BAB 34

Drama Completed 25301

"maaf saya ada urusan dibawah"Zara lari meninggalkan lelaki itu tapi sayang lelaki itu mengejarnya kembali. Zara takut.
"Zara.. "panggil lelaki itu.Zara menuruni anak tangga dengan cepat. Pintu kecemasan dibuka
"Zara awak ke mana.. Cik Balqis cari awak," Zara lega bertemu dengan rakan sekerjanya. Langkah lelaki itu terhenti. Zara beririgan dengan gadis itu. Di dalam dewan kedengaran pengumuman Exec Ceo yang baru. Zara masuk ke dewan tapi kali ini dia benar benar terkejut melihat lelaki yang melepasi pintu utama dewan.Peneraju baru Merga.
"saya perkenalkan Exec Ceo baru Merga.. Affan Mikail" Ujar Zaleha. Zara seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lelaki itu kini dipentas utama.
"MR GRIM REAPER "sebutnya dan perlahan lahan langkah nya menghampiri pentas utama namun langkahnya terhenti apabila lengannya digenggam kemas Balqis
"kau jangan nak macam macam.. "amaran gadis itu. Zara terdiam. Dia mengundurkan langkahnya.Matanya mula berkaca. Lelaki yang dijumpanya sebentar tadi dibumbung dilupakannya seketika kerana rindunya pada Affan sudah tidak tertanggung.
"kemana kau menghilang selama ini"soalnya sendiri. Seakan ahu dipeluk tubuh itu tapi sayang dia tidak mampu. Matanya memerhati Affan yang berdiri pentas utama dan memberi ucapan. Zara dapat menyedari perbezaan mereka sekarang. Kasta mereka berbeza.

Usai ucapan hadiri dan tetamu menjamu selera.Majlis berkonsepkan free lounge menyebabkan keadaan didalam dewan seakan padat. Zara yang mahu mencari Affan seakan sukar. Dia tetap mencari dan perlu berjumpa dengan lelaki itu.Dia mahu tahu ke mana dia menghilang selama ini. Zara keluar dari dewan dan mencari di sekitarnya namun kecewa. Tiada.
"Affan dan pulang.. kau janji nak satukan Affan dengan Balqis.. so announce la malam ni.. aku tak nak kau main tarik tali lagi"perbualan diantara Borhan dan Muzaffar menjengah halwa telinganya. Zara sebak bercampur sakit hati. Matanya yang berkaca dari tadi mula merembeskan airmatanya. Tangannya di tarik. Zara tersentak
"Aishhh" matanya seakan mahu tersembul keluar melihat lelaki yang dijumapnya di bumbung tadi kini benar benar dihadapannya.
"hai Zara"sapa lelaki itu
"lepas la... apa kau nak dengan aku"Zara mula meradang kerana genggaman tangan lelaki itu menyakitkannya.
"sorry"genggamannya dilepaskan Zara menggosok lengannya
"can we talk"pinta Aish. Zara mengikut Aish ke tepi pantai. Aish kelihatan berbeza. Wajahnya mula ditumbuhi jambang uang nipis. Tubuhnya juga agak menyusut berat.
"Aish minta maaf dengan apa yang Aish dah buat pada Zara" Zara menoleh menatap lelaki itu. Benarkah dia.. Aish menunduk. Sukar ditafsir Zara niat sebenar lelaki itu.
"macam mana Aish boleh ada dekat sini"Zara tidak mahu terasa canggung
"ikat jamin..Aish keluar dah sebulan dah...kes masih berjalan.. terima kasih kerana tak buat laporan tentang malam tu" ujar lelaki itu.
"zara tak buat laporan sebab Zara fikir itu pun salah Zara sebab ikutkan perasaan.. tapi tak bermakna Zara boleh lupakan dan maafkan Aish."tegas Zara. Badannya menggigil geram apabila mengingatkan peristiwa itu. Terasa terlalu jijik untuk dirinya sendiri.
"ya Aish faham. Aish tahu.. tapi sekurang kurangnya Aish lega dapat minta maaf depan depan Zara"jelas Aish.
"untuk memaafkan atau tidak itu terpulang pada Zara.. Aish takkan memaksa" Aish menoleh. Mereka bertatapan. Ada senyuman terukir dibibir lelaki itu. Zara berpaling. Tidak mampu dia membalas senyuman itu.

Zara menuju ke dewan semula. Majlis masih berlangsung. Affan tidak kelihatan. Zara kecewa. Dia berdiri di hujung dewan hanya memerhati.
"Zara ada orang nak jumpa"Zara keluar semula dari dewan menuju ke balkoni dewan. Dia mencari cari gerangan yang mahu berjumpa dengannya. Tiba badannya dipeluk daru belakang. Zara mahu menjerit tapi mulutnya dikepit dengan dua jari. Badannya dipalingkan. Affan Mikail berada dihadapannya. Airmatanya bergenang kembali. kali ini merembes laju.
"hei... hei... jangan menangis.. "diseka air mata yang mengalir ke pipi itu.
"orang rindu dia" ujar Affan lalu memeluk Zara erat. Ubun ubun Zara dikuncup perlahan.. Zara tidak membalas pelukan Affan. Dia takut seandainya dia masih bermimpi.
"orang rindu dia... rindu dia sangat sangat.. "ujar Affan lagi.
"dia pergi mana..lama tinggal orang dekat sini"soal Zara dalam tangis.
"orang ada je dekat dekat dia.. cuma orang tak sihat.. orang tak nak jumpa dia dalam keadaan lemah macam tu"jelas Affan.
"orang rindu dia.. rindu sangat sangat.. "tangis Zara makin panjang. Pelukan Affan baru dibalasnya.
"dia sihat... "soal Affan. Zara hanya mengangguk. Wajahnya ditekap ke dada Affan yang bidang.Affan tersenyum. Rindunya pada isterinya terbalas.
"dia ada apa apa nak kongsi dengan orang"soal Affan lagi. Zara menggeleng. Dia masih menangis. Esakannya mula kelihatan. Affan menepuk lembut belakang isterinya.

Mereka duduk ditembok balkoni. Jari mereka bersilang. Affan menatap wajah isterinya.Zara malu direnung Affan.
"jangan la tunduk..orang nak tengok dia"ujar Affan
"hah tengok tengok.." Zara menggeleng gelengkan kepalanya.Affan menangkap kepala isterinya lalu dikucup bibir yang mungil itu. Zara terdiam. Affan bangun dan berdiri dihadapan Zara. Diletakkan lengan Zara dipinggangnya. Zara mendongak cuba membaca perilaku lelaki itu. Affan menyambar bibir Zara lembut. Zara membalas kucupan itu dan mereka bercumbu asyik.
"orang rindu dia sangat sangat sangat.. terima kasih kerana tunggu orang"ucap Affan.
"terima kasih juga sebab dia bertahan untuk hidup.. orang hilang akal bila dia takde"ujar Zara. Dipeluk suaminya kemas. Affan memeluk Zara dengan kot yang dipakainya memandangkan suhu agak sejuk. Mereka dibuai rindu masing masing agak lama sehingga tidak menyedari Raihan yang berada disitu memerhati drama luahan kasih itu dipertengahan cerita.
"hai love birds.. sorry ganggu tapi Fan,umi kau cari"kata Raihan. Affan tidak melepaskan pelukannya.
"kejap lagi aku turun"alasannya.
"ala korang bukannya tak boleh sambung kejap lagi.. cepat la.. nanti umi kau sembur.. dengan aku sekali kena"ingat Raihan.Affan muncungkan mulutnya. Zara tertawa kecil.
"Dia pergi dulu.. orang turun kejap lagi"suruh Zara.
"Alaaa... "rengek Affan. Badannya digoyang goyang manja. Raihan menarik Affan. Affan menoleh ke arah Zara dan menghadiahkan flying kiss. Zara memegang kedua pipinya malu.

Affan memasuki dewan. Semua mata tertumpu padanya. Affan kehairanan. Affan berdiri diatas pentas utama. Diatas pentas juga ada Balqis dan ayahnya Borhan. Muzaffar dan Azizah turut berdiri disitu. Mata Affan menatap Zara yang berdiri dihujung sudut dewan. Hati Zara tidak selesa.
"disini saya mahu membuat satu pengumuman penting... "ujar Muzaffar. Zaleha yang berdiri dipentas membiarkan suaminya berbicara.
"saya dengan berbesar hati mahu mengumumkan akan pertunangan anak saya Affan Mikail dengan Balqis Anaizah yang akan berlangsung pertengahan bulan depan" Seluruh dewan bersorak mengucapkan tahniah dan gembira dengan perkhabaran itu tapi tidak bagi Affan. Dia terkejut dengan pengumuman itu. Dia terus mencari kelibat isterinya yang hilang. Dia mahu turun dari pentas
"Affan we need to talk" ujar Zaleha.
"but umi...."Affan tidak berpuas hati.
"just a moment.. behave.. don't ruin our occasion" suruh Zaleha. Affan diam tapi matanya mencari kelibat Zara. Zara berlari ke belakang pentas. Dia menahan airmata dari jatuh. Dia cuba menghilangkan gugup. Apabila dia sudah punya kekuatan dia bangum dan mula menyambung kerjanya. Zara memandang Affan dan memberikan mini love dan meminta Affan senyum.Zara cuba mengukirkan senyuman yang paling manis din
bibirnya bagi menutupi dukanya. Affan memerhati sayu.
"kenapa kau tunjuk kau ok"bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience