#3

Romance Series 16322

"astaghfirullah al azim!!" Adrianna menekup mukanya lalu cepat cepat dia mengambil beg tangan yang berada di meja dia.

"Adrianna!! tunggu!!" Mikhael menolak badan Bella ketepi dan mengikut jejak Adrianna

"Mikhael!! Mikhael!!" jerit Bella apabila Mikhael meninggalkan dirinya berseorangan

Mikhael mengejar Adrianna yang semakin laju berjalan

"Rina!! Adrianna!!." setelah 2 kali namanya dipanggil, barulah Adrianna menghentikan langkahnya.

"ok, aku takkan bagi tahu pakcik pasal hal tadi." Adriana tersenyum.

"otak kau!" Mikhael

"eh, kau. main otak aku pula!" Adrianna.

"bukanlah, boleh tak kalau perempuan tu datang lagi, kau jangan tinggal aku sorang sorang dengan dia." Mikhael memasamkan mukanya.

"pasal pula! kau tak bayar gaji aku untuk buat kerja tu, ok!" Adrianna menjeling.

"alah, kau tolong aku je. eh, aku rimaslah dengan perempuan macam tu." Mikhael.

"amboi, tadi bukan main sweet lagi. berpeluk pelukan. rimas konon." Adrianna menjebikkan mulutnya.

"weh, kau.. itu.. ish.." Mikhael mengaru kepalanya yang tak gatal.

"apa? apa? kenapa gagap?" Adrianna terus meninggalkan Mikhael.

"Adrianna!!" panggilan Mikhael tidak dilayan Adrianna.

"eh, Farhan." malah Adrianna menegur Farhan yang sedang duduk bermain telefon bimbitnya.

"Adrianna, duduklah." Pelawa Farhan.

"ish, Adrianna ni nak kena!" Celoreh Mikhael dari jauh.

Adrianna pandang ke arah Mikhael lalu tersenyum sinis. senyumannya itu lagi membuatkan Mikhael sakit hati.

"Farhan, lamanya tak jumpa kau." Adrianna

"tulah, aku pun. lepas je aku pindah, tak jumpa jumpa kau dah." Farhan

"Han, kau tak makan ke?"

"dah, kau?"

"belum, sebenarnya aku tak tahu kantin dekat mana."

"oh yeke. eh, jap kau baru masuk kerja hari nikan. kau position apa?"

"haah, Setiausaha Pengurus."

"oh. kau kata belum makankan, tak apa hari ni aku belanja kau."

"betul?"

" betul."

"beres!" Adrianna menunjukkan ibu jarinya.

***

"Adrianna macam mana kerja hari ni, ok?" tanya Pakcik Ridhuan sebaik sahaja selesai makan malam.

"ok je. tapi..." belum sempat Adrianna menghabiskan ayat

"ok apanya, hari ni kerja dia tidur je." kata Mikhael.

"eh mana ada, Rina hanya melelapkan mata sahaja. lagi pun Rina tak tahu nak buat apa."

"hahaha, biasalah Rina, first day. nanti bila dah ada kerja, jangan sampai tak cukup tangan. hahaha." pakcik Ridhuan bercanda.

Adrianna hanya melayan jenaka Pakcik Ridhuan.

"pakcik, esok Ika balik tau. sebab, boss Ika suruh Ika datang esok. lagi satu, ayah tu, risau pula Ika."

"yelah, nak suruh Pakcik hantar tak?"

"eh, tak payah. esok, Ika naik teksi je." Khatika menolak pelawaan Pakcik Ridhuan.

"kalau macam tu, nanti pakcik bagi duit tambang ye."

"eh, tak apa. Ika ada duit."

" tak apa."

Khatika akur.

***

"haa, kau kata semalam tak ada kerjakan. nah." Mikhael

"apa ni?" Adrianna

"beban kau."

"kau nak suruh aku buat apa ni?"

"yang ni, kau cop dengan cop ni." Mikhael meletakkan copnya di meja Adrianna.

"cop? dekat mana?"

"dekat ruang bawah ni." Mikhael menunjukkan tempat untuk dicop.

"dan, lepas tu nanti kau ambik fail yang kat rak tu" Arah Mikhael lagi.

"lak, tolonglah ambikkan."

"usaha tangga kejayaan."

"otak kau tangga kejayaan, kau sengajakan nak buli aku."

"eh, aku bukan buli kau. nak kerja sangatkan. ambik lah." Mikhael terus duduk ditempatnya.

"kau nak suruh buat apa dengan fail tu?" akhirnya Adrianna akur.

"tolong check ejaan. Fail yang atas sekali." kata Mikhael tanpa memandang wajah Adrianna.

"ejaan?"

"ye. Kenapa, tak reti nak check ke? kau tak payah risau semua dalam bahasa melayu." Mikhael masih tidak memandang muka Adrianna malah melihat sahaja kertas yang ada dimejanya.

Fail yang diberi Mikhael tidaklah banyak tetapi tebal. Adrianna hanya memuncungkan mulutnya.

Mikhael akhirnya memandang ke arah Adrianna, tetapu tidak diperasani oleh Adrianna. Mikhael tersenyum. senyumannya cukup manis.

"Siap!" Adrianna mengeliatkan badanya. Selama sejam dia mengambil masa untuk mengecop kertas kerja yang diberi oleh Mikhael.

"jangan lupa, fail dekat sini." Mikhael bangun dari tempatnya.

"kau nak pergi mana?" Adrianna pelik, sekarang ini bukan masa rehat lagi.

"tandas, kenapa nak ikut?" Langkah Mikhael terhenti.

"kalau aku ikut kau pergi tanda mahu mati aku dekat situ." Adrianna terus bangun dari tempatnya dan menuju je arah rak fail.

Mikhael akhirnya hilang dari pandangan.

"memang sengajalah lelaki ni, dia tahu aku pendek. tapi suruh aku ambik fail yang tinggi tinggi." kata Adrianna

"Ni kalau aku jatuh, datanglah putera selamatkan adinda mu ini." Seloroh Adrianna.

Masin mulut Adrianna kerusi yang menjadi bantuannya mencapai fail akhirnya hilang kestabilan.

"Argh!!" Adrianna memengang pinggannya yang sakit.

tok tok

"boss...." kata kata Farhan terhenti apabila melihat Adrianna yang sudah terjatuh.

"ya Allah, Adrianna!" dia terus menuju je arah Adrianna..

"Macam mana boleh jatuh, sini saya tolong." Farhan cuba membantu Adrianna untuk bangun.

"auch." Pinggangnya terasa amat sakit.

sedang Farhan memapah Adrianna tiba tiba Mikhael masuk ke biliknya.

"Farhan, awak buat apa ni?!" terkejut Mikhael dibuatnya.

"Adrianna tadi jatuh, ni pinggang dia sakit." kata Farhan.

"sana." Mikhael mengambil alih tempat Farhan.

Tapi dia tidak memapah malah mendukung Adrianna.

"weh, lepaskan akulah." Adrianna menepuk bahu Mikhael.

"kau diam." Mikhael terus membawa Adrianna keluar dari biliknya.

perbuatan Mikhael itu telah menarik staff staffnya.

"Farhan, awat tu?" kata seorang staff perempuan yang bernama Amalina.

"Cik Adrianna tu jatuh." terang Farhan

Amalina hanya menganggukkan kepala.

Muka Farhan kelihat seperti cemburu. ye lah, dari tingkatan 3 dia sudah menaruh harapan kepada Adrianna. walaupun Adrianna muda setahun darinya. hampir 5 tahun dia memendam rasanya. walaupun semasa ditingkat 5 dia pindah.

"kau nak bawak aku kemana ni." Kata Adrianna yang masih memegang pinggangnya.

"lombok." Mikhael.

"ha?!" terkejut beruk Adrianna dibuatnya.

"kliniklah." Mikhael yang sedang memandu kenderaan memberhentikan keretanya dihadapan sebuah Klinik swasta yang tidak jauh dari kilang mereka.

"ni kau boleh keluar sendiri tak, ke nak aku dukungkan juga." Kata Mikhael.

"aku boleh jalan sendiri." Adrianna menjeling dan terus membuka pintu.

"aku tunggu dalam kereta je, nah ni. kalau tak cukup tambahlah sikit." kata Mikhael sambil menghulurkan wang tunai sebanyak RM100.

Adrianna mengambilnya.

setelah setengah jam berlalu, akhirnya Adrianna keluar membawa seplastik ubat.

"lamanya. kau buat ubat ke?!" Mikhael.

"kalau aku buat ubat, aku rasa esok baru kita balik." balas Adrianna.

"nanti cakap dengan papa." Mikhael menghidupkan keretanya.

Adrianna hanya mendiamkan diri.

***

setibanya di pejabat, Bella sudah menunggu Mikhael dipejabat Mikhael.

"Ya Allah, Bella. bila you sampai?" Mikhael mengosok dadanya.

"dah lama, you pergi mana lama I tunggu." Bella yang tadinya duduk dimeja Mikhael bangun dan terus menuju ke jejaka itu.

"Tu tak pentinglah, Yang you datang sini, apa urusan you?" Mikhael merentap tangannya yang dipegang Bella.

Adrianna masuk ke pejabat Mikhael sambil ditemani Farhan. Farhan membawa plastik berisi ubat Adrianna dan meletaknya di meja Adrianna.

"awak, nanti lunch sama sama tau. terima kasih." kata Adrianna sebelum Farhan keluar dari biliknya.

"amboi, tak boleh jalan sendiri nak juga ke suruh orang hantarkan?" Mikhael membuat muka sinis

"eh, PA! you boleh tak keluar?! jangan sibuk, kacau je. kan sayang?" Bella memegang tangan Mikhael.

Adrianna memekakkan telinga malah terus duduk dimejanya.

"hei, perempuan. kau dengar tak?!" Bella menghentakkan tangannya di meja Adrianna.

"hoi, kau memang tak ada kerja ek?! datang office orang, lepas tu kacau orang. ke kau ni memang tak ada life?" Adrianna yang tadinya sakit pinggang berdiri tegak akibat terlalu marah akan Bella yang sudah melebih

"you!" Bella terus memandang Mikhael yang masih berdiri disitu.

"Bella!! you kalau tak ada apa apa urusan you boleh pergi. I sibuk tahu tak, please!" tengking Mikhael membuatkan bahu Bella terangkat sedikit.

Bella terasa amat marah, dia terus mengambil beg tangannya yang terletak dimeja Mikhael dan terus keluar.

sebelum keluar dia memandang Adrianna lalu menjelingnya.

"Siapa perempuan tu dengan kau, kurang ajarnya. kalau tu makwe kau, aku nasihatkan kaulah. bimbinglah dia." Adrianna menepuk bahu Mikhael kemudiannya dia ketawa.

"makwe? eh memang jauhlah! perempuan tu perasan je lebih." Mikhael terus duduk di mejanya.

"yelah tu, kalau bukan kenapa kau macam...."

"macam apa? aku dah buat macam macam dah tapi perempuan macam tu mana nak serik. aku pon dah malas nak layan."

Adrianna hanya mengelakkan Mikhael sahaja.

"kau kata sakit pinggang? sihat dah?" Mikhael mengerutkan keningnya.

"auch, auch." Adrianna baru terasa akan sakit pinggang itu.

"mengada je lebih kau tu!" Mikhael menjeling Adrianna.

Adrianna hanya memegang mejanya untuk membantu dia duduk.

***

"Adrianna macam mana pinggang awak? ok?" Farhan memulakan perbualan

"eh, Farhan. bolehlah. awak nak lunch ke?" tanya Adrianna

"haah, tadikan awak ajak saya lunch sesamakan."

"ohh, haah. jomlah." Adrianna dan Farhan berjalan beriringan sehingga ke kantin.

gerak geri mereka diperhatikan sahaja oleh Amalina. mukanya berkerut seribu.

"patutlah aku ajak makan sesama tadi taknak. ish!!" Amalina marah.

"Farhan, awak tak sambung belajar ke? bukan ke result SPM awak baik?" Adrianna membuka bungkusan nasi lemak yang dibungkus di dalam daun pisang.

"Saya nak tanggung adik adik saya yang lain. lagi pun kerja saya sekarang ni dah ok." Farhan tidak makan tetapi hanya memandang Adrianna yang sedang makan.

"oh yeke. Farhan, jangan pandang saya macam tu. malulah." Muka Adrianna bertukar merah.

cepat cepat Farhan mengalihkan pandangannya. Mukanya pun bertukar merah.

Amalina yang dari jauh terasa amat sakit hati. dia menghentakkan tangannya di atas meja membuatkan beberapa pekerja kilang melihat ke arahnya.

"Kenapalah Farhan tak nak buat aku macam tu." Sayu mata Amalina

Tiba tiba Mikhael datang ke arah Adrianna.

"eh, boss." Farhan

nyaris tersedak Adrianna di buatnya. Mikhael terus duduk disebelah Adrianna.

"kenapa ka.. boss tak makan dekat dalam, dekat sini kan PANAS." Adrianna sengaja menekankan perkataan panas itu.

"saja." Mikhael

"saja? nanti kalau cik Bella nampakkan susah. baik makan dekat dalam tu." Adrianna

kata kata Adrianna tidak diendahnya.

Amalina hanya tersenyun dari jauh. mungkin sangkaannya tentang hubungan Adrianna dengan Farhan meleset.

***

"Mikhael! kau sengajakan kacau aku tadi. kenapalah kau ni tak boleh nak tengok aku senang?!" marah Adrianna

"kacau? aku bukan kacau kau, aku cuba nak halang kau dari dapat dosa." Mikhael menonjol kepala Adrianna.

"ha, dosa? habis kau dengan Bella tu?!" muka Adrianna masam.

"kenapa? jelous?" Mikhael.

"weh, setakat kau buat apa aku nak jelous." Adrianna mencubit lengan Mikhael.

"auch!! sakit lah! lepas!" Mikhael memegang tangan Adrianna untuk menghentikan cubitan perempuan itu.

"Mikhael!!" Bella mengejutkan Adrianna dan Mikhael.

bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience