Bab 1

Drama Completed 25311

Angin pagi yang nyaman itu dihirup perlahan.bau laut pagi menyegarkan minda. Zara bersiap untuk ke laut bersama ayahnya pak samad,zara anak perempuan tunggal didalam keluarga mempunyai sorang abang dan adik lelaki. mereka semua sudah merantau ke luar kota tinggal lah zara sendiri berbakti pada ibu dan ayah. segala peralatan di letakkan didalam bot. pukat,tong,minyak enjin dan alatan lain diperiksanya
"nah bekal"mangkuk tingkat perak itu diberikan mak jah kepada zara.
"terima kasih mak.. mak doa kan jumpa aquaman tau...mana tahu kot kami berjodoh"usiknya
"tak ingin mak menantu separuh manusia tu.. nanti cucu aku semua hidup dalam laut"mak jah membaiki baju dan topi zara.zara tertawa.
"kamu kalau satu hari tak usik mak kamu memang tak sah zara"pak samad menghidupkan enjin bot.zara hanya tertawa.bot mula belayar ke tengah lautan. cuaca hari itu tenang memudahkan mereka menukar pukat.hasil tangkapan juga memuaskan.

senja berlabuh bot yang dikemudi pak samad berhenti dipersisiran.
"banyak hasil hari ni"soal mak jah riang apa bila melihat ikan memenuhi tong tong yang di bawa.
"alhamdulillah mak.. ni bantuan menantu mak.. dia buat pusar air ikan lari terperangkap dalam pukat"candanya.
"adoiii"kepalanya diketuk mak jah
"ni semua dari Allah bukan dari menantu tak wujud aku tu"seloroh mak jah
"iya bonda...ampun kan patik bonda"pipi mak jah diciumnya sambil lalu
"bertuah punya budak."kulit cengkerang yang dipegang mak jah dibaling kearahnya
"tak kena pun mak...lagi mak baling lagi"zara memprovok. mak jah tercari cari cengkerang masih belum berpuas hati.
"sudah jangan dilayan zara tu.. zara dah pergi naik mandi.. mak dengan ayah nak hantar ikan dekat rumah hamdan"zara berlalu pergi. rumahnya yang hanya 100 meter dari persisir pantai itu dijengahnya. rumah usang yang sudah hampir hilang warnanya.dia turun ke telaga yang satu satunya bilik airnya. air telaga yang dingin itu menyentuh badannya dia mengigil. usia solat maghrib dia mula memasak sementara menanti emak dan ayahnya pulang dari rumah pemborong.zara menanti kepulangan mereka dia anak tangga. bunyi deruan ombak jelas.
"siapa kau, kenapa wajah kau sentiasa hadir dalam minda dan mimpiku"ngomelnya.
"siapa kau hadif fayyad"bisiknya lagi. wajah yang selalu bermain dimindanya. wajah yang tidak pernah dia ketemu.

"azam ada tepon kata nak balik lusa"mak jah bersuara. pak samad menghirup kopi panas perlahan.
"lama ke dia balik"rokok daun yang digulungnya dinyalakan. asap merebak ke seluruh beranda. bau tembakau menusuk hidung zara lalu di tenyeh perlahan.
"empat hari je katanya sebab ada kerja dekat sini,dia balik tidur rumah"jelas mak jah.zara hanya bersandar.
"pulang abang kali ni ada cerita"kata kata itu terpacul dari mulut zara. pak samad dan mak jah berpandangan.disebabkan kelebihan yang ada pada zara dia dipulaukan orang kampung.dia juga difitnah pengamal saka yang diturunkan oleh neneknya yang merupakan bidan kampung.
"apa la yang dia nak buat lagi,lepas satu satu"bising pak samad. mereka diam. kepulan asap rokok daun memenuhi ruang beranda.

Pagi itu dia tidak ke laut.. laut agak bergelora. zara duduk ditunggul kelapa.laut luas yang bergelora direnungnya.
"HADIF FAYYAD"nama itu kembali bermain difikiran.hampir setiap malam wajah itu hadir sehingga menjadi tanda tanya buatnya.
"zara angkat ikan dijemuran.. hujan nak turun ni"suara pekikan mak jah kedengaran.
"mak kalau bab tempik memang high note"bisik hatinya.dia mengutip ikan yang dijemur diatas jaring.awan mendung memenuhi lautan. angin dingin mula mengeluarkan kekuatannya.
"tadi aku ke warung si dali tu, ada dengar cerita yang adam anak biah tu masuk spital"cerita pak samad
"ye ke bang.. kenapa"mak jah seakan tertarik. zara hanya mendengar
"accident katanya"pak samad menggulung daun rokok lalu dinyalakan
"Allahurabbi.. teruk ke"mak jah makin ingin mengetahui cerita
"patah kaki.. tapi katanya sebelum tu dia ada bercakap dengan kamu ya zara"zara berhenti menyusun ikan. dia memandang pak samad.
"ada.. dia yang kacau zara dulu.. kata muka zara takde beza dengan jalan tar kampung yang berlopak..gunung berapi kat muka la"sedihnya dihati tidak diluahkan
"habis tu apa kamu cakap dekat dia"asap rokok daun itu dihembus keudara.
"zara cuma bagitahu apa yang zara nampak..itu je"zara menunduk.
"abah dah pesan banyak kali mulut tu.. walau apa pun yang kamu nampak tentang masa depan dorang kamu diam, jangan diceritakan... tengok pasal si adam ni semua orang tuduh kau puncanya"bebelan pak samad bergema.mak jah hanya membisu tidak mahu mencelah
"zara bagitahu supaya dia dapat elak dari perkara tu terjadi.. mana tahu nak jadi macam ni"dia membela dirinya
"tapi dorang tu bukan faham, bila benda tu betul betul jadi dorang salahkan kamu pula...siap libatkan arwah nenek kamu pula tu"satu tumbukan dilepaskan ke lantai. mak jah dan zara terkejut.
"dah la bang.. zara berniat baik tapi dorang yang tak faham nak buat macam mana, kamu pun zara lepas ni diam je, jangan nak sibuk sibuk hal mereka"teguran untuk anaknya itu diberikan agar tidak berulang perkara yang sama. rintik hujan mula membasahi bumi.zara kalut meletakkan besen di tempat yang bocor
"aku ada pesan kat jamal suruh dia datang tengok bumbung entah bila dia nak datang buat"rungut pak samad
"dia tak sempat kot abah, zara nampak dia buat rumah dihujung selekoh sana"ceritanya sedangkn dari bayangan yang dia nampak jamal tidak mahu datang ke rumahnya takut akan terkena badi nek bidan.

"mak,abah,abang azam dah balik"jerit zara yang menunggang basikal kalut kalut memasuki perkarangan rumahnya. sebuah kereta mengikutinya dari belakang. basikalnya dia dibiarkan terbaring di tengah lapang.
"mak....abah... abang azam dah balik"tempiknya.dipinggir pantai kelihatan orang ramai berkerumun. dia mencelah diantara mereka. seorang lelaki terbaring disitu. diamati wajah itu.. HADIF FAYYAD
"angkat dia bawa ke rumah"pinta pak samad. pemuda itu dibawa ke rumahnya dan dibaringkan diberanda
"kenapa ni abah.. siapa ni"azam merapati tubuh yang terbaring.
"hah azam kamu dah sampai elok la kamu tolong tengokkan, abah jumpa dia terapung tadi"cemas pak samad. diperiksa nadinya dan diperiksa denyutan jantungnya.
"masih bernyawa"azam melakukan cpr bagi menyelamatkan pemuda itu. akhirnya pemuda itu memberi reaksi. dia memuntahkan semua air laut yang ditelannya. pak samad bersandar lega. zara menginjak ke depan sedikit. dia memerhati wajah itu. iya wajah itu yang sering bermain difikirannya dan kerap hadir dalam mimpinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience