#37

Romance Series 16322

Bella yang masih menjadi tahanan masih memeluk tubuh sendiri. Berbanding hari hari yang lepas, dia sudah sering diberi makan. Kadang kala ada juga doktor persendirian yanv datang membuat pemeriksaan pada dirinya.

Beberapa kali dia cuba meminta tolong, tetapi setiap kali ade pemeriksaan, setiap kali itulah lelaki penjaganya bersama dia. Dia dilarang bercakap dengan doktor itu kecuali perkara perkara yang penting sahaja.

"Oi, perempuan! Makan ni!" Lelaki itu melemparkan sebungkus nasi kearah Bella. Bella hanya melihat tetapi tidak mengambilnya.

"Tolong lepaskan aku." Rayu Bella. Tetapi tidak dibalas. Bella menangis, dia memeluk dirinya sendiri. Lelaki itu seolah olah tiada perasaan. Dia hanya makan sahaja.

"Kau tak ada keluarga ke? Kau tak kesian ke dekat aku." Bella masih mengharap. Kunyahan lelaki itu terhenti.

"Keluarga? Kau nak dengar satu cerita?" Lelaki itu memandang ke arah Bella. Renungannya membuatkan Bella gerun.

"Aku dah bunuh mereka semua, kenapa kau tanya? Kau nak jadi mangsa seterusnya ke?" Lelaki itu kembali menyantap makanannya.

Bella tidak berani lagi mahu merayu lelaki itu. Dia hanya menangis. Makanan itu diambil, disuap perlahan lahan nasi itu kedalam mulutnya. Tiba dia mendapat satu idea.

"Argh!!" Bella memegang perutnya. Badan telah direbahkan. Lelaki tadi segera menelefon Dato Sham tanpa menolong Bella yang sedang berguling guling memegang perutnya.

"Hello, boss perempuan ni tiba tiba menjerit. Tak tahun kenapa. Call doktor tu? Baik boss." Lelaki terbabit terus meletakkan panggilan dan membuat panggilan baru.

Perbualan lelaki tersebut tidak di dengari Bella. Bella masih mengerang kesakitan yang dibuat buatnya.

10 minit kemudian, doktor yang dipanggil sudah tiba. Kandungan Bella di periksa.

"Banyakkan minum air dan jangan stress." Hanya itu pesanan yang diberikan.

Rancang Bella, jika dia mengerang begitu berkemukinan dia akan di larikan ke hospital dan disitu kesempatannya untuk melarikan diri besar. Malah, semuanya gagal.Setelah semuanya selesai, lelaki tersebut berkata kepada Bella yang dia akan keluar membeli makan.

Sebelum sempat lelaki tadi mengunci pintu, tiba tiba dia mendapat panggilan dari Dato Syam.

"Hello Boss, semua ok boss. Baik." Dia terus meletakkan panggilan itu dan berlalu pergi tanpa mengunci pintu.

Bella yang berasa kesal mula menumbuk dinding sehingga berdarah tangannya, dia berlari ke dapur untuk membersihkan darah. Tiba tiba pandangannya tertumpu pada pintu yang tidak berkunci. Tanpa berfikir panjang dia terus berlari keluar tanpa menggunakan alas kaki.

"Tolong! Tolong!" Bella berlari sambil menjerit. Dia berharap ada yang menolongnya.

"Tol..." Bella mendiamkan diri dan cepat cepat menyembungikan diri di balik longgokan sampah setelah melihat kelibat lelaki tersebut.

Dia menekup mulutnya menggunakan tapak tangan agar suara gemuruhnya tidak kedengaran. Lelaki itu terus berjalan tanpa meragui sesuatu. Setelah kelibat lelaki itu tidak kelihatan, dia meneruskan lariannya tanpa mengeluarkan kata kata.

Lelaki tadi yang sedang membawa dua bungkus makanan tergamam apabila pinti rumah itu sudah terbuka luas. Dia menjatihkan polisterin itu dan terus berlari tanpa tujuan. Tujuannya hanya mendapatkan kembali Bella.

Bella yang berasa sudah jauh dari tempat itu berhenti berlari, dia segera mencari seseorang untuk dia meminjamkan telefon. Malang baginya, tiada satu pun yang mahu meminjamkan, mungkin mereka menganggap bahawa Bella ini adalah seorang gadis gila yang berkeliarkan. Dari segi pemakaian dia memang kelihatan begitu. Sehingga dia melihat seorang wanita dalam lingkaran umur 40 tahun.

"Puan, boleh saya pinjam telefon. Saya tengah kecemasan sangat. Ini antara hidup dan mati saya puan. Tolong pinjamkan saya phone je puan." Bella merayu. Wanita itu berasa simpati dan terus memberi pinjam telefon bimbitnya.

Bella yang melihat terus mengambilnya dan terus mendail nombor yang hendak di telefonnya.

***

"Adrianna, bila sampai sini?" Arsad yang tadinya mahu membeli makanan untuk ibunya terserempak dengan Mikhael dan Adrianna di kedai makan yang biasa dia kunjungi.

"Eh, Abang Arsad. Abang Arsad nak beli makanan ke? Jemputlah duduk." Adrianna mempelawa Arsad untuk menyertainya.

Arsad mengambil tempat di sebelah Adrianna. Mikhael hanya melihat gelagat Arsad.

"Sorry Adrianna sebab tak dapat jemput Adrianna tadi. Kawan saya pun satu, tak nak bagitahu awal awal." Arsad mendegus.

"Tak apalah, Rina faham. Lagipun Rina tak nak lah susahkan Abang Arsad." Adrianna.

"Tapi serba salahlah jugakan. Tak apalah, lain kali saya bawak Adrianna keluar makan ye. Tanpa permohonan maaf saya." Arsad tersenyum.

Mikhael berasa menyampah melihat gelagat Arsad. Dia merasakan bahawa, kali ini benar benar dia mempunyai saingan. Adrianna milik aku bukan kau. Mikhael mengomel di dalam hatinya.

Pekerja yang melihat kedatangan Arsad ke meja Adrianna segera datang dan mengambil pesanan.

"Order?" Pekerja

"Nasi goreng kampung dua. Bungkus." Arsad

"Itu je?" Pekerja. Arsad hanya mengangguk.

"Awak suka nasi goreng kampung juga ke?" Adrianna

"Haah, nasi goreng kampung sini sedap." Arsad sudah mula rancak berborak dengan Adrianna.

Mikhael yang dari tadi duduk disitu disisihkan.

"Rina, boleh tolong tak?" Mikhael.

"Apa?" Adrianna

"Tolong ambilkan beg dompet aku dalam kereta, rasanya tertinggallah." Mikhael meraba raba kocek seluarnya.

"Ha? Seriuslah kau? Bagi sini kunci." Adrianna yang tidaj berpuas hati segera bangun dan pergi ke arah kereta Mikhael. Tetapi sebelum itu dia meminta izin Arsad untuk pergi. Sebenarnya dia tidak perlu pun meminta izin. Ini yang membuatkan Mikhael berbuku.

"Siapa nama tadi? Arsad?" Mikhael.

"Ye saya, mikhaelkan?" Arsad menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tangannya disambut.

"Ada apa apa ke dengan Adrianna?" Soalan cepu emas diberikan oleh Mikhael.

"Ha?" Terbeliak mata Arsad mendengar soalan dari Mikhael.

"Kalau hubungan tu memanglah tak ada, tapi Adrianna ada ciri ciri wanita idaman saya." Jawab Arsad.

Mikhael menjeling.

"Adrianna aku punya tau." Selamba Mikhael mengeluarkan ayat itu. Tanpa perubahan muka yang ketara, Arsad tersenyum.

"Adrianna tak ada cakap apa apa pun pasal hubungan awak dengan dia?" Arsad ketawa kecil. Ini membuatkan Mikhael bengang.

"Mikhael. The best man win. Saya akan pastikan Adrianna milik saya, maaf." Arsad berbisik pada Mikhael. Mikhael berasa tidak puas hati. Tingkah Arsad membuatkan Mikhael tidak senang duduk. Dia tidak boleh biarkan Arsad dan Adrianna sentiasa bersama.

"Mikhael, mana ada wallet kau dalam kereta." Adrianna yang baru sampai terus memberikan kembali kunci kereta.

"Yeke, sekejap aku check balik. Eh, ada ni tak perasan pula." Mikhael mengeluarkan dompetnya yang sengaja dia sorokkan di bawah pehanya.

"Ish kau ni." Adrianna menjenggilkan mata.

Bersambung...

Agaknya siapa yang dahulu dapat merebut hati Adrianna? Adakah Mikhael ataupun Arsad? Apa pula yang akan dilakukan Bella selepas terlepas dari tahanan Dato Sham? dan siapakan Fateha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience