BAB 24

Drama Completed 25301

"kenapa kau tipu aku"soal Zara. Deruan ombak menghempas pantai seakan mengerti perasaan Zara yang terasa ditipu. Affan diam. Dia bermain dengan buih buih halus pantai yang berada ditepian.
"kau dengar tak aku tanya"tempik Zara. Affan menoleh.
"tu ketam"Affan tertawa. Diperhati ketam berjalan memasuki lubang yang pasir.
"kau dengar atau saja mengelak dari jawab soalan aku"Zara mula naik angin
"sebab aku sayang kau"ringkas saja jawapannya
"aku tanya kenapa kau mengaku yang kau bersama aku malam tu"Zara menyoal lagi.
"sebab aku jatuh cinta dengan kau" Balas Affan lagi. Dirasakan jantungnya berdegup kencang. Zara cuba mengumpul kekuatan agar permasalahan mereka diselesaikan segera.
"habis gambar gambar tu"soal Zara lagi.
"aku tak tahu.. ada orang letak atas meja aku.. aku tengok kau.. aku jadi marah"jelasnya.Batu ditangannya dibaling ke laut dalam.
"apa ke bodoh kau ni.. apa yang kau nak dari aku sampai kau sanggup mengaku semua tu"soal Zara lagi
"aku nak kau... aku nak selalu dengan kau.. "Zara terdiam.
"dulu kau selamat kan aku dari lemas.. sekarang aku lemas.. lemas rindu dan sayangkan kau.. kau tolong la selamatkan aku balik"seloroh Affan
"gila.. bila aku selamatkan kau "Zara mengomel
"kau lupa.. kau yang selamatkan aku waktu bot berlaga..kau sangkut kau dekat kayu"cerita Affan
"owhhh kau budak yang tak boleh berenang tu"Zara mengingati peristiwa itu. Affan mengangguk.
"hidup lagi kau ye"tempelak Zara.
"wah mulut kau" Affan menegur. Mereka terdiam. Hanya kedengaran suara ombak. Affan menghampiri Zara dan berdiri disebelah gadis itu.
"aku tak janji bulan dan bintang.. tapi InsyaAllah aku akan bahagia kan kau..Andai kata kau nekad untuk berpisah.. bagi aku selesaikan segalanya.. baru kita buat keputusan... aku tak paksa kau untuk terus bersama aku.. tapi aku juga tak nak kehilangan kau.. kau fikir dalam dalam.. aku cuma nak yang terbaik untuk kau. "Zara diam. Hatinya tidak tenang lagi.
"aku tahu aku bukan yang pertama untuk kau.. tapi kalau boleh aku nak jadi yang terakhir yang ada dalam hati dan hidup kau" Affan berbicara lagi. sehabis mungkin dirayunya. Sayangnya pada Zara seutuh tembok besar cina.
"aku hanya minta kau tunggu sampai semuanya selesai..aku perlukan kau untuk aku hadap semua ni.. aku tak kuat.. aku tak kuat Zara... aku perlukan kau untuk aku hadap semua ni"Rayu Affan
"tapi kenapa aku"soal Zara
"sebab kau penyelamat aku"Zara mati kata. Affan melepaskan pandangannya ke laut dalam.

Pintu balkoni di selaknya menampakkan laut luas.. tenang.. Affan mula merangka kubu pertahanan agar ada tempat berlindung ketika diserang. Dihantar satu berita yang bakal menggemparkan Merga Holdings.
"kau pasti dengan apa yang kau nak buat ni"Soal Raihan.
"aku pasti... aku rasa ini masa yang sesuai untuk aku mulakan."kopi ditangannya dihirup perlahan. Raihan tersenyum melihat semangat Affan seakan pulih dari lena yang panjang. Affan bersiap untuk melawat tapak projek. Loceng pintu biliknya berdering. Raihan membuka pintu.
"Affan..."Affan yang sedang bersiap terkejut melihat Zara dimuka pintu biliknya. Affan merapikan dirinya.
"masuk la" pintanya.. Zara melangkah masuk.Di perhati bilik tersebut.
"ni Raihan kawan saya"Affan memperkenalkan
sahabatnya itu pada isterinya. Zara menunduk sedikit tanda hormat.
"awak buat apa dekat sini"soal Affan. Tangannya dikuis kuis meminta Raihan supaya keluar.
"Fan.. aku keluar dulu...jumpa kau dekat resort"Raihan keluar pintu bilik itu ditutup rapat. Zara berdiri kaku. Affan duduk di sofa menunggu bicara dari isterinya dengan sabar.
"mak abah ajak balik makan tengahari"Zara gugup. Dikepit kukunya dengan jarinya. Affan diam. Ditenung Zara dengan penuh kasih. Ingin dipeluk gadis itu tapi.. tembok yang dibina menyukarkan dia untuk melakukannya.
"datang dengan apa"Affan menyoal lembut.
"jalan kaki ikut pantai"Affan melihat kaki isterinya. Ada butiran pasir di kaki gadis itu. Dia bangun lalu meletakkan tubuh itu ke atas sofa yang diduduknya sebentar tadi. Dia ambil semangkuk air dan dua helai tuala. Dibasah satu tuala lalu dilap pada kaki gadis itu hingga bersih lalu dilap hingga kering kaki itu. Zara hanya memerhati. Disapu pasir yang melekat pada kaki seluar trek gadis itu. Di bangun lalu membasuh selipar jepun yang dipakai isterinya dan di letakkan dibalkoni agar kering.Disarungkan selipar resort ke kaki kecil itu.
"kenapa tak mesej je"soal Affan lembut. Dia yang bertinggung dihadapan Zara mendongak wajah yang menunduk itu. Dibaiki rambut gadis itu yang berselerak ditiup angin.
"kenapalah susah susah jalan kaki"soal Affan lagi. Zara diam. Affan bangun dan mahu beredar tapi jari kelingkingnya dipegang Zara. Affan menoleh.. Zara menekan nekan jari itu. Affan membiarkan saja. Zara mengumpul kekuatan barang kali.Air mata Zara menitis satu persatu jatuh diribaannya.Affan bertinggung kembali. Diseka airmata gadis itu
"kenapa ni... abah marah marah lagi ke.. atau mak"soal Affan.
"orang minta maaf"Affan kaget... Kata kata itu terpacul dari mulut gadis itu.
"apa.. tak dengar.. "Affan mengusik
"orang minta maaf.. "tangisan Zara sedikit kuat. Affan tersenyum disapu airmata isterinya.Ada senyuman terukir dibibirnya
"Dia tak salah.. orang yang banyak buat salah dengan dia.. orang yang banyak sakit kan hati dia.. orang yang patut minta maaf. "Affan menggenggam jari kecil itu lembut.
"orang tak patut berkasar dengan dia.. "Affan memeluk erat isterinya. ..Zara tidak dapat menghabiskan kata kata. Lapang dadanya apabila tembok pemisah mereka telah roboh.
"Affan sayang Zara.. orang sayang dia"bisik Affan.Pelukkan Affan dibalas Zara yang teresak esak dengan tangisan.

Affan melawat resort yang hampir siap.. Bilik kayu mewah yang hampir separuh dibina itu diperiksa Affan dan Raihan. Zara hanya mengikut dari belakang. Dia tidak tahu akan selok belok pembinaan.Sesekali Affan menoleh kebelakang melihat isterinya takut akan gadis itu bosan.
"dah berdamai ke.. dah gencatan senjata.. mana menang amerika or britain"Affan menyiku Raihan. Takut akan kata katanya didengari Zara.
"cik Affan..cik Aish dah sampai"Affan dan Raihan terkejut. Setahunya Aish harus melawat ladang sawit hari ini.
"Dia balik dulu kejap lagi orang balik ya"suruh Affan.Zara hanya mengikut arahan. Zara pulang melalui jalan pantai tapi kelibatnya sempat di lihat Ariana.
"tu Zara kan.. dia buat apa dekat sini"soal Ariana.Aish mencari kelibat yang dimaksudkan. Sah itu Zara auliya.
"Cari Hadif kot"Aish berteori. Affan mendapat kan Aish dan Ariana.
"kau bukan pergi ladang ke" soal Affan
"aku pergi esok.. aku singgah sini dulu nak tengok projek... "ujar Aish
"aku yang handle projek ni.. kau urus saja kerja kau"tempelak Affan
"kau lupa aku ceo Merga.. semua urusan dibawah Merga dibawah pemantauan aku. "lagaknya
"macam mana dengan Babylon dan Cemara.. kau dah pantau.. "Aish tersentak. Bagaimana Affan mengetahui hal itu
"apa maksud kau"soal Aish..
"aku rasa kau kena lebih beri tumpuan pada Babylon dan Cemara"Affan menepuk bahu Aish sebelum berlalu pergi. Aish geram. Jarinya digenggam kemas.
"oh ya.. projek ni akan disambung pembinaan lusa... jangakaan hujung bulan depan akan siap..sediakan tabung kosong lebih ya"perli Azam. Aish makin membara.
"sial kau Affan"Ariana hanya memerhati.

Affan membawa Raihan kerumah mertuanya. Makan tengahari dirumah itu meriah dengan hilai tawa.Pak Samad tampak ceria setelah bertegang urat dengan anaknya semalam.
"patut la Affan selalu hilang kalau time makan..Ada hidangan 5star"seloroh Raihan.
"mana ada...biasa saja.. lauk kampung semua"Mak Jah merendah diri
"ini yang sedap...lauk bandar jemu dah mak cik oii"Raihan berseloroh lagi
"nanti kalau lalu atau datang sini singgah lah.. mak cik kau boleh tolong masakkan"pelawa Pak Samad.
"kalau macam tu Azam nak kerap amik duty dekat sini la boleh bawak balik member"sampuk Azam.
"ah kau karut.. perabis beras rumah aku adalah"canda Pak Samad. Suasana bingar dengan hilai tawa. Zara mengemas meja dan dapur. Dicuci pinggan disinki. Affan menghampiri isterinya dan berdiri disebelah gadis itu. Pinggan yang dicuci dibilas Affan.
"petang ni pergi resort.. teman orang buat kerja boleh"pinta Affan.
"tengok lah macam mana sebab petang ni orang nak pergi pekan dengan Azam.. esok kami dah nak balik"ujar Zara.
"owh.."Affan menunduk.
"tapi lepas balik pekan orang pergi dekat dia ya" ada senyuman dibibir lelaki itu.

Affan duduk dibalkoni sambil mengadap laptopnya. Laporan setiap perjalanan projek resort itu. Notifikasi emel diterimanya. Merga kecoh apabila berita ke wujudan Babylon dan Cemara menggunakan Merga.Telefonnya berdetak detik.Ramai yang sibuk mahu tahu akan kisah benar disebalik berita itu. Affan membiarkan sahaja.
"busy telefon kau"sapa Raihan
"cerita gempak mau tak"tawa mereka.Dalam dia memeriksa dokumen matanya tertangkap satu pasangan ditepi pantai.
"tu bukan bini aku ke"soal Affan. Raihan mencari gadis yang dimaksudkan
"ha ah.. tapi sape laki tu"Affan geram melihat aksi isterinya yang mesra dengan lelaki itu
"bukan Azam tu"Affan mengagak. Mereka memerhati dari balkoni. Aksi Zara berkejaran dengan lelaki tersebut membuat kan perasaab Affan tidak enak.. cemburu dan geram bercampur baur. Tangannya memegang pagar balkoni kemas. Hatinya seakan mahu meletup.Ditumbuk tumbuk dadanya bertubi tubi. Raihan hanya tertawa melihat reaksi sahabatnya itu. Sakit hatinya bertambah apabila Zara digendong dibelakang lelaki itu. Kemesraan mereka mencabar sabar Affan. Pintu bilik mereka diketuk. Raihan membuka.
"Hadif.. bila kau sampai"soal Raihan.. Affan tidak beralih matanya tetap pada Zara yang sedang bemesraan. Hadif menghampiri Affan
"hoi...kau tengok apa"Hadif berdiri disebelah Affan. Affan muncungkan sedikit mulutnya menunjuk ke arah Zara yang sedang bergembira.
"Zara.. "nama itu terpacul dari mulut Hadif. kali ini geram Hadif pula dilepaskan pada pagar balkoni..kemas genggamannya.
"tengok la awek kau.. hahaha.. "seloroh Affan. saja ditambah bara dihati Hadif. Raihan memandang Affan dengan keliru.Hadif meluru keluar dari bilik Affan dan menghilang entah ke mana.
"asal kau cakap macam tu"Soal Raihan.
"saja.. aku tahu Hadif takkan duduk diam.. senang kerja aku"Affan terus merenung Zara yang sedang berseronok dipantai.

ORANG TAK BALIK MAKAN MALAM DEKAT RUMAH MALAM NI

Affan menghantar mesej kepada Zara. Cemburunya masih berbekas.
"call la... call la.. "bisik hatinya. Mahu rasanya dipujuk Zara. Duduknya sudah tidak statik. Gundah. Telefon di ditatapnya. Masih tiada balasan.Dia menghempaskan badannya ke katilnya. Diinjak injak badannya melepaskan kekecewaan. Bantal ditumbuknya berkali kali. Diterkup mukanya ke dengan bantal
"zaraaaaaaaaaaaa"tempiknya.Raihan yang baru keluar dari bilik mandi terkejut melihat gelagat Affan seperti kera kena belacan.Digigit hujung bantal itu dan diramas ramas geram
"kau nak aku call doktor ke"Soal Raihan.Affan masih menggila. Telefonnya berdetak. Affan cepat cepat mencapai telefonnya.

OK

"what.. "tempik Affan.
"ahhaaaaaa"rengeknya seperti anak kecil kehilangan gula gula. kakinya digeser berkali kali di katil.
"alololo sayang puppy..."Raihan mahu memeluk Affan tapi awal awal lagi di ditendang Affan hingga terjelepok ke bawah. Raihan tertawa
"kau tengok jawapan dia ok je.... haisshh mendidih hati aku ni.. "luahnya
"ok la tu dia jawab ok kalau kO...kena gali lubang kubo"seloroh Raihan. Affan yang geram membaling bantal kepada Raihan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience