Affan bergegas pulang ke Kuala Lumpur setelah pertemuannya dengan exco pelancongan selesai.
Dia ke rumah Azam namun tiada.. Dia ke Merga juga tiada. Dia ke kilang...hampa kelibat gadis itu masih tidak kelihatan. Affan menelefon Zara berkali kali tapi tiada balasan. Dia masuk ke pejabatnya...alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekujur terbaring disofa di pejabatnya.
"Zara... zara... sayang... "panggilnya. Badan itu kaku. Terasa bahang.
"Sayang bangun..."dia memangku gadis itu lalu membawanya ke hospital.Affan mundar mandir.Risau.Tirai yang menutupi katil Zara diselak Azam.
"dia stress dan darah dia drop.. and slightly fever.. habis drip ni..dia bangun dia boleh balik"terang Azam. Affan mengangguk. Dia seakan mengerti.Tangannya menggenggam erat jari jemari Zara.Dia usap pipi lembut gadis itu. Wajahnya tampak pucat. Affan sebak.
"maafkan orang.. "bisiknya. Airmatanya menitis satu persatu.Affan ketiduran disisi isterinya..
Zara terjaga dari lenanya.Lengannya terasa kebas dan berat.
"Affan.. "bisiknya. Rambut ikat itu diusapnya lembut.Affan terjaga
"sayang... dia nak air.."soal Affan. Zara mengangguk. Affan mengambil mineral yang dibelinya lalu meletakkan di mulut Zara. Lelehan air yang mengalir di kesat Affan dengan jarinya.
"ada sakit dekat mana mana.. pening ke"soal Affan risau. Zara menggeleng..Dia terus menatap Affan yang sedang mencari kelibat Azam untuk memeriksa Zara.Tidak semena Zara merangkul leher Affan dan mendekatkan wajahnya ke leher Affan. Dia mula teresak.
"hei.. hei..kenapa ni"soal Affan lembut. Zara msih dalam tangisnya. Affan memeluk isterinya. Erat.
"Zara.. kau kenapa.. sakit ke" Azam risau. Zara hanya menggeleng.
"kau.. jangan buat leceh.. ni hospital wehhhh"ingat Azam.Zara meleraikan rangkulannya. Disapu tangisnya.Affan menyeka airmata gadis itu dengan lembut. Zara tersedar rupanya ada beberapa pasang mata sedang memerhati.
"kau la.. nak lepas rindu pun dekat rumah lah"usik Azam. Zara dibenarkan pulang. Affan membawa Zara ke tasik bagi menenangkan fikirannya.Zara diam.Tangan Affan menggenggam erat jari yang mulus itu.
"dia dah taknak cakap dengan orang dah ke. "rajuknya setelah gadis itu hanya berdiam dari tadi.Zara menarik tangannya lalu keluar dan menuju ke tasik. Affan mengikuti gadis itu dari belakang. Cahaya bulan tampak cantik didalam tasik yang beralun lembut akibat ditiup angin lembut. Affan duduk di bangku dibelakang Zara.
"Dia marah kan orang ke"soal Affan. Zara menoleh. Affan yang duduk dibangku itu dipandang sekilas.
"bila dia nak bertunang dengan cik Balqis." Affan tersentak. Apa yang harus dia balas.
"orang tak tahu apa yang dirancang keluarga dia tapi orang.."belum sempat Zara habis kan katanya.
"orang minta maaf.. orang tak tahu pun pasal ni.. umi, papa dan mama yang plan.. orang tak nak dan tak setuju. "jelas Affan.
"kenapa.. korang sesuai.. sama kasta.. "Zara seakan meluahkan kecil hatinya.
"no.. orang tak nak..orang sayang dia.. orang nak dia sorang je"ujar Affan
"dorang buat macam tu mesti ada sebab.. lagipun dengan apa yang jadi orang rasa orang tak berhak berada di samping dia.. "luah Zara lagi. Ikhlaskah hatinya atau sekadar menutup duka dihati.
"kenapa dia cakap macam tu.. orang sayang dia.. orang kan dah janji lepas semua ni berakhir orang akan bahagia kan dia"ingat Affan. Nadanya sudah bertukar sebak.
"ya orang tahu tapi orang rasa orang tak layak.. orang yang pumca dia menderita... orang yang bodoh percayakan orang lain dari suami sendiri.. orang yang tak percayakan dia dari awal sampai akhir... orang minta maaf.. dan orang rasa orang memang tak layak gapai bahagia dengan dia"Zara menahan benteng matanya dari pecah. Affan memeluk Zara dari belakang. Airmata lelaki itu menitis membasahi bahunya.Zara kaku. Badan lelaki itu terhinjut hinjut.
"orang tak nak hilang dia lagi...orang tak sanggup" balas Affan.
"orang sayang dia sangat sangat"ujar Affan lagi.
"orang pun sayang dia.. dan orang tak nak tengok dia menderita sebab orang."ujar Zara.
"tak... bukan dia yang punya punca... orang cuma lindungi dia..."Rayu Affan lagi. Di pusingkan badan Zara mengadapnya.
"sayang dengar sini... kalau kata orang tak jumpa dia sekali pun orang tetap kena hadap semua ni.. benda ni tetap akan berlaku.. dia sumber kekuatan orang untuk terus hidup.. kalau kata bukan sebab dia entah entah orang dah tenggelam lemas dah..tapi sebab dia orang kuatkan diri untuk selamatkan diri" cerita Affan.Dipeluk gadis itu erat.
"balqis dah bagitahu yang dia tak mahu dimadukan... " Affan meleraikan pelukannya
"itu dia kata.. tapi orang kata orang takkan madukan dia orang takkan lepaskan dia.. dan orang takkan tinggalkan dia." mata mereka bertaut. Zara tahu kata kata itu benar benar ikhlas.. tapi Puan Sri Zaleha dan Balqis..boleh kah merek menerimanya.
"dia fikir lah baik baik.. orang tak nak sebab orang dia hilang semuanya.. dia hilang segalanya.. dia yang bersusah payah untuk dapatkan semua ni semula tapi sebab orang... dia.. hilang semua" nasihatnya. Dia tidak mahu mensia sia kan usaha suaminya. Sakitnya deritanya untuk dapatkan semula hak nya tidak mahu di sia siakan begitu sahaja hanya kerana sebuah perhubungan.
"orang sanggup hilang semua dari orang hilang dia" jujur Affan.
"kalau dia hilang semua.. dia nak hidup macam mana"uji Zara
"kita balik kampung... orang boleh ikut abah kelaut"seloroh Affan. Zara merenung Affan tajam. Geram.Affan tertawa. Dipicit kedua pipi isterinya. Zara masih merenung.
"hai laaa.. dia jangan fikir bukan bukan ok.orang sayang dia sampai mati.. takde siapa boleh ganti tempat dia dalam hati orang...ok sayang"dikucup jemari gadis itu lembut. Zara mengalihkan pandangannya ke arah lain. Hatinya yang tadi mendung kini berbunga.
"Zara"panggil Affan. Zara terkejut bibirnya disambar Affan. Dia membalas ciuman itu. Dia terlalu rindu ciuman dan belaian itu. Affan merangkul erat pinggang isterinya.
"orang sayang dia"bisik Affan. Zara terdiam. hidung mereka berlaga. Zara cuba mencari nafas. Dadanya berombak.
"Zara rindu Affan..Zara sayang Affan"kali ini Zara yang mencuri bibir Affan. Mereka bercumbu. Melepaskan rindu.
Cahaya pagi menjengah wajahnya. Zara terjaga. Dia menoleh. Affan masih didalam lenanya. Dia mencapai bajunya yang berada dilantai lalu berlari kebilik air. Pipinya terasa panas mengingatkan peritiwa semalam. Akhirnya setelah setahun perkawinan mereka,malam tadi kali pertama bahtera mereka belayar bersama. Zara mandi dan keluar dengan jubah mandi milik Affan. Baru dia teringat bahawa dia berada di kondo Affan dan itu kali pertama dia menjejakkan kaki kesitu Dia tidak punya baju untuk disarung. Dia mengeledah wardobe Affan. disarung t shirt suaminya yang besarnya satu kali ganda darinya dan cotton boxer pemuda itu. Dia ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Dia tidak mahu menganggu tidur lelaki itu. Sarapan yang telah siap di tudung. Zara menonton tv dan bersila diatas sofa. Affan yang sudah terjaga meraba disebelahnya, Zara tiada. Affan dapat menghidu bau masakan didapur lalu dia bingkas bangun dari katilnya. Nikmat semalam masih terasa.Usai bersiap dia keluar dan menghampiri Zara yang menonton tv. Rambut yang di ikat messy bun menampakkan leher yang jinjang memerah dek pancaran mentari menguji jiwa Affan apatah lagi boxernya yang disarung Zara bersila begitu menampakkan sebahagian pahanya yang gebu.
"sabar fan... sabar...tenang" ditarik nafasnya dalam dalam lalu dihembus perlahan. Zara terasa ada seseorang dibelakangnya menoleh. Dia tersentak melihat Affan yang berdiri rapat dibelakangnya
"dah bangun ke tak dengar bunyi mandi pun." Zara bangun dan ke meja lalu di buka tudung saji.Affan merangkul Zara dari belakang dan dikucup leher jinjang itu.
"sayang jangan amal sangat pakai macam ni pagi pagi..nanti tak pergi kerja orang" usik Affan.
"ish ada adalah dia ni"dia cuba melepaskan rangkulan Affan namun rangkulan itu semakin kemas.
"no sayang... dia seksi sangat"usik Affan.. Zara menutup kedua telinganya. Affan tertawa.
Share this novel