BAB 20

Drama Completed 25301

Hadif mendapatkan Zara yang rehat sendirian disudut kafe. Zara biasa saja. Hari harinya seakan membosankan. Hadif memerhati,pelik.
"nak saya belikan makanan ke"soal Hadif.
"eh tak pe.. saya yang takde selera"nasi didalam pinggannya dikuis kuis. Seleranya mati. Entah kenapa hatinya terasa seakan dibawa pergi.
"saya nak minta kerja separuh hari boleh.. "pintanya.
"Boleh...awak isi borang dekat HR.. nak saya hantarkam awak balik ke"pelawa Hadif.
"takpe saya nak pergi satu tempat sebelum balik" ujarnya. Perbualan mereka mati disitu. Zara bangun dari kerusinya dan meninggalkan kafe.Dia mengisi borang permohonan kerja separuh hari dan mula mengemas barangnya untuk pulang.
"awak betul tak nak saya hantar ni"soal Hadif.
"ya..saya boleh balik sendiri"balas Zara malas
"kalau macam tu dah sampai rumah call saya.. saya ada emergancy dekat century.. ingat sampai rumah call"pesan Hadif.. Zara hanya mengangguk. Hadif bergegas keluar kilang. Zara memerhati pejabat Affan. Dia naik dan masuk ke bilik itu. Dirinya seakan disampuk. Diikuti saja kakinya melangkah. Dia duduk dikerusi Affan. Disentuh setiap barang yang berada diatas meja. Airmatanya menitis satu persatu. Sebak
"Affan aku rindu kau"ujarnya.Kot yang selalu dipakai Affan disarungnya. Dicium berkali kali. Rasa bersalah pada Affan seakan tombak terbenam ditanah.Sakit dan sesak. Dia teresak esak hingga ke tiduran.Affan melihat isterinya melalui cctv. Zara yang tertidur dimejanya ditatap penuh kasih.
"sabar ya.. selesai semua ni kita akan bahagia"bisik hatinya.
"rindu teruk nampak"Usik Raihan. Affan masih menatap telefonnya. Masih melihat Zara yang berada didalam biliknya.
"kau dah terus terang dengan dia siapa kau dan kejadian malam tu"soal Raihan. Affan menggeleng.
"nak rahsiakan sampai bila.. kesian dia.. dia akan rasa tertipu"Affan membatu.
"aku tak faham lah dengan kau ni.. sayang tapi ego.. melepas nanti baru tahu"nasihat Raihan
"aku nak dia buat pilihan sendiri untuk dia...tugas aku sekarang lindungi dia dari bahaya.. selesai semua dia akan bebas...bebas terbang.. aku takkan letak dia lagi dalam sangkar. "Raihan memberhentikan kereta ketepi. Dia terkejut dengan kata kata Affan
"kau nak ceraikan dia" Raihan menoleh.
"itu yang dia minta... aku akan tunaikan tapi selepas semua ni berakhir... "Diusap gambar Zara yang masih ketiduran dimejanya.
"kau gila ke apa.. kau ingat kawin ni main main"Raihan mula berang. Dia kesal dengan sikap sahabatnya. Affan yang dikenalinya bertahun tahun tidak selemah ini..kali ini dia benar benar berubah hanya kerana ZARA.
"itu yang di minta.. lagipun aku takkan dapat gantikan tempat Bazli.. bagi Zara,Bazli cinta pertama dan terakhir dia.. dia bantu aku pun sebab Bazli.. bukan sebab aku.. aku tak akan dan tak pernah wujud dihati dia"Affan mengalihkan pandangannya keluar. Hutan hijau itu meresap sebak didadanya.
"sebab kau ego.. cuba kau kendurkan ego kau"nasihat Raihan
"aku ada Tiara"Raihan meraup mukannya geram.
"kau dah tahu dia curang dengan kau lagi kau nak terhegeh hegeh dekat dia..gila ke apa kau ni"Raihan mula hilang sabar
"aku punca dia jadi macam tu"Affan mula menyesali perbuatannya.
"kau tahu kan dia memang macam tu sebelum couple dengan kau.. kau pun amik bekas Aish. Dia couple dengan kau pun sebab material bro.. bukan sebab diri kau..abortion dah berapa kali..dia brake up dengan Aish pun sebab dia tahu Aish hanya anak tiri.. dia tu parasit bro.. kau dah tengok video yang aku bagi tu"Affan mengangguk.
"dah tu kau nak simpan lagi perempuan iblis tu"marah Raihan. Affan diam. Dia kehabisan kata.

Puan Sri Azizah menanti kepulangan Aish dengan amarah. Sampul dihadapannya membuatkannya meradang. Dia tidak menyangka rahsia yang disimpan selama 5 tahun akan terbongkar akhirnya.
"mama.. "sapa Aish dimuka pintu. Sampul itu dibaling ke arah Aish yang berdiri disebelahnya. Aish membuka sampul itu dan melihat setiap keping isi kertas itu.
"mama.. "Aish cuak
"macam mana Aish buat kerja.. "marah Puan Sri. Aish diam
"Aish Adrian.. mama nak tahu perkara ni settle.. hapuskan semua kalau perlu"geram Puan Sri.Aish menggenggam kemas sampul itu. Dia rasakan kerjanya selesai kerana semua bukti dihapuskan dengan sempurna ternyata masih ada yang bocor.Kedengaran kereta Tan Sri Muzaffar memasuki perkarangan rumah agam itu.Aish segera menyimpan sampul itu kedalam tasnya. Tan Sri masuk kedalam rumah dengan keadaan marah. Dua beranak itu berpandangan.
"bibik bawakan saya segelas air"pinta Tan Sri.Puan Sri terkocoh kocoh duduk disebelah suaminya. Dicabut kot dan tali leher yang dipakai suaminya. Aish turut duduk. Tidak berani dia beredar.
"pasal marah marah ni"soal Puan Sri berhati hati.
"BOD desak suruh jawatan CEO dan Exec BOD"ditumbuk meja kopi dihadapannya..kuat. Dua beranak itu tersentak.
"kenapa tiba tiba"Puan Sri mencelah.
"sebab Babylon Empire... macam mana boleh bocor kewujudan Babylon.. Aish... papa serahkan pada Aish kan untuk uruskan.. macam mana BOD boleh tahu.. "marahnya.
"Aish akan siasat perkara ni papa"Aish semakin serabut. Satu persatu hampir terbongkar.
"esok ada mesyuarat,papa nak isikan jawatan yang kosong tu"ujar Tan Sri. Aish hanya mengangguk.

Hadif menelefon Zara berkali kali tapi tidak berjawab. Dia ke rumah Azam tapi kosong tiada penghuni. Hadif risau. Dia tidak tahu ke mana harus dicari gadis itu.Dia pulang ke rumah agam itu dengan gusar. Suasana tegang yang menyelubungi rumah itu tidak diendahkan Hadif.
"Hadif Fayyad.. jumpa papa sekejap"panggil Tan Sri.Hadif tidak mengendahkan. Dia terus ke biliknya. Tan Sri mula berang. Puan Sri melihat keadaan itu cuba menenangkan suaminya. Hadif berbaring dikatil. Syiling biliknya direnung. Jika boleh mahu ditembusinya. Maklumat yang diterimanya benar benar menyakitkan hatinya. Zara pula hilang entah ke mana. Telefonnya ditekan. Panggilan disambung
"ok jumpa malam ni"talian dimatikan. Hadif cuba melelapkan mata tapi pintu biliknya diketuk. Puan Sri masuk ke bilik anak terunanya itu.
"papa panggil Hadif tadi..kenapa tak jawab"soal Puan Sri. Hadif diam.
"what's wrong honey"soal Puan Sri lagi.
"Nothing.. I'm just tired. "Hadif bangun dan bersandar dibahu bondanya.
"La.. dah kenapa pula.."dia cuba menenangkan
"Projek terpaksa ditangguhkan"Puan Sri tersentak.
"but why"Dia mahu tahu
"ada orang buat laporan bahan binaan kita tak berkualiti.. dan boleh membahayakan"Hadif mengeluh
"so"Puan Sri menyoal lagi
"kalau kata kita didapati bersalah..nama Hadif akan buruk.. mama faham tak.. sebab projek tu under Hadif"Puan Sri menenangkan anaknya
"Hadif tahu tak papa nak Hadif serahkan semula projek tu pada Affan... "Hadif mendongak. Bebannya sudah tiada.
"if anything happen..Affan yang akan dipertanggungjawabkan" Puan Sri tersenyum. Hadif terdiam. Benarkah berita itu..

Affan kembali ke pejabatnya. Kerusinya di lurut lembut. Dirasakan aura isterinya. Begitu juga kot yang digantung turut dipegangnya. Dia tersenyum.
"Affan..Zara admit ward.. pengsan"Khabaran dari setiausahanya itu membuatkannya risau dan gusar. Dia bergegas ke hospital. Pintu wad dibukanya. Sebak rasanya melihat tubuh genit itu terbaring kaku di katil. Affan menghampirinya.
"Zara.. bangun...Affan dah balik"tangan gadis itu di kucup berkali kali. Dia sisip rambut gadis itu ke tepi. Azam memasuki wad adiknya.
"zara kenapa.. "Affan seakan hilang arah.
"tekanan darah dia sangat rendah.. dia terlalu stress"Affan menatap wajah isterinya sayu. Apa yang difikirkan gadis itu sehingga dia rebah dan terlantar begini.
"tapi kau jangan risau.. dia ok.. bagi dia rehat"Azam menepuk bahu Affan dan beredar. Dia meninggalkan pasangan itu sendirian.Affan terus menangis.

"sayang bangun"Suara dan tangisan itu membuatkan Zara terjaga. Hadif memegang tangannya sambil menangis. Zara tercari cari.. bukan sosok ini yang dinanti.
"sayang.. thanks God"ada senyuman terukir dibibir Hadif. Gembiranya dia apabila melihat Zara sudah sedar dari lenanya yang panjang.
"awak sorang je ke"soal Zara
"ya.. ada sesiapa yang harus bersama saya ke"soal Hadif. Zara menggeleng. Dia kecewa.
"panggilkan abang saya boleh"Hadif akur. Dia beredar untuk mendapatkan Azam. Zara mencapai telefonnya.. nombor Affan di dailnya namun talian gagal disambung. Zara risau. Mimpinya menakutkannya. Puan Sri Zaleha dalam bahaya. Affan harus pindahkan dia segera. Hadif masuk ke biliknya bersama Azam.
"abang aku nak balik"pinta Zara
"kau baru sedar..mana boleh balik lagi.. " saline yang menitis diperiksa Azam.
"tapi... "
"ku jangan nak mengada.. kau stay sini dulu"tegas Azam.
"kalau macam tu.. malam ni kau teman aku"pinta Zara
"tak pe malam ni saya jaga awak ok"pelawa Hadif. Zara menarik hujung lengan baju abangnya.
"ok la aku teman kau.. takpe Hadif malam ni aky jaga dia.. dia memang kalau tak sihat nak berkepit je dengan aku"tipu Azam.

Affan sibuk dengan kerja dan siasatannya. Satu persatu bukti cuba dikumpul dan dirungakai.Raihan setia membantunya. Tangan mereka ligat menekan kekunci laptop.
"esok aku nak balik kampung la.. dah lama tak tengok mak dengan abah"ujar Affan.
"wah mak abah erkk.. ada kemajuan"usik Raihan.
"dah mak abah Zara.. mak abah aku juga lagipun dengan dorang la aku dapat rasakan layanan dari seorang ayah dan ibu.. aku betul betul aku ada keluarga."Affan tersenyum sendiri.
"memang la tengah angau kentut pun bau perfume.. "usik Raihan lagi. Affan tetap tersenyum.
"kau tahukan projek tu kena beku dulu sementara ni kan"soal Raihan
"aku tahu.. aku yang report."Raihan melongo. Dia tidak menyangka Affan bertindak begitu
"itu projek aku... aku nak kan projek tu balik"ujarnya.Raihan diam. Telefon Affan berdering.
"Dia dah sedar" nadanya gembira.
"maaf aku ada urusan penting untuk aku selesaikan habis urusan aku.. aku jumpa dia"talian ditamatkan
"kau tak nak jumpa dia ke sebelum pergi terengganu"Raihan menyoal. Affan hanya menggeleng. Raihan menepuk dadanya berkali kali agar dia tetap bersabar dengan perangai sahabatnya. Zara sedih apabila Affan lebih memilih kerja dari dirinya. Muramnya tidak ditutup lagi. Azam membuka tv didalam bilik itu. Berita tentang pembunuhan kerap kedengaran
"bahaya dah Malaysia sekarang macam duduk dekat jepun.. banyak sangat yakuza"leter Azam. Zara terdiam. Dia menonton berita itu tanpa minat tetapi berita itu mula menarik perhatiannya apabila gambar mangsa tertera di tv. Gadis itu yang ditemuinya pada malam dia bersama Hadif dan dua hari kemudian gadis itu datang bertemu Affan.Mereka kelihatan tegang dan gadis itu beredar dengan tangisan. Apa yang mengejutkan Zara gadis itu mengandung.. itu yang diberitahu pemberita..Apakah... Zara mula berteoari

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience