"kamu balik berapa hari kali ni azam"suara garau pak samad memecah sunyi.
"empat hari je abah, ada kerja sikit dekat hospital sini, malas nak tidur dekat sana, balik boleh makan masakan mak"Azam memeluk manja mak jah.
"malas layan aku.. aku makan pun zara yang masakan"kain baju yang dilipat mak jah di kirai semula azam tanda protes
"hanat punya anak"dipukul azam dengan kain batik yang berada ditangannya. azam mengekek tertawa. sudah lama dia tidak mengusik ibunya semenjak bergelar doktor.pak samad tenang menyedut asap rokok dan zara hanya tertawa.
"esok kau masak jah, suruh si zara hantar dekat budak tu sikit, entah apa yang dia makan dekat hospital tu"hati orang tua,risaunya kadang kadang yang tidak terfikir dek akal.
"abah hospital ada makan la.. tak kebulurnya budak tu"azam masih mengacau mak jah yang sedang melipat baju.
"makanan hospital bukannya sedap mana, rasa pun takde, masuk spital bukan makin sihat makin sakit makin kurus sebab makan pun takde apa rasa, takde duit nak beli garam gula ke apa"bebelan pak samad seolah hiburan buat keluarga itu.
"nak sihat kena lah jaga garam dengan gula, yang sedap tu penyakit yang pahit,tawar tu ubat"azam makin galak menyakat pak samad
"kamu memang la sokong spital sebab kamu keje situ, cuba kamu kelaut dengan aku, moh dikata serupa macam aku juga"seloroh pak samad menjadi bahan tawa mereka
"ye lah pak samad oiii, esok jah siapkan bekal ye"balas mak jah dengan gurauan
"amboi mak, kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan"sampuk azam
"hah la aku susukanlah sebab kera.. kera mana ada akal, kalau kamu nak kamu jadilah kera.. baru aku susukan"balas mak jah sepintas lalu dan masuk kebiliknya bersama baju yang siap dilipat.
"ah mak ni... mak jadi lah mak kera dulu baru azam boleh jadi anak kera"pak samad tersedak asap rokok kerana jenaka azam.tiba tiba sebiji bantal terbang melalui alang bilik mengenai kepala azam. dia mengaduh
"tu balasan dia"tempik mak jah dari dalam bilik. tawa mereka berderai.
"biar azam hantarkan lah bekal ni kesian pula zara nak balik nanti naik bas bagai"zara tersenyum dan mengangkat dua ibu jarinya tanda setuju.
"tak palah kalau macam tu,kamu jangan tak bagi dia pula, nanti bising abah kamu"pesan mak jah.
"baik sayang... "pipi mak jah dicium nya
"sayang sayang aku penampor karang melayang"seloroh mak jah. azam tertawa. puas hatinya dapat mengusik wanita itu.
Azam menjengah ke katil pemuda itu.dia seakan termangu.Tiada kecederaan yang teruk pada tubuhnya hanya sekdikit calar akibat geseran pada cengkerang dipantai
"awak rasa macam mana hari ni, ada rasa sakit dada, pening pening"azam memeriksa fail perubatan pemuda itu.
"takde doktor"azam meletakkan mangkuk tingkat yang dipesan ibunya diatas laci sebelah katil pemuda itu.
"ini ada nasi mak saya masak untuk kamu, kamu makan ya nanti saya datang ambil bekas ni tapi pastikan kosong"azam berlalu pergi. pemuda itu membuka mangkuk tingkat yang berada dihadapannya.azam memerhati jauh tingkah laku pemuda itu.
"mana kau jumpa dia azam"azam menoleh, rakan sekerjanya menghampirinya turut memerhati tingkah laku pemuda itu.tiada pengenalan diri, tidak mengenal diri sendiri apatah keluarga,nama sendiri tidak diingati apatah lagi asalnya. bagaimana dan apa yang terjadi hingga dia terampung ditengah lautan juga tidak diingatinya. Azam berpanasaran.
"aku tak nampak ada benda pelik, xray dia pon ok je otak dia.."mata mereka masih memerhati pemuda itu
"dia nama pun tak ingat,nak tanya pasal keluarga dia memang tak la abah"azam bercerita tentang pemuda yang ketika itu masih berada di wad. menjadi tanda tanya ke mana harus di hantarnya selepas dibenarkan pulang.nasi di dalam pinggannya di gaul gaul. zara memerhati tingkah abangnya
"kamu dah kenapa azam, dok gaul gaul nasi,makannya tidak"leter mak jah mula kedengaran. lamunan azam terhenti.
"sedapnya..eemmm.. sedap.. nasi putih saja pun tak pa dah.. sedap sesangat..mak masak apa pun sedap"mak jah menjuih bibirnya.
"tak payah amik lauk.. makan nasi kosong je"dihalang tangan azam dari menyedok lauk yang terhidang.Azam dan mak jah bersilang tangan di meja makan. zara tertawa dengan tingkah dua beranak itu.
"hoii.. aku nak makan ni, nak gaduh pegi bawah"tempik pak samad.
"abah bawa bertenang, nasib baik tak terpelanting pinggan, kalau tak dah jadi ufo"seloroh azam. pak samad tidak mengendahkan canda azam. makan malam mereka tenang kembali.
"abang kau balik ni ada benda kau nak sembang dengan mak abah kan"angin malam menghembus lembut.dia dan azam duduk ditunggul kelapa di suluh lampu beranda rumahnya yang kelihatan samar samar.
"ha ah, kau ada bagitahu mak abah"risau dihatinya membenih apabila memikirkan reaksi kedua orang tuanya apabila dia mahu mengutarakan hajatnya.Dengan kelebihan yang ada pada zara seolah pembuka jalan untuknya.
"tapi kenapa bang, kau dah bertunang tiga tahun kot"zara yang mendapat gambaran hajat abangnya tidak teragak agak untuk berbicara.pertunangan abangnya menjadi bualan orang kampung kerana tunangan abangnya bukan datang dari calang calang keluarga. status dari keluarga berpangkat tan sri bukan sesuatu yang biasa bagi mereka yang berasal dari keluarga nelayan apatah lagi asal dari keturunan bidan kampung.tapi disebabkan bercinta dari belajar universiti yang sama diluar negara hingga bekerja dihospital yang sama di ibu negara, mereka mengambil keputusan untuk bertunang.apakan daya ikatan itu tidak dapat bertahan lama.
"dia ada orang lain, yang setaraf dengan dia"azam melepaskan kecewanya kelaut dalam yang terbentang luas. kecewa setianya tidak dihargai, cintanya pada orang yang salah sia sia saja. sayangnya pada insan yang dianggap bidadari rupanya kunang kunang yang bercahaya dikala malam dimana cahayanya buat tatapan insan lain dan bukan dirinya.percintaan selama lima tahun ditambah dengan status tunang selama tiga tahun sudah cukup rasanya bagi mereka untuk mengenali antara satu sama lain.,tapi azam tersilap percaturan. berapa lama sesebuah hubungan itu tidak menjamin akan kesetiaan dan kebahagian di penghujungnya.
"siapa yang buat keputusan ni, abang ke kak ika"zara turut bersimpati tapi apakan daya dari awal pertunangan abangnya dia sudah tahu ini akan terjadi cuma dia tidak mahu mengutarakannya. tidak mahu hati abangnya terluka bah kan boleh bergaduh mereka adik beradik. baginya keluarganya adalah segalanya baginya.setiap titis airmata duka yang mengalir ke pipi mereka duka dan peritnya turut dirasainya.
"dia yang minta, jadi abang balik ni nak mak abah batalkan semua apa yang kita dah rancang"diraup wajahnya menutupi kesedihan.
"lagi beberapa bulan je lagi nak majlis belah perempuan... aku nak cakap pun aku bercinta pun tak pernah tapi bang,aku rasa kau kena jumpa dua dua.. mana tahu jantan tu pun kena tipu.. entah entah kak ika kena scam.. sekarang kan zaman scam menyekem "zara cuba berandaian sendiri. dia masih berharap agar hubungan abangnya dengan gadis bernama Ariana Zulaika itu tidak berakhir disitu. dia berharap bahawa ramalannya salah.jika tidak dia turut rasa bersalah pada abangnya seumur hidupnya andai kata abangnya nekad untuk bujang hingga ke tua.
"aku anggap jodoh kami takde, alhamdulillah Allah tunjuk siapa Ariana Zulaika tu sebenarnya sebelum dia jadi isteri aku"positif azam membuatkan zara lebih serba salah.azam berjalan ke gigi pantai. kakinya dibasahi air laut yang menghempas pantai
"bang, kau frust skali pun jangan sampau nak bunuh diri, tak cium bu syurga tau tak,tapi kalau kau nak bunuh diri kau bunuh cara lain, sebab kau pandai berenang, confirm kau takkan lemas"canda zara. dihatinya risau hanya Allah saja yang tahu.takut abangnya diluar tampak kuat tapi didalam hatinya siapa yang tahu.. walaupun dia seorang doktor, tapi dia tetap manusia yang punya hati dan perasaan. dia juga manusia yang punya kelemahan.
"ariana zulaika terima kasih sebab kau sedarkn aku kesetiaan tak menjamin kebahagiaan tapi kejujuran dan keikhlasan..terim kasih sebab sedarkan aku yang kau memang tak layak untuk aku...kau terlalu murahan untuk aku yang dungu.. "tempik azam semahunya. dadanya berombak. geramnya dilepaskan sepenuhnya. zara hanya memerhati.
"hoi bising apa malam malam ni,orang lain nak tido, korang tak reti masuk rumah ke hah"tempik pak samad. mereka terkedu. azam berlari mendapatkan zara yang duduk di tunggul. mereka tertawa
"orang lain.. padahal dia yang nak tidur.. mana ada rumah orang lain lagi dekat sini...rumah kita je pun.. rumah jiran...nuuuu ha.. kecik je nengok nye"alasan azam itu mengeletek hatinya. mereka tertawa.
"pak samad pak samad"azam menggeleng gelengkan kepalanya.
Share this novel