#9

Romance Series 16322

sedar tak sedar sudah 2 bulan Adrianna bekerja di Syarikat ini. Hubungan dia dan Mikhael pun bertambah baik, tapi masih ada perbalahan lagi.

Mereka berdua tidak seperti tunang malah kawan. perhubungan yang amat selesa.

"Adrianna." Mikhael

"apa." Adrianna menyelitkan rambutnya di telinga

Mikhael terpaku melihat wajah Adrianna tambahan pula dengan sinar cahaya bulan di hadapan rumah Mikhael.

"Kau tengok apa!" Adrianna.

lamunan Mikhael terhenti, dia terpegun melihat kecantikkan Adrianna. mengapa sekarang baru dia perasan yang Adrianna ini mempunyai kecantikkan yang luar biasa.

"kenapa kau terima lamaran aku?" Mikhael

"bila kau lamar aku?" Adrianna mengerutkan kening.

"tak, maksud aku, kenapa kau terima idea aku untuk khawin dengan kau?" kata Mikhael

"masa kau cakap nak khawin dengan aku, masa tukan tengah serabut. aku hanya fikir pasal aku, aku nak selamatkan maruah aku." Adrianna

"sebelum ni kau ada boyfriend ke?" Mikhael malu malu mahu mengajukan soalan itu.

"boyfriend? siapalah nak perempuan macam aku ni kan." Adrianna ketawa.

"Farhan?" Mikhael

"Farhan? eh, dia tu kawan aku je." Adrianna

"tapi dia macam suka kau je." Terlihat aura cemburu diwajah Mikhael.

"jelous eh." Adrianna ketawa. muka Mikhael bertukar merah mungkin kerana malu.

"dia dengan aku tu memang dah rapat dari sekolah, dah macam belangkas. tapi aku tak pernah simpan perasaan dekat dia." Adrianna

"dia?" Mikhael

"mungkin, dahlah aku ngantuklah. jomlah masuk." Adrianna

Mikhael mengikuti jejak Adrianna.

***

pandangan Farhan tidak lekang dari terus memandang Adrianna. setiap kali gadis itu ketawa pasti dia tersenyum. seperti di zaman sekolah, Adrianna masih berkepit dengan Farhan.

"sedaplah nasi lemak ni." Adrianna

Farhan tersenyum.

"hai." Amalina yang dari mana entah menghampiri mereka.

"eh Amalina, duduklah sini." Adrianna.

peluang Farhan untuk berdua duaan dengan Adrianna terhalang.

"mana tunang awak, Adrianna?" Sengaja Amalina mengunakan nama tunang supaya Farhan sedar yang gadis didepannya ini sudah berpunya.

"entahlah." Adrianna meneruskan suapan nasi lemak terus ke mulutnya.

"Farhan, awak tak makan?" Amalina menegur buah hatinya itu.

"ha? oh, dah dah. baru je lepas habis." Farhan membalas

selepas selesai makan, Adrianna mereka bertiga bersama sama berjalan masuk ke pejabat. sungguh gembira melihat mereka bertiga.

setelah Adrianna berpisah dengan mereka, tinggallah Farhan dan Amalina sahaja.

"Farhan!" Amalina.

"apa?"Farhan. langkah Farhan tidak berhenti membuatkan Amalina terpaksa mengikutinya.

"sabarlah, Farhan!" Amalina.

langkah Farhan terhenti apabila tiba di suatu tempat yang sunyi di syarikat itu.

"awak nak apa?!" Farhan

"saya nak awak! kenapa susah sangat awak nak terima saya, saya tahu awak ada perasaan dekat Adrianna tapi dia dah berpunya Farhan. dia dah ada tunang!" Amalina meninggikan suaranya.

"hati ni tak boleh dipaksa." Farhan

"memang tak boleh tapi awak boleh bagi peluang dekat hati awak untuk terima saya." Amalina

Mata Amalina berlinangan dia air matanya. Farhan melihat tubuh badan Amalina dari atas hingga ke bawah.

"betul kau suka aku?" Farhan mendekati Amalina.

Amalina mengangguk

"ok, malam ni saya ambik awak. pukul 8 malam." Farhan terus meninggalkan Amalina berseorangan.

sekarang senyuman manis dimulut Amalina tidak pernah lekang, hatinya berbunga bunga.

8 malam.

pin pin

kedangaran hon kereta di hadapan rumah Amalina, Farhan mengetahui keberadaan rumah Amalina ini kerana tahun lepas dia pernah datang beraya di rumah gadis itu.

"sorry, lama ke awak tunggu." Amalina memasuki kereta itu.

"saya baru je sampai." Farhan tersenyum

"kita nak pergi mana ni?" Amalina.

"kita makn dulu nak?" Farhan.

"ok." Amalina merasa mungkin Farhan sudah boleh menerimanya.

suasana yang amat romantik, musiknya amat menyentuh hati, makanan yang lazat dan pandang Farhan yang tidak pernah lekang dari matanya.

itu semua sudah cukup bagi Amalina. malam yang akan diingati.

"thanks awak. sedap makanan tadi." kata Amalina sebaik mereka memasuki perut kereta itu.

Farhan tidak membalas.

tiba tiba Farhan menghentikan keretanya di sebuag lorong yang sunyi.

"kenapa awak berhenti dekat sini?" Amalina resah.

"Amalina, awak kata awak suka sayakan? awak sanggup buat apa apa tak untuk saya?" Farhan

Amalina tersenyum dan mengangguk. Farhan turut tersenyum tetapi dengan penuh makna. Matanya melilar melihat tubuh Amalina. Farhan mendekatkan wajahnya dengan wajah Amalina. tiada bantahan dikeluarkan Amalina

Farhan terus menjauhkan semula wajahnya dan terus memandu kenderaan. wajah Amalina berkerut.

"sabar ye, kita pergi ke tempat lagi selesa." Farhan memandang ke arah muka Amalina.

Amalina tersenyum.

sepanjang di hotel, mereka berasmara. Nampak seperti mereka berdua menikmati malam tersebut.

sehinggalah pagi keesokan harinya, mereka masih dikatil tanpa seurat benang dan hanya ditutupi oleh selimut putih.

Farhan bangun dan terus memandang ke arah Amalina yang masih menyenyak tidur.

"eh, bodoh." Farhan menjeling.

dia terus memakai seluarnya dan pergi ke tingkap. Dia melihat ke bawah. nasib baik hari ni hari minggu.

sepanjang malam tadi, Farhan sebenarnya hanya memikirkan Adrianna. dia merasakan Adrianna yang bersamanya bukan Amalina.

"eh, awak dah bangun." Amalina.

"pergi mandi sana." Farhan langsung tidak memandang wajah Amalina.

badan Amalina hanya ditutupi dengan tuala mendekati Farhan. tangannya melingkar memeluk pinggang Farhan.

Farhan terus berpusing untuk melepaskan pelukan itu. dia memegang wajah Amalina

"sayang, pergi mandi dulu ye." Farhan. Amalina tersenyum.

sebaik sahaja Amalina pergi membersikan diri, Farhan menjebikkan mulutnya.

***

"Ika, aku nak duit sikit." Pakcik Wahab.

Khatika yang sedang menjemur pakaian tersentak apabila ditegur secara tiba tiba.

"apa ayah ni, terkejut Ika. Duit? bukan semalam Ika dah bagi ke?" Khatika.

"tu semalam punya cerita, hari ni aku nak, cepatlah." Pakcik Wahab.

"ayah, duit gaji Ika bukannya banyak. baru minggu lepas Ika dapat gaji ayah tahu, hari ni dah nak habis. kalau duit Ika habis kita nak makan apa?" Khatika.

"ha! adik kau ada! cepatlah aku nak duit!" Pakcik Wahab sedikit berang.

"ayah! Ika tak ada duit ayah!" Khatika.

"kau jangan tipu! tadi kau kata ada sikit, mananya!" pakcik Wahab menggosok hidungnya.

"Ayah! tolonglah ayah, semalam Rm50 Ika bagi takkan dah habis." Khatika

"setakat RM50 setengah hari pun dah habislah, cepatlah aku nak!!" pakcik wahab.

"Ika tak ada duit ayah, tolonglah faham." malas Khatika melayan ayahnya itu, dia terus membuka langkah dan memasuki rumahnya itu.

"Ika!" Tetapi pakcik Wahab mengejarnya. rambut Khatika ditarik sekuat hati.

"ayah!! sakit!! lepas ayah!!" Khatika merontan minta dilepaskan rambutnya.

"mana duit!" Pakcik Wahab sepertinya hilang kewarasan.

"ayah!!! sakit!!" Khatika tetap cuba melepaskan diri.

"ish, budak ni!" satu tamparan hinggap dimukanya.

Pakcik Wahab terus pergi ke bilik Khatika dia menyelongkar laci, dan almari. akhirnya dia menemui wang yang disimpan Khatika.

"lain kali, jangan cakap tak ada!" Pakcik Wahab menonjol kepala Adrianna.

Khatika hanya mampu menangis. dia mengutip baju baju yang terkeluar dari bakul.

"ayah, ayah. Ingat Khatika tak tahu sekarang ayah buat apa." Khatika berkata sendiri sambil mengesat air matanya.

***

"weh, kau tak rindu ke kat Bella dah dekat sebulan lebih dia tak datang" Adrianna

Mikhael yang sedang menghadap komputer ribanya tersentak, dan mula memandang Adrianna

"Rindu? jauh lagi. tenang sikit aku, kalau tak hari hari menambah stress aku." Mikhael memandang semuka ke arah komputer riba miliknya.

"hari ni kau jangan lupa, kau ada meeting." Adrianna

"haah, nasib kau ingatkan. pukul berapa ah?" Mikhael mengetuk kepalanya.

"sekarang pukul 9, kenapa kau tanya tak?" Adrianna

"bukan ngek, meeting tu pukul berapa. aduii." Mikhael

"hehehe, sorry sorry. meeting tu start pukul 2." Adrianna tersengih

Adrianna tanpa sengaja melihat ke arah luar bilik ini, satu sosok tubuh yang amat dia kenali. senyumannya mula terbit.

"penambah beban kau dah sampai." Adrianna.

"haa?" Mikhael pelik tidaklah sehingga masuknya sosok tubuh itu.

"hai." Rupa rupanya Bella. sebelum dia masuk, sempat lagi dia memandang Adrianna, tetapi dengan pandangan yang sinis.

Mikhael terpegun.

"You tak miss dekat I ke?" Bella mendekati Mikhael.

"buat apa I nak rindu dekat you?" Mikhael malas melayan perangai Bella yang gedik itu.

"yelah, I kan dah lama tak datang sini." Bella menghampiri badan Mikhael dan tangannya mula merayap memegang bahu Mikhael. Mikhael tersentak dengan perbuatan Bella.

Adrianna juga begitu, hatinya mula berasa panas. tetapi kenal? adakah dia cemburu?

"buat plan tapi tak jadi, kalau aku jadi kau, tak keluar rumahlah aku." Adrianna meninggikan suaranya.

"hei you!" Bella membesarkan matanya.

"apa? terasa ke? sorrylah dah terasa. by the way, untuk pengetahuan kau, Mikhael ni akan jadi milik aku, so kau boleh beram.." Adrianna mendekati Bella.

"you tengok perempuan ni, kurang ajarlah!" Bella mengadu kepada Mikhael. dia ingatkan dirinya akan dibela. tetapi langsung tidak dilayan.

"Mikhael! you dengar tak apa I cakap?!" Bella

"buat apa dia nak dengar apa kau cakap, kau siapa?" Adrianna semakin menghampiri Bella.

"ish, you ni dah lebihlah.!" tangan Bella sudah diangkat untuk menampar Adrianna.

perbuatan itu sempat dihalang Mikhael, dia sempat memegang tangan Bella dari terus ke pipi Adrianna. Adrianna tidak langsung menunjukkan mula takut, malah dia ketawa.

"Mikhael, lepaslah. kenapa you nak bela dia sangat?!" Bella merentap tangannya.

"you tanya kenapa? dia tunang I. dan you tak ada hak nak pukul dia." Mikhael

"haa!!" Bella terasa amat marah, dia terus keluar.

sesampai di pintu hadapan, Bella menoleh semula kebelakang.

"Mikhael, you tunggu. you akan jadi milik I juga tak lama lagi."

bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience