#41

Romance Series 16322

Arsad mendegus. Dia mengambil telefonnya dan mendail nombor Adrianna.

"Hello, assalamualaikum." Adrianna

"Walaikumsalam, Adrianna." Arsad

"Ye saya. Kenapa Abang Arsad call Rina malam malam ni?" Adrianna.

"Abang nak tanya sikit ni, hujung minggu ni Adrianna free tak?" Arsad.

"Hujung minggu ni? Tak tahu lagilah abang Arsad. Kenapa?" Adrianna.

"Tak adalah, ingatkan nak ajak Adrianna keluar. Ada benda yang abang nak bagitahu Adrianna ni." Arsad.

"Tengoklah dulu, kalau Rina free, nanti Rina bagitahu." Adrianna

"Ok, dah nak tidur ke?" Arsad merebahkan badannya ke tilamnya yang empuk.

"Eh, belum lagi tapi tengah siapkan assigment ni." Kata Adrianna sambil memusing musingkan pen yang berasa di tangan kanannya.

"Ye ke? Sorry kacau. Pergilah sambung buat kerja. Nanti jangan lupa bagitahu free ke tak?" Arsad.

"Tak kacau pun. Oklah, nanti Rina bagitahu. Ok bye." Adrianna terus mematikan telefonnya. Sepertinya dia tahu apa yang hendak dikatakan Arsad.

Fikirannya membayangkan wajah Mikhael. Kalau boleh dia mahu menjalinkan hubungan dengan Mikhael tetapi hanya sekadar sepupu tidak lebih dari itu. Dia takut jika ada perkara yang boleh menjejaskan hubungan persaudaraan mereka. Sudahlah dia hanya mempunyai mereka sebagai keluarganya.

"Patut ke aku terima abang Arsad?" Adrianna.

***

Iqmal memandang ke arah Arsad. Pandangan yang sungguh tidak puasa hati. Mereka bertemu di sebuah kafe kegemaran mereka.

"Syad, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan kau ni." Iqmal memeluk tubuhnya sendiri. Arsad hanya diam mematungkan diri.

"Kau ingat aku tak tahu? Weh, Teha dah cerita dekat aku." Iqmal. Matanya tertumpu pada Arsad yang melihatnya seperti tiada apa apa. Arsad masih mendiamkan diri.

"Aku tak sangka kau ...." Kata kata Iqmal terhenti apabila Arsad mendapat satu panggilan. Tanpa banyak cakap, Arsad terus menjawab panggilan itu. Kelihatan bibirnya sedang mengukir senyuman, hanya beberapa patah sahaja perkataan yang dikeluarkan sebelum dia meletakkan panggilan.

"Dahlah Iqmal, aku tak nak dengar kau membebel. Aku nak balik, itu semua biar aku yang uruskan. Itu masalah aku." Arsad terus meninggalkan Iqmal seorang diri. Kawan baiknya itu hilang akal dengan tindakkan Arsad.

"Syad! Tunggu aku." Segera Iqmal mengambil telefon yang berada di atas meja dan terus mengejar Arsad.

"Aku tak habis lagi ni." Iqmal. Tetapi masih tidak diendahkan oleh Arsad. Sesampai di tempat letak motor, Iqmal segera menahan 'handle' Arsad.

"Aku harap kau tak kacau Teha lagi. Bagilah dia ruang, dia baru kehilangan suami tu." Kata Iqmal termegah megah selepas mengejar Arsad yang sengaja berjalan laju.

"Apa kau cakap ni?" Arsad.

"Jangan berpura puralah. Kau pergi jumpa Tehakan, masa malam selepas pengembumian suami dia?" Iqmal.

"Salah ke aku melawat dia?!" Arsad mulai berang.

"Tak salah, yang salah bila kau ajak dia khawin. Weh, kau ada otak tak ni? Tak sangka betul aku. Dia baru lepas hilanh suami dia, lepas tu kau boleh pula lamar dia. Kau kenapa Syad?" Iqmal juga naik berang. Dia tidak menyangka yang Arsad sanggup berbuat demikian.

"Kau fikir tak hati dan perasaan dia? Kau fikir tak apa yang dia rasa masa tu? Kau ingat dengan kau melamar dia, dia akan terima kau? Sedarlah Syad, orang dah tak suka kita." Iqmal. Bahu Arsad dipegang.

"Iqmal, kau dengar sini. Itu urusan aku, kau jangan masuk campur!" Arsad terus meninggalkan Iqmal. Iqmal berasa kesal dengan perbuatan Arsad yang baginya sudah melampai batas.

Iqmal terus mengeluarkan telefonnya. Nama Nissa ditekan.

"Hello Nissa." Iqmal.

***

Hujung minggu telah pun tiba, Adrianna yang sudah bersetuju untuk menemui Arsad awal awal lagi sudah siap. Hanya menunggu ketibaan Arsad sahaja.

"Eh, Adrianna kau nak pergi mana?" Maya yang sedang bersila di atas sofa ralik melihat Adrianna yang sudah berdandan bersedia untuk keluar.

"Aku nak keluar. Date." Adrianna ketawa.

"Adrianna dah nak pergi ke?" Tanya Nissa yang baru keluar dari biliknya. Adrianna hanya senyum.

"Haih Nissa, kita je lah yang single sekarang ni. Risya keluar date, Adrianna pun sama. Kita bila lagi?" Kata Maya bergurau.

Pin pin.

"Tu dah sampai dah tu." Nissa. Maya yang berada di sebelah tingkap menyelak langsir untuk melihat siapa jejaka yang mengambil kawannya itu. Seperti tidak asing lagi kereta yang dilihatnya itu. Tanpa berkata apa-apa, Adrianna hanya tersenyum sebelum dia melangkah keluar.

"Nissa. Tu bukan kereta abang kau?" Tanya Maya sebaik sahaja Adrianna keluar dari rumah.

Tanpa bicara Nissa hanya mengangguk. Tiada senyum, tiada gembira hanya riak muka seperti bersalah. Dia bingung.

"Aik, kenapa kau macam tak happy je? Kau tak suka ke Adrianna keluar dengan abang kau?" Maya.

"Eh, tak adalah. Kepala aku pening je, assigment banyak sangat." Nissa berdalih. Maya hanya mengangguk matanya beralih kembali ke kaca televisyen.

Betul ke apa yang dia buat ini, atau salah. Benda itu sentiasa bermain di kepala otaknya. Dia berharap keputusan yang dia buat adalah betul. Dia tidak mahu dikemudian hari dia dan Adrianna bermasam muka.

Di dalam kereta, keadaan Arsad dan Adrianna sangat janggal. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut mereka. Hanya malu dan segan yang menyelubungi diri mereka.

"Adrianna." Arsad. Dengan serta merta wajah Arsad dipandang Adrianna.

"Jangan tengok saya macam tu." Arsad terkejut apabila Adrianna melihat dirinya sedemikian rupa.

"Hehe, sorry. Ye kenapa?" Adrianna juga malu.

"Saya nak tanya sikit ni, awak jangan marah ye." Arsad.

"Tanyalah." Adrianna

"Awak dengan Mikhael tu ada apa apa ke?" Arsad. Sesekali matanya memandang Adrianna dan kembali melihat ke arah jalan.

"Kenapa abang tanya?" Adrianna.

" Tak adalah, sebab awak dengan Mikhael nampak macam dekat sangat." Arsad.

"Yelah, saya dengan dia kan sepupu. Lagi pun, sekarang ni keluarga dia lah satu satunya keluarga yang saya ada." Adrianna.

"Itu lain, maksud saya lebih dari seorang cousin?" Arsad. Arsad memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran yang kelihatan agak mahal.

"Abang, kenapa kita dekat sini?" Adrianna melihat lihat restoran itu dari dalam kereta. Pertanyaan Arsad tadi dibiarkan tanpa jawapan.

"Makan." Selamba Arsad menjawab.

"Serius? Mahal ni, kita pergi tempat lain lah." Adrianna serba salah.

"Tak apalah, lagi pun saya belanja. Dah jom keluar, tapi sekejap jangan keluar lagi." Arsad terus turun dari kereta dan terus menuju ke arah pintu Adrianna. Dibuka pintu Adrianna. Sungguh romantis sekali. Adrianna hanya tersenyum. Rambut Adrianna yang sedikit berserabut di betulkan oleh Arsad. Terkejut Adrianna apabila dada Arsad sedikit lagi mahu mengenai mukanya. Harum semerbak bau Arsad. Jantung Adrianna berdegup kencang. Adrianna hilang kata kata.

"Jom kita masuk." Arsad. Adrianna hanya mengangguk, dia masih terkejut dengan tingkah laku Arsad.

Adrianna mengikuti Arsad dari belakang. Seorang pelayan datang menghampiri mereka dan membawa mereka ke suatu meja yang kosong. Sebelum Adrianna duduk, Arsad telah menarik kerusi Adrianna untuk memudahkan gadis itu duduk. Setelah semua makanan dipesan, Arsad memandang tepat dimata Adrianna.
Tangan Adrianna dipegang. Ini membuatkan Adrianna makin terkejut. Adrianna segera menarik tangannya.

"Abang Arsad, Rina nak ke tandas sekejap ye." Adrianna terus meninggalkan Arsad.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience