#18

Romance Series 16322

Masa berlalu dengan pantas, sudah lebih 2 bulan Adrianna menjalani rawatan melawan traumanya itu.

Sekarang, rasa trauma terhadap lelaki agak berkurang. Tapi kadang kadang rasa itu datang.

Pernah satu ketika, Mikhael ditumbuk Adrianna. Semasa itu, Mikhael berada dirumah Adrianna bersama ibu bapanya.

Mikhael pergi ke dapur untuk mengambil air kosong, kebetulan Adrianna baru sahaja keluar tandas terlihat Mikhael di depan pintu peti sejuknya.

Apabila Mikhael menoleh, terus mukanya ditumbuk Adrianna. Habis terjatuh cawan yang berada ditangannya.

Adrianna pula sudah menggigil ketakutan sambil menangis. Dia mengatakan bahawa dia melihat Mikhael seperti Farhan. Tetapi rasa itu, semakin lama semakin hilang.

"Untung kamu Rina. Dapat Mikhael, sanggup bertahan dengan kamu." Khatika

Adrianna mengecilkan matanya.

"Jealous pula kakak." Khatika ketawa.

"Kalau kakak jealous, carilah cepat abang ipar untuk Rina cepat cepat." Adrianna

"Ish kamu ni, kesitu pula. Siapalah nak kakak ni? Dahlah berpenyakit." Khatika

"Kak, kenapa cakap macam tu. Rina yakin akak mesti boleh lawan penyakit tu." Adrianna

Hubungan mereka semakin lama semakin rapat. Khatika selalu menyokong adiknya itu, begitu juga dengan Adrianna.

"Kak, sorrylah selama 2 bulan ni Rina tak dapat kerja. Akak pula yang kena tanggung Rina. Patutnya Rina yang tanggung akak." Adrianna

"Tak apalah Rina, Rina ni bukan siapa siapa pon, adik akak juga." Khatika

"Yelah, patutnya Rina yang jaga akak, tanggung akak. Ni tak terbalik pula." Adrianna

"Tak apa Rina, kalau macam tu. Kuatkan semangat tu, lawan trauma awak tu. Boleh bantu akak nanti." Khatika

"Rina ingat, Rina nak sambung belajar. Sambil tu Rina buatlah kerja part time." Adrianna

"Awak dapat tawaran ke?" Khatika

"Tak, tapi bolehkan kalau masuk u swasta?" Adrianna

"Entahlah Rina, akak ni bukan belajar tinggi pon. Nanti tanyalah Makcik." Khatika

"Yelah, nanti Rina tanya Makcik."Adrianna

***

Tidak seperti biasa, selalunya Mikhael akan bersarapan dirumah tetapi kali ini dia bersarapan di kedai.

Sedang dia menjamu selera. Tiba tiba seorang perempuan mendekatinya.

"Hai, lama tak jumpa." Kata perempuan itu.

Mikhael menoleh, terus terhenti kunyahannya.

"You buat apa dekat sini, Bella?" Mikhael. Rupa rupanya perempuan itu adalah Bella. Setelah 2 bulan menyepikan diri, kali ini dia kembali.

"I ada benda nak bagitahu you." Bella menarik kerusi dihadapan Mikhael.

Melihat tindakkan Bella, Mikhael segera bangun dari tempat duduknya.

"You, sabar. Benda yang I nak cakap ni sangat penting." Bella

"I dah cakapkan, I dah taknak tengok muka you lagi." Mikhael

"You tak boleh cakap macam tu!" Bella. Kata katanya menarik beberapa orang pelanggan disitu.

Mikhael terus meninggalkan Bella.

"Mikhael, wait!" Bella terus mengejar Mikhael

"Mikhael, you!" Bella. Langkah Mikhael semakin laju.

"Mikhael, I'am pregnant." Bella.

Langkah Mikhael terhenti, apa yang ditakutkan selama ini terjadi.

"So?!" Mikhael.

"Ni anak you, Mikhael!" Bella mengusap perutnya.

"No. No, this is not my child!" Mikhael meneruskan langkahnya.

"I ada bukti yang ini anak you." Bella

Mikhael terus berpusing balik, dia terus menarik tangan Bella dan memasuki keretanya.

"Apa maksud you?" Mikhael, riak wajahnya seperti menahan marah.

"I nak you bertanggungjawab." Bella

"You ingat I percayakan you. Memang tak!" Mikhael

"I tak suruh you percayakan I, tapi I suruh you bertanggungjawab." Bella.

"I taknak." Mikhael

"Comform?" Bella

Mikhael memandang ke arah lain apabila Bella memandang tepat kematanya.

"I have this picture." Bella menunjukkan beberapa keping gambar dirinya dan Mikhael.

Mikhael mengerutkan keningnya.

"Sekarang ni zaman moden, bolehlah you buat macam ni. You ingat orang akan percaya." Mikhael.

"Kita tengok." Bella.

"I takkan bertanggungjawab, sebab tu bukan anak I." Mikhael

"Ok, you see." Bella terus keluar dari kereta Mikhael.

Mikhael termenung, betul ke itu anaknya.

"Argh!!!!" Mikhael menjerit. Jatuh air mata lelakinya.

"Maaf Adrianna, aku sama je dengan lelaki yang tak guna kat luar sana." Kata Mikhael sendiri.

"Maaf Adrianna." Mikhael.

***

"Assalamualaikum." Adrianna.

"Waalaikumsalam, eh Rina." Makcik Hwa.

"Datang dengan siapa?" Makcik Hwa pelik, takkan lah gadis ini datang seorang dirikan.

"Dengan Mikhael?" Makcik Hwa.

"Ada dalam kereta, ambil barang." Adrianna

"Masuklah, Rina. Rina macam mana dah ok?" Makcik Hwa memegang tangan Adrianna.

"Alhamdullilah ma, Rina pun tengah lawan trauma ni." Adrianna

"Baguslah, mama pun rindu sangat dengan Rina." Makcik Hwa.

"Lambatnya Mikhael ni dekat luar. Barang apa yang dia ambil?" Makcik Hwa.

"Entahlah, jap biar Rina tengok." Adrianna

Langkah Adrianna diikuti Makcik Hwa. Dia juga mahu melihat apa yang dilakukan Mikhael.

Tiba tiba , dahi Adrianna berkerut. Dia melihat aunty Zila dan Bella sedang bercakap dengan Mikhael. Serius nampaknya perkara yang dibincangnya.

Adrianna dan Makcik Hwa terus pergi ke arah Mikhael apabila Aunty Zila menyepak muka Mikhael.

"Kenapa ni, Zila?" Makcik Hwa.

"Kenapa? Tanyalah anak you ni." Auntu Zila berkata sinis.

"Masuk dululah, kita bincang dekat dalam." Makcil Hwa.

Adrianna memandang Mikhael. Apa lelaki ni dah buat agaknya?

"Jom Bella." Ajak Aunty Zila.

Bahu Adrianna dilanggar.

"Apa kau dah buat?" Kata Adrianna apabila hanya tinggal mereka berdua diluar.

"Maafkan aku Rina." Mikhael

"Maaf?" Adrianna.

Mikhael terus melangkah ke dalam rumah, Adrianna turut mengikutnya.

"Apa halnya Zila?" Makcik Hwa.

Bella memberikan sekotak barang, sepertinya ujian kehamilan.

Makcik Hwa pelik, dibukanya kotak itu dan terlihat terdapat 2 garis di atas alat ujian kehamilan itu.

"Bella mengandung?" Makcik Hwa terkejut.

"Ye, sebab tu I datang sini." Aunty Zila.

"Maksud you?" Makcik Hwa.

"Ni anak Mikhael, cucu you." Tenang aunty Zila berkata.

Adrianna dan makcik Hwa pandang ke arah Mikhael yang hanya menundukkan dirinya.

"Mikhael." Adrianna.

"Apa yang kau dah buat ni, Mikhael!!" Makcik Hwa bangun.

Mikhael masih mendiamkan diri.

"Sampai hati kau." Adrianna menangis.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience