis itu pernah hadir didalam mimpinya ketika dia koma selepas bot pelancong yang dinaikinya ketika bercuti di terengganu berlaga dengan sebuah bot penumpang.Dia yang tidak pandai berenang lemas dan koma selama beberapa minggu dek kerana paru parunya dimasuki air dan berlaku gegaran pada otaknya. Kehadiran gadis itu didalam mimpinya menjadi tanda tanya sehingga mereka bertembung di kedai baju tempoh hari.
"Raihan, aku nak kau siasat sorang budak ni"dia berbicara ditalian. Segala maklumat yang terdapat dalam dompet itu dikongsikan. Matanya terus menatap wajah gadis bernama ZARA AULIYA.
"siapa kau sebenarnya"bisik hatinya
Zara mengikut pak samad dan amir kelaut.Amir kagum dengan kegigihan dan semangat zara yang mencari rezeki dilautan luas. Dengan usia awal 20-an tubuh kecil kenit tiada siapa sangka bahawa dia mempunyai kederat sekuat lelaki berusia 30-an. Kecekapannya dilaut juga tidak dapat dinafikan. Bilakala surut pasang air juga diketahuinya. sekolah hanya tingkatan 3 berhenti akibat tidak tahan dibuli dan semenjak itu dia berurusan dengan laut dalam.
"Udang galah.. abah yang ni jangan jual, zara nak makan"keterujaannya terserlah apabila melihat beberapa ekor udang galah tersangkut pada pukatnya. tangannya ditepuk girang apabila pak samad mengiyakan permintaannya.Amir tersenyum. Zara mengasingkan udang tersebut dengan hasil tangkapan yang lain.Senja mula melabuhkan tirainya. Bos yang dikemudi pak samad sudah sampai dipersisir pantai.Pak Samad memunggah semua isi bot kerana dia mahu mencuci bot itu sebelum malam menjelam. Tapi tidak zara, dia melarikan tong yang berisi udang galah yang ditangkap mereka ke dalam rumahnya. mak jah berselisih dengannya terkejut dengan tingkah anaknya.
"kenapa dengan kamu ni zara"teguran mak kah tidak diendahkannya.
"kenapa dengan zara tu bang"mak jah yang menghampiri bot itu bertanya. pak samad memandang sekilas
"manalah aku tahu budak tu.. nak terkencing terberak agaknya"seloroh pak samad. mak jah terkesima. amir yang tertawa membetulkan situasi
"dia nak masak udang galah katanya, tu yang dia kalut"amir bersuara.mak jah hanya menggeleng. mulutnya terkumat kamit seolah berleter.
Makan malam sudah terhidang. Zara tersenyum melihat lauk yang dimasaknya. Pak Samad menghampiri meja makan. Diamati lauk pauk yang terhidang. Dia agak berpuas hati
"wah... sedapnya"puji Amir. Zara tersenyum. Mak Jah menghampiri meja makan.Macam kenduri pula rasanya. Luar biasa benar lauk malam ini.
"kamu buat kenduri ke zara, banyak benar lauknya"mak jah mencedok kari udang galah yang dimasak zara ke dalam pinggan dan dicubanya. dari riak wajahnya seakan dia berpuas hati dengan hidangan itu.Zara tersenyum gembira melihat semua menikmati masakannya dengan berselera.
"sedap, pandai zara masak"pujian itu membuatkan hati zara berbunga.
"boleh kawin dah ni"sampuk mak jah.ikan goreng dicubit lalu diletakkan kedalam pinggan. matanya melirik ke arah zara. zara yang hatinya berbunga tatkala dilabur dengan pujian terbantut girangnya dengan seloroh bondanya.
"awal lagi nak kawin. tidur bawah ketiak mak pun tak puas lagi."balas zara. mak jah yang sedang menyedut otak udang mengangkat buku lima.mereka tertawa.
Anjung yang disuluh dengan cahaya mentol itu di penuhi dengan bau tembakau jawa.Pak Samad membaiki pukatnya yang sudah terkoyak.Amir memerhati jari jemari tua itu memangkah silang tali pukat. Dia seakan teruja. Mungkin itu perkara baru baginya. Mak jah hadir dengan dulang berisi seteko kopi o panas dan sepiring kuih karas. Zara diam didalam biliknya.
"kamu ingat macam mana kamu boleh ada ditengah laut tu"pak samad mencuba. keluarga pemuda itu harus tahu keberadaannya.
"yang amir ingat amir naik bot lepas tu bot tu accident.. amir lemas dan jumpa dengan abah."ujarnya. dia memicit kepalanya yang sakit kerana cuba mengingatkan apa yang berlaku.Itu yang dilihatnya didalam mimpi dan adakalanya lintasan memori.
"dah lah bang, sakit dia nak ingat semula, jangan dipaksa nanti dia akan pulih sendiri"mak jah bersimpati dengan keadaan amir. mak jah menghulurkan ubat dan segelas air suam kepada amir. Amir kembali tenang.
Zara terjaga dari lenanya. Dia bermimpi akan peristiwa bot karam di yang dinaikinya ketika berusia 7tahun bersama keluarganya itu membuatkan seluruh badannya menggigil.Peristiwa itu mengakibatkan ibu kandungnya meninggal dunia. Mak Jah sepupu ibu kandungnya berkahwin dengan pak samad setahun kematian ibunya dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak kerana Mak Jah telah disahkan mandul.Walaupun berstatus ibu tiri tapi layanan dan kasih sayang mak jah terhadap mereka tiga beradik tidak berbelah bagi. Zara juga menyayangi Mak Jah seutuhnya. Didalam mimpinya dia yang sedang menaiki bot penumpang bersama keluarganya dari sebuah pulau untuk ke tanah besar telah bertembung dengan sebuah bot pelancongan.Ada yang terselamat dan ada juga meninggal dunia. Ada seorang budak lelaki yang berpaut pada papan bot yang pecah tampak lesu dan tidak bermaya. Zara cuba menguatkan dirinya dan dorong papan yang dipauti mereka ke tebing sungai. Mujur pihak penyelamat melihat mereka dan datang membantu. Zara dan budak lelaki itu dibawa ke pesisir pantai. Budak lelaki itu tidak diketahui keadaannya kerana sesampai mereka di persisir pantai budak lelaki itu telah dibawa ke hospital dalam keadaan tenat.
"Masih hidup kah engkau"bisik hatinya. Dia berdiri di tingkap merenung bulan yang mengambang penuh. Indahnya purnama malam itu bak mutiara yang dilimpahi cahaya. Nafasnya sesak, dadanya sakit. Lintasan memori seorang lelaki cuba menerkam amir dan membunuhnya. Zara bertempik. Mak Jah dan Pak Samad terjaga dari lenanya berlari mendapatkan zara.
"zara kenapa ni"soal mak jah.cuak.wajah zara berpeluh.tubuhnya yang menggigil itu dipeluk erat Mak Jah.
"zara nampak ada orang nak bunuh amir"gugupnya.dia cuba mencari nafas kerana jantung seolah berhenti seketika. walaupun ini bukan kali pertama lintasan memori terjadi padanya tapi kali ini dia terkejut seakan melihat gambaran untuk dirinya. kerana dalam situasi itu turut ada dirinya. Amir yang berdiri di luar tingkapnya mendengar perbualan mereka.Amir kehairanan.
"insyaAllah takde apa apa berlaku dekat amir"mak jah memujuk. zara masih termangu.kenapa orang nak bunuh amir.. siapa yang nak bunuh dia.. tapi kenapa aku juga disitu... semuanya bermain difikirannya.Amir yang berada dibawah pulang semula pondoknya
"Kurang ajar betul si Jalal ni"keluh Pak Samad kedengaran serata rumah.Mak Jah yang berada didapur bergegas mendapatkan suaminya yang baru pulang dari solat jumaat. Dari nada Pak Samad dia seakan sedang amarah.
"apa bising bising ni bang" Mak Jah mengambil kopiah dan ridha yang dipakai Pak Samad lalu disangkut ke dalam rumah. Mak Jah kembali keluar dengan segelas air kosong.
"mana tak geramnya aku, di tuduhnya kita merekrut si amir ni jadi suruhan kita"diteguk air didalam gelas itu laju. Mak Jah duduk disebelah suaminya dan cuba menenangkannya. Daun rokok dibalut kemas Pak Samad dinyalakan. Kepulan asap tembakau mula merebak
"kenapa yang fitnah kita sampai macam tu"Mak Jah cuba mencari punca. Tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Mesti ada cerita disebaliknya yang menjadi punca tersebar berita itu.
"Orang kampung kata si Amir tu cukup marah kalau dorang buruk buruk kan Zara. Pernah ditumbuknya anak muda kampung ni semata mata marahkan mereka sebab menghina Zara"ceritanya dijela. Kehadiran Amir di rumah itu diketahui seantero kampung. Makin rancak jadi bahan fitnah dan umpatan orang kampung. Apatah lagi apabila mereka kerap melihat Zara dan Amir sering berdua ke mana saja
"eh eh dorang ni... memang patut la kena hempuk dengan amir, sebab kurang ajar sangat."kaki Pak Samad yang dipicit Mak Jah diramas geram. Pak Samad sedikit tersentak. Mak Jah melemparkan senyum kambing. Hampir setahun Amir tinggal bersama mereka kenapa baru sekarang mahu dihebohkan.
"Zara mana"Pak Samad mencari kelibat anak gadisnya. Dari tadi tidak ke temu. Selalunya di mana ada Mak Jah disitu pasti ada dia.,tapi tidak hari ini.
"Jah suruh dia hantar kain dekat Yam, kain batik kut"ujar mak Jah. Pak Samad bersandar di dinding. menikmati rokok daun yang dibalutnya. Mata Pak Samad tertangkap satu pasangan yang sedang berjalan dipantai.
"Jah tu bukan Zara dengan Amir ke"Pak Samad ingin kepastian.Mak Jah merenung. Jantungnya seakan disambar helang. Dia risau akan tindakan Pak Samad.Lidahnya seakan kelu untuk menjawab
"aku tanya tu zara kan"nada Pak Samad tinggi seoktaf. Mak Jah resah.
"Jah..aku tanya ni"jerkahnya
"ye bang, dia dengan amir" Mak Jah gugup. jarinya digenggam kemas. Pak Samad berdiri di kaki tangga dan melipat lengan jubahnya menampakkan urat tangannya.
"bang,sabar bang.. " Mak Jah memujuk
"Zaraaaaaa, balikkkkkkk"tempikan suara garau itu memecah alam sepi. Zara yang berjalan bersama Amir dipersisir pantai menoleh. Dia tidak pernah melihat Pak Samad sebegitu rupa. Zara mempercepatkan langkahnya. Amir berjalan dibelakangnya.
"Ada apa abah"soal Zara. Mak Jah yang diberanda sudah resah.
"Kamu ke mana"soal Pak Samad tegas. Zara tersentak.
"Baru balik dari rumah maksu Yam" Zara menunduk tidak berani dia menatap wajah Pak Samad ketika itu.
"kamu balik dengan Amir..." zara memintas kata Pak Samad
"Zara jumpa dia dekat tepi jalam tadi, jadi zara balik dengan dia sekali"balas zara lagi. Dia cuba mengukir senyuman tapi terbantut dek kerana renungan tajam Pak Samad.
"korang berdua... "kali ini kata kata Mak Jah pula yang di pintas
"kami bercinta"tegas Amir. Zara menunduk seakan kura kura masuk kedalam cengkerang. Mak Jah berginjak setapak. Pak Samad sudah hilang akal. Di buka langkahnya dan dikerjakan Amir semahunya. Pak Samad seakan kerasukan. Mak Jah dan Zara cuba meleraikan namun tiada kudrat yang dapat menahan mereka.
"astaghfirullah abahhh"berdiri diri seorang pemuda dihadapan Pak Samad untuk mematikan langkah silatnya.Pak Samad masih tidakahu berhenti.Pemuda itu mula membuka langkah silatnya.
"Abah... ni basir abah. mengucap abah"ujar pemuda itu perlahan.. mata mereka bertentang dan Pak Samad berhenti disitu. Pemuda itu memeluk tubuh Pak Samad erat.
"Basir"panggil Mak Jah. Dipeluk Mak Jah dan Zara seeratnya. Amir bangun dan menyapu pasir pantai yang melekat dibadannya.
"Amir takkan pergi kalau Zara tak ikut"kata kata yang berani itu tehambur dari mulut Amir.Zara kaget. Mak Jah dan Basir juga tersentak dengan kata kata Amir
"apa yang kamu nak dengan Zara"tegas Pak Samad. Dia tidak akan melepaskan satu satunya anak gadisnya kepada sebarang lelaki. Dia harus teliti akan pasangan untuk Zara kerana risau Zara diambil kesempatan dia atas kelebihan yang ada padanya.
"amir betul betul sayangkan zara, amir nak memperisterikan zara"airmata Zara menitis. Tidak menyangka Amir seberani itu. Pak Samad turun ke pantai, hilang entah ke mana. Azam tidak berhenti mesej akan Zara menanyakan tentang hal itu. Mereka tidak mampu berkata apa. Keputusan dari Pak Samad masih belum diterima.
Share this novel