#5

Romance Series 16322

jam menunjukkan pukul 8 malam, Mikhael masih tekun membuat kerja.

"Mikhael, ada orang dekat luar ke?" Adrianna.

"yelah kot, tu ada yang tekan loceng. pergilah tengok" Mikhael.

"takutlah aku."

"pergilah, guard kot"

Adrianna memberanikan diri untuk melihat siapa diluar. terlihat beberapa orang berkopiah dan seorang pengawal keselamatan berada di depan pejabatnya.

"Assalamualaikum, kami dari jabatan agama islam. kami dapat aduan tentang ada perempuan dan lelaki yang berdua duaan dekat sini." seorang lelaki tua berkata.

"ha! berdua duaan?" Adrianna terkejut.

Mikhael yang berada di dalam bilik, keluar apabila Adrianna terlalu lama membuka pintu pejabatnya yang mempunyai 'lock' imbasan kad pekerja.

"Adrianna, kenapa...." kata katanya terhenti apabila melihat beberapa orang di situ.

mereka semua berpandangan.

***

"cik, saya dengan dia sepupu. saya cuma teman di buat kerja je!!" Adrianna sudah menangis, hatinya terasa bagai nak menampar sahaja lelaki yang dihadapannya ini.

"kami tak buat apa apa encik." Mikhael.

"Tapi kamu berdua duduk berdua duaan tanpa ada sesiapa pada waktu malam." Kata lelaki tersebut.

"ya Allah kami ni sepupu, cousin, encik!" Dada Adrianna turun naik menahan marah.

"Assalualaikum." Makcik Hwa.

Kelihatan Makcik Hwa, Pakcik Ridhuan, Khatika dan Pakcik Wahab datang ke pejabat Mikhael.

"mama!" Mikhael

"kak, Makcik tolong. diorang tak percaya, kita orang tak buat apa apa pon." Adrianna menangis.

"ha, pakcik, kan Mikhael dah telefon yang kita orang balik lambat buat kerja." Adrianna meminta simpati
setelah berbincang dengan orang jabatan agama, mereka dilepaskan. manakala di luar, Amalina hanya memerhati dari luar. Senyuman sinis melekat di bibirnya.

~~~
imbas kembali

"hello, ni jabatan agama islam ke?"

"hello, saya Chong leu dari Syarikat mountain enterprises disini kami ada menjual pelbagai jenis sangkar, kecil, besar, panjang, lebar, tinggi, semua ada. ada apa yang boleh saya bantu"

"ha? sangkar? maaf maaf, salah number." Amalina terasa malu.

"apa ek, number jabatan Islam. google jelah. tapi, kalau aku call sekarang tak syok pula baru pukul berapa."

selepas menunggu beberapa jam, akhirnya Amalina membuat tindakkan itu.

dia hanya mampu tersenyun dari luar dan memikirkan Farhan miliknya.

~~~

Mereka balik dengan suasana yang tegang. Adrianna menaiki kereta Pakcik Ridhuan bersama Kakaknya dan ayahnya.

manakala Mikhael bersama ibunya, berdua sahaja.

sesampai sahaja di rumah, Adrianna terus masuk ke rumah, panggilan ayahnya juga tak disahut.

"Adrianna!!!" ayah Adrianna, Pakcik Wahab.

"hoi!!" katanya lagi.

"bang, sabar dulu bang. dekat luar ni malu jiran dengar." kata Pakcik Wahab yang sedang mengunci kereta.

Apabila Adrianna masuk sahaja rumah dia terus duduk di sofa di ruang tamu diikuti oleh semua orang.

"Makcik, betul, Rina dengan Mikhael tak ada buat apa apa." pujuk Adrianna.

"engkau tu memang, gatal je lebih. ke ini semua memang rancangan kau." Pakcik Wahab.

"Ayah!! sampai hati ayah cakap macam tu. patutnya ayah kena percaya Rina, Rina ni anak ayah!" Adrianna.

"Anak? anak apa yang memalukan bapak dia sendiri." Pakcik Wahab menjeling anaknya.

"ayah! baru kali ni je Adrianna kena macam ni, kenapa ayah terus nak jugde Adrianna?" Khatika sudah memeluk Adrianna apabila Adrianna hendak bangun.

"abang, sabar bang. kita dengar dulu penjelasan dari diorang semua ni." Pakcik Ridhuan mahu meredakan suasana.

"Pa, ma. Mikhael dengan Rina tak ada buat apa apa pun, lagi pun Mikhael dah telefon papa kan yang maklumkan Mikhael dan Adrianna balik lambat nak siapkan kerjakan." kata Mikhael.

"entah entah itu semua cuma alasan untuk korang berdua duaan."Pakcik Wahab.

Muka Adrianna bertambah bengang.

"Ayah!"Adrianna

"apa?! kau tu memang, perempuan murahan sama je macam mak kau tu!" Pakcik Wahab

kata katanya telah memeranjatkan semua orang.

"Sampai hati ayah cakap macam tu, kalau ayah nak cakap Rina ni perempuan murahan pun Rina tak kisah ayah, tapi jangan libatkan Arwah mak. ayah, ayah nak tahu tak, ayah tu lagi tak guna, bapak yang tak guna pakai!!" Adrianna sudah tidak dapat menahan geramnya.

"Adrianna!" kali ini Khatika bersuara kerana Adrianna semakin kurang ajar dengan ayahnya.

"Apa kak?! ayah dah buruk burukkan arwah mak!" Adrianna.

"tapi ni ayah kita Rina, tak baik Rina cakap macam tu dekat ayah!" Khatika.

Pakcik Ridhuan menggarukan kepalanya yang tak gatal. pening kepalanya, begitu juga dengan Makcik Hwa.

"Tak apa, ni semua salah Mikhael. Mikhael yang suruh Adrianna tunggu. Mikhael akan betulkan keadaan, Mikhael akan balikkan maruah Adrianna. Pakcik, saya akan Khawin dengan Adrianna." Mikhael

"Mikhael!!" Adrianna terkejut mendengar kata kata Mikhael yang berada luar dari jangkaannya.

"bagus, lagi cepat lagi baik. jangan sampai dah mengandung baru nak khawin." Pakcik Wahab memandang sinis ke arah Adrianna.

"Mikhael akan khawin dengan Rina hujung tahun ni, dan Mikhael akan pastikan Adrianna tidak mengandung sepanjang tahun ni." Mikhael memandang ke arah Pakcik Wahab.

Pakcik Wahab bengang, manakala Adrianna tidak terkata apa apa mungkin kerana terkejut mendengar kenyataan Mikhael.

"Mikhael, betul ke apa yang mikhel cakap ni." tanya Makcik Hwa.

"betul, ma. Mikhael dah fikir masak masak, Lagi pun ini semua salah mikhael." Mikhael memengang tangan ibunya itu.

selepas semuanya selesai, akhirnya mereka semua mengambil keputusan untuk terus tidur.

Adrianna terjaga pada tengah malam dan terus pergi ke dapur untuk meminum air, setelah berkelahi tadi, Tenaga Rina banyak habis. tekaknya juga terasa kering, disebabkam terlalu marah, terkejut dan kecewa dia lupakan hasratnya itu.

sedang dia meneguk air dicawannya, tiba tiba...

"Ya Allah Mikhael, terkejut aku." Nyaris nak terhempas gelas yang berada ditangannya.

"sanalah, aku nak ambil air." Mikhael menolak Adrianna ketepi

"Wei, apasal kau cakap kau nak khawin dengan aku." Adrianna.

"patutnya kau berterima kasih dekat aku, aku cuma nak selamatkan kau dari ayah kau tu. wei, aku pun tak tahanlah dia tuduh kau macam macam."Mikhael.

"tapi kenapa Khawin?!" Adrianna

"lagi satu, bila cerita ni tersebar, maruah kau tu akan tercalar. Kau nak letak mana muka kau, akan cuma nak jaga aib kau, tu je." Mikhael.

Adrianna memegang kepalanya, terasa pening dia memikirkan masalah ini. entah apa silapnya, sehingga dia terpaksa menempu ujian ini, tapi Allah menguji hambanya kerana sayang.

"dahlah, aku naik dulu. nanti bapak kau nampak dia kata kita buat benda tak senonoh lagi." Mikhael terus membasuh gelasnya dan terus pergi ke bilik tidurnya.

Adrianna masih disitu, hatinya gelisah. tak pernah dia terfikir untuk berkhawin dengan sepupunya sendiri.

pagi itu semuanya tegang, tiada sapaan daripada sesiapa pun.

"Wan, abang nak balik lepas ni." pakcik Ridhuan memulakan ayat

"abang nak saya hantarkan ke?" kata Pakcik Ridhuan

"tak payah, aku naik teksi je. herm, Wan, mintak duit sikit nak buat tambang." Pakcik Wahab tiada rasa malu meminta duit dari Pakcik Ridhuan terang terangan.

Adrianna memandang ke arah ayahnya, dimanakah perasaan malunya. soalan itu berlegar dikepalanya.

"boleh bang," Pakcik Ridhuan terus menghulurkan wang tunai sebanyak RM50.

terus Pakcik Wahab menyimpan duit itu di sakunya.

"Ika, Rina nak balik sekali?" tanya Makcik Hwa.

"Ika balik, Rina tak tahulah." kata Khatika.

"Rina, Rina balik tak? Rina?" Makcik Hwa bertanya kepada Adrianna yang temenung, merenung ayahnya.

"Rina?" Khatika.

"ha, ye." Adrianna

" balik tak?" Makcik Hwa.

"balik, Makcik." Adrianna.

"habis, takkan semua nak balik naik teksi?" pakcik Wahab.

"yelah, kenapanya, takut duit habis. kalau tak cukup, Rina dengan Ika akan tambah." kata Adrianna.

Pakcik Wahab menjeling.

"baiklah, kalau korang kata macam tu. nanti Pakcik callkan Teksi." kata Pakcik Ridhuan.

Rina hanya membalas senyuman kepada Pakciknya. Mikhael yang disitu hanya mendiamkan diri.

dilubuk hatinya, mahu sahaja dia menghantar Adrianna tetapi takut disalah erti. Jadi dia mengambil keputusan itu mendiamkan diri.

***

"Ibu, Rina tak tahu ibu, Kenapa ayah mudah mudah nak tuduh Rina macam macam. selama ni, Rina tak pernah buat apa apa yang memalukan dia." Adrianna menangis di depan gambar ibunya.

~~~
imbas kembali

"Rina, sini jap, ibu nak cakap sikit." Ibu Adrianna yang sudah berwajah pucat masih lagi mempunyai kuadrat untuk berjalan walaupum dia mesti memapah.

"ye, ibu. kenapa?" Ketika itu Adrianna baru berusia 9 tahun berlari lari anak menuju ke ibunya.

"ibu nak cakap sikit, Ika mana?" Ibunya.

"Ika!! sini ibu panggil." jerit Adrianna. suaranya yang nyaring mengisi ruang di dalam rumahnya.

"ye, sabar." Khatika yang ketika itu berusia 14 tahun menyahut.

"ye, ibu kenapa?" Khatika.

"sini, ibu nak cakap sikit." Ibunya memberikan tempat untuk Khatika duduk

"nanti kalau ibu dah tak ada, ibu nak pesan sikit. walaupun ayah kau macam tu, kenalah hormat ayah." tanpa pengetahuan kedua anaknya, ibu mengalirkan air mata.

"ibu, ibu nak tinggalkan Rina dengan Ika ke?" Adrianna membuatkan ibunya makin sebak.

"tak Rina, tak. Ibu akan ada sentiasa bersama Rina dan Ika di mana mana pun, selagi ibu ada dalam hati korang berdua." Ibu membelai rambut ke dua dua anaknya.

~~~

Adrianna menangis di dalam biliknya.

"ibu, besarnya dugaan Rina ibu. Ibu doakan Rina kuat ye." Rina memeluk gambar ibunya.

bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience