BAB 10

Drama Completed 25301

"Macam mana dengan projek resort tu"soal Tan Sri Muzaffar.Hadif Fayyad terdiam.Dia tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Tan Sri Muzaffar menanti jawapan dari anaknya.
"Maaf papa Hadif tak sempat tengok laporan minggu ni"alasan Hadif. Sebenarnya dia terlepas pandang projek itu, dia lebih tumpukan pada kilang.
"senangnya alasan kau.. "perli Affan. Geramnya dia projek yang diusahakannya diberi kepada orang yang salah.
"dia baru lagi dalam bidang ni, bagi dia peluang" Puan Sri Azizah mencelah.
"kalau kau dah tak boleh handle kau bagi je pada orang lain.. kilang kau nak handle,resort pun kau.. last last tekstil tertinggal...jangan terlalu tamak Hadif Fayyad"marah Affan.
"papa yang minta dia uruskan, jangan kau marahkn dia pula, papa nak kau uruskan kilang dan tekstil, biar Hadif tumpu pada resort tu.. Aish handle Century Mall dengan ladang sawit.. Yayasan Baiduri biar mama yang handle.. papa nak uruskan Century hypermarket.. papa nak nak buka cawangan baru." arahnya. Affan tidak berpuas hati. Sebagai anak sulung dia rasakan tidak adil padanya. Setiap projek baru yang datang dari ideanya akan diberikan kepada orang lain untuk diuruskan. Adik adiknya hanya menadah tangan.
"Merga Holdings macam mana pula papa, kita perlukan Ceo baru"Aish bercadang.
"itu masih belum papa putuskan."Tan Sri Muzaffar perlu berhati hati dalam setiap keputusannya.Dia tidak mahu tersalah langkah lagi. Merga Holding hampir diisytihar muflis kerana silapnya memili ceo untuk membangunkan Merga Holding. Dia yang ketika itu sibuk membangunkan Century hypermarket melepaskan semua proses pengurusan kepada sahabat baiknya, tapi ketika Merga Holdings berada dipuncak, sahabatnya menikamnya dari belakang. Bermula dengan itu dia lebih berhati hati dalam memilih Ceo apatah lagi Executive Director.
"sementara ni Aish la uruskan, hal hal berat kalian bincang tiga beradik, kemudian kemukakan pada papa"cadang Puan Sri Azizah. Affan bangun lalu meninggalkan mereka yang bermesyuarat di ruang tamu rumah agam itu.

Semenjak malam itu Zara sudah bertemu lagi dengan Amir.Basir akan belayar semula kali ini lebih lama. Enam bulan.Amir pulang ke kampung bagi menguruskan sesuatu.
"Zara"dihulurkan sampul putih kepada Zara. Zara memandang semua yang berada disitu. Surat pembatalan perkahwinan. Zara tersentak.
"kenapa"soal Zara. Dia hairan kenapa semua mahu dia batalkan perkahwinan itu sedangkan suaminya masih hidup. Sekeping lagi sampul putih dihulurkan Azam. Kali ini keputusan ujian Dna Amir.
"ini ujian DNA Amir abang buat pda mayat yang dijumpai terapung tu. Dan keputusan dia sepadan dengan Amir"berat rasanya untuk diwarwarkan berita itu tapi dia terpaksa akur. Dia tidak mahu adiknya terus menanti pada yang sudah tiada. Zara terduduk. Tangisnya mengalir.
"tak mungkin... dia ada datang jumpa Zara dua kali, dan kami sudah bersama"kali ini giliran mereka pula terkejut.
"apa maksud kau Zara"soal Pak Samad.
"Zara dah berjimak dengan Amir malam tu dekat wakaf abah"jujur Zara. Pak Samad terduduk mana mungkin anaknya berjimak bersama orang yang sudah mati.
"kamu mimpi barangkali"Pak Samad cuba menidakkan
"tak abah.. sebab Zara mengandung"kit ujian kehamilannya ditunjuk kepada semua. Dua line merah terang terbit. Semua mengucap panjang.
"tapi suami kamu dah mati Zara"tempik Pak Samad.
"tak dia masih hidup. kalau tak, takkan ada baby dalam ni"tengking Zara. Pak Samad mendapatkan Zara yang berada didepan biliknya. Lalu ditampar berkali kali
"dengan jantan mana kau bersetubuh hah"marah Pak Samad. Zara terjelepok kelantai dibantu Mak Jah.
"sebab kau terlalu ikut perasaan Zara sampai semua jantan kau nampak Amir.. sekarang ni benih siapa tu"marah Pak Samad
"Amir"tengking Zara
"Zara terima lah kenyataan yang Amir dah tak ada, dia dah pergi, barang kepunyaan Amir di berikan kepada Zara. Baju yang lusu serta topi milik Amir ditatapnya. Hatinya kuat mengatakan itu kepunyaan Amir tapi mulutnya menidakkan. Zara menangis lagi.
"Aku betul betul malu dengan perbuatan kau Zara"marah Pak Samad. Zara seakan hilang kewarasan lalu berlari ke dapur mencari sesuatu.Di minumnya klorok hampir sebotol ditelannya tapi ditepis Basir yang bertindak pantas.Zara mengerang kesakitan. Azam memaksa Zara meminum air kosong agar dia memuntahkan semula bahan itu jika tidak nyawanya dalam bahaya tapi di tolak Zara. Azam memaksa air itu masuk ke mulut Zara.. darah berhambur keluar. Zara dibawa ke hospital. Dia dimasukkan ke ICU. Pak Samad tidak senang duduk. Risaunya tidak dapat diseka. Mak Jah menangis dikerusi. Mereka menantikan berita dari Azam.
"Alhamdulillah Zara dah melepasi stage kritikal kita kena tunggu dia sedar baru boleh ditukarkan ke wad biasa, tapi baby tak dapat diselamatkan."Pak Samad terduduk.Disapu wajahnya kesal dan sedih. Kenapa dugaan bertimpa timpa diterima keluarganya.
"kita tunggu Zara sedar, Azam akan bawa dia ke Kuala Lumpur untuk terima rawatan disana. Senang Azam nak pantau kesihatannya"cadang Azam. Mereka mendapatkan kata persetujuan. Walaupun berat untuk Pak Samad untuk melepaskan permatanya pergi tapi dia terpaksa akur.

"singa datang"bisik pekerja disitu. Semua lari berselerakan. Affan Mikail melawat kilang yang memproses komponen elektronik itu dari satu sektor satu sektor. Sikapnya yang tegas membuatkan pekerja disitu takut padanya. Dia melihat laporan perkembangan resort diterengganu yang diterimanya secara diam diam. Dia tidak boleh selesa melepaskan projek itu. Apatah lagi apabila dikhabarkan orang disekelilingnya menunggu masa untuk meneraju resort yang akan membawa pulangan hebat setiap tahun.
"raihan malam ni datang kondo aku"talian dimatikan. Pintu biliknya diketuk. Hadif menjengah.
"ermmm kau.. masuk lah"pejabatnya yang dengan tatarias kayu kotemperori itu menyerlahkan seri dan sesuai untuk sebuah kilang.
"Fan, aku tengok laporan imbangan akhir tahun untuk Suria Hotel ada sikit curiga la"ujar Hadif. Fail yang dipegangnya diberikan kepada Affan. Pemuda itu meneliti satu persatu. Benar apa yang dikatakan Hadif. Ada sedikit kecurigaan.
"nanti kita bincang dengan Aish,fail ni bagi aku pegang biar aku teliti dulu"ujarnya.Hadif bersetuju. Mereka meninggalkan kilang. Banyak matayang memerhati Hadif. Walaupun mereka adik beradik tapi perwatakan mereka tidak sama. Hadif lebih disenangi kerana sikap lembut dan ramahnya tidak seperti Affan Mikail yang terkenal dengan sikap baran dan tegas. Aish juga seorang yang teliti dan ramah membuatkan dia mudah bergaul.Tapi kehidupan tiga pemuda ini penuh misteri.

Zara memeruskan rawatannya di Spynix Hospital. Azam mengatur agar Zara menerima rawatan psikologi untuk nya. Zara yang tinggal bersama Azam membuka gerai nasi lemak diwaktu malam di bazar berhampiran dirumahnya. Semakin hari keadaan Zara semakin baik. Dia semakin mahu bertemu orang ramai tidak sebelum ini dia agak takut mahu berdepan dengan sesiapa.
"perkembangan Zara semakin baik I tengok"puji Ariana"Azam diam. Status Zara disembunyikan. Menjadi tanya apakah hubungan mereka. Azam tidak mahu kerana dia berstatus adiknya, Zara diberi layanan yang baik.

Hadif Fayyad bertemu doktor di Spynix ditemani Puan Sri Azizah. Hadif yang masalah kesihatan kerap bertemu doktor dan mendapatkan rawatan disitu.
"Kolesterol ok, darah ok, kandungan gula sikit tinggi.. kurangkan manisan ya"tegur Ariana. Puan Sri Azizah tersenyum. Hadif hanya terdiam. Dia yang mengidap masalah gangguan tidur dan Anemia makin kerap mendapatkan rawatan. Apatah lagi dengsn urusan resort yang banyak mengganggu fikirannya.
"dia malam malam pun makan kek Ariana"usik Puan Sri Azizah. Hadif malu. Mukanya merah. Mereka berjalan ke bilik doktor yang diamanahkan untuk merawat Hadif. Dalam pada itu dia bertembung dengan seorang gadis.
"Maafkan saya."pinta gadis itu. Hadif mengangguk. Dipandang wajah gadis itu.
"Zara, cepat la"panggil seorang lelaki.
"kejap kejap.. maaf ya"gadis iti berlari mendapatkan lelaki yang berpakaian doktor itu.
"Zara"Hadif tersenyum.

"kau jumpa dia tak"soal Affan. Raihan yang datang ke kondo Affan dengan membawa dua bungkus nasi.Di hidangkan nasi itu kedalam pinggan
"kau datang nak bagitahu hasil siasatan kau ke atau kau nak mencekik"leter Affan. Dia tidak sabar menunggu apa hasil pencarian rakannya itu. Raihan mula menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut. Affan tidak tahan sabar.
"wei.. "kata katanya dipintas dengan suapan nasi lemak yang dibawa Raihan.
"sedap kann"puji Raihan. Affan hilang fokus akan siasatan tapi tetap fokus pada nasi lemak.
"mana kau beli, sedap weh.. "puji Affan.
"dekat bazar, aku selalu beli, sedap dan murah"puji Raihan lagi.Baginya perut harus di isi dahulu sebelum bekerja

Zara mengemas barang jualannya. Dia membawa pulang sedikit demi sedikit perkakasnya.
"Nasi lemak ada lagi"soal seorang pemuda.
"maaf encik dah habis, esok insyaAllah ada"balasnya sambil tersenyum. Tampak kecewa dihati pemuda itu
"dah seminggu nak makan, tu yang cari.."diluahkan rajuk dihati..
"encikkkk... "Zara cuba menanyakan nama.
"Aish...Aish Adrian..panggil Aish je tak payah berencik encik"senyuman manis terukir dibibirnya
"hah.. esok kalau encik Aish nak saya akan simpankan..tak pun encik Aish ambil nombor telefon saya, call bagitahu lauk apa encik nak dan pukul berapa encik nak ambil" telefon Aish diambilnya lalu ditekan nombor telefonnya dan dihulurkan semula telefon itu. Aish hanya membiarkan gadis itu melakukan itu. Aish tersenyum.

"Dia dah mati, mayat dia ditemui terapung dilaut.. hasil bedah siasat dia ditembak di dada dan kaki. "Affan terkejut. Tangannya digenggam kemas.
"Bazli, maafkan aku"bisiknya
"pembunuh masih belum dapat dikenal pasti tapi aku rasa mesti ada kena mengena dengan kes tu"Raihan membuat rumusan dari apa yang disiasatnya.
"habis bukti dan gambar kau dapat cari tak"soal Affan lagi
"itu ku belum jumpa.. aku kena tahu last dia tinggal dimana, aku belum jumpa lagi.aku tengah riki riki. "Affan bersandar disofanya. Sedihnya terhadap apa yang terjadi pada rakannya tidak terluah
"mayat Bazli ada dekat mana"soal Affan
"keluarga dia dah uruskan"Affan terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience