BAB 8

Drama Completed 25301

Makan malam Zara meriah, adik dan abangnya ada dirumah. Azam dan Basir memasang mentol lampu bergantungan bertali tali memenuhi laman agar pantai di hadapan rumah mereka tidak gelap.
"Cantik cantik Zara suka... boleh lepak pantai tiap tiap malam"Dia seakan teruja melihat tranformasi rumahnya.
"aku pasang mana tahu kot kot terlekat satu dua minah saleh dekat sini"seloroh Azam.
"minah saleh tak mau, jepun ke korea ke.. perghhhh cunnn"sampuk Basir. Zara yang geram menggoyangkan kaki tangga yang di naiki Basir. Riuh suasana. Mak Jah dan Pak Samad terhibur dengan keletah anak anak mereka. Di letakkan bangku dan meja kayu yang ditempah khas oleh Basir di pantai menggantikan tunggul kayu yang selalu di duduki Zara. Selesa.

Aroma kopi panas menembus gawang hidung Azam,lalu dihirup perlahan.
"Aku dari awal lagi tak berkenan dengan si Amir tu, nampak sangat dia lain, pelik"Basir cuba mengatur ayat sebaik mungkin agar tidak mengguris hati Zara.
"Aku pun macam ralat bila dengar kau nak kawin dengan dia sebab kita tak tahu asal usul dia"Azam turut meluahkan.
"kau batalkan je lah perkawinan korang lagi pun dah masuk tiga bulan dia hilang"cadang Basir. Zara terpana. Dia seakan terkejut dengan cadangan Basir. Bibir cawan kopinya dilirik perlahan.Matanya melihat gerakan kopi didalam cawannya
"Aku tahu dia akan pulang"ujar Zara perlahan.
"sampai bila kamu nak tunggu dia... sampai kamu tua.. perjalanan hidup kamu masih panjang Zara"suara garau Pak Samad kedengaran. Dia ridak sanggup melihat anaknya terus menanti sesuatu yang tidak pasti. Dia mahu anak nya mencari bahagianya bukan terus termangu dipantai dengan harapan yang tidak tertunai.
"Zara akan terus tunggu Amir pulang, sebab Zara tahu Amir akan pulang"matanya mula bergenang. Dia masih menunduk tidak mahu mengangkat kepalanya walau seinci.
"sampai bila... entah dia sudah bahagia diluar sana atau pun sudah di baham ikan ikan dilaut"nada Pak Samad tinggi seoktaf. Mak Jah mencuit paha Pak Samad agar lebih berhati hati dalam berbicara agar tidak mengguris hati anak daranya
"kau pun belum dia setubuhi ini kan pula dia nak balik tinggal dengan kau, siapa yang nak bermenantukan keturunan bidan salmah pembawa badi "tempik Pak Samad. Zara terkejut bagaimana Pak Samad tahu bahawa dia masih dara. Mak Jah,Azam dan Basir juga terkejut dengan kata kata yang terpacul dari mulut Pak Samad.
"Zara akan tunggu Amir walau apapun terjadi"nada Zara sedikit tinggi. Dia tidak berniat untuk besikap kurang ajar tapi dia mahu pertahankan rumah tangganya. Airmata Zara menderu.
"kau sendiri kata kan kau nampak ada orang cuba bunuh Amir, kau nak nafikan apa lagi"tengking Pak Samad. Dadanya berombak dek kerana berhambur amarah.
"itu belum pasti abah, hati Zara kata dia masih hidup, Zara akan cari dia sampai jumpa"Zara juga tidak mahu mengalah.
"kau nak cari dia dimana, ramalan kau pernah salah ke sebelum ni, entah mana dia tinggal, asal usul dia pun kita tak tahu mana kau nak cari dia"marah Pak Samad membuak buak. Mak Jah cuba menenangkan. Azam meminta Zara agar berdiam
"sebab jantan sekor tu, kau tengok hidup kau, terurus ke, aku rasa elok lagi dari sebelum kau kawin, sekarang... apa jadi, diri kau dah macam tiada hala tuju, itupun kau nak cari dia, bubarkan saja perkahwinan ni"tegas Pak Samad.Zara semakin membara.
"Zara kata tak nak tak nak la, ini hidup Zara, kehidupan Zara, biar Zara tentukan"pipinya terasa perit apa bila tengkingannya di balas dengan tamparan kuat dari Pak Samad.
"apa kau kata, hidup kau kau berhak tentukan... kau lupa apa dah jadi pada abang kau, disebabkan hidup dia, dia tentukan sendiri akhirnya apa jadi.. kau,kau tentukan hidup kau,nak kawin aku turutkan tapi sekarang apa jadi, malu nya tetap aku tanggung, telinga ni dah bernanah dengan kata kata orang kampung... sebab anak aku turutkan tapi akhirnya aku sendiri lumur arang kemuka aku... pernah kau fikir semua tu... "tengking Pak Samad. Semua terdiam. Zara masih dalam esakan. Azam memeluk Zara agar dirasakan sedikit tenang. Basir menenangkan Pak Samad. Mak Jah dalam tangisannya.Dia turut terkesan dengan duka yang disembunyikan suaminya. Hati duka seorang suami selama ini tidak pernah dia ketahui.
"baik, kalau kau nak sangat cari dia, aku izin kan, pergi la cari dia, tunggu la dia selama mana kamu mahu, tapi andai kata dia pulang ke sini, kau pergilah dengan dia dan jangan pulang lagi sebab tika itu saat itu, aku tidak bererti lagi bagi kamu walaupun sebagai seorang ayah, selama mana kamu menanti dia, aku tak mahu sepatah kata dari mulut kamu kedengaran di hawa telinga aku... bagi aku,dunia aku hanya laut luas"Pak Samad bangun dan menuruni anak tangga lalu ke pantai. Mereka terpana dengan kata kata Pak Samad. Apatah lagi Zara yang mula meraung terasa bersalah pada lelaki yang dia panggil Abah. Azam tersandar ke tiang seri.. mereka meratapi kata kata Pak Samad. Luahan itu lahir dari hati lelaki itu yang lama dia pendam. Pak Samad duduk di dalam bot nya mengadap laut yang bergelora.
"Habibah, aku dah gagal jadi ayah yang baik untuk anak anak, azam ditinggalkan tunangnya kerana keturunan aku, Zara ditinggalkan suami kerana keturunan aku, Basir di fitnah kerana keturunan aku, Habibah aku dah gagal tunai janji kita.. aku ayah yang gagal. "ujar Pak Samad. Dikongsi derita bersama angin lalu. Ingatannya pada arwah isterinya berbekas dihati. Manik manim jernih mengalir di garis garis tua pada wajah lelaki itu. Pak Samad dalam esakkan.

Suasana pagi yang menenangkan itu di nikmati Affan dengan secawan nescafe panas. Matanya menatap setiap inci pantai. Tubuhnya dipeluk dari belakang. Tiara yang berbalut selimut duduk diribaannya. Mereka bercumbu
"thank you baby datang sini untuk i"bisik Affan. Gadis itu merengek manja.
"untuk you, I sanggup janji I dapat hadiah I, I like it.. malam tadi you betu betul monster"dibalut lelaki itu dengan selimutnya. Gadis itu kelihatan menggeletis.
"hai love bird... semalam takkan tak cukup lagi"Hadif yang baru bangun dari lenanya menyapa pasangan itu. Tiara terdiam. Malu barangkali. Dia bangun dan meninggalkan Affan sendirian.
"Aish baru sampai malam tadi dengan Ariana, so set time for meeting bro"pinta Hadif. Affan menghirup nescafe yang dibancuhnya. Matanya memandang samudera luas. Hadif cuba mencari kelibat gadis semalam tapi tidak kelihatan.Affan dan Hadif bersiap untuk bertemu pelabur.Aish sudah berada dilobi.
"Aish, I dengan Tiara pusing pusing kampung boleh sementara tunggu korang meeting, nanti dah siap call ok"Ariana memberi cadangan. Aish mengangguk. Dua gadis itu keluar menaiki kereta. Di nikmati keindahan kampung yang diaman sepanjang jalan dipenuhi pohon kelapa dan pemandangan laut yang terbentang. Mereka berhenti dia gerai yang kampung dimana kelihatan ramai orang menjamu selera disitu Mereka memesan ABC dan sepinggan keropok. Dalam mereka menikmati hidangan, Ariana tertangkap satu tubuh yang dikenali nya
"Azam"panggilnya.pemuda itu menoleh.Dia berjalan ke arah pemuda itu. Azam berkelakuan seolah tiada apa apa yang berlaku walhal didalam hatinya agak terkejut bertemu bekas tunangnya disini.
"buat apa dekat sini"soal Ariana. matanya menatap Zara yang berada di lelaki itu. Diperhati dari atas hingga bawah gadis itu. Tangan Azam mengeggam erat tangan gadis itu. Ariana cemburu. Zara bergerak sedikit kebelakang abangnya. Dia tidak seles AZ dengan tatapan itu
"ni kampung aku... "balas Azam pendek
"owh... I ikut Aish,dia ada meeting dekat sini"ceritanya.Hatinya sakit melihat genggaman tangan itu. Tidak disangka pemuda itu menemui pengganti dirinya secepat itu.
"ermmm ok.. "Azam berpaling lalu meneruskan langkah. Dia jalan bergandingan bersama Zara. Bahu Zara dipeluk erat.
"Azam... aku takkan senang senang lepaskan kau"getus hatinya.

"Siapa tadi"Zara menyoal.Dari lintasan gambarannya gadis itu bukan biasa biasa, dan Azam juga berada disitu
"tu lah Ariana Zulaika"Azam menggaru telapak tangannya yang tidak gatal. Zara terdiam. Maka tidak salah lah gambaran itu. Azam melepaskan keluhan berat.
"wehhhh... korang beli tak keropok"soal Basir. Azam dan Zara tergamam.Mereka lupa membeli keropok yang dipesan Basir. Basir terpaksa menapak semula ke gerai. Zara dan Azam masih berbual di pantai. Basir pulang dengan sepunjut beg plastik berisi keropok.
"tadi tengok ada orang luar dekat gerai tu.. Yang perempuan tu macam tiara"cerita Basir. keropok itu dimasukkan kedalam mulutnya
"tiara mana.. tiara kris tu ke.. yang Raffa cover tu"tawa Azam dan Zara. Kepala Azam di tuil Basir
"bongok la kau ni, Tiara pelakon tu... yang perghhh syeksyi tu"ujar Basir. Azam dan Zara hanya mengangguk. Tiara pelakon baru yang sedang naik, lakonannya yang tidak seberapa tapi disebabkan gossip percintaannya dengan VIP iaitu Affan Mikail dia menjadi bualan hangat. Hanya kerana Affan dia mendapat tawaran berlakon jika tidak dia digelar pelakon sendu.
"Tak tahu yang mana satu boyfriend dia... mungkin yang nama Hadif tu kot sebab nampak macam rapat"cerita Basir lagi. Zara kaget. Matanya menatap Basir.
"Kat mana kau jumpa Hadif" soal Zara kalut. Basir dengan Azam terkejut dengan reaksi Zara
"dekat gerai keropok tu la"Basir sedikit gugup melihat reaksi Zara. Zara berlari ke gerai yang disebutkan Basir. Dua pemuda itu mengejar Zara dari belakang. Risau akan dibuat kerja gila si Zara.Namun hampa, kerana digerai itu tiada lagi pelanggan, mereka sudah pulang barangkali. Zara menangis dalam lelahnya.
"Zara, kau kenapa"soal Azam yang juga lelah.
"Hadif.... hadif ..."Zara tidak dapat meneruskan kata kata. Kesalnya kerana terlambat menemukan suaminya.
"siapa hadif tu"soal Basir yang juga kelelahan
"entah.. siapa hadif tu"soal Azam ingin tahu
"Hadif tu suami Zara... Amir"balas Zara. Basir dan Azam berpandangan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience