#20

Romance Series 16322

"lepas satu, satu yang datang." Adrianna

Seharian Adrianna tidak keluar dari biliknya.

"Sabar Rina, ni semua ujian. Mungkin Allah tengah Rindu dekat Rina, tu dia uji." Khatika. Dia yang masuk ke bilik Adrian membawa makanan terus duduk disebelah Adrianna

"Akak ni susah susah je bawak makanan." Adrianna

"Kamu tu seharian tak makan, risau kakak." Khatika

"Sakit kak, sakit. Sakit sangat. Rina dah mula cintakan dia." Adrianna menangis.

"Sampai hati dia." Adrianna

"Sabar Rina, mungkin dia ada alasan dia sendiri." Khatika

"Alasan? Dengan kes Farhannya lagi, dengan kes Mikhael lagi. Penat kak, Rina penat sangat." Adrianna.

"Akak pun tak tahu nak cakap apa, tapi yang penting, Rina jangan nak jarakkan hubungan denga keluarga Mikhael. Diorang tu tetap pakcik dan Makcik kita." Khatika

"Ye, kak. Rina tahu." Adrianna

"Ni kamu dah mandi belum?" Khatika melihat adiknya dari atas ke bawah.

"Belum." Adrianna tersengih.

"Patutlah busuk. Pergi mandi sana." Khatika menutup hidungnya.

Adrianna mengangkat ketiak , dan mendekatkan dengan Khatika. Sengaja dia mahu menyakat akak nya itu.

"Rina!" Khatika

Adrianna ketawa terbahak bahak. Hanya kakaknya sahaja yang selalu membuat hatinya bahagia.

***

"Awak, sampau bila awak nak berkurung je dekat rumah?" Amalina. Sudah nak dekat 2 bulan lelaki itu duduk dirumahnya.

Tiada jawapan. Farhan sibuk melihat televisyen

"Perut saya ni makin besar, macam mana nak cover?" Amalina duduk disebelah Farhan

"Aku suruh buang kau taknak." Farhan

"Sampai hati awak cakap macam tu, awak tak sayang ke anak ni?" Amalina

"Dia ni masalah bagi kita, ni kau nak fikir macam mana nak simpan perut kau yang makin besar tu." Farhan

Amalina diam, muka yang masam. Kenapalah lelaki ni selalu suruh dia buang kandungan ni. Padahal ini anak dia.

"Awak sedar tak apa yang awak cakap, ni anak awak tau." Amalina

"Ada aku kesah!" Farhan

"Awak jangan sampai saya..." Amalina.

"Sampai apa? apa?! Sini kau." Farhan menarik rambut Amalina.

"Sakitlah." Amalina

"Kau ni kena ajar sikit, kalau tak macam nilah kurang ajar!" Farhan

Habis Amalina dipukul Farhan. Mukanya ditampar beberapa kali sebelum ditumbuk sehingga tersembam

"Kalau kau berani report dekat polis, lagi teruk aku buat kau!" Farhan. Dia terus menuju ke dalam bilik.

Amalina menangis, ini kali pertama Farhan memperlakukan dia begini.

***

Hari ni merupakan hari Adrianna berangkat je Johor untuk menyambung pelajarannya di UTHM.

Terlihat di rumahnya, Pakcik Ridhuam dan Makcik Hwa turut hadir. Merekalah yang menghantar Adrianna nanti

Sementara menunggu Adrianna bersiap.

"Mikhael tahu tak ni?" Pakcik Wahab

"Tahu, tapi saya yang tak kasi dia datang." Pakcik Ridhuan

"Yelahkan, hati Adrianna tak ok lagi tu. Masih sakitkan." Makcik Hwa.

"Yelah." Abang Wahab.

"Habis pasal budak perempuan tu pula?" Pakcik Wahab

"Entahlah bang, dia seboleh boleh taknak mengaku dia yang buat." Makcik Hwa.

"Tapi ada buktikan?" Pakcik Wahab

"Ada, keluarga budak perempuan tu siap cakap. Kalau Mikhael taknak bertanggungjawab diorang nak bawak hal ni dekat pihak polis." Pakcik Ridhuan

"Tapi Mikhael kata tak kisah, dia tak takut. Sebenarnya malu bang, saya malu dengan abang, malu dengan ayah perempuan tu. Malu sungguh." Sambung dia lagi.

Dia sungguh kesal, sudah puas dia memarahi Mikhael. Terlepas juga tangannya.

Tidak lama kemudian, Adrianna keluar dengan sebuah beg lereng bersaiz besar.

Dibelakangnya diikuti oleh Khatika.

Terlihat air dikelopak matanya, mungkin akibat menangis.

"Rina cari apa?" Tanya pakcik Wahab

" Ha?" Adrianna kelam kabut. Dia membetulkan rambutnya yang sudah bersisir rapi.

Kemudian dia teringat akan masa kecilnya bersama Mikhael sewaktu itu menarik rambutnya.

Dia ketawa kecil. Semua melihat Adrianna pelik. Sihat tak budak ni.

"Rina tak nak salam ayah?" Khatika mematikan lamunan Adrianna.

"Ha? Oh." Adrianna terus menuju ke arah Pakcik Wahab dan bersalaman.

Dari jauh, Mikhael melihat. Dia hanya boleh duduk di dalam kereta dan memerhatikan dari jauh sahaja.

Dia tahu betapa hancurnya hati gadis itu.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience