"umi... kenapa buat keputusan tak bagitahu Affan dulu.."tengking Affan.
"ini untuk Merga.. you know how struggle I'm after this happened?" balas Zaleha tenang
"tapi Affan dah ada Zara.. Affan takkan duakan Zara"marahnya lagi
"umi tak suruh Affan ceraikan Zara.. Zara nanti umi bincang dengan dia.. let's women talks.. she would be understood" terang Zaleha. Affan merengus lalu beredar. Dia mencari isterinya.
"awak boleh tak apa apa bincang dengan saya dulu"Marah Zaleha. Muzaffar tidak mengendahkan leteran isterinya. Affan masuk ke dewan untuk mencari Zara didalam dewan namun hampa. Zara tiada disitu.
"Affan..can we talk"panggil Balqis.
"aku rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita bersembang"Affan melihat sekeliling mencari Zara.
"but why.. I nak bincang about our engagement " Balqis memegang tangan Affan erat.
"what's now.. bukan sekarang masa untuk kita sembang benda benda ni.. aku nak jumpa wife aku dulu"marah Affan
"she's not suit for you..lepas semua ni jadi..you masih nak dia"? nada Balqis tinggi seoktaf.
" apa maksud kau" soal Affan.
"ye lah.. Hadif pun dia nak.. Aish dia layan.. you pun dia cekup.. memang hebat penangan bidan salmah"sinis Balqis
" jaga mulut kau Qish.. dia isteri aku.. aku tahu dia.. kau apa kurangnya. Hadif and Aish pun kau sental tiba nak bertunang dengan aku.. " Balqis seakan terpukul dengan kata katanya.
"Affan... I dengan dorang ringan ringan je tau.. I still virgin..My virginity is yours"ujarnya tanpa malu.
" damn shit...bitch"marah Affan dan beredar meninggalkan gadis itu.
"Affan..."tempik gadis itu. Affan tidak mengendahkan gadis itu.
Affan ke rumah mertuanya. Pak Samad dan Mak Jah terkejut melihat kehadiran pemuda itu secara tiba tiba.
"abah,mak Affan minta maaf... Affan tak berniat nak larikan diri atau bersembunyi.. tapi Affan perlukan masa untuk pulih"jelasnya
"abah tahu tapi bila kau diam... sembunyi begitu kau buat kami terutama Zara tertanya tanya.. Dia setiap hari menantikan kau.. Kalau dia balik sini.. laut tu la tempat dia luah perasaan dia" luah Pak Samad.
"Affan minta maaf abah.. sebab tu Affan datang sini nak jumpa Zara"pintanya dengan penuh harapan
"Zara dah balik kolumpa rasanya.. bas pukul 11 mlm.. Basir hantar dia dekat terminal tadi.. patut abah tanya dia kenapa nak balik tiba tiba... "jelas Pak Samad. Affan bergegas memandu keretanya pulang ke resort untuk mengambil barangnya. Dia menelefon Zara tapi tak berjawab. Dia masuk ke biliknya dikemas pakaiannya dan keluar dari biliknya
"Fan...asal kau kalut kalut ni.. macam kera cabut ekor" sapa Raihan
"Zara...Zara dah balik KL..."ujarnya lelah.. nafasnya ditarik perlahan mencari ruang untuk jantungnya bertenang.
"Dia balik KL.. esok dia kerja kot" teka Raihan. Dia cuba untuk menenangkan sahabatnya agar tidak terburu buru.
"I don't think so... kalau betul dia kerja esok kenapa dia tak balik siang tadi kenapa dia nak attend majlis ni.. " Affan menyangkal dakwaan sahabatnya.
"Affan... "panggil seseorang. Raihan dan Affan menoleh.
"shit... apa kau buat dekat sini.. "Affan mula menyinga. Kolar baju lelaki itu digenggamnya kemas. Matanya merenung tajam.
"Fan.. fan... stop.. ramai orang tengok bro"amaran Raihan. Affan menoleh kiri dan kanan. Genggamannya dileraikan.
"Apa kau buat dekat sini huh"getusnya
"aku datang nak jumpa Zara"Affan merenung Aish tajam. Penumbuknya sudah bersedia untuk dilepaskan. Andai Aish berbicara yang tidak sepatutnya penumbuk itu akan hinggap dipipinya.
"aku datang nak jumpa dia.. aku nak minta maaf pada dia atas apa yang dah aku lakukan pada dia.. aku benar benar menyesal dengan tindakan bodoh aku" Aish kelihatan kesal dengan tindakannya. Genggamannya tadi dileraikan.
"kau ada jumpa dia"soal Raihan
"aku jumpa dia dekat pantai tadi.. aku tahu apa yang dah aku lakukan memang tak dapat dimaafkan.. tapi aku lega.. sebab sesal aku selama ni seakan terbuang. " jelas Aish. Affan diam. Fikirannya muka berkecamuk
"kau betul nak bertunang dengan Balqis"soal Aish
"kenapa kau tak boleh move on dengan Balqis ke" uji Affan.
"aku dengan dia hanya skandal atas katil.. aku tak pernah lebih dengan dia.. aku tak pernah sentuh dia... tapi tak tahu la Hadif" jujurnya
"kau.. bukan spesis terkam lauk ke" perli Aish
"aku terkam lauk pun bukan jenis pakai hauk... Tiara je yang aku sharing lain mana ada.. "seloroh Aish...
"but if kau betul betul nak bertunang dan berkawin dengan Balqis...aku rasa better kau fikir 1000 kali... she's not what you all people think. she's not what she is" bahu Affan ditepuk lembut.
"Zara is more and better than Balqis.. "ujar Aish sebelum berlalu pergi meninggalkan dua sahabat itu. Affan dan Raihan hanya memerhati pemuda itu beredar. Tampak perubahan pada diri lelaki itu. Walaupun sebelum ini dia sentiasa tenang.. tapi kali ini tenangnya tampak lebih matang.
"no.. Affan kena balik malam ni juga.. Affan nak cari Zara.. Affan kena betul kan keadaan dan fikiran dia.. "tempik Affan
"dah malam ni.. lagi pun esok kita kena jumpa exco pelancongan" Tegas Zaleha. Balqis yang berada di situ tersenyum sinis
"tapi umi.. "
"no tapi tapi.. esok lepas selesai urusan dengan exco, Affan boleh balik KL.. umi akan uruskan yang selebihnya. Affan diam. Dihempaskan badannya disofa.
"umi.. habis Balqis macam mana" rengek Balqis. Zaleha menoleh ke arah gadis itu.
"Balqis tetap akan jadi menantu umi" Affan tersentak. Dia tidak menyangka bahawa kata kata itu lahir dari mulut wanita yang melahirkannya.
"yess.. " Balqis seakan teruja.Dia mula angan angan kan kehidupannya bergelar isteri Affan
"no Umi.. Affan takkan kawin dengan Balqis.. Affan takkan ceraikan Zara" Affan mula membara
"like I said.. umi tak suruh Affan ceraikan Zara.. "mudah sungguh bagi wanita itu membuat keputusan
"Balqis tak nak bermadu umi"rengek gadis itu lagi
"dan aku pun takkan menduakan Zara apatah lagi nak madukan dia dengan perempuan macam kau" marah Affan
"Affan Mikail.. minds your word.. umi takkan suruh dan paksa Affan ceraikan Zara.. dan Balqis juga takkan bermadu dengan Zara" senyum curiga terukir di bibir wanita itu.
"apa maksud Umi" soal Affan yang semakin curiga. Persoalan itu hanya tinggal tanda tanya apa bila Dato Borhan menghampiri mereka.
Tangannya tidak berhenti menelefon Zara.. Namun hampa. Affan resah. Tidurnya tidak telap.
"kau diam diam boleh tak.. aku nak tidur pun tak boleh"tegur Raihan. Affan bangun dan di buka tv.Satu persatu rancangan ditekannya.
"woiii... aku bernyawa tau dalam bilik ni.. " marah Raihan.
"aku tak faham lah dengan Umi.. kenapa dia tiba tiba berubah fikiran tentang Zara"akhirnya diluahkan juga beban fikirannya
"tu la aku pun hairan.. apa yang umi rancang sebenarnya.. "Raihan seakan berminat untuk membahaskan akan cerita itu. Dia duduk disebelah Affan
"nak kata saham Merga terumbang ambing aku tengok flow ok je.. nak kata cari peneraju baru...aku rasa tak perlu kot nak kawin kan aku dengan Balqis. " dia mula berteka teki.
" betul aku setuju... kalau kata untuk join venture.. kenapa sampai nak kena kawin.. " Raihan juga mula berteori. Mereka menyalakan sebatang rokok seorang dan bilik itu mula dikepuli asap rokok.
Share this novel