Zara sendirian. Bosan menjengah hatinya. Seluruh rumah di lawatinya. Tiada apa lagi yang mahu dilakukannya. Mahu keluar hari sudah malam. Zara menonton tv dari satu siaran ke satu siaran. Loceng rumahnya berdering. Dia membuka pintu.
"umi.. masuk masuk" pelawa Zara..Baru sahaja mahu ditutup pintu rumahnya, pintu itu ditahan.
"Balqis.. " Zara tersentak. Kehadiran gadis itu kurang disenanginya. Balqis memerhati sekitar rumah itu. Matanya melirik setiap sudut.
"umi nak minum apa Zara buatkan. Pelawanya
"tak apa...umi datang nak bincang dengan kamu beberapa perkara" Zara mula tidak sedap hati. Dia sudah dapat mengagak perkara yang mahu dibincangkan.
"Zara tahu kan.. Affan akan bertunang dengan Affan.."Zara mengangguk. Dia diam.Matanya menatap Zaleha .Dia cuba bertenang sehabis mungkin.
" umi harap Zara tak halang niat umi untuk satu kan Affan dan Balqis" ujar Zaleha lagi. Zara hanya mengangguk.
"umi nak Zara pujuk Affan untuk terima Balqis" berat sekali permintaan itu. Jarinya di tekan tekan bagi menghilangkan resah.
"iti Zara tak boleh janji umi.. bab hati dan perasaan ni hanya dia yang boleh putuskan" Balas Zara walaupun gugup.
"tapi Zara boleh cubakan" pujuk Zaleha lagi
"kau lan ada saka nenek bidan kau.. gunalah lembutkan hati dia" perli Balqis
"Qish.. awak dah melampau.. nenek saya tak bela saka.. lagipun tak ada kena mengena dengan hal ni" Zara sedikit berang
"ah alasan.. kau dapatkan Affan pun guna saka nenek kau juga kan. " perli Balqis lagi. Zara semakin geram.
"jaga kata kata kau Balqis"marah Zara.
"sudah jangan bertengkar..Zara umi harap sangat Zara dapat pujuk Affan.Umi buat semua ni untuk Merga" Rayu Zaleha.Zara hanya mengangguk tanda setuju.
"Zara akan cuba tapi Zara tak boleh janji.. semua tu terpulang pada Affan".Pandangannya di halakan ke balkoni. Awan lalu di tatapnya sayu.
"Hoiiiiii... " sergah Aish dari belakang. Zara terperanjat. Di tepuk bahu Aish berkali kali. Tawa mereka berderai.
"sorry sorry... jom makan..lapar la"ajaknya.Zara masih menyusun dokumen yang dikehendaki.
" kejap ye.. Bagi Zara susun ni kejap.." Aish berdiri di hujung meja menunggu Zara habiskan kerjanya.
"hai korang... amboi husband takde Aish pun kau layan" Sinis Balqis.Zara diam dan tidak mengendahkan kata kata Balqis
"Qish buat apa dekat sini"soal Aish.Dia juga tidak selesa dengan kata kata Balqis
"nak jumpa umi.. nak discuss about my engagement." Senyuman sinis terukir dibibirnya. Zara tidak memberi respon.
"hah pergi lah cepat.. "halau Aish. Zara tertawa kecil kerana melihat Aish yang megibas ngibas tangannya seakan akan menghalau sesuatu.
"elok la.. monster vs saka.. padan sangat" Aish mula berang
"kau.. kalau takde apa apa yang baik kau nak cakap better kau zip mulut kau... kau jangan ingat aku tak tahu siapa kau.. kau lebih monster dari aku.. " bahu Balqis digenggam kemas
"Apa ni Aish.. sakit la.. " dia mengerang kesakitan. Zara menghampiri mereka dan meleraikan genggaman Aish.
"sabar Aish..biarkan dia.. jom" Zara menarik tangan Aish lalu beredar. Balqis merengek sendirian.
Aish melepaskan keluhan berat. Geramnya pada Balqis belum habis. Zara menghantar mesej untuk Affan. Sudah berbelas mesej dihantarnya namun tiada balasan. Zara mencuka
"kalau dia ke ladang memang payah baca.. coverage takde " jelas Aish. Zara mengangguk.
"Affan balik bila" soal Aish
"Lusa kot.. kenapa" Soal Zara ingin tahu
"petang ni kita bertolak ke ladang nak.. Aish hantarkan" Zara teruja.
"thanks Aish" Zara tersenyum panjang
"Aish bantu je.. kesian sangat tengok orang tu menanggung rindu berat" tawa Aish berderai. Zara tunduk malu. Selesai kerja Aish dan Zara beriringan ke parkir.
"korang nak ke mana"soal Zaleha. Balqis juga disitu. Zara diam tidak memberi respon kerana Aish terlebih dahulu memberi isyarat agar dia berdiam diri.
"kami nak beli barang sikit lepas tu Aish hantar Zara balik.. umi nak join... kami nak pergi kedai dessert yang umi suka tu" tipu Aish. Zara merenung Aish pelik.
"tak..umi ada Urusan dengan Balqis.. umi pergi dulu" Zara menyantuni mertuanya.Tangan wanita itu dikucupnya.Mereka menanti kereta yang di naiki wanita itu beredar terlebih dahulu.
"tak baik tipu berdosa.. "Zara bersuara. Mereka menuju ke kereta Aish
"habis Zara nak Aish bagitahu yang kita nak ke ladang" Aish bertegas..
"tak nak tak nak" kereta itu dipandu menuju ke destinasi.
Mereka tiba di ladang tapi hari sudah gelap.Mereka ke rumah inap keluarga yang berada 500 meter dari ladang. Lampu menyala dan kereta Affan berada disitu. Zara tiba dirumah itu dan turun dengan perasaan gembira. Dia mahu membuat kejutan untuk suaminya. Aish mengekori dari belakang. Zara mengintai melalui tingkap kaca alangkah terkejutnya dia apabila melihat Balqis yang berpakaian tidur satin paras pahanya berada di dalam rumah itu. Affan berbaring disofa. Aish menerkup mulut Zara agar tidak membuat sebarang bunyi.
"kita masuk dulu.. jangan buat andaian sendiri.. tahu Balqis macam manakan"pesan Aish. Zara mengangguk.
"Hello Fan kau kat mana.. aku depan rumah inap ni.. hah ok"talian di matikan.
"Affan tak sihat.. Zara jangan hiraukan Balqis.. ingat kita datang nak jumpa Affan kan" Zara mengendurkan marahmya. Aish membuka kekunci pintu. Aish masuk dahulu.
"wei Fan kau ok"Balqis yang cuba menggoda Affan tersentak. Dia duduk disamping Affan tanpa rasa malu.
"wei panas badan kau.. kejap aku amikkan ubat."ujar Aish lalu menuju ke pintu.
"ni aku dah bawakkan ubat" Balqis memegang segelas air suam dan panadol.
"ubat kau tak padu.. "seloroh Aish. Affan tertawa kecil. Tangannya diletakkan diatas kepala. Aish menarik tangan Zara dan menolaknya masuk ke dalam rumah.
"nah ubat kau"ujar Aish.. Affan menoleh lalu bangun. Zara menghampiri suaminya. Affan merangkul pinggang Zara kemas..kepalanya diletakkan di perut isterinya. Zara mengusap rambut Affan lembut.Rindu mereka terlerai. Balqis geram. Hatinya bagai diracik racik.
"sayang.. kenapa datang tak bagitahu" soal Affan. Dia mendongakkan kepalanya.
"Saja nak buat kejutan"dahi Affan di kucup Zara. Balqis makin membara.
"amacam ubat aku.. power tak"Aish menghempaskan punggungnya disofa berhadapan Affan. Affan menarik Zara ke ribaannya.
"terbaik.."tawa mereka berderai. Balqis makin geram.
Mereka keluar menjelajah seluruh pekan. Affan dan Zara menghabiskan masa mereka bersama.
"kau jangan nak macam macam dekat sini Qish.. " amaran Aish.
"kau kan.. sejak bila defend sundal tu"marah Balqis.
"sundal dia pun dia dah berlaki kau.. angel tapi kejar yang bukan hak kau" tawa Aish meninggalkan Balqis sendirian. Balqis menjerit melepaskan geram. Affandan Zara menoleh melihat Balqis seolah kerasukan.
"biarkan dia.. babi baru masuk bandar memang macam tu"seloroh Aish dan berjalan mendahului mereka. Affan dan Zara tertawa. Mereka berbual dilaman rumah inap dengan penuh hilai tawa. Kegembiraan yang mereka kecapi tidak disenangi Balqis.
"Affan..Qish pening la"panggil Balqis.
"Biar aku pergi" pinta Aish. Lalu dia masuk menuju ke dalam rumah.
"aku panggil Affan.. bukan kau" bentak Balqis
"alak kau ni macam tak biasa pula.. biar la dia nak manja dengan wife dia.. kau manja dengan aku ye... "usik Aish. Balqish bangun lalu masuk ke dalam bilik. Aish tertawa.
"umi ada datang rumah baru ni.. "cerita Zara
"umi datang buat apa" Affan ingin tahu.
"pasal dia dengan Balqis. "Affan terdiam. Pandangannya dilemparkan ke arah lain
"niat umi baik.. lagi pun Merga dalam masalah"Zara hanya meniru alasan dari mertuanya kerana dia tidak mengerti selok belok perniagaan
"masalah apa...Dia boleh tak jangan percaya sangat pasal Merga...Ah orang tak nak.."rajuk Affan
"mungkin umi ada plan sesuatu yang kita tak tahu... baru bertunang bukan nikah lagi.. "pujuk Zara.
"Dia boleh tak jangan nak merapu.. "marah Affan. Dia nekad keputusannya.
"Dia terima dulu Qish.. lepas tu bincang dengan umi.. "Zara kehilangan idea. kata katanya sudah di anggap bodoh..Dia hanyaahu menutup duka.
"amboi cakap... ingat orang ni bola ke.. berapa umi bagi kat dia supaya dia boleh rayu orang macam ni" marah Affan lagi.
"takdelah.. orang taknak dia di cop sebagai anak derhaka sebab orang" ujar Zara
"anak derhaka je...ingat ibu tak ada derhaka.. ibu yang menidakkan kebahagiaan dan kegembiraan anak anak juga dianggap derhaka tau" Zara diam.
Share this novel
apalah Zara ni....xpertahankan langsung cinta Affan...kang Affan kawin betul2 Ngan Balkis ..ko gak yg meroyan