#13

Romance Series 16322

"mana Mikhael?" Khatika

"Di pergi kilang, ada kes." Adrianna

"Kes?" Khatika membetulkan badannya. Daripada baring sekarang dia duduk.

"Haah, ada orang pecah masuk kilang dia. Tak tahu lagi apa yang hilang." Adrianna

"Akak nak pergi mana?" Adrianna pelik melihat kakaknya yang sedang mengesot turun dari katil

"Akak nak pergi toilet." Khatika. Adrianna cepat cepat menolong kakaknya dengan memaut tangan kakaknya itu

"Tak apa, Rina. Akak boleh buat sendiri." Khatika. Adrianna melepaskan tangannya.

Tiba tiba, telefon bimbit Adrianna berbunyi memberitahu ada pesanan mesej yang dia terima

Dia sangkakan mesej itu daripada Mikhael tetapi bukan malah dari satu nombor yang tidak dikenali.

'Hello, ni Adrianna ke?' Nombor tidak dikenali

'ye saya, siapa ni?' Adrianna

'maaf Adrianna ganggu, ni saya Amalina. Saya nak mintak tolong sikit boleh tak?' pemilik nombor itu mengatakan dia ialah Amalina

Disebalik itu, Farhan hanya tersengih. Dia yang menghantar pesanan itu.

'oh, Amalina. Tolong? Tolong apa?' Adrianna

'sekarang ni saya dekat rumah, saya tak tahu nak minta tolong siapa ni?' Amalina yang sebenarnya Farhan

'kenapa? Cuba cakap dengan saya, insya Allah saya boleh tolong.' Adrianna

'perut saya ni sakit sangat, kepala pun pening. Saya tak boleh jalan ni, apatah lagi nak drive. Boleh tak awak datang rumah saya. Dekat rumah saya pun tak ada orang, saya nak minta awak tolong hantar saya ke klinik.' Taip nombor itu

'rumah awak? Saya tak tahu dekat mana.' Adrianna

'nanti saya hantar location. Boleh tak?'

'ok, boleh. Nanti saya datang.' Adrianna membalas. Tetapi dia masih pelik, dimanakah Amalina ini mendapat nombor telefonnya. Sedangkan dia pun tiada nombor Amalina

Khatika yang di dalam bilik air pun keluar. Dia melihat Adrianna termenung melihat telefon bimbitnya.

"Kenapa Rina?" Khatika

"Haa?" Adrianna tersedar dari lamunannya

"Kenapa termenung tu?" Khatika

"Oh, ni kawan Rina ada mesej Rina. Dia cakap dia nak minta tolong Rina bawa dia ke Klinik dia sakit." Adrianna

"Habis tu kenapa tak pergi lagi, kesian dia dahlah tengah sakit." Khatika

"Yelah, tapi yang Adrianna peliknya, dia kata dia tak boleh nak fikir apa apa, cuma Adrianna je yang dia fikir." Adrianna

"Baguslah tu, dia ingat kamu. Maknanya kamu tu penting bagi dia." Khatika

"Ye, tapi Rina dengan dia mana rapat sangat, dan lagi satu Rina tak pernah bagi nombor Rina dekat dia. Nombor dia pon Rina tak ada." Adrianna

"Pergi je, tapi sebelum tu bagi tahu Mikhael dulu." Khatika juga pelik

"Dan lagi satu, Rina mana pandai drive, macam mana nak bawak dia pergi klinik." Adrianna.

"Akak pun risau ni, cuba je kamu tu pergi dulu. Kalau betul macam mana? Tapi ingat jangan lupa bagi tahu Mikhael dulu." Khatika

"Buat apa nak bagi tahu dia?" Adrianna mengerutkan keningnya.

"Yelah, nanti kalau apa apa kan senang, lagi pun Mikhaelkan boleh juga tolong hantar kawan kamu tu pergi klinik." Khatika

Adrianna mengangguk tanda faham. Dia terus mencari nama Mikhael di telefonnya

"Hello, Mikhael. Kau sibuk lagi ke?" Adrianna

"Aku baru je sampai ni. Kenapa?" Mikhael

"Ingatkan nak mintak tolong kau hantar rumah Amalina, dia sakit." Adrianna.

"Amalina?" Mikhael

"Haah, tadi dia mesej aku suruh tolong hantar dia pergi klinik." Adrianna

"Aku mana tahu rumah dia." Mikhael.

"Aku pun tak tahu, nanti dia bagitahu location. Boleh tak?" Adrianna

"Aku sibuk lagi ni. Kalau nak hantar kau rasanya tak boleh, polis pon belum sampai lagi ni." Mikhael

"Oh yeke, tak apalah. Aku naik grab je." Adrianna sepertinya merajuk

"Aduh kau ni, nanti masa nak hantar dia pergi klinik call aku, aku datang. Hantar sekali location tu." Mikhael

"Ok, nanti aku hantar." Adrianna. Serono betul dia dapat menyusahkan lelaki itu.

"Macam mana?" Khatika terus bertanya sebaik sahaja Adrianna mematika panggilan

"Nak pergi ni nampaknya kenalah call grab, tapi nanti masa nak hantar kawan Rina tu gi klinik, Mikhael yang hantar." Adrianna

"Ok, hati hati." Khatika

Adrianna terus melangkah meninggalkan kakaknya itu. Selama 10 minit dia menunggu grab. Akhirnya, sebuat kereta berjenama Alza berhenti di hadapan perkarangan hospital.

"Grab." Kata pemandu grab itu.

Adrianna terus memasuki perut kerata.

" Nak pergi mana?" Kata pemandu itu, Adrianna tidaklah takut kerana pemandu itu ialah perempuan mungkin berbangsa india

"Boleh hantar saya ke location ni?" Kata Adrianna sambil menunjukkan telefon bimbitnya.

'location' itu sudah pun di hantar ke Mikhael.

"Oh, boleh." Kata Pemandu itu.

Perjalanan itu mengambil masa setengah jam, Sehingga tertidur Adrianna.

"Cik, cik, dah sampai." Kata pemandu itu.

"Ha? Dah sampai?" Adrianna mengosokkan matanya.

"Berapa ye?" Adrianna menyeluk beg tangan.

Farhan sedang mengintai dari dalam.

"Bagus, nasib datang sorang." Farhan terus berlari masuk ke biliknya

Adrianna diri tercegat dihadapan pintu 'gate'.

"Ni ke rumahnya? Kenapa pelik? Amalina ni tak de kenderaan ke? Bukan dia ada kereta?" Adrianna pelik.

Awal awal lagi Farhan sudah meletakkan keretanya jauh dari rumah dia.

Adrianna mula merasakan sesuatu yang aneh. Hatinya dapat merasakan sesuatu yang bahaya.

Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya, dia mencari nombor Mikhael agar senang nanti jika berlaku apa apa dia menghubungi lelaki itu.

Tiba tiba satu pesanan mesej masuk.

'Adrianna, awak dah sampai ke?' Amalina

'haah.' Adrianna

'awak masuk jelah, gate tak kunci.' Amalina

'awak tak kunci bahayalah.' Adrianna

'yelah, saya tak larat nak kunci.' Amalina

'ok saya masuk.' Adrianna

'pintu pon tak kunci.' Amalina

Hati Adrianna semakin berdegup kencang.

Apabila masuk sahaja di hadapan pintu rumah itu, satu bau wangian menusuk ke hidungnya. Wangian lavenda.

"Amalina?!" Adrianna mencari Amalina

Adrianna menerima pesanan mesej dari Amalina lagi.

'saya dekat atas, awak naik lepas tu first sekali tu bilik saya.' Amalina

'ok.' Adrianna

Hatinya seperti dapat merasakan sesuatu. Pelik. Nombor Mikhael sudah tertera di hadapan skrin telefon bimbitnya.

"Amalina?" Adrianna menolak perlahan pintu bilik yang diberitahu tadi. Menusuk ke hidung bau wangian lavenda.

Tiba tiba satu tangan memeluk pinggangnya yang kecil

"Eh!" Terkejut Adrianna dibuatnya. Terus dia menjauhi badannya

"Far.. Farhan?!!" Terketar ketar Adrianna

"Awak buat apa dekat sini?" Adrianna

"Shh, relax."perlahan lahan Farhan mendekati Adrianna

Segera Adrianna mendail nombor Mikhael. Fikiranannya buntu. Dia hanya mampu melarikan dirinya daripada Farhan boleh yang mungkin

"Jangan dekat!!!" Adrianna

"Hahaha, relax. Malam ni kita enjoy." Farhan

Mikhael akhirnya mengangkat telefon.

"Hello, Adrianna. Kenapa? Macam mana Amalina?" Kata Mikhael yang sedang memerhatikan sekumpulan anggota polis melakukan tugas mereka

Tiada jawapan, tiba tiba dia terdengar satu jeritan. Jeritan Adrianna

"Adrianna!!!" Mikhael. Hatinya merasakan sesuatu menimpa tunangnya itu.

"Adrianna tenang, malam ni, malam kita berdua." Kedengaran satu suara. Suara lelaki.

"Jangan dekat! Tolong!!!" Adrianna

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience