#39

Romance Series 16322

Suasana di universiti hari ini seperti hari hari biasa, sibuk dan bising. Adrianna melihat sekeliling, dia mencari kelibat Nissa tetapi tiada. Mungkin gadis itu masih dibilik kuliah. Tiba tiba fikirannya terkenang akan Mikhael. Dia melihat ke arah telefom bimbitnya, dia amat berharap yang Mikhael akan segera menghubunginya. Tetapi malangnya tidak.

Merajuk sungguh si Mikhael ini.

"Hai, Adrianna. Sorang je ke?" Arsad yang dari jauh melihat Adrianna berseorangan segera menghampiri gadis kecil molek ini.

"Eh, abang Arsad. Haah, tengah tunggu Nissa sebenarnya, tapi dia tak muncul muncul." Adrianna

Iqmal yang berada di sebelah Arsad menyiku nyiku lengan Arsad. Dia berharap agar rakannya itu memperkenalkan diri dia kepada Adrianna.

"Adrianna, perkenalkan ni Iqmal, kawan abang." Arsad. Dia sebenarnya ragu ragu mahu membahasakan dirinya abang atau pun tidak.

"Adrianna." Adrianna.

"Abang pergi dulu ye, nanti kita jumpa lagi." Arsad. Adrianna hanya mengangguk tanda faham.

Setelah Arsad dan Iqmal jauh daripada Adrianna, tiba tiba sahaja Iqmal meloncat berhenti dihadapan Arsad.

"Amboi, abang. Kau dengan adik kau pun berkau aku. Ceh, ke ada apa apa ni? Tapi perempuan tadi cun juga ek?" Kata Iqmal.

"Eh kau ni, mana ada." Muka Arsad sudah mulai merah. Mungkin malu dengan soalan yang diajukan Iqmal. Arsad yang sedang menggelak dari menjawab persoalan Iqmal terserempak dengan adiknya yang kelihatan terburu buru.

"Nissa!" Arsad memberhentikan langkah Nissa.

"Hari ni kau balik rumah boleh? Ada hal aku nak bincang dengan kau." Arsad. Nissa mengerutkan keningnya.

"Tunggu hari cutilah." Nissa

"Sekejap je, ada benda yang aku nak bincang dengan kau." Arsad memaksa.

"Yelah yelah, nanti aku balik. Aku nak cepat ni. Dah lah bye." Nissa terus meninggalkan Arsad dan Iqmal.

"Hal apa Syad?" Iqmal

"Adalah. Dahlah jom, nanti lambat pulak masuk class." Arsad terus meninggalkan Iqmal.

***

Bella yang sudah membersihkan diri, duduk disebelah ibunya.

"Ma, mintak duit sikit. Lagi satu Bella nak guna keretalah." Tanpa segan silu Bella meminta macam macam dengan ibunya.

"Amboi, kamu ni. Macam tak ada apa apa berlaku pon ye. Kenapa nak guna kereta?" Walaupun begitu, Aunty Zilla tetap mengeluarkan wang yang cukup banyak dan memberikannya kepada Bella.

"Bahayalah sekarang ni ma, mesti Dato Sham tu tengah cari Bella." Bella.

"Dah tau pun, suruh buat report tak nak." Kata Aunty Zilla.

"Ma taukan keadaan Bella macam mana sekarang." Bella membentak.

"Kamu tu cuma kantoi tak mengandungkan anak Mikhael je. Apa yang nak dirisaukan?" Aunty Zilla mula mencurigai anak gadisnya itu.

"Ke kamu ade kena mengena dengan kes kemalangan Mikharl tempoh hari?" Aunty Zilla menundingkan jarinya kepada Bella. Bella mendiamkan diri, kepalanya ditundukkan.

"Bella! what's wrong with you. Satu masalah tak selesai, masalah lain yang kamu timbulkan." Auntu Zilla sudah tidak senang duduk.

"Please ma, jangan bagitahu sesiapa. Ma sanggup ke tengok Bella meringkuk dalam penjara tu?" Bella merayu.

"Apa plans kamu sekarang ni?" Aunty Zilla.

"Bella akan dapatkan semula Mikhael." Bella

"Kamu gila? Lepas apa yang terjadi ingat Mikhael nak dekat kamu lagi ke?" Aunty Zilla hilang akal dengan Bella.

"Bella akan buat apa sahaja untuk dapatkan Mikhael. Ma jangan risau, biar Bella yang fikir semua tu." Bella. Aunty Zilla sebenarnya serba salah dengan apa yang dibuat anaknya itu. Tetapi makin dilarang, makin dilakukan.

***

Nissa yang baru sampai di perkarangan rumahnya, segera disambut oleh Arsad. Sepertinya ada sesuatu yang amat penting yang ingin dibincangkan. Nissa yang tidak sempat mencari ibunya terus ditarik oleh Arsad masuk ke biliknya.

"Kenapa ni bang?" Nissa hairan.

"Nissa, kau kena tolong abang." Arsad melutut.

"Tolong apa?" Nissa bertambah hairan dengan tingkah laku Arsad.

"Abang rasa, Adrianna berjaya bukakan hati abang untuk terima wanita selain Kak teha." Kata Arsad tanpa berdalih. Nissa terkejut. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Arsad.

"Abang nak suruh Nissa buat apa?" Nissa.

"Apa yang patut aku buat dulu ek?" Arsad pun tiada idea untuk memulakan misinya itu. Nissa menggelengkan kepala. Abangnya itu memang lembap bab bercinta ini.

" Tak apa, itu semua biar Nissa je yang uruskan. Tapi, tapi ada syaratnya." Nissa ketawa jahat. Arsad bersedia mendengar syarat dari Nissa.

"Syaratnya, bila Nissa ada dekat rumah. Semua kerja rumah macam cuci pingan, sapu lantai, semualah. Abang kena buat. Kalau ibu marah Nissa, abang kena back up Nissa." Nissa. Nak tak nak terpaksa Arsad mengekori permintaan Nissa.

"Ok, deal. Dah tu je kan, Nissa nak cari ibu jap." Kata Nissa dan terus meninggalkan abangnya itu. Arsad tersenyum seorang diri, senyumannya mulai pudar apabila dia melihatvke arah Novel yang berada dilonggokan buku.

"Abang!" Nissa dari luar menjerit. Arsad yang sedang termenung melihat ke arah novel itu terus berlari mendapatkan Nissa.

"Siapa buat main bear Nissa ni?" Nissa memegang patung beruang kesayangannya dan ditunjukkan kepada Arsad.

"Oh, haritu aku tengah cari benda dekat bilik kau. Lepas tu aku belek beleklah bear kau tu. Coklat yang aku makan terjatuh." Selamba Arsad berkata. Seperti sedang mengejek adiknya itu. Nissa yang tidak berpuas hati mengejar Arsad sambil menggapai sebatang penyapu ditepi dinding.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience