#15

Romance Series 16322

Lebih seminggu Adrianna memencilkan diri. Tidak banyak bercakap, asyik termenung sahaja.

"Tahlah, Mikhael. Akak pun tak tahu, akak harap Mikhael dapat faham situasi Adrianna sekarang." Khatika

Setiap kali Mikhael berkunjung ke rumah Adrianna pasti gadis itu akan mengurungkan diri di dalam bilik.

"Semenjak hari tu, dengan ayah pun dia takut." Kata Khatika

"Mikhael tak kerja ke?" Khatika terus menukar topik, dia tahu Mikhael pasti sedih melihat keadaan Adrianna sekarang

"Kerja. Kalau tak ada apa apa Mikhael pergi dulu ye." Mikhael

"Yelah Mikhael, hati hati." Khatika

Setelah kereta Mikhael hilang dari pandangan, barulah Adrianna keluar.

"Rina, kenapa buat Mikhael macam tu? Kesian dia." Khatika

"Rina tak bolehlah kak, kalau Rina pandang lelaki, Rina akan ingat kejadian malam tu." Adrianna

Khatika terdiam.

***

"Ma, Bella nak cakap something ni." Bella mendekati ibunya, aunty Zila

"Ye, sayang. Apa?" Aunty Zila

"Ma, kalau Bella cakap ni jangan marah tau and don't talk about this kat papa." Riak wajah Bella membuatkan Aunty Zila tidak sedap hati. Bella terus duduk disebelah Ibu dia.

"Apa yang Bella cuba nak sampaikan ni?" Dahu aunty Zila berkerut. Pelik sungguh anak perempuannya hari ini.

"I'am pregnant. 2 weeks" Bella. Mukanya ditundukkan ke bawah.

"What?!!" Terkejut Aunty Zila mendengarnya

"Agains? Anak siapa pula kali ni?" Sambungnya lagi. Aunty Zila mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dato Sham. Dia nak bertanggungjawab. Tapi Bella taknak." Jawab Bella selamba.

"Kenapa pula?!" Aunty Zila. Matanya merenung ke arah Bella. Dah ada yang mengaku taknak pula. Dahlah kaya, boleh jugalah dia menumpang kesenangan itu nanti.

"Entah tapi yang penting Bella taknak." Bella

"Habis tu, Bella nak belalah anak tu?" Sambil menunjuk ke arah perut Bella

"Memang taklah, mama tolonglah. Please." Bella

Aunty Zila terdiam. Sepertinya dia terfikir sesuatu.

"Ha!!" Aunty Zila

"Kenapa ma?" Bella

"Kita jangan buang anak ni. Bella nak Mikhael tak?" Aunty Zila

"Naklah." Bella. Aunty Zila tersenyum, pelik Bella melihatnya.

Mungkin ada satu Idea yang dia mahu kerjakan

"You just relax and see." Aunty Zila.

***

"Rina, Mikhael datang ni." Khatika

Adrianna yang tengah menonton televisyen terus berdiri.

"Rina!" Mikhael. Langkah Adrianna terhenti.

Khatika yang melihat segera pergi ke dapur.

"Rina, kau mesti lawan perasaan kau tu. Jangan ikutkan sangat." Mikhael

Adrianna memandang Mikhael. Dahinya berpeluh peluh.

"Kau senanglah cakap, aku yang kena. Aku yang berada kat situ, bukan kau!" Adrianna. Teremosi pula Adrianna kali ini.

"Aku minta maaf, patutnya aku teman kau hari tu." Mikhael

Adrianna memandang ke arah lain. Air matanya berlinang.

"Kau jangan risau, dia dah jadi buruan polis." Mikhael.

Adrianna membuka langkah dan terus meninggalkam Mikhael di ruangan.

Khatika yang berada di dapur mengelengkan kepala melihat kelakuan Adrianna.

"Adrianna!" Mikhael. Dia tetap Adrianna sehingga di bilik Adrianna.

Apabila Adrianna cuba menutup pintu, Mikhael menahan.

Tiba tiba sahaja, Adrianna memandang Mikhael dengan wajah Farhan.

"Pergi kau!!" Adrianna menjerit. Tangannya menggigil. Nampak riak wajahnya yang amat takut.

Mikhael yang melihat keadaan Adrianna begitu, tergamam.

Pang! Bunyi hentaman pintu.

"Rina, dengar sini. Aku rasa kau patut jumpa doktor." Mikhael.

Tiada jawapan langsung dari Adrianna melainkan bunyi tangisan.

Mikhael terasa amat bersalah dengan Adrianna.

"Sorry kak, saya tak berniat nak takutkan Rina." Mikhael. Dia melihat muka Khatika dengan penuh kesal.

"Tak apa Mikhael, nanti biar akak yang cakap dengan dia." Khatika

***

"Rina." Khatika memasuki bilik Adrianna. Gelap sekali biliknya.

Terlihat Adrianna sedang baring di atas katilnya. Walaupun dia baring tetapi dia tidak tidur. Tingkapnya ditutup.

"Rina, jom makan. Lagi tadi Rina tak makan." Khatika.

"Biar kakak ambilkan ye." Khatika.

Tangan Khatika di pegang Adrianna.

"Tak payah kak." Adrianna

"Tapi Adrianna kena makan." Khatika

"Biar Rina sendiri yang ambil." Adrianna

Sebenarnya dia rasa bersalah dengan Khatika. Patutnya dia yang menjaga akaknya itu bukan Khatika menjaganya.

"Rina, jom doktor jom."Khatika

"Buat apa? Rina bukan sakit pun" Adrianna

"Tak sakit awak kata, tengoklah diri tu. Tak terurus. Sekurang kurangnya dapat bantu awak tu lawan trauma awak tu." Khatika

Adrianna terdiam.

"Kalau dah akak cakap macam tu, Rina ikut." Adrianna

"Nanti akak bagitahu Mikhael." Khatika

"Buat apa nak bagitahu dia?" Adrianna memandang akaknya itu.

"Biar dia dapat bantu sikit sikit kita, akak ni bukannya larat sangat." Khatika

"Kakak pun kesian dekat ayah, dia risau sangat dekat Rina." Khatika

"Mana ayah?" Adrianna.

"Ada dalam bilik dia. Dia sanggup duduk dalam bilik atau keluar rumah kalau Rina keluar bilik. Dia tak nak Rina takut." Khatika

Adrianna memicit kepalanya, rasa serba salah menyelubungi diri Adrianna

"Ayah pun pernah cakap dengan Ika." Khatika

"Cakap apa?" Adrianna.

"Yang dia nak berhenti menghisap." Khatika

Terbeliak mata Adrianna. Terterbit sebuah senyuman di mulut dia

"Akak nak minta tolong sangat dekat Rina, tolong kalau Mikhael datang, jangan layan dia macam tu." Khatika

Pinggan yang berisi sisa makanan di basuh oleh Adrianna.

Dia terfikir setiap kata kata Khatika tadi. Kadang kadang kesian juga dekat ayahnya dan Mikhael. Bukan mereka yang bersalah. Tapi dia tidak dapat melawan perasaannya, ketakutan itu selalu menyelubunginya

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience