#27

Romance Series 16322

Masa yang ditunggu telah pun tiba.

Pakcik Wahab dan kak Khatika turut berada dirumah Mikhael.

Mereka juga tidak sabar melihat keputusan hasil DNA kandungan Bella.

"Hwa, nanti awak dengan abang pergi dulu rumah Bella. Biar saya dengan Mikhael yang ambik result tu." Pakcik Ridhuan

"Biar abang ikutlah Wan, kau dengan Hwa yang pergi rumah Bella." Pakcik Wahab mencelah.

"Tak pe ke bang?" Pakcik Ridhuan

"Ye, biar abanh je yang pergi." Pakcik Wahab terus keluar manakala Mikhael sudah menunggu di dalam kereta.

Sebelum keluar dia merenung wajah Khatika dengan penuh sayu.

"Eh, pakcik. Mana papa?" Mikhael

"Biar pakcik je yang ikut Mikhael." Pakcik Wahab.

Mikhael hanya membalas kata kata Pakcik Wahab dengan senyum.

Semasa dalam perjalanan hendak ke hospital, pakcik Wahab menanyakan Mikhael satu soalan cepu emas.

"Mikhael, pakcik nak tanya ni. Mikhael jawab dengan jujur ye." Pakcik Wahab

Mikhael mengerutkan keningnya.

"Mikhael, kalaulah keputusan tu berpihak pada Mikhael dan kalau Mikhael masih sayang dekat Adrianna, jagalah dia, Mikhael." Pakcik wahab

"Pakcik, cinta saya dekat Rina tak pernah pudar. Saya pon harap macam tu Pakcik, saya harap saya dapat jaga dia, saya nak tebus segala kesalahan saya." Mikhael

***

"Kau!!!" Farhan

"Awak, sorry. Sakit, tolong." Amalina merayu kepada Farhan. Rambut Amalina ditarik kuat oleh Farhan

Mukanya ditampar beberapa kali hanya kerana wanita itu tidak mahu memberikan dia wang.

"Kau ni kalau aku ajar makin menjadi." Farhan

Kali ini sebiji penumbuk dilepaskan ke muka Amalina. Terbaring kaku Amalina di ruang tamu.

Dia hanya mampu menangis menahan kesakit. Kandungannya belum lagi masuk 3 bulan sudah dilayan sedemikian. Apatah lagi hendak menunggu ke 9 bulan.

Banyak kali dia cuba melarikan diri daripada Farhan, dirinya rasa terseksa. Setiap kali itulah dia akan dipukup teruk oleh Farhan. Dia mahukan hidupnya yang dahulu.

"Woi, perempuan. Kau dengar sini, aku ni bapa budak tu tau. Jadi kau kenalah hormat aku. Dahlah murah!!!" Kata kata kesat dikeluarkan dari mulut Farhan

Hati Amalina berasa sakit, hendak saja dia menampar muka lelaki durjana ini, tetapi dirinya tidak berdaya.

"Farhan, awak dengar sini. Suatu hari nanti awak akan terima balasan apa yang awak buat pada saya." Kata Amalina sambil menangis.

"Apa?! Balasan! Kau ingat aku takut!" Farhan terus menarik rambut Amalina dan menariknya sehingga ke bilik air.

Paip air dibuka dan dicucurkan ke Amalina. Menjerit jerit Amalina apabila luka dibibirnya terkena air.

Mukanya ditampar lagi sebelum ditinggalkan seorang diri di dalam bilik air.

Tidak pernah dirinya dilayan baik oleh Farhan. Sudah beberapa hari Amalina tidak masuk kerja.

***

Keputusan DNA sudah berada ditangan Mikhael.

"Doa bebanyak Mikhael. Pakcik percaya pada kau." Pakcik Wahab. Meskipon wajahnya cekung akibat musuh negara itu tetapi nampak riak wajah yang risau dimukanya.

"Terima kasih, Pakcik." Mikhael. Mereka berdua bergegas ke kereta. Selepas ini mereka akan terus ke rumah Bella.

Dari jauh, seseorang sedang memerhatikan Mikhael dan pakcik Wahab di dalam Hilux berwarna hitam.

Dia mengekori Mikhael sehingga di satu simpang dia cuba memotong Mikhael.

"Eh, bahayalah orang ni." Mikhael sedikit tersentak apabila Hilux tadi memotongnya dan brek mengejut.

"Dah hidup lama gamaknya." Pakcii Wahab menyampuk.

"Nikmatilah pemandangan disini sebelum kau aku hantar ke alam yang seterusnya." Kata lelaki yang berada di Hilux hitam tadi.

"Mikhael!!!" Pakcik Wahab menjerit.

"Allah!!!" Mikhael

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience