#17

Romance Series 16322

Sinaran matahari mengganggu tidur Mikhael. Dia membuka matanya perlahan lahan.

Dia mengetuk kepalanya, terasa pening.

"Bella?! Awak buat apa dekat sini? Kita dekat mana ni?!" Mikhael terkejut apabila Bella berada disebelahnya.

Mereka berdua di atas katil tanpa seutas benang.

"Morning Mikhael." Bella. Dia terus memeluk Mikhael

"Hei, lepas! Jauh dari I!" Mikhael

"Mikhael! You kenapa?!" Bella

"Macam mana kita.... " Kata kata Mikhael terhenti. Hilang kata kata dia. Adakah dia sudah menodai anak dara orang?

"You jangan cakap you tak ingat apa yang jadi malam tadi." Bella

"Ni semua rancangan you kan?!" Mikhael menjauhi Bella

"Rancangan apa? you yang ajak I pergi hotel ni, takkan you tak ingat." Bella

"I ajak you?" Mikhael. Hatinya berdebar.

"You jangan tipu I. Arghh!!" Mikhael terus pergi bilik air. Diambilnya pakaian dia yang berterabur dilantai.

"Mikhael!" Bella. Setelah Mikhael memasuki bilik air. Bella tersenyum. Semua rancangannya berjalan dengan lancar.

~~~
Imbas kembali

"Boss, nak kami buat apa?" Kata salah seorang lelaki yang membantu Bella di restoran tadi.

"Aku nak kau buka semua pakaian dia, dan baringkan dia dekat atas katil." Bella

"Upah?" Kata lelaki kedua yabg mempunyai jambang.

"Nah." Bella memberi sebungkus sampul surat yang berisi sejumlah wang.

Kedua lelaki tadi tersenyum.

Mereka mengambil masa selama 5 minit untuk melaksanakan kerja mereka

"Beres boss." Kata lelaki berjambang.

"Ok, bla, and this part is my turn." Bella

"Jangan nakal nakal sangat boss." Kata lelaki yang berada disebelah lelaki berjambang.

Bella menjeling.

Dia memasuki bilik itu, kelihatan Mikhael sedang baring tanpa seutas benang dan hanya ditutupi dengan selimut sahaja.

~~~

Setelah selesai membersihkan diri, Mikhael terus keluar.

"Mikhael! You nak pergi mana?!" Bella

"Mikhael!!!" Bella.

Mikhael terus memandu dan meninggalkan Bella.

Apabila sampai sahaja dirumah, Mikhael terus mengegas masuk ke dalam.

"Mikhael, malam tadi kenapa kamu tak balik?" Makcik Hwa. Tidak pernah pernah anak lelakinya itu buat perangai.

"Ha? Mikhael tertidur dekat office ma." Mikhael berbohong.

"Tertidur dekat office? tak pernah pernah." Makcik Hwa.

"Mikhael naik atas dulu ma, penatlah. Ha, ma, nanti bagi tahu papa, mungkin Mikhael tak masuk hari ni." Mikhael

"Badan tak sedaplah." Sambungnya lagi.

"Yelah, pergi berehat sana." Makcik Hwa.

Mikhael terus naik ke atas.

Di dalam bilik dia hanya termenung.

"Mikhael, apa kau dah buat?!" Mikhael. Dia menepuk nepuk kepalanya.

"Kenapa kau bodoh sangat, lemahnya kau!" Mikhael

Fikirannya terbayang akan Adrianna

"Maaf Adrianna, aku sama macam Farhan." Mikhael

Tiba tiba telefon bimbitnya berdering, tertera dia skrin nama Bella.

"You nak apa lagi!" Mikhael

"Apa ni, angkat angkat terus nak marah." Bella

"You nak apa? I penat ni." Mikhael

"Sampai hati you, tinggal I sorang sorang dekat hotel ni." Bella.

Mikhael diam

"You, serius ke you tak ingat apa yang berlaku malam semalam." Bella

"Ingat apa ni?! I tak faham!" Mikhael.

"You yang goda I, you merayu rayu dekat I." Bella

"Diam Bella, I tak percaya You. Mulai sekarang I taknak lagi tengok muka you! Dan I taknak you call I lagi! Faham!" Mikhael. Panggilan itu terus dimatikan

Fikirannya berserabut. Rasa bersalahnya kepada Adrianna semakin bertambah.

Mikhael mendapat panggilan daripada Adrianna.

Dari kejadian yang menimpa Adrianna tempoh hari, hari inilah, hari pertama dia menerima panggilan daripada gadis itu

"Hello, Adrianna." Mikhael

"Hello, Mikhael. Busy ke?" Adrianna

"Tak, kenapa?" Mikhael

"Pasal jumpa doktor haritu... Aku setuju." Adrianna

"Ha?" Mikhael

"Kaukan suruh aku jumpa doktor. Aku ikut." Adrianna.

"Oh, ok." Mikhael. Tidak tahu dia mahu membalas apa.

"Ok, tu je aku nak bagitahu kau." Adrianna

"Rina." Mikhael

"Ye." Adrianna

"Sorry." Mikhael

"Untuk?" Adrianna

"Untuk segalanya. Ok dahlah bye." Mikhael. Dia terus meletakkan panggilan itu.

Adrianna pelik, kenapa Mikhael harus meminta maaf. Mungkin berkenaan hal tempoh hari.

"Ok, aku akan lawan rasa ni." Adrianna.

"Rina, dah call Mikhael?" Khatika yang baru turun dari biliknya bertanya kepada Adrianna yang berada di ruang tamu

"Dah kak." Adrianna

"Baguslah." Khatika

"Mungkin esok Rina pergi, ikut akak buat pemeriksaan sekali." Adrianna

"Ok. Akak pergi awal tau. Bangun awal." Khatika

"Ye." Adrianna. Mereka tertawa, bahagia sungguh melihat mereka berdua.

"Ayah mana kak?" Adrianna

"Akak rasa ayah belum balik lagi ni." Khatika

"Belum balik lagi?" Adrianna

"Rasanya, makanan yang kakak simpan tuk ayah pun tak bersentuh." Khatika. Dia melihat ke arah meja makannya.

"Kemana pula ayah ni, malam malam tak balik lagi." Adrianna

"Kejap lagi ayah balik kot" khatika bersangka baik.
Walaupun ayah mereka begitu, tetapi dia tetap ayah diorang.

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience