BAB 14

Drama Completed 25301

Zara menatap gambar suaminya. Rindu benar dia tapi hakikat yang harus diterima mereka dipisahkan oleh dua alam yang berbeza.Kini baru dia tahu siapa suaminya yang sebenar. Masih bermain difikirannya siapa yang bersamanya malam itu.Anak siapa yang dikandungkannya. Dia memejamkan mata. Dia cuba mengingati susuk tubuh itu tapi gagal. Apa yang dapat digambarannya Hadif terlantar dihospital.Dia terjaga.Badannya berpeluh menggigil.
"zara, Affan datang"panggil Azam.Dia melihat Zara dalam ketakutan lalu dipeluknya erat. Zara akan begitu andai dia mendapatkan ramalan yang buruk.
"tenang Zara.. tenang.. "bisiknya. Zara turun ke bawah. Affan menantinya diruang tamu.Di rapikan rambutnya yang kusut. Azam mengikutinya dari belakang.
"ada apa"soal Zara acuh tak acuh.
"aku nak ajak kau keluar"Affan mendongak dan memandang Zara yang berdiri di hadapannya.Zara membisu. Siaran tv ditukar tukarnya. Azam kembali ke ruang tamu dengan segelas air untuk Affan tapi disambar Zara
"ish.. aku buat untuk Affan kau nak pergi la dapur ambil sendiri"tegur Azam. Zara tidak mengendahkannya. Azam ke dapur semula
"aku nak ajak ku keluar ada perkara aku nak bincang" ujar Affan.
"cakap dekat sini je, tak perlu membazir minyak untuk aku" Zara tegang.Matanya masih menatap tv.Tangannya laju menekan remote. Azam yang menghampiri mereka merampas remote dari Zara.Zara menoleh. Azam mengerakkan kepalanya kearah Affan yang duduk disofa.Zara menghentak kakinya geram lalu naik ke biliknya bersiap dan turun semula ke bawah.
"korang nak pergi mana"soal Azam. dibaiki hoodie yang di sarung Zara dan diikat rambut adiknya agak tampak kemas. Zara membiarkan perbuatan abangnya.
"lepak kat dataran dengan pergi makan.. kau nak ikut"pelawa Affan
"tak..buat apa aku ikut.. korang settle masalah korang baik baik.. korang jangan macam macam ya"pesan Azam. Ditarik rambut Zara yang diikatnya. Zara menoleh geram
"kau jaga diri kau.. jangan buat hal, bincang baik baik kau bukan budak budak lagi.. faham"tegas Azam. Zara mengangguk. Dia masuk ke perut kereta yang di pandu Affan. Kereta itu mula mencari destinasi.Mereka berhenti di sebuah restoran patani. Dipesan makanan tapi tidak Zara. Mogok barangkali. Mereka diam. Zara tidak selesa kerana ada beberapa pasang mata memandang mereka.Mereka tiadak mengenalinya kerana dia bukan bintang terkenal tapi Affan,kekasih pelakon terkenal.
"kau takde rasa malu dan bersalah ke keluar dengan aku datang tempat tempat macam ni"Zara mula menyoal agar tidak canggung. Straw didalam gelasnya dia gigitnya. Affan diam. Dia menikmati makanannya.
"kau dengar tak"nada Zara tinggi seoktaf
"aku tengah makan ni"balas Affan keras. Zara bersandar pada kerusinya.Dipeluk tubuhnya.
"buat apa aku nak malu, aku buat salah apa"Affan berbicara.Zara seoalah hairan dengan jawapan Affan. Tidak punya perasaankah pemuda itu. Terlalu mudah kata katanya keluar begitu.
"kau pakwe si Tiara,satu Malaysia tahu kot, tiber keluar dengan aku,makan dekat sini"jelas Zara. Dia tidak berpuas hati.
"salah ke.. aku tak boleh berkawan dengan siapa siapa ke.. lagi pun kami bukan kawin lagi"Affan tenang. Di habiskan makanannya dan ditolak pinggan ke tengah meja
"memang la tak salah tapi sekurang kurangnya hormat la dia sebagai awek kau.. kalau kau keluar dengan lelaki lain la.. ni aku perempuan kot.. kalau dia tahu..mampos dia cemburu"Zara tidak mahu mengalah. Lelaki ini harus dia ajar.
"nampak macam kita ni sweet couple ke.. kau tu nampak perempuan sangat ke"seloroh Affan. Zara geram. Makin pandai pemuda itu membalas. Zara mati kata. Dia bangun lalu menuju ke kereta. Affan kalut,dia meninggal wang bernot rm50 yang diselitkan dipinggan lalu bergegas ke kereta.
"kau memang spesis manusia yang tak sabar ke"bentak Affan. Kunci kereta ditekan Zara masuk ke dalam kereta lalu dihempas kuat pintu. Affan mengenggam jarinya kemas menahan geram. Dihidupkan enjin kereta lalu bergerak destinasi lain.Hanya suara radio kedengaran. Mereka tegang.Kereta itu berhenti di tasik petang tadi. kelihatan beberapa biji lagi kenderaan berada disitu dan agak ramai juga pengunjung malam itu. Pintu kereta dibuka Affan. Dia mengadap keluar. Sebatang rokok dihidupkan. Zara menikmati pemandangan sambil memahami bait bait kata kata lagu yang bermain dicorong radio.
"aku minta Bazli siasat tentang keluarga aku"Affan memulakan bicara. Zara memberi tumpuan.
"Tan Sri Muzaffar bukan ayah kandung aku.. ayah aku meninggal dalam tragedi bot berlaga di terengganu ketika umur aku 9tahun. Umi aku kawin dengan muzaffar, sahabat baik ayah aku.. Puan Sri Azizah bukan ibu kandung aku tapi ibu tiri aku. Ibu aku meninggal 5 tahun lepas. Hadif anak kandung Muzaffar dengan Azizah.. Aish anak Azizah dengan bekas suaminya.. sebab tu dia kata kami twin tak sebapa seibu,umur kami sama."Dia memperbaiki duduknya agar selesa untuk bercerita. Zara menutup radio. Dia mhu mendengar dengan teliti.
"aku minta Bazli siasat tentang kemalangan umi, aku curiga dengan kejadian tu.. "Gugup kedengaran dinadanya. Zara menoleh menatap wajah yang tadi tegang kini kelihatan sugul
"umi dituduh curang..ada gambar yang membuktikan kecurangan umi tapi aku tak percaya umi sejahat itu. jadi aku minta Bazli dan Raihan siasat, Bazli dapat jumpa beberapa bukti yang mengaitkan dengan kematian umi dan ternyata firasat aku betul, umi dibunuh dan bukan kemalangan biasa." Zara cuba memahami situasi tapi dia juga mahu keadilan untuk suaminya.
"tapi kenapa Amir dibunuh, sebab apa.."Zara menyoal. Matanya tetap pada Affan. Lelaki itu mendongak dan melepaskan keluahan berat lalu dilepaskan pandangan pada tasik yang terbentang luas.
"sebab dia ada bukti dan tahu siapa punya angkara.. cuma bukti itu tak sempat diberi pada aku..kali pertama dia cuba dibunuh ketika dia dalam perjalanan untuk bawa bukti tu kat aku.. dia ditembak dan kereta dia jatuh kelaut.. aku dan Raihan cuba cari mayat dia tapi tak jumpa dan seminggu sebelum dia dibunuh untuk kali kedua dia ada call Raihan.. bukti tu masih ada bersama dia tapi sayang orang tahu dia masih hidup dan dia ditembak hingga mati" Jantung Zara seakan terhenti.Khabaran duka itu membuatkan lutut serta kakinya lemah.Zara mula teresak.
"aku baru tahu yang Bazli kawin dengan kau.. aku minta maaf disebabkan aku kau jadi mangsa"Affan sudah habis kata. Sesalnya masih terbuku didada.
"kau tahu siapa punya kerja.. aku taknak tahu kisah dan masalah kau aku cuma nak keadilan untuk Amir. "tegas Zara walaupun dalam tangisan.
"aku tak tahu sebab bukti tu hanya ada pada Bazli.. "Affan sugul.
"habis tu macam mana kau nak cari pelakunya kalau bukti tu kau pun tak pernah tengok"Zara mula membara.
"sepanjang Bazli dengan kau ada apa apa barang dia yang kau rasa pelik atau nampak penting bagi dia"Affan mula menyoal. Zara cuba mengingatkan.
"tak de pula.. kau jangan nak libatkan aku atau pun keluarga aku.. aku cuma nakkan keadilan untuk Amir"Zara bertegas. Matanya merenung Affan tajam. Dalam masa yang sama dia cuba untuk mengingatkan kembali yang barang barang milik Amir. Tiada apa yang isitimewa dan pelik. Ketika kali pertama Amir dijumpai dia hanya sehelai sepinggang.Telefon Affan berdering.
"ok aku balik sekarang"Affan menghidupkan enjin kereta lalu meninggalkan tasik itu.

Kereta Affan memasuki kawasan rumah agam. Zara terpana melihat banglo mewah yang besar itu.
"nak buat apa dekat sini"soal Zara.
"aku ada urusan dengan family,kau tunggu aku dekat dalam lepas habis urusan aku, aku hantar kau balik"Zara hanya mengikut. Teringin rasanya dia meneliti setiap sudut rumah itu. Dia membontoti Affan. Pintu rumah agam itu dibuka. Zara terpegun melihat tatarias mewah yang tidak pernah dilihatnya.Seorang wanita menghampiri mereka.
"bik bawa dia ke meja sana, hidang dia makan dia belum makan lagi.."wanita itu hanya mengangguk.
"kau ikut bibik ni nanti aku datang"bisik Affan. Zara hanya mengikut arahan. Dia membontoti wanita itu. Setiap inci rumah itu diperhati Zara. Affan masuk ke dalam sebuah bilik,kelihatan Aish dan Hadif juga ada disitu. Sepasang suami isteri yang baru menuruni anak tangga menyapanya
"kamu siapa"soal wanita itu lembut
"saya Zara, pekerja Encik Affan"ujarnya sedikit gugup. Gaya dan lagak wanita itu sungguh sophisticated..
"owh.. saya mama Affan dan ini papa Affan Tan Sri Muzaffar"Zara kaku. Tidak menyangka akan bertemu dengan usahawan hebat. Zara menyantuni mereka.
"jemput makan, nanti aunty datang ya" sopan sekali bicara wanita itu. Zara duduk kembali. Jus oren dan sepotong kek red velvet di hidang bibik. Zara menjamah sambil mata melihat situasi didalam bilik yang bercermin jernih.
"Siapa perempuan tu Affan"soal Tan Sri.
"dia isteri arwah Bazli" Aish dan Hadif tersentak begitu juga Puan Sri Azizah.
"kau ada hubungan ke dengan dia"soal Tan Sri lagi
"kami ada urusan sedikit.. lagipun Bazli pekerja kita i just shows my emphaty to her as Bazli superior"jelasnya.
"kenapa kau bawa dia kesini, ini urusan family"Bisik Hadif
"aku dengan dia tadi, kejap lagi aku hantar la" Affan menjawab sekilas.
"dah bukan itu yang kita nak bincang, tapi about our lost money"Tan Sri Muzaffar berterus terang. Zara cuba memasang telinga. Walaupun sayup sayup kedengaran tapi masih dapat didengarinya.
"Affan tak buat transaksi tu..kau dah tanya finance yang approve transaksi tu" Affan menyoal Aish
"dia dah resign sebelum aku dapat detect pasal lost ni"jelas Aish.
"shit.. kau Hadif dah check transaksi resort"Affan mula menyoal semua
"Dah tapi takde"Hadif menjawa pendek. Affan bengang.
"so.. how and what should I do"Tan Sri Muzaffar memberi patah dua kata.
"kamu dah hilang peluang untuk jadi exec BOD Affan.. apa yang papa nak bagitahu pada pemegang sah lain"nada Tan Sri Muzaffar tegang. Zara gugup. Tidak pernah dia berada didalam situasi seperti ini.
"papa rasa Affan heran sangat dengan jawatan tu.. even though i lost that position but i still the biggest and main shareholder..ingat tu.. If korang nak tamatkan kes ni disini terpulang but for me its not.. sampai lubang cacing aku cari"marah Affan. Mukanya mula merah. Semua yang berada disitu terdiam.
"Affan Mikail..kau jangan terlalu sombong"tengking Tan Sri
"Affan tak sombong papa tapi this is unfair for me.. I not do anything wrong but Affan dihukum tanpa sebab..Affan akan siasat perkara ni.. "Affan merenung Tan Sri Muzaffar tajam.
"Aish..mulai hari esok, any transaction dari Affan mesti dapat kelulusan papa dan Affan tidak boleh terlibat dalam managing progress..dia hanya memantau.. apa apa idea atau permintaan dari dia mesti mendapat kelulusan dari papa.." tegas Tan Sri. Affan tertawa. Dia berdiri tepat dihadapan Tan Sri Muzaffar dan tersenyum sinis
"do i care"ujarnya lalu keluar.
"Affan Mikail"tempik Tan Sri Muzaffar dari dalam bilik. Affan tidak mengendahkannya. Dia menarik tangan Zara tapi dihalang Hadif
"biar aku hantar dia balik"pinta Hadif. Genggaman Hadif dilepaskan Affan. Zara terpana. Situasi apakah ini
"aku yang bawa dia aku yang hantar dia" Affan semakin dingin.
"biar aku hantarkan, aku ada perkara nak cakap dengan Zara, lagipun kau kan dah ada Tiara nanti apa pula reporter create story kalau dorang nampak"Hadif cuba menyelesaikan dan tidak mahu merumitkan.
"hal aku dengan Tiara itu hal aku tak perlu campur.. tapi Zara dengan aku.. so aku kena jaga dia"Zara tersentak. Dia tidak mengerti kata kata Affan.
"kalau kau nak cakap cakap sekarang.. "suruh Affan.Hadif menarik tangan Zara berdiri disisinya. Affan mula berang
"don't you ever touch her.. "amarannya. wajahnya berubah menjadi singa lapar. Zara panik. Apa yang harus dia lakukan.
"kau siapa nak halang aku.."provok Hadif. Affan yang mula hilang sabar menumbuk pipi Hadif dan mereka mula bergelut. Zara panik. Dia mahu meleraikan tapi tidak tahu bagaimana
"Hadif..Affan stop it"Aish datang meleraikan.
"aku bagi amaran.. kau jangan berani sentuh dan ganggu Zara because she's my women and prioritiy. "tangan Zara ditariknya.Zara hanya mengikut tidak berani melawan. Kereta itu mula keluar dari rumah agam tersebut.

"ARGGHHHHHHHHHH"tempik Affan semahunya. Lebuhraya diatas bukit itu dijadikan tempat melepas geramnya. Zara membisu didalam kereta. Affan merenung langit malam.
"umi Affan akan pertahankan Merga."ujarnya. Dia melepaskan keluhan. Zara memberanikan dirinya untuk keluar menyapa Affan. Dia berdiri disebelah pemuda itu.
"aku tak faham sangat pasal bisnes ni tapi aku cuma nak cakap yang aku tahu kau tak bersalah"ujar Zara. Affan menoleh. Mata mereka bertentang.
"mana ku tahu aku tak bersalah"soalnya dia cuba memancing
"hati aku kuat mengatakan yang kau dianiaya.. "walhal firasat hadir dalam mindanya menunjukkan tandatangan Affan ditiru seseorang tapi tidak tahu siapa. Zara tidak mahu membongkar kelebihannya itu pada sesiapa. Dia mengingati pesan Azam.
"thanks.. memang aku tak tahu siapa punya kerja"Affan menunduk.
"banyak ke duit yang hilang"soal Zara
"800k"Zara tergamam. Nilai yang bukan sedikit baginya. Di fikirannya andai dia dapat duit itu bermacam macam yang dapat dilakukannya.
"kau tersengeh sengeh dah kenapa"sergah Affan melihat Zara tersenyum sendiri. Zara malu.
"tapi kenapa dorang lepaskan semua salah tu pada kau"Zara menyoal lagi.
"Merga holding asalnya syarikat arwah walid aku.. dia bina sendiri empayar Merga dengan titik peluh dia sebelum dia berkawin dengan umi.. lepas dorang kawin Merga makin maju.. dari situ dorang mula kenal Muzaffar, dari pekerja biasa di naikkan pangkat hingga menjadi Ceo.. kemudian walid aku meninggal muzaffar kawin dengan umi sebab umi tak boleh handle Merga sendiri. Umi dimadukan dengan Azizah dan dapat Hadif. Aish dijadikan keluarga kami sebab umi taknak pisah kan Aish dengan emak kandung dia. Umi mula tak sihat dan Umi dan muzaffar mula bergaduh sebab dituduh curang hingga lah hari kemalangan tu.. lepas umi meninggal aku mewarisi semua saham umi dan aset. Tapi hak aku di injak injak." Jarinya mengenggam kemas divider.. geramnya belum habis. Zara simpati tapi tiada apa yang boleh dibantunya. Hanya menjadi pendengar setia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience