#2

Romance Series 16322

Hari ni merupakan hari pertama Adrianna bertugas di Syarikat Batik Sinar sdn. bhd.

"selamat pagi kak." Adrianna menegur kakak kesayangannya itu.

"amboi, happynya. tak sabar ke nak jadi PA Mikhael?" Kak Khatika sengaja menyakat adiknya itu.

"ish akak ni." Adrianna menjebikkan mukanya.

"dik." Tiba tiba langkah Kak khatika terhenti

"haa, apa?"

"good luck PA Mikhael. hahaha!!"

Adrianna menutupkan telinganya dan terus pergi kebawah.

"good morning Adrianna." pagi pagi lagi Makcik Hwa ada di dapur.

"eh, good morning." Adrianna yang sedikit terperanjant itu menyapa kembali Makcik Hwa.

"Awal bangun, tak sabar ke nak kerja." Adrianna disakat lagi oleh Makcik Hwa.

Adrianna hanya mampu berpura pura ketawa. dalam hatinya, kalau bukan sebab dia perlu kerja memang tak ingin dia ambil jawatan sebagai PA Mikhael ni.

"Morning, ma." Mikhael yang kelihatan amat segak dengan kemeja yang berwarna biru bisa menambat hati sesiapa sahaja yang melihatnya

"morning. amboi, sedondon nampak. eh, like sweet couple lah. hahaha!!" sakat Makcik Hwa.

Mereka berdua berpandangan dan kemudiannya melihat ke arah baju mereka.

Mikhael menundingkan jari kepada Adrianna. manakala Adrianna menjenggelkan matanya. Lalu Mikhael mengambil keputusan untuk memberi Adrianna jelingan maut.

"ohh, kau jeling aku ye. tak apa, tak apa." kata Adrianna seorang diri.

"ma, mana papa?" Mikhael menuang air kopi ke dalam cawan yang telah disediakan

"papa hari ni masuk lambat sikit." balas Makcik Hwa.

"Abis tu siapa yang nak hantar dia ni." kata Mikhael sambil melihat Rina.

"Mikhaellah yang hantar. bukan hari ni sahaja tetapi sepanjang Rina bekerja." kata pakcik Ridhuan yang baru turun dari tangga.

"haa?!!" kata mereka berdua serentak.

"tapi tak apalah, dekat office aku jadi kuli batak kau an. dekat rumah kau jadi driver aku." Adrianna berbisik pada Mikhael.

Mikhael membesarkan matanya. Adrianna hanya tersengih jahat.

Mereka berdua bersarapan nasi goreng yang dimasak Makcik Hwa.

Manakala Kak Khatika baru saja turun selepas mandi.

"Kalau lambat naik grab." Mikhael mengangkat pinggannya untuk di bawak ke singki.

"Makan slow slow Rina, berani Mikhael nak tinggal." Makcik Hwa menjeling Mikhael.

***

"eh, kau nanti sampai sana, jangan pula kau cakap aku ni sepupu kau." kata Mikhael yang sedang memandu.

"aku pun tak ingin nak mengaku kau tu sepupu aku." Adrianna menjeling.

Apabila sampai di pejabat Mikhael. Adrianna terpegun kerana tempatnya sangatlah besar. dibelakang pejabat mereka, disitulah terletaknya kilang batik.

"Kak ton, boleh tak ambilkan meja yang dekat stor tu. lepas tu bawak masuk dekat bilik saya." Kata Mikhael kepada salah seorang tukang bersih yang dikenali sebagai Kak Ton.

"boleh Mikhael." Kata Kak Ton lalu dia terus beredar dari situ.

"kau ikut aku." Kata Mikhael. yang tadinya manis mukanya bertukar menjadi Garang apabila bercakap dengan Adrianna.

Adrianna akur.

2 minit selepas Adrianna dan Mikhael sampai di bilik pengurus, Kak Ton sampai bersama seorang tukang bersih lelaki bernama Abang Man dengan sebuah meja berukuran 1200 (p) x 700 (L) x 750 (T).

"Ha, Kak. letak je situ." Kata Mikhael.

Mereka pun meletakkan meja disebelahan pintu. Jika orang buka je pintu, terus boleh nampak meja itu.

"Adrianna mulai hari ni, tu meja kau." kata Mikhael dan terus pergi ke mejanya.

"dan jangan nak ganggu aku." kata Mikhael lagi.

"Kau tak nak kenalkan aku dekat staff sini ke?" tanya Adrianna.

"kau boleh kenalkan sendirikan." Mikhael malas melayan Adrianna.

"ish, tak profesional." Adrianna menjeling Mikhael.

tok tok tok.

"masuk." Mikhael.

"Tuan... " kata kata seorang lelaki yang mengetuk pintu tadi terhenti apabila terlihat Adrianna.

"eh, Farhan!" Adrianna menegur lelaki tersebut.

"Adrianna, lamanya tak jumpa." mereka bersalaman.

"kalau nak berbual nantilah, sekarang ni masa kerja." Mikhael memotong perbualan mereka.

"ish, sibuk je ." Kata Adrianna perlahan tetapi cukuo membuatkan Farhan terkejut

"Kau, berani kau cakap dengan boss macam tu." Kata Farhan.

"Boss? hmm, manusia jugak." kata Adrianna membuatkan Mikhael bengang.

"Kau ni tak berubah." kata Farhan sambil ketawa.

"Farhan, kenapa masuk bilik saya ni pagi pagi." kata Mikhael sambil menyusun Fail di atas mejanya.

"oh, saya nak bagi fail ni." kata Farhan

"fail? hmm, bagus awak buat kerja. cepat." Mikhael membelek belek fail yang diberi oleh Farhan.

Farhan dan Adrianna bermain main mata.

"ok, ada apa apa lagi." kata Mikhael apabila melihat tingkah laku mereka berdua.

"ha? oh, tak ada apa apa." Farhan terus keluar dari bilik.

"kau ni, mengada ngadakan kalau jumpa lelaki." Mikhael menghempaskan fail yang berada di tangannya.

"don't be such a baby, please." Adrianna malas melayan Mikhael yang sudah mahu mulakan pergaduhan.

"ish, kau ni pakai je dekat office ni, kalau tak..." kata kata Mikhael terhenti disitu.

"kalau tak apa?!" kata Adrianna dan kemudiannya pergi ke mejanya.

"mananya kerusi?" Adrianna

"kerusi? ambillah sendiri." Mikhael.

"ish!" Adrianna terus keluar dari bilik itu dengan muka yang masam.

"kak, kak. hai, saya Adrianna. kak, boleh nak tumpang tanya tak? dekat mana kerusi?" tanya Adrianna kepada Kak Ton.

"oh, Adrianna. pekerja baru ye?" kak Ton

"haah."

"bahagian apa?" tanya Kak Ton.

"Setiausaha pengurus." jawab ringkas Adrianna

"oh, sebab itulah Mikhael mintak meja tadi ye." Kak Ton pun menyuruh Adrianna mengikutnya.

"kak, biar saya yang bawak." kata Adrianna.

"eh, tak apa. biar akak je yang bawak."

"eh, tak apa kak."

"tak apa, tak apa, ni kerja akak."

Adrianna akur.

Apabila sudah mendapat kerusi, Adrianna terus menyusun barang barang yang diberi Mikhael seperti Fail dan kertas kosong beserta sebuah buku berwarna hitam

"kau, kalau nak apa apa berkaitan Kilang Batik ni ambik dekat rak ni." sebuah rak yang penuh dengan fail ditunjukkan oleh Mikhael.

"macam?"

"nanti kau tahulah!"

"ish, orang tanya je." Adrianna menjebikkan mukanya.

Sementara menunggu masa rehat,Adrianna buntu. Dihari pertamanya dia tidak tahu mahu melakukan apa.

berpusing pusing dia duduk dikerusinya, Mikhael melihat dan mengelengkan kepalanya.

"oi, kau tak nak keluar ke?" sergah Mikhael.

Adrianna yang sedang tidur, terperanjat.

"haa, keluar? dah balik ke?"

"banyaklah kau." Terteleng kepala Adrianna apabila ditonjol oleh Mikhael.

"abis tu?" Adrianna mencebikkan mulutnya.

"rehat." Mikhael terus berlalu pergi.

"weh, tunggulah aku!" Kata kata Adrianna hanya diendahkannya.

"aduh, dahlah aku baru first time masuk tempat ni. kantin pun aku tak tahu dekat mana." bebel Adrianna.

selepas itu Mikhael masuk kembali.

"haa! kenapa datang balik, takutlah tu aku bagi tahu pakcik." Adrianna

tiba tiba datang seorang wanita berambut panjang, berskirt pendek masuk ke bilik Mikhael.

Adrianna terkejut.

"you, siapa ni?!" Wanita tadi mendekati Adrianna.

"Ni PA, I." jawab Mikhael.

"sejak bila, you perlukan PA ni?"

"Bella, itu bukan urusan you." Mikhael menjawab.

"ha, bukan urusan I. hello, urusan you, urusan I, ok." kata wanita tadi yang dikenali sebagai Bella.

"Oklah, Boss. saya keluar dulu ye." Adrianna malas mahu campur tangan akan masalah mereka

Mikhael sepertinya tak mahu Adrianna meninggalkan mereka berdua.

"Adrianna!" Mikhael.

Adrianna memekakkan telinga.

Mikhael kelihatan janggal dan riak mukanya kelihatan risau....

"sayang..." Bella membelai muka Mikhael.

"Don' t touch me!" Mikhael menepis tangan Bella.

"you!" Bella merapatkan badannya dengan badan Mikhael.

Adrianna yang sudah jauh meninggalkan mereka berdua berpatah balik. kerana beg tangannya tertinggal didalam.

"sorry, saya tertinggal....." kata katanya terhenti apabila melihat aksi Bella dan Mikhael yang sepertinya berpelukkan.

bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience