#31

Romance Series 16322

"assalamualaikum." Adrianna memasuki rumahnya.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah, dia terlihat Khatika yang sedang tidur di sofa.

"Nissa, Nissa tidur sini jelah. Dah malam lagi pun, kalau nak cari hotel." Kata Adrianna.

"Habistu abang Arsad macam mana?" Kata Nissa.

"Tak apa, abang boleh tidur dalam kereta." Sampuk Arsad dari luar rumah.

"Eh, dah balik. Macam mana dengan Amalina?" Khatika terbangun.

Kami bertiga terus berpaling ke arah kak Khatika.

"Dia kena warded." Adrianna

"Dah buat report?" Khatika bertanya lagi.

"Sudah, sebelum pergi hospital kami dah bawak dia pergi balai." Adrianna

"Baguslah." Khatika

"Adrianna, aku nak tumpang mandilah. Melekit rasanya badan ni." Nissa

"Boleh boleh." Adrianna terus membawa Nissa ke biliknya.

"Eh, Arsad. Awak tidur mana malam ni?" Khatika bertanya.

"Dalam kereta je kak." Kata Arsad.

"Oh, nanti kakak suruh Rina bawak kan selimut dengan bantal." Khatika

Arsad senyum. Terlihat lesung pipitnya yang manis itu.

Arsad terus menuju ke arah keretanya.

Suasana disitu tidaklah begitu sunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 10:00 malam tetapi keadaan di luar tidak seperti waktu itu.

Masih ramai orang yang berada diluar. Ada yang membeli burger di gerai yang berhampiran. Ada yang ''lepak'' bersama.

Arsad memasukkan keretanya di dalam garaj rumah Adrianna.

Asrad terasa badannya sangat penat. Dia terus merebahkan badannya di tempat duduk belakang.

Tidak sampai beberapa minit, Asrad sudah melelapkan mata. Tiba tiba

Tok tok tok

Tingkap keretanya diketuk.

Dia membuka matanya, ternyata Adrianna dengan selimut dan bantal ditangannya.

" Sorry kacau abang." Kata Adrianna.

"Eh, tak apalah." Asrad tersenyum.

Asrad mengambil selimut dan bantal dari Adrianna.

"Eh, Adrianna. Kita berbual sikit boleh?" Asrad menghentikan langkah Adrianna.

"Berbual? Hmm, bolehlah." Kata Adrianna.

Asrad keluar dari keretanya dan pergi ke bahagian bonet kereta.

Manakala Adrianna mengambil kerusi yang tidak jauh dari situ.

"Nissa dah tidur ke?" Tanya Asrad untuk memulakan perbualan

"Entah, sebab tadi masa Rina keluar dia dalam toilet lagi." Kata Adrianna.

Asrad menganggukkan kepalanya.

"Lamanya tak macam ni." Kata Adrianna

"Ha?" Asrad

"Dulu saya dengan Mikhael selalu duduk dekat luar untuk tengok bintang." Kata Adrianna

"Adrianna, saya nak tanya sikit boleh?" Kata Asrad

"Silakan." Adrianna

"Awak dengan Mikhael tu ada apa apa ke? Maaflah saya tanya, sebab saya nampak tadi masa kita melawat dia awak nampak macam risau sangat." Kata Asrad.

"Nampak sangat ke tadi?" Adrianna bertanya kemudian dia ketawa sedikit.

Asrad menanti jawapan daripada Adrianna.

Tiba tiba Adrianna ketawa.

Asrad mengerutkan keningnya.

"Kenapa awak ketawa?" Tanya Asrad.

"Muka abang tu, nampak sangat nak tahu jawapan." Ketawa Adrianna memecahkan keheningan malam itu.

Asrad turut ketawa. Dia melihat ke wajah Adrianna. Tiba tiba hatinya, seakan berdegup kencang.

Senyuman Adrianna membuatkan Asrad terpesona.

"Bual apa jelah tu?" Nissa mencelah.

"Tak ada apa, saja tengok bintang malam." Kata Adrianna.

Dia tahu soalan yang dikemukakan Asrad tadi berbaur peribadi.

"Yelah tu." Nissa mengambil tempat disebelah Asrad.

"Esok, korang nak balik dah kan?" Tanya Adrianna.

"Haah, kau ikut sekali tak?" Tanya Nissa.

"Tak, aku nak selesaikam dulu masalah dekat sini. Lepas semuanya selesai, aku balik Johor." Kata Adrianna

"Arghhh!!!!!"

"Akak!" Adrianna bingkas bangun dari kerusu apabila mendengar suara kakaknya menjerit. Begitu juga dengan Asrad dan Nissa

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience