#12

Romance Series 16322

Malam ni merupakan hari bersejarah bagi Adrianna dan Farhan.

"Adrianna malam ni kau milik aku." satu semburan pewangi di sembur ke dalam bilik oleh Farhan

dia membelek belek telefon bimbit Amalina, hanya beberapa jam lagi rancangannya mahu berjalan

***

"Adrianna, cepatlah. Kesian kak Ika, mesti dia tengah tunggu kita ni!" jerit Mikhael. Lambat sungguh gadis ini bersiap. Padahal mahu ke hospital sahaja bukan mahu kemana.

Tiada jawapan daripada Adrianna.

"Ish, budak ni." Mikhael bengang, dia terus pergi menuju ke bilik Adrianna.

"Hoi, lambatnya!" sergah Mikhael

"Ish, kau ni terkejut aku! Sabarlah." Adrianna

"Tak payah cantik cantik sangatlah, doktor doktor dekat situ bukan handsome handsome sangat pon." Mikhael

"Alah, biarlah aku. Siapa kata, doktor doktor pratikal handsome handsome apa." Adrianna

"Amboi, gatal kau ye. Cepatlah siap!" Mikhael

"Sabar, sikit lagi. Kau pergilah start dulu kereta tu." Adrianna sedang menyisir rambutnya. Dari tadi dia mengayakan rambutnya dia dengan pelbagai gaya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengikat sahaja rambutnya.

Terserlah keayuan diwajah Adrianna dengan bentuk muka yang kecil.

"Cakap orang dia pon lebih, pakai minyak wangi harum semerbak. Nak ngorat nurse lah tu." Bebel Adrianna seorang diri.

"Dah, jom." Adrianna berkata kepada Mikhael yang sedang menghadap telefon bimbitnya diluar rumahnya

"Siap pon, padahal nak pergi hospital je." Mikhael terus keluar.

Adrianna mendengus.

"Mama dengan papa mana?" Adrianna mencari kelibat makcik Hwa dan pakcik Ridhuan.

"Diorang dah pergi dah. Aku rasa diorang pun dah sampai, lama sangat kau bersiap." Masih belum habis lagi bebelan Mikhael.

Adrianna menjeling Mikhael, banyak songeh pulak mamat ni, bukan selalu Adrianna membuat dia menunggu.

Adrianna berseluar jeans dan kemeja biru dengan rambutnya diikat begitu, memang terserlah kecantikannya.

Sepanjang perjalanan, Mikhael asyik memandang Adrianna sahaja, dia pun tidak tahu kenapa. Automatik.

"Tahulah aku salah, tapi tak payahlah pandang pandang." Adrianna diselubungi rasa bersalah.

Segera Mikhael menghalakan pandangannya ke hadapan.

"Lain kali, siap cepat sikit, dahlah dekat rumah tu tak ada orang. Ish." Mikhael mahu meredakan malunya.

"Bukan masa kita dalam mama dengan papa ada?" Adrianna

"Yelah, lepas diorang pergi maksud aku." Mikhael.

Adrianna mendiamkan diri, dia tahu bahawa dirinya salah.

Setiba mereka dihospital, kelihatan pakcik Wahab, ayah Adrianna, sedang duduk berseorangan dihadapan hospital.

Mukanya kelihatan risau. Kehulu kehilir kadang kadang mencangkung.

"Ayah. Kenapa ni?" Adrianna menegur

Terkejut pakcik Wahab.

"Eh, Rina. Buat apa dekat sini?" Pakcik Wahab mengeletar.

"Nak lawat akaklah, ayah ni kenapa? Tak keruan je Rina tengok." Adrianna

"Ayah ok je, pergilah tengok kakak kamu tu dekat dalam. Makcik dengan pakcik pon ada dekat dalam tu." Pakcik Wahab.

"Ayah tak masuk?" Adrianna

"Ayah dah masuk tadi." Pakcik Wahab.

"Yelah yah, Rina masuk dulu ye." Adrianna

Pakcik Wahab mengangguk. Adrianna terasa tidak sedap hati melihat ayahnya itu, tak tentu arah.

"Mikhael, aku tak sedap hatilah tengok ayah aku tu." Adrianna berkata setelah jauh meninggalkan pakcik Wahab

"Kenapa?" Mikhael mengerutkan keningnya.

"Macam ada something yang dia tengah fikir." Adrianna

"Mungkin dia risau dekat Kak Ika kot." Mikhael mahu menyenangkan hati Adrianna.

"May be." Adrianna

Sesampai di wad Khatika, kelihatan makcik Hwa sedang menyuap Khatika makan.

"Amboi, bersuap nampak." Sapa Adrianna

"Ika ni, kata nak bersuap. Sekali sekalakan." Makcik Hwa menggosok belakang Khatika

"Rina jelouslah tu." Khatika ketawa. Adrianna turut ketawa.

"Rina, esok Ika dah boleh keluar." Khatika

"Yeke kak, alhamdullilah. Nanti biar Rina yang jaga kakak ye." Adrianna.

"Yelah, habis tu siapa lagi Adrianna oi." Khatika ketawa.

"Tapi kerja kamu?" Sambungnya lagi

"Tu tak payah risau, yang penting Ika." Tiba tiba Pakcik Ridhuan mencelah.

"Terima kasih, pakcik." Khatika

Pakcik Ridhuan hanya membalas dengan senyuman. Dia sudah menganggap dua beradik itu sebagai anaknya sendiri.

***

Farhan hanya tersenyum melihat biliknya yang sudah dia hiaskan.

Bak bilik pengantin rupanya, dengan bau haruman yang wangi.

"Malam ni kau jadi milik aku." Farhan

Kring kring

Farhan menerima panggilan daripada satu nombor yang tidak dikenali.

"Hai, sayang." Kedengaran satu suara perempuan dicorong telefon

"Hello, siapa ni?" Farhan

"Ni sayalah, Amalina." Pemilik suara itu memperkenalkan dirinya sebagai Amalina

"Oh, awak nak apa?" Farhan

"Ai, nak call boyfriend sendiri pon tak boleh ke? Ni nombor baru saya, save tau." Amalina

"Oh ok." Farhan

"Awak, awak dekat mana tu?" Amalina

"Kenapa awak tanya?" Farhan. Malas betul dia melayan perempuan ini.

"Saya nak datang rumah awak, saya bosanlah." Amalina

"Eh, tak boleh!" Farhan

"Kenapa pula?" Amalina

"Saya.. saya penat hari ni. Saya nak rehat je." Farhan

"Kalau awak penat, biarlah saya tolong awak kemas rumah ke? Masakkan ke? Bolehlah, please.." Amalina

"Tak payah, saya tak perlukan semua tu. Tolonglah beri saya masa untuk rehat, awak yang selalu buat saya penat tau tak!" Farhan

"Alah, pleaselah Farhan. Please." Amalina

"Hei, kau tak faham ke? Aku cakap tak payah, tak payahlah. Tak faham bahasa?!" Farhan melenting

"Kalau macam tu next timelah kita jumpa." Amalina. Terkejut juga dia apabila ditengking oleh Farhan.

Farhan terus mematikan panggilan.

***

Sehingga ke waktu malam, Adrianna dan Mikhael di hospital.

Lagi tadi, Mikhael sudah disuruh balik bersama ibu dan bapanya oleh Adrianna.

Tetapi dia tidak mahu, katanya dia pun mahu menunggu di sini sehingga malam.

"Mikhael, awak tak nak balik ke?" Tanya Adrianna. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam

"Saya nak jaga Kak Ika malam ni." Sambung Adrianna lagi.

"Ha?!..."belum habis Mikhael berkata, Adrianna sudah mencelah.

"Ha, kau jangan nak marah aku. Aku dan suruh kau balik dulu tadi. Kau tak nak." Adrianna

Kring kring

Telefon bimbit Mikhael berdering.

"Hello, ye saya." Mikhael

"Ha?! Macam mana guard boleh tak perasan?" Mikhael

"Haa, yelah dah call polis? Ok, kejap lagi saya sampai." Mikhael mematikan panggilan.

"Kenapa?" Adrianna. Pelik dia melihat Mikhael kelam kabut.

"Kilang kena pecah masuk." Mikhael

"Ha?! Mana guard?" Adrianna terkejut.

"Diorang syak, pencuri tu masuk ikut belakang. Kat belakang tu mana ada cctv, lagi pun dekat situ gelap. Senang diorang nak masuk." Mikhael

"Banyak ke barang hilang?" Adrianna

"Entahlah aku tak tahu, ni nak pergi tengok." Mikhael

"Ok, hati hati dah malam ni." Adrianna

Mikhael terus berjalan menuju ke arah keretanya.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience