#38

Romance Series 16322

"Ma!" Bella yang sedang duduk bersembunyi disebalik pokok pokok bunga berlari mendapatkan ibunya itu setelah kelibat Aunty Zilla.

"Bella? Allah Bella. Kenapa jadi macam ni?" Aunty Zilla terus memeluk anak gadisnya itu. Bella terus menarik tangan ibunya kedalam kereta. Semua pintu disitu dikunci.

"Ma. Kenapa mama tak cari Bella." Bella menangis.

"Cari kamu? Kamu yang mesej mama dengan papa yang kamu kata jangan cari kamu. Kamu mahu bersendirian." Aunty Zilla membelai rambut anaknya itu. Walaupun bau badan Bella tidak begitu enak, namun kasih ibu dia tidak kisah.

"Bella kena kurung dengan Dato Sham." Bella

"Dato Sham?" Dahi aunty Zilla berkerut.

"Bapak budak ni." Bella. Matanya yang berkaca telah dikesat. Dia menarik dan menghembus nafas untuk menenangkan dirinya.

"Jom kita balik." Aunty Zilla menghidupkan enjin keretanya. Mata Bella terbeliak dengan cepat dia menggelengkang kepala. Aunty Zilla berada hairan.

"Why?" Aunty Zilla.

"Ma taukan kes Bella. Dahlah kantoi, nanti Bella bukan mati kat tangan Dato Sham tapi tangan papa pula. Bella takut ma." Bella memaut lengan ibunya itu.

"Kalau macam tu, mama tau nak bawak kamu kemana." Tanpa berlengah Aunty Zilla terus memandu kereta ke destinasi yang ingin dituju.

"Ma, Bella tak akan maafkan Mikhael dengan Adrianna. Sebab diorang hidup Bella musnah. Semua impian Bella hancur sebab diorang!" Bella. Aunty Zilla tidak bersuara. Apa pula yang akan dilakukan anaknya itu.

***

Adrianna mengusap ngusap perutnya yang penuh. Perbuatannya dilihat Mikhael. Akhirnya dapat dia dan Adrianna duduk berdua.

"Ha, Mikhael. Apa kau nak cakap dengan aku tadi. Masa sebelum Abang Arsad datang?" Bella merapikan rambutnya.

"Tolong kau jangan panggil laki tu abang boleh tak? Gelilah aku." Mikhael

"Alah kau, dia sendiri tak ada apa apa. Yang kau nak melenting pula kenapa?" Adrianna menjebik.

"Kau ni kan." Mikhael

"Rina, aku nak tanya kau sikit boleh?" Sambung Mikhael lagi.

"Satu soalan dua ringgit." Kata Adrianna sambil mengeluarkan dua jari tangannya. Mereka ketawa, terlihat sangat bahagia. Sesuai dengan tempat yang mereka kunjungi. Di sebuah pantai dan hanya di temani cahaya bulan. Disitu tidaklah terlalu sunyi. Orang disitu juga boleh tahan ramai.

"Apa dia?" Adrianna

"Kau sayang aku tak?" Mikhael

"Ha?" Adrianna memandang Mikhael

"Kau sayang aku tak?" Mikhael mengajukan soalan sama kepada Adrianna.

"Apa kau merepek ni? Jangan spoilkan mood aku boleh tak?" Adrianna menarik muka.

"Jawablah. Aku nak tahu." Kata Mikhael. Wajh Adrianna ditatapnya dengan penuh harapan.

"Mikhael. Dengar sini, aku sayang kau tapi sebagai seorang cousin." Adrianna. Riak wajahnya mula berubah.

"Lepas..." Adrianna terdiam apabila Mikhael meninggalkannnya dan terus memasukki kereta.

Tanpa berkata apa apa, Adrianna mengikuti jejak Mikhael.

"Dahlah jom balik, esok kau ada kelas kan? Nanti lambat pula bangun." Mikhael terus menghidupkan enjin kereta. Sepanjang perjalanan pulang, sepatah kata pun tidak dikeluarkan oleh mereka berdua. Hanya lagu yang didendangkan di dalam radio sahaja yang berkumandang.

"Mikhael..." Adrianna cuba untuk berkata tetapi Mikhael mencelah.

"Esok aku dah nak balik dah, jaga diri kau." Mikhael mematikan kata kata Adrianna. Adrianna berasa sedikit bersalah. Adakah bercakapannya tadi salah?

"Ok dah sampai, jumpa nanti." Mikhael. Adrianna membuka pintu kereta perlahan lahan. Sesekali wajah Mikhael dipandangnya tetapi Mikhael hanya memandang ke arah hadapan sahaja.

Mikhael menunggu sehingga Adrianna masuk ke dalam rumah baru dia pergi tetapi tetap dia tidak memandang ke arah gadis itu. Perpisahan yang menyedihkan.

"Aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan kau balik Rina." Mikhael berkata sendirian. Dia berhenti di tepi jalan untuk menenangkan dirinya. Dia melihat ke arah tempat duduk Adrianna sebentar tadi. Wajahnya kelihatan kesal.

***

Arsad yang baru pulang berasa pelik kerana terdapat satu kereta asing dihadapan rumahnya. Pintu rumahnya juga terbuka luas.

"Assalamualaikum...." Suara Arsad semakin perlahan apabila dia terpandang satu sosok wanita di ruang tamunya.

"Eh, Arsad. Apa khabar?" Wanita itu menegur Arsad yang hanya berdiri di hadapan pintu rumahnya. Wanita itu ditemani Cik Asmah, ibu Arsad.

"Teha, awak buat apa dekat sini?" Arsad. Jantungnya berdegup kencang apabila melihat wanita yang dikenalinya sebagai Fateha.

Fateha Liyana, bekas kekasih Arsad. Wajah yang manis dan ayu tidak hairanlah bagaimana Arsad boleh terpikat dengan gadis secantik itu.

Pertanya Arsad tidak dijawab tetapi hanya senyuman yang diberi. Raut wajah Fateha sungguh sayu. Dengan mata yang sembab, mungkin kerana banyak menangis dek kehilangan yang dirasai.

Arsad terus pergi ke dapur untuk meletakkan makanan yang dibelinya kemudian langkahnya terus menuju ke arah bilik.

"Syad, nak pergi mana tu? kan ada tetamu ni." cik Asmah hairan dengan sikap anaknya itu. jikalau pun hatinya itu masih sakit tidak wajar dia perlakukan Fateha seperti itu.

"tak apa makcik, saya datang sini pun sekejap je. Saya pulang dulu ye makcik, kirim salam dekat Arsad dan Nissa ye nanti makcik." Fateha terus berdiri dan bersalaman dengan Cik Asmah sebelum keluar.

setelah kereta milik Fateha tidak kelihatan lagi, Cik Asmah terus memandang ke arah bilik anak terunanya itu. lalu dia menggelengkan kepala.

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience