Zara mula bekerja di Merga Factory sebagai operator pengeluaran. Kemasukkannya di luluskan Hadif yang menawarkan jawatan itu kepadanya.
"kau budak yang encik Hadif kira tu kan.. biasa je aku ingat cun la sangat"Ain pekerja paling lama disitu agak tidak berpuas hati kerana Zara diterima kerja melalui orang tengaj dan bukan seperti mereka yang lain.
"ya saya... "Zara sedikit gugup mungkin kerana dia masih baru.
"kau dengar sini aku nak bagi nasihat Hadif tu ibarat mutiara tau.. orang yang nak berdamping dengan dia pun mesti la sama level dengan dia bukan orang macam kau" keras nada amaran itu. Zara menunduk.Masih tidak berani menjawab.
"apa kecoh kecoh ni"Semua terkejut apabila mendengar suara Affan. Apatah lagi Zara. Dari awal cadangan Hadif untuk membawa masuk ke kilang itu dibantah Affan.
"korang ingat aku bayar gaji korang untuk berkumpul bersembang macam ni, nak kerja kerja tak nak kerja hantar surat resign dan balik"tengking Affan. Mereka tersentak lalu kembali ke stesyen masing masing. Tangan Zara ditarik dan didorong ke dinding di laluan kecemasan.
"aku dah cakap kan jangan terima kerja dekat sini.. kau ni bebal ke apa"marah Affan. matanya seakan menyebar bara kemarahan
"Encik Hadif yang offer, encik Aish juga setuju..."Zara gugup
"saya tak de kelulusan,kerja apa yang saya boleh buat"nadanya bergetar.Affan kendurkan sedikit amarahnya.
"kan aku kata aku akan carikan kau kerja"nadanya rendah. Dia tidak mahu menakutkan Zara.
"tapi..."katanya dipintas Affan.
"kau kerja dulu dekat sini aku try cari kerja yang sesuai dengan kau yang mental ni"badan Zara di dorong Affan keluar dari ruang itu.pintu rintangan api di tolak Affan. Langkah mereka terhenti. Hadif dihadapan mereka.
"korang buat apa dekat sini"Hadif menarik tangan Zara ke sisinya. Diperiksa gadis itu.
"kau buat apa dengan dia"Hadif tegas.Matanya membulat menahan marah. Kolar baju Affan di cekaknya.
"aku test sikit je... kenapa kau punya ke"Zara terkejut dengan kata kata itu. Dia geram. Ada senyuman sinis dibibir pemuda itu
"kau... "Hadif makin geram
"lek bro.. ramai orang tengok.. "Provok Affan. Hadif melepaskan cengkamannya. Matanya melihat sekeliling. Ramai pekerja memerhati. Dia menarik tangan Zara dan pergi.Affan hanya hanya memerhati Zara yang sendiri di sudut kafe.
"encik visual...encik visual... "bisik pekerja disitu. Zara tidak mengendahkan. Dia makan sendiri. Ada pinggan diletakkan dihadapannya. Dia mendongak. Hadif.
"boleh saya duduk sini"kerusi dihadapannya ditarik. Hadif melabuhkan punggungnya.Zara canggung kerana banyak mata tertumpu padanya.Cerita akan Hadif dan Zara rehat bersama terdengar di telinga Affan. Dia berang.
"sakit la.. sakit tau tak"Zara meronta minta dilepaskan genggaman tangannya. Affan tidak mengendahkannya.Dibawa Zara ke pejabatnya. Pintu pejabatnya dihempas kuat.
"kau nak apa.. gila betul la dia ni"Zara menggosok tangannya yang merah. Affan melihat itu tapi berangnya masih belum reda
"kau tu yang gila.. kau tahu tak Hadif tu siapa dan kau siapa"tengking Affan. Dadanya turun naik turun naik. Mukanya merah dek kerana amarah
"apasal kau ni, aku dengan dia bukan ada apa apa pun, kami makan je yang kau nak angin sangat kenapa"tengking Zara semula. Dia mahu tahu apa salahnya
"sebab kau isteri orang dan dia adik aku"Zara tersentak. Dari mana Affan tahu yang dia sudah berkahwin. Kisahnya hanya keluarganyaa yang tahu.
"kenapa kau diam, terkejut aku tahu kau dah kawin"Affan menghampiri Zara. Zara mengundur ke belakang sedikit. Affan merenungnya tajam.
"kau isteri orang, aku tak nak kau mainkan perasaan adik aku, oh ye lupa pula patut la suami kau tinggal kau kan, macam ni rupanya perangai kau,laki kau tak tahan jadi dayus agaknya"herdik Affan. Zara tidak boleh menerima herdikan lagi. Tangannya laju menampar pipi pemuda itu
"ya aku isteri orang tapi aku bukan perempuan takde maruah, ya suami aku tinggalkan aku tapi bukan sebab aku perempuan murahan, tapi sebab Allah dah ambil semula hak Dia yang diberikan aku pinjam. Kau jangan main sedap mulut.Arwah suami aku bukan dayus"luah Zara dengan linangan airmata.Zara keluar dari pejabat Affan dengan kesedihan.Ini kali pertama dihina sebegitu. Paling dia tersentuh apabila ianya melibatkan Amir.
"drama airmata woiii"tempik Ain. semua mata tertumpu padanya.
"ada sundal baru pula.. sundal hari tu dah berambus.. ni datang pula sundal baru"Zara diam. Dia meneruskan kerjanya. Ain menghampirinya. Zara masih tidak mengendahkannya.
"wei.. kau ada affair ke dengan butir mutiara tu."Ain berdiri disebelanya. Zara masih tidak memberi sebarang reaksi.
"woi kau dengar ke tak.. "bahu Zara ditekan tekannya kuat.
"aku rasa hal peribadi aku takde kena mengena dengan korang.. dan aku rasa kau yang patut lebih jaga hal peribadi kau.. sebab kau akan hilang segala aset kau termasuk anak anak kau.. kau dalam proses cerai kan"balas Zara. Ain tergamam. Bagaimana hal peribadinya boleh diketahui Zara yang baru masuk Kerja tidak sampai seminggu.
"oh ya.. balik ni kau balik naik bas ya sebab ada orang datang nak ambil kereta kau yang terunggak dah berbulan."Zara bangun dari duduknya lalu pergi meninggalkan wanita itu dalam keadaan termangu.
Zara merenung melihat langit luas. Kata kata Affan sebentar tadi benar benar mengguris hatinya. Keluh berat dilepaskannya.
"woi sundal"Ain menerpanya dalam amarah. Pipinya ditampar. Zara terkejut.
"mana kau tahu kereta aku nak kena tarik, mana ku tahu aku dalam proses bercerai"marahnya.Zara menyapu pipinya yang perit.
"kau dengar tak aku tanya"soal Ain lagi. Zara cuba beredar tapi Ain sempat menghalang dan dia dikeronyok seperti kucing kurap. Zara terbaring ke lantai.
"korang buat apa ni, Zara.. "Hadif membantu Zara bangun.Bibirnya berdarah
"Ain apa kamu buat ni, kalau ada masalah settle baik baik bukan dengan cara begini"marah Hadif
"maaf Encik Hadif"Ain menunduk. Takut akan raut wajah garang Hadif. Zara dibawa ke klinik lalu dihantar pulang oleh Hadif.
"apa.. siapa.. "kejadian yang menimpa Zara diketahui Affan. Dia bengang. Dia mencari pelaku.
"Ain"tempiknya.semua pekerja terdiam. Singa mula mengamuk. Langkahnya saja sudah menggerunkan inikan pula raut wajahnya.
"apa masalah kau dengan Zara hah, apasal kau bantai dia"tengking Affan. Ain terdiam.
"kau kalau nak kerja buat cara nak kerja, jangan nak tunjuk samseng kau dekat sini"marahnya lagi.Semua mata tertumpu padanya. Dia menghampiri Ain. Matanya menatap tepat ke mata wanita itu
"ini amaran terakhir, jangan kau berani kacau Zara lagi, kalau tak nahas kau.. she's my women"bisik Affan. Ain yang ketakutan seakan tersekat nafasnya.Affan beredar. Nafas yang tersangkut tadi dilepaskan perlahan.
"celaka kau Zara"gumamnya geram.
"Kau kerja dengan samseng ke" Azam bercanda. Diperiksa luka adiknya. Zara berdiam saja. Azam melepaskan keluhan.
"kau bagitahu apa yang kau nampak lagi la ni"Soal Azam. Zara mengangguk.
"kan aku dah pesan, apa yang kau nampak selagi tak memudaratkan orang tu kau biarkan saja, kau tengok akibat bantah cakap aku"Azam risau akan adiknya yang polos. Niat baiknya selalu disalah erti.Akhirnya memakan diri.
"aku cuma nak ingatkan dia sebab dia suka buli aku"luah Zara. Semenjak dia bekerja disitu Ain and the gang tidak pernah berhenti mengganggunya.Apatah lagi bila Hadif yang selalu bersamanya.
Affan merenung langit malam. Rasa bersalah pada Zara belum berakhir.Apa yang ditahu Zara ditinggalkan bukan suaminya meninggal. Pagar besi itu ditampar beberapa kali.Sesalnya cuba dilepaskan.
"aku ada cerita baru"Raihan duduk disofa diruang tamu. Affan berpaling.
"Bazli dah kawin sebelum dia mati then kau tahu siapa wife dia"soal Raihan. Affan mengangkat bahunya.Dia berjalan ke arah Raihan.
"kau jangan kata dia kawin dengan Selena Gomez pula"dia tertawa kecil. Dia duduk disebelah Raihan. Laptop yang dipicu Raihan dialihkan ke arah Affan.
"ini isteri dia.. Zara Auliya"air yang diminum Affan seakan mahu terhambur keluar dari mulutnya apabila melihat foto kemesraan Bazli dan Zara.
"aku rasa bukti tu ada dengan dia"ujar Raihan. Affan menongkat dagu. Berita yang diterimanya amat mengejutkannya.
Zara bekerja seperti biasa cuma ada sedikit ralat dia seakan dipulaukan.Mereka seakan ada menyorokkan sesuatu.
"Abdul kenapa dengan semua orang hari ni"soal Zara. Dia ingin tahu salah apa pula dia kali ini
"kak Ain sudah meninggal semalam, dia gantung diri"pekerja lelaki warga bangladesh itu bercerita. Zara terkejut. Baru semalam mereka bertengkar hari ini wanita itu sudah tiada. Zara sugul. Mulut mulut mula mengatakan ianya berpunca dari pergaduhan semalam. Rehatnya juga tiada berteman hanya dia sendiri.
"Zara ada orang nak jumpa"Panggil Aish yang ketika itu baru selesai bermesyuarat.Zara bangun lalu mengikut Aish. Dua orang polis sedang berdiri. Zara gugup.
"Cik Zara Auliya.. kami minta kerja sama cik Zara untuk memberi keterangan berkaitan kematian cik Nurul Ain"Zara cuak. Hadif mendapatkan Zara. Tangan Zara dipegang kemas
"jangan risau awak ada alibi"ditepuk bahu Zara lembut.Zara tersenyum kelat. Dia memandang sekitar, matanya tertangkap Affan yang sedang memerhatinya dari tingkat dua. Zara disoal siasat. Nasib mungkin menyebelahinya kerana semalam dia berada dirumah bersama Azam. Dia keluar. Hadif dan Aish menantinya dihadapan pintu.
"Dia depression barangkali sebab kes penceraiannya. "Aish cuba menenangkan Zara. Zara mengangguk. Kepalanya masih memikirkan hal itu. Dirasakan kematian Ain bukan disebabkan sakit tapi ianya satu tragedi bersifat dendam.
"hoi mental,jom aku hantar kau balik"tempik Affan. Zara geram. Malunya dia dipanggil begitu. Affan menanti dengan tidak sabar. Ditekan hon keretanya berkali kali.Zara berjalan menghampirinya,geram.Ditampar kuat dahi lelaki itu yang berada tempat duduk pemandu.Affan menekup dahinya yamg perit. Dia memandang ke arah Zara,marah.
"apa"soal Zara
"kau kan.... "kata Affan mati disitu kerana di pintas Zara
"apa apa apaaaaaaaaa!!!!!"tempik Zara. Geramnya terluah. Affan manusia yang paling dia anti. Andai boleh dia mahu menjauhi jejaka itu. Affan keluar dari keretanya lalu mengepit leher Zara dengan lengannya dan dibuka pintu disebalah pemandu lalu didorong Zara masuk.
"pakai tali pingang"suruhnya.Zara bergelut mahu keluar tapi kepalanya dia pegang Affan dan menyukarkannya untuk keluar.
"aku kata pakai tali pinggang tu"Suruhnya lagi. Zara membatu memeluk tubuh. Muncungnya panjang sedepa.
"cepat la panas ni, pakai seat belt tu"suruhnya lembut. Zara masih membatu.Affan menyusup tubuhnya kedalam kereta untuk memakaikan tali pinggang untuk Zara
KEDEBUK
Kepalanya terantuk di bumbung kereta kerana dia tempeleng Zara.
"kau jangan macam macam aku ada silat... abah aku guru silat.. kau jangan"ugut Zara.. bunga silat dibukanya
"Sakit la sial..aku suruh kau pakai seat belt kau tak nak..kau main cepuk je kan.. binawe betol"marah Affan. Zara termalu sendiri. Dia memakai tali pinggang dan Affan menutup pintu kereta disebelahnya. Matanya memerhati Affan yang berjalan untuk masuk ke dalam kereta
"Apa kau dah buat Zara.. mati anak orang nanti"rungutnya sendiri. Dia memandang lelaki yang berada disebelahnya. Mahu di ucap maaf tapi dia takut. Dari riak wajah lelaki itu seakan harimau kelaparan. Kereta itu menderu laju.
"weh ni bukan jalan rumah aku.. kau nak culik aku ke mana ni"Zara cuak.
"kau nak culik aku buat apa, family aku bukannya kaya pun"dia memeluk tubuhnya risau. Affan masih diam. Kereta itu berhenti di sebuah tasik. Pintu dan jendela kereta dibuka Affan. Sebatang rokok di hidupkan. Zara menikmati pemandangan dihadapannya. Tasik yang luas dan tenang itu sungguh mendamaikan.
"kau jangan kata nak ajak aku dating kat sini"seloroh Zara.
"ah apak kau... Tiara aku nak letak mana"ujarnya.Zara tertawa kecil. Wajahnya dan Tiara kerap membanjiri hampir semua media di Malaysia.Kisahnya dan Tiara bukan lagi rahsia.
"dah tu kita nak buat apa dekat sini"soalnya lagi inginkan kepastian.
"aku nak minta maaf pasal semalam, aku tahu aku berkasar dengan kau, aku tak patut cakap macam tu"Affan menunduk. Zara memandang pemuda itu. Ikhlaskah dia. Takkan singa yang mengganas akan hilang taring dengan mudah. Zara penasaran.Zara menjengah keluar dan masuk semula dan menjengah keluar kembali dan masuk semula
"kau dah kenapa"sapa Affan.Dia pelik dengan tingkah Zara.
"tak aku nak tengok hari nak hujan ke.. tapi nampak macam cerah"ujar Zara. Disapu jeansnya yang tidak kotor mahupun berhabuk.Affan kehairanan
"tak la, tiba tiba je kau minta maaf dengan aku, macam tak percaya pula."Zara mengeletis. Ditepuk dash board ,tingkap dan pintu kereta. Affan hanya memerhati. Di tepuk dahi Zara dengan sekeping sampul berwarna coklat ke dahi Zara. Zara tersentak lalu mengambil sampul itu dan membuka.Matanya hampir terkeluar tatkala melihat isi kandungan tersebut.
"itu suami kau kan"soal Affan. Zara mengangguk. Airmatanya menitis. Rindunya pada si suami masih belum terhapus.. banyak misteri dalam perkahwinannya.
"Dia kawan baik aku, Bazli"Affan mula bercerita. Zara mendengar dengan teliti.Airmatanya menitis satu persatu.Disapu gambar suaminya dan juga kad nikahnya.
"aku minta maaf, sebab aku, dia terbunuh"Sesalnya.Raup wajahnya. Rambutnya yang panjang paras bahu diikat.
"tapi kenapa"soal Zara. Diseka airmatanya. Dia menoleh ke arah Affan. Badannya bergetar menahan marah.
"aku minta maaf.. "hanya itu yang terkeluar dari bibir lelaki itu.
"tapi kenapa... kenapa dia harus dibunuh.. siapa kau sebenarnya"tengking Zara.Badan menggigil menahan amarah.
"aku minta maaf"airmata jantan mula menitis.
"kau rasa dengan maaf kau boleh kembalikan suami aku, kau boleh kembalikan anak aku"tengking Zara. Affan tersentak. Anak... Dia memandang Zara tepat. Wajah Zara yang menyinga di tatapnya.
"apa yang aku dah buat"getus hatinya. Airmata Zara yang mengalir seakan beban baginya. Rasa bersalahnya pada Zara dan Bazli ibarat langit rebah ke riba.
"aku separuh mati rindukan dia, hari hari aku tunggu dia pulang, tapi...penantian aku berakhir dengan tubuh yang kaku." Zara meluahkan. Dia hapus airmatanya. Gambar Bazli dia letakkan didadanya. Affan bersimpati. Mahu dipeluk tubuh itu dan menenangkannya tapi dia tidak mampu. Rasa simpati dan bersalah menjadi benteng antara mereka.
Share this novel