BAB 17

Drama Completed 25301

Affan ke Terengganu bagi memantau projek resort itu. Dia pergi bersama Tiara. Hadif juga menyertai mereka. Perjalanan 4 jam itu berakhir dengan kepuasan apa bila dapat melihat laut yang membiru tenang. Affan tidak pulang bersama Zara kerana dia tidak mahu mengganggu urusan Zara. Dia mahu Zara bebas menjadi dirinya.
"baby kali ni kita amik bilik asing ya"kad kunci diserahkan Affan kepada Tiara
"but why.. "Tiara hairan dengan tindakan Affan. Sebelum ini tiada apa apa yang pernah menjadi halangan untuk mereka tidur sebilik tapi kali ini.. kenapa
"resort hampir siap.. I tak nak ada spekulasi yang tidak baik.. lagipun you sedang meningkat naik.. i tak nak rosakkan reputasi you" Affan cuba beri alasan yang munasabah. Dia perlu menjaga hati mertuanya juga isterinya walaupun bagi mereka perkahwinan itu adalah satu perjanjian.Affan ke rumah mertuanya. Pasangan suami isteri itu duduk diwakaf, Pak Samad sedang menjahit pukatnya yang terkoyak.
"siapa datang tu Jah"Pak Samad menangkap sebuah kereta yang sedang memasuki laman rumahnya. Affan menghampiri mereka. Disantuni pasangan itu.
"kamu balik sorang je ke"soal Mak Jah. Dia tercari cari kelibat Zara. Rindu benar dia pada anak gadisnya.
"ha ah mak, Affan ada kerja dekat resort.. lagipun kilang sibuk sikit minggu ni.. kami tak cukup staff ada yang bersalin.. ada yang berhenti.."Affan cuba menjelaskan.
"kerja memang la macam tu Jah.. kau ingat walaupun laki dia bos suka suka hati dia nak cuti"Pak Samad cuba menerangkan Keadaan. Mak Jah hanya diam.
"Mak kamu ni dua tiga hari ni asyik dok teringat Zara je.. rindu sangat la tu"seloroh Pak Samad. Mak Jah menampar paha Pak Samad,malu dia di usik begitu. Affan terhibur melihat keletah pasangan itu. Walaupun sudah dimamah usia namun rumah tangga mereka tetap manis.
"Affan tidur sini ke malam ni"soal Mak Jah
"tak mak, Affan balik resort, ada kerja kena siapkan, malam esok insyaAllah Affan tidur sini"jelasnya agar mertua nya tidak berkecil hati. Mak Jah hanya mengangguk.
"tapi malam ni Affan nak makan dekat sini boleh"pintanya
"pasal pula tak boleh, kamu tu anak aku.. kalau mak kamu tak masak kamu nak makan dekat mana, tapi tu la, rumah abah ni lauk kampung je lah"Pak Samad dengan berbesar hati menyambut kepulangan menantunya. Kali ini dia yakin dengan pilihan Zara.
"terima kasih abah, terima kasih mak"Affan dapat merasakan hanya disini dia benar benar rasa dihargai.Affan membantu Pak Samad membersihkan botnya. Affan agak selesa dengan suasana yang baru baginya.
"abah.. kalau Affan nak tanya sikit boleh"soal Affan. Pak Samad menoleh.
"abah ada simpan lagi tak barang Amir"Affan sedikit berdebar.
"ada, kenapa kamu tanya"soal Pak Samad. Dia sedikit curiga
"dalam barang barang tu berkemungkinan ada barang penting yang Affan perlukan untuk siasat kes kematian umi Affan"dia mula bercerita akan masalah keluarganya kepada Pak Samad. Seakan dipercayai akan lelaki tua itu.
"Allahurabbi..kenapa berat sangat beban kamu Affan.. nanti abah bagi pada kamu, kamu carilah abah tak tahu.. "Pak Samad bersimpati dengan nasib Affan. Hak yang sepatut menjadi miliknya dicuri sedikit demi sedikit.
"Affan, abah nak pesan satu ja.. andaikata satu hari nanti dunia mewah yang Affan ada sekarang ni bukan lagi milik Affan.. pulang la ke sini,abah dan mak sentiasa menerima Affan dalam apa keadaan sekali pun.. "Affan sebak. Keikhlasan lelaki tua itu amat menyentuh hatinya. Affan memeluk Pak Samad erat. Ditepuk bahu Affan lembut. Affan seakan tenang.

Malam melabuhkan tirainya. Makan malam yang dihidang Mak Jah dijamah Affan dengan penuh selera. Guruh berdentum dilangit menanda hari mahu hujan. Mak Jah mengeluarkan besen dan baldi dan letakkan di bumbung yang bocor.
"kenapa mak"soal Affan
"bumbung bocor,hujan habis basah rumah kalau tak tadah."jelas Mak Jah.
"tak minta orang repair ke.. "soal Affan lagi
"rumah bidan Salmah siapa yang nak datang, takut badi.."luah Pak Samad. Affan diam. Dia bersimpati.
"esok kita ke pekan.. beli bumbung baru nanti Affan minta pekerja resort datang baiki"cadangnya
"eh tak pe tak payah susahkan kau Affan.. nanti Basir balik abah suruh dia tukarkan.. "tolak Pak Samad lembut.
"Basir balik bila"Affan menyoal dia juga mahu menyumbang walaupun hanya dengan wang ringgit.
"lagi tiga bulan.. belayar jauh dia kali ni"Affan tersedak. Tempoh yang masih panjang
"tak pa esok kita pergi pekan beli barang.. esok Affan bawakan tukang biar diperiksa apa yang patut di tukar.. lantai pun dah ada yang reput kita tukar sekali"ujarnya.
"jangan kamu bazirkan duit untuk rumah yang dah nak reban ni Affan oii.. "tolak Pak Samad lagi.
"tak pe abah.. ini pun jadi tanggungjawab Affan.. lagipun mana tahu nanti cucu nak balik.. tak de lah risau kalau cucu tu lasak. "kali ini giliran Mak Jah pula tersedak.
"zara mengandung ke"Mak Jah teruja.
"belum rezeki lagi mak"Affan tersenyum.
"gelojoh sangat kamu Jah"sampuk Pak Samad. Mak Jah tersipu malu.
"mak dengan abah doakan kami ya"Affan benar benar berhajat.

"sayang you pergi mana, risau I tau cari you satu resort tak jumpa"rengek Tiara.
"I ada urusan sikit.. I letih I nak rehat"Affan masuk kebiliknya. Tiara kecewa. Diharapkan belaian dari Affan namun hampa. Affan membelek laptopnya. Mata Affan seakan terbeliak dan dahinya berkerut. Video dan gambar yang bermain di skrin laptopnya mengejutkannya
"kau confirm ke ni Raihan"dia berbual ditelefon.
"aku pasti... kau kena lebih berhati hati.. "pesan Raihan. Affan menutup laptopnya.Dia termenung panjang. Tiada siapa yang didalam keluarganya yang boleh dia percaya. Peritnya ditikam dari belakang tidak sesakit ditikan berhadapan. Affan menggenggam jarinya kemas.
"kau ada dekat mana"soal Affan.
"aku dekat rumah la.. apasal"suara Zara jelas kedengaran.
"aku nak kau tolong aku"pintanya.
"tolong apa.. ah malas la.. " tolak Zara. Marahnya pada Affan belum reda
"please.. aku tak tahu nak minta tolong siapa.. semua orang disekeliling aku tipu aku.. tikam aku dari belakang"nadanya mendatar.. sedih. Zara kaget.
"hurrrmmmmm apa dia.. kau jangan minta aku terjun bangunan sudah"seloroh Zara
"takkan aku nak suruh yang aku sayang buat kerja gila.. biar aku je yang buat kerja gila jangan kau.. "Zara terdiam. Kata kata Affan menjeratnya
"esok aku nak kau pergi ke hospital, kau pergi ke wad vip nanti aku bagi akses untuk kau masuk.. aku nak kau bawa Azam sekali.. tolong periksa pesakit dekat dalam tu.. lepas tu lapor pada aku.. aku nak kau jaga dia sepanjang tiga hari aku dekat sini, nanti aku balik aku pergi dekat kau"pintanya
"ermmm ok.. kacang je..tapi sapa sakit"Zara ingin tahu.
"nanti aku bagitahu"ujar Affan pendek
"ye la ye la"rungut Zara.
"kau tolong jaga diri kau dan rahsiakan perkara ni pada semua termasuk Hadif dan Aish.. "pintanya lagi
"ye laaaa.. ada lagi pesanan penaja"seloroh Zara
"jaga diri kau.. kalau ada apa apa call aku cepat cepat... faham"dia bertegas kali ini.
"ye baik encik Affan Mikail.. aku ada silat la siapa berani cederakan aku"selorohnya lagi
"ingat pesan aku.. dan aku tak main main, tolong hati hati dan jaga diri kau.. "pesannya lagi
"eh kau ni jangan la gelabah sangat lek lek dah la"Zara cuba menenangkan Affan yang kedengaran risaunya
"aku serius dan aku maksudkannya.. kalau sesuatu terjadi pada kau aku tak tahu macam mana dengan hidup aku.. so please jaga diri.. please... aku sayang kau"Zara terdiam. Mulutnya seakan terkunci. Hatinya berdegup laju setelah ditembak dengan kata kata keramat. Zara mematikan talian dengan segera. Dia sudah tidak boleh mendengar bicara Affan dengan tenang.
"dia mabuk ke.. dah buang tebiat.. "gumam hatinya.
"Zara pleasee... jaga diri"bisik hatinya. risau.

Zara ke sphynix..Dia membuat apa yang disuruh Affan. Azam yang menerima mesej dari Affan semalam menemani Zara ke wad yang dikatakan. Pintu wad dibuka. Sekujur tubuh terbaring. Wayar berselirat memenuhi setiap inci badan wanita itu.
"siapa ni Zara"soal Azam
"mana aku tahu.. dia pun tak bagi tahu aku"Azam memeriksa keadaan wanita itu. Zara hanya memerhati.
"dia sakit apa bang"bisik Zara.
"dia baru sedar dari koma.. tapi.. dari ubat yang diberi.. kenapa dia harus ditidurkan lagi"Azam tertanya tanya. Dia memeriksa doktor yang bertanggungjawab menjaga wanita ini.
"doktor An dah resign minggu lepas.. so sapa yang akses ubat dia... "Azam hairan. Dia mengambil laporan dan membawanya keluar. Zara tinggal disitu.
"kalau ada nurse masuk nak bagi ubat.. jangan bagi.. suruh dia tunggu aku.. kalau boleh kau ambil ubat yang dia nak beri tu..aku nak tengok.. "pesan Azam. Zara mengangguk. Dia menanti penuh sabar. Dilap manik manik jernih yang tumbuh ditubuh wanita itu. Dihatinya dia tertanya tanya siapa gerangan wanita ini.

Affan menjemput Mak Jah dan Pak Samad untuk ke pekan. Tukang yang ditugaskan untuk membaiki rumah itu juga dibawanya. Setelah senarai kerosakan dan barang yang perlu didapatkannya diperoleh.. mereka ke pekan.
Di teman Mak Jah ke pasar untuk membeli lauk. Affan hanya mengikut.Itu kali pertama dia menjejakkan kakinya ke pasar. Selama ini dia hanya tahu makan. Dia rambang mata.Selesai dipasar mereka ke kedai hardware untuk membeli barang bagi membaiki rumah. Affan lega segala kelengkapan sudah dibeli dan ditempah.Mereka pulang.
"ni semua barang Amir"kotak yang berisi barang peribadi arwah disimpan Zara dibukanya. Satu persatu barang dikeluarkannya.Sebak membenih dihatinya. buku catatan peribadi Bazli. dibaca satu persatu.Matanya tertangkap pada nombor yang ditulis Bazli.
"jumpa barang yang kamu cari"soal Pak Samad
"tak de abah tapi pembayangnya ada" Affan menunjukkan nota bernombor itu pada Pak Samad. Di tangkap gambar nombor itu dan diberikan kepada Raihan.

Makan tengahari dihidang Mak Jah membuka selera Affan.
"kalau makan macam ni hari hari boleh gemuk Affan mak"seloroh Affan.
"kenapa dekat kolumpo tu Zara tak masak ke"Affan tergamam.
"maska juga abah.. tapi Affan tak nak susahkan dia sebab dia kerjakan letih kesian dia"tipunya.Dia tidak mahu berterus terang bahawa mereka tidak tinggal sebumbung.
"kamu jangan manjakan sangat si Zara tu..nanti nai lemak dia"pesan Pak Samad. Affan mengangguk tanda faham. Bilik Zara dijengahnya. Bilik kecil dan usang itu di tatapnya. Dia cuba menyelami kisah hidup isterinya. Album di dalam bilik Zara dibuka.Diperhati satu persatu foto disitu hinggalah matanya terhenti di satu gambar. Dia keluar mendapatkan Pak Samad.
"abah ini siapa"soalnya.Gambar seorang anak kecil sedang berfoto dengan seorang wanita.
"oh itu Zara dengan arwah ibu dia.gambar tu dorang amik sebelum naik bot tu yang dekat belakang tu.. hari tu juga ibu Zara meninggal akibat bot yang dorang naik berlaga dengan bot pelancong." walaupun sudah peristiwa itu sudah lama berlalu tapi ingatannya masih jelas. Dia tidak akan melupakan peristiwa yang meragut insan kesayangannya itu dengan mudah. Affan terdiam
"kenapa kamu tanya"soal Pak Samad..
"ini Affan,arwah walid dan umi"tunjuk Affan. Pak Samad memerhati foto itu. Kelihatan seorang kanak kanak lelaki turut curi curi bergaya dibelakang Zara.
"jadi budak lelaki yang Zara selamatkan itu kamu"soal Pak Samad. Affan mengangguk
"Zara ada bagitahu yang budak lelaki ni yang diselamatkan tapi tidak tahu khabar berita sebab kamu dibawa ambulans dengan segera.. keadaan kamu sangat lemah"Affan mengangguk lagi. Oak Samad tersenyum
"kamu memang berjodoh"ujar Pak Samad. Akhirnya mimpi Affan terungkai. Gadis yang hadir didalam mimpinya adalah Zara.. penyelamatnya yang dicari selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience