#25

Romance Series 16322

"Mama." Mikhael. Dia menegur ibunya itu yang sedang duduk diruang tamu sambil melihat ke arah telefon bimbitnya.

" Ye Mikhael, kenapa?" Makcik Hwa.

"Esok Mikhael nak pergi jumpa Rina boleh?" Mikhael

"Eh, kenapa? Mikhael dah fikir masak masak?" Makcik Hwa risau, luka dihati Adrianna belum kurang. Tambahan pula, Mikhael ini sudah bertunang.

"Dah mama." Mikhael

"Mama, rasa tak payahlah. Mesti hati dia masih lagi sakit tu, tambahan pula kamu tu baru je bertunang dengan Bella." Makcik Hwa.

"Ma, please. Mikhael nak minta maaf dekat dia." Mikhael

"No comment. Papa dah tahu belum?" Makcik Hwa.

"Itu yang masalahnya." Mikhael mendengus.

"Cuba slow talk dengan papa elok elok. Mana tahu papa faham." Makcik Hwa cuba menyakinkan anaknya.

" Tengoklah." Mikhael

"Papa tu, kalau tak kasi bukan sebab dia tak sayang Mikhael tau. Sebab dia kena juga fikir hati Adrianna." Makcik Hwa.

Mikhael terdiam. Fikirannya bercelaru.

***

"Mama, macam mana ni? Keputusan tu nak tak nak 2 minggu lagi keluar." Bella.

Tidak tenang nampaknya dua beranak itu.

Bella yang lagi tadi kehulu kehilir mencari jawapan akan masalahnya itu.

Manakala Aunty Zila hanya memerhatikan anaknya itu. Hatinya juga bertambah risau.

"Kita lari nak ma?" Bella

"Ish kamu ni. Kalau kita lari, nampak sangat yang kita salah." Aunty Zila

"Tapi memang kita salahkan. Anak ni bukannya anak Mikhael." Bella

"Bella, hati hati sikit cakap tu. Karang ada yang dengar." Auntu Zila memperlahankan suaranya.

Bella menutup mulutnya.

"Mati kita ma kalau papa tahu." Bella

"Mama pun tengah fikir ni." Aunty Zila

"Ma!" Tiba tiba Bella menjerit

"Kenapa?!" Aunty Zila

"Kita sabotaj keputusan tu!" Bella

Aunty Zila melihat anaknya kecik besar kecik besar sahaja. Luris bendul juga anaknya ini.

"Kamu ingat apa, cerita sinetron?" Aunty Zila

"Tak boleh ke ma?" Bella

"Memang taklah, kamu ingat senang ke nak buat kerja tu?" Auntu Zila

"Ala ma, habis tu macam mana?" Bella

"Macam mana apa? Mama pon tengah berfikir ni. Cuba Bella bawa bertenang dulu." Aunty Zila.

Bella terus melabuhkan punggungnya disebelah aunty Zila.

***

"Nissa." Adrianna

Nissa yang sedang makan di kafe menoleh ke arah suara itu.

"Eh, Adrianna. Kau tak ada kelas ke?" Nissa

"Dah habis, baru je habis ni. Kau?" Adrianna terus meletakkan barangnya di atas meja.

"Sama juga, aku baru nak makan ni. Kau tak makan?" Nissa menyuapkan nasi kemulutnya.

"Aku sebelum class tadi dah makan. Ni kenyang lagilah." Adrianna

"Patutlah keding." Nissa

"Amboi, kau." Adrianna ketawa.

"Ha, Adrianna. Malam ni, keluarga aku ada buat kenduri. Kau nak join tak?" Nissa

"Kenduri?" Adrianna

"Haah, doa selamat." Nissa

"Tak apalah, malulah." Adrianna

"Buat apa nak malunya, jom jelah. Aku ambik kau." Nissa

"Tak apalah. Susahkan kau je." Adrianna

"Tak apa, malam ni aku ambik kau, tak susah pun lah." Nissa

"Oklah, pukul berapa?" Adrianna

"Dalam pukul 8 aku ambik kaulah. Majlis mula pukul 9." Nissa

"Ok, set." Adrianna

Nissa hanya tersenyum. Makanan dipinggan pun sudah mahu habis. Laju perempuan ni makan.

***

"Mikhael." Mikhael yang sedang termenung di halaman rumahnya tersentak apabila ditegur ayahnya.

"Eh, papa." Mikhael membetulkan kedudukannya.

"Mikhael buat apa dekat sini malam malam?" Pakcik Ridhuan

"Tak ada apa, pa. Sahaja ambik angin malam." Mikhael.

"Mikhael rindu Rina ke?" Pakcik Ridhuan

"Haa?!" Mikhael

"Jangan terkejut sangat. Papa tanya ni, Mikhael rindu Rina ke?" Pakcik Ridhuan

"Kenapa papa tanya?" Mikhael membalasnya dengan soalan.

"Kalau Mikhael rindu dekat Rina, pergilah jumpa Rina. Tapi dengan satu syarat." Pakcik Ridhuan.

Mikhael mengerutkan keningnya.

"Mama dah ceritakan semuanya." Pakcik Ridhuan

"Oh." Mikhael

"Apa syaratnya, pa?" Mikhael

"Kalau keputusan tu berpihak pada Mikhael. Papa izinkan dan Mikhael pergilah pujuk balik si Rina tu." Pakcik Ridhuan

"Tapi bila sebaliknya, papa harap Mikhael tak pergilah. Bukan apa, kesian dekat Adrianna." Sambungnya lagi

"Insya Allah, pa. Mikhael cuba." Mikhael

Perbualan mereka hanya diperhatikan oleh Makcik Hwa di pintu. Dia juga berharap agar Mikhael dengar akan nasihat ayahnya itu.

bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience