BAB 42

Drama Completed 25301

Zara tercari cari kasutnya. Habis rak diselongkarnya.Dari duduk dia bangun.. dari berjalan dia menonggeng.
"dia cari apa" soal Affan.
"kasut hitam orang" ujarnya
"snickers hitam tu" soal Affan.
"ha ah.. nampak tak"soalnya lagi
"bukan ke dia dah bagi dekat charity ke" Affan mengingatkan.
"hah ye ke...owh.. mungkin orang lupa" Zara menyarung sandalnya lalu keluar dari rumahnya dan diikuti Affan.Mereka menonton wayang. Zara kelihatan gembira menonton kartun kegemarannya.
"terima kasih awak bawa kita.. kita seronok sangat" seloroh Zara.. Affan hairan.. awak..kita.. tapi dilayan saja isterinya kerana Zara suka mengusik. Mereka mengelilingi seluruh kota raya. Affan membawanya ke tasik dimana tasik itu tempat pertama mereka keluar bersama dan Affan meluahkan perasaanya.
"ingat tak tasik ni" Zara menoleh ke arah Affan
"dia bawa awek dia ke lepas tu kantoi dengan orang" seloroh Zara.
"ish tak la... ni lah tempat pertama kita dating.. takkan tak ingat" rajuk Affan
"hah... errrr.. ermmmm.. ye ke.. macam tak je" balas Zara. Affan merajuk. Kepalanya diletakkan di pada stereng kereta.
"gurau je.. ingat la"tawa Zara. Affan menoleh. Digigit lengan Zara manja.

Zara tidak berapa sihat hari ini. Badannya terasa lesu. Kepalanya berpinar. Dicapai gelas untuk minum tapi genggamannya tidak kuat. Gelas yang jatuh pecah membuatkan Affan yang berada dibilik terkejut dan bergegas lari keluar.
"Sayang kenapa ni" Affan cuak melihat jari Zara berdarah.
"nak minum air tapi gelas jatuh.. lepas tu kita nak kutip kena tangan" balas Zara. Affan mengangkat Zara dan diletakkan diatas kerusi. Affan menyapu kaca tersebut. Zara hanya memerhati.
"Allah... jari berdarah.. macam mana boleh berdarah.. eh dia kenapa..apa yang pecah" soal Zara kalut.
"dia duduk diam diam.. orang kemaskan ya.. " Affan menyapu kaca tersebut. Zara terlalu letih barangkali sehinggakan fikirannya bercelaru. Zara mengambil ubatnya lalu dia masuk ke bilik dan lena. Affan mengambik alih tugas Zara. Rumah dikemas rapi
"dia kemas ke..kesiannya.. maaf orang tak sihat.. esok orang kemaskan ya"pintanya Affan hanya tersenyum. Zara berbaring disisi Affan.Terasa tenang.
"dia ada pergi tengok Hadif"soal Zara
"la.. kan orang baru balik je tadi.. orang pergi dengan Aish" Affan mengingatkan
"owh ya ka..Allahurabbi..kenapa la lately ni suka lupa.. " rungutnya
"dia letih sangat kot" ujar Affan. Zara hanya mengangguk.

"kau kena banyak bersabar... ujian Allah untuk kau.. aku hanya boleh tolong pantau kesihatan dia dari semasa kesemasa... kau kena kuat kena support dia" ujar Azam. Affan menangis dikerusi. Zara di sahkan mengidap Dimensia tahap kritikal. Zara sudah mengetahui awal akan penyakitnya namun dirahsiakannya. Azam kecewa dengan tindakan Zara merahsiakan sakitnya namun dia harus bersikap profesional.
" Zara dah siap.. jom" Affan hanya melihat isterinya yang sudah bersiap untuk ke rumah Azam walhal mereka baru pulang dari sana.
"sayang.. kita baru je balik dari sana.. ni tengok ni baju orang tertumpah kari tadi ada lagi hah" Zara memeriksa baju Affan. Zara menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"ye lah.. Orang nak buat apa tadi ni...kenapa nak pergi rumah Azam pula.. ish la.. " Zara terus masuk ke bilik. Affan menangis sendiri. Zara seakan lupa tentangnya. Tidur merek pun sudah tidak sekatil kerana Zara takut baginya dia isteri Bazli dan bukan Affan. Dia hanya menumpang disitu hingga Bazli pulang.
"Dia nak makan.. orang dah siap masak" ujar Zara. Affan bangun dan ke meja makan. Dia menjamah hidangan yang dimasak isterinya walaupun rasanya sudah tidak seperti dulu.
"Dia.. esok kita ke kubur umi.. Zara dah lama tak lawat" pintanya.
"ok.. tapi malam ni dia tidur dulu tau..esok pagi sebelum kita pergi office kita pergi ya" ujar Affan. Zara tersenyum.

Awal Zara bersiap. Dia mahu kepusara mertuanya. Affan yang masih lagi tidur dikejutnya. Affan hanya mengikutkan saja.
"cepat la bangun nanti lambat pula ke office." suruhnya. Zara sudah menanti di pintu. Pusara Zaleha dicuci Zara.
"umi.. Zara datang.. maaf dah lama Zara tak datang rumah umi.. umi gembirakan.. Umi.. umi ada jumpa Amir.. kalau umi jumpa dia bagitahu dia Zara dah bahagia.. Affan jaga Zara dengan baik.. Umi bagitahu dia jangan risaukan Zara ya"Affan terharu dengan kata kata Zara. Adakah dia sudah mengingati dirinya sepenuhnya atau hanya sementara. Dalam perjalanan ke pejabat Zara banyak berdiam.
"kenapa ni"Affan memegang tangan isterinya.
"Amir tu orangnya macam mana ya.. sebab kami kawin pun tak sempat kenal sangat dia dah takde" Zara mengepit jarinya dengan kuku.
"dia baik orangnya.. kelakar.. tapi bab solat memang bagus.. tak pernah tinggal"cerita Affan.
"owh... macam tu.. "Zara diam semula.
"kenapa dia tak bagi orang kerja.. kenapa nak kena duduk dalam office dia" soal Zara lagi
"diakan tak sihat.. so duduk la dengan orang" alasan Affan
"kalau macam tu orang nak balik kampung boleh.. nak rehat dekat sana.. " pintanya.Affan tersenyum

Sudah sebulan Zara dikampung. Affan setiap minggu menjengah isterinya. Kesihatannya juga makin merosot.Banyak yang dilupakan Zara.
"abah boleh la Zara nak kelaut.. "Rengek Zara
"kamu tak sihat duduk dirumah.. jangan nak mengada" tegah Pak Samad.
"boleh la.. mana tahu kot kot bertemu jodoh dilautan" selorohnya.
"jodoh apanya.. tu Affan tu bukan jodoh kamu ke" Pak Samad mengingatkan.
"itu jodoh PJJ ni jodoh PJD percintaan jarak dekat" Tawa Zara.
"sudah.. abah pergi dulu nanti lambat pula abah balik"Zara menatap bot itu menghilang ketengah samudera. Zara duduk di bangku yang dibuat Azam untuknya. Laut luas di renungnya. Tenang rasanya.Basir menghampiri Zara yang sedang asyik dengan dunianya.
"hah" sergah Basir. Zara tersentak lalu dikeronyok adiknya.
"mak panggil makan nasi dari pagi kau termenung sekarang dah pukul berapa dah ni.. perut kau tak isi lagi.. isi angin nanti kembung aku juga yang susah." seloroh Basir. Zara bergandingan dengan Basir pulang ke rumah. Kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan. Zara berhenti.
"Ya cari siapa" soal Zara. Basir tergamam.
"Affan.. jom naik... kawan Basir kak" Affan tersenyum. Zara hanya mengikut dari belakang.
"mak kawan Basir datang" Zara terus ke dapur membancuh air. Dihidangnya air lalu dia masuk ke dalam bilik. Affan terdiam. Dia seakan mahu menangis.
"maaf Fan.. dia dah tak berapa ingat" jelas Basir. Affan menyeka airmatanya. Zara keluar terkocoh kocoh.
"kamu nak ke mana Zara" soal Mak Jah.
"kejap lagi abah balik.. nak jumpa Amir la" seronok kelihatannya. Affan mengikut isteri dia dari belakang.Zara yang berdiri di gigi pantai didekatinya.
"awak tunggu siapa" soal Zara.
"saya tak tunggu siapa siapa.. saja nak ambil angin" Ujar Affan.
"owh.. awak kerja dekat mana"soal Zara lagi
"tu resort tu saya punya... " balas Affan sambil tersenyum.
"awak dah kawin"soalnya lagi.
"dah" Affan menatap isterinya yang dahulunya dapat dibelai dan digauli kini sudah berbatas.Zara bukan isterinya tetapi isteri kepada kenangannya.Walaupun sakit tapi Affan tetap redha dengan dugaannya
"mesti cantikkan... orang kaya kaya semua cantik cantik"seloroh Zara. Kakinya menguis nguis pasir pantai.
"cantik.. cantik sangat..dia orang kampung je macam Zara.. rumah dia pun macam Zara.. dia manja.. perangai dia susah nak duga tu membuatkan dia nampak comel" terang Affan. Ditahan airmatanya dari meleleh akhirnya gagal. Manik manik jernih jatuh berderai satu persatu.
"kenapa nangis.."soal Zara. wajahnya sayu. Dia bersimpati dengan Affan.
"sebab saya sedih.. saya gagal jadi suami yang baik.. isteri saya sakit pun saya tak tahu" luahnya.
"isteri awak nak rahsiakan lah tu.. dia taknak awak susah.. sabar ya.. "ujar Zara
"sayang..andainya awak tahu perasaan saya saat ini.. betapa saya rindukan awak.. saya rindu pelukan awak.. saya rindu hilai tawa awak.. kenapa saya lambat dalam hidup awak.. kenapa saya yang awak lupakan.. "rintih hatinya.

Zara duduk di anak tangga. Dinikmati suasana malam. Bunyi cengkerik bersahut sahutan menandakan esok mahu hujan. Affan duduk disebelah Zara. Zara menoleh tersenyum
"buat apa malam malam ni.. tak sejuk ke"soal Affan. Zara menggeleng. Zara memegang tangan Affan. Affan tersentak dengan kelakuan isterinya
"dia.. orang minta maaf sebab lambat nak cam dia"Airmata Zara memderu laju
"orang minta maaf sebab orang hanya ingat Amir.. sedangkan dia yang berhak untuk diingati" ujar Zara. Tangisnya laju. Affan memeluk isterinya
"tak sayang.. orang tak marah dan tak kecil hati.. orang tahu dia sakit" ujarnya lembut.
"tentu dia sedihkan orang tak ingat dia.. mesti dia susah dan penat layan orang macam ni" ujar Zara lagi.Sedihnya seakan tiada henti.
"tak tak.. orang takde rasa susah pun.. orang sayang dia.. orang sayang dia sangat sangat" ubun ubun isterinya dikucup lama. Airmatanya menitis dan dihapus segera.
"sementara orang ingat dia.. orang nak duduk macam ni lama lama.. sebab orang takut nanti bila orang dah tak ingat dia...dia sedih.. "Zara bangun dan duduk dicelah kelangkang Affan. kepalanya diletakkan dipaha Affan. Terasa tenang dan hangat. Affan membelai rambut isterinya lembut.
"dia buat apa dekat KL sorang sorang selain dari pergi office. "soal Zara
"orang pergi kerja je.. habis kerja balik.. kalau keluar pun dengan Raihan dengan Aish" Ceritanya
"siapa tu" soal Zara
"kawan orang" Zara mengangguk.
"sayang jom masuk dah lewat ni" ajak Affan
"orang nak duduk macam ni lama lama.. "Pintanya. Affan membiarkan saja.
"kalau kata orang takde nanti dia jaga diri tau.. jaga kesihatan.. jangan jadi perengus sangat"pesannya.
"apa cakap macam tu" marah Affan. Zara menoleh ke arah Affan. kedua pipi Affan di usapnya
"yang hidup pasti mati cuma kita tak tahu siapa pergi dulu.. orang cuma pesan.. "mata mereka bergetar.
"Zara...Affan sayang Zara.. Affan akan tunggu sampai Zara sembuh sampai Zara boleh ingat Affan semula" ujar Affan. Nadanya bergetar.
"Affan Mikail.. Zara pun sayang Affan.. Zara rindu Affan sangat sangat.. InsyaAllah Zara akan ingat Affan.. InsyaAllah.. love you Affan Mikail..I love you Mr Grim Reaper "Dahi Affan dikucup lembut. Airmata yang mengalir mengena dahinya terasa hangat. Zara duduk semula seperti tadi.Kepalanya diletakkan diatas paha Affan. Diminta Affan mengusap rambutnya. Affan hanya mengikut. Zara ketiduran.
"Affan bawa Zara masuk.. dah lewat ni" Suruh Pak Samad. Affan memangku Zara tapi badannya longlai..
"abah.. "panggil Affan.
"Azam... tengok adik kamu" panggil Pak Samad. Azam berlari mendapatkan Zara. Diperiksa nadinya.
"maaf Fan Zara dah takde. "Pak Samad terduduk di muka pintu. Mak Jah meraung apa bila mendengar kata kata Azam. Affan memeluk tubuh isterinya erat. Tangisnya tanpa Suara. Dikucup dahi isterinya berkali kali.
"Selamat malam Sayang.. I love you Angel" bisik Affan.

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-09-16 12:55:19 

sedihhh...heroin mati ..dah habis ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience