#22

Romance Series 16322

Dibelek belek telefon bimbitnya. Tertera nama Adrianna di hadapan telefonnya. Dia tahu dia tidak patut menelefon gadis itu walaupun dia rindu.

Fikirannya terganggu apabila teringat akan Nabella Ezaty

~~~
Imbas kembali.

"Bella tak nak buat ujian DNA tu kecuali Mikhael dan Bella tunang dulu." Bella

"Kenapa you takut? You takut kalau anak tu bukan anak I." Mikhael

"I cuma taknak nanti, bila dah terbukti you tetap taknak bertanggungjawab." Bella

"Alasan!" Mikhael

"Sudah!" Pakcik Ridhuan

"Bella kenapa Bella banyak sangat alasan ni?" Tanya Pakcik Ridhuan

"Bella bukan beri alasan, tetapi dia cuma berhati hati." Aunty Zila menyampuk. Mereka berdua mahu melambatkan proses ujian DNA.

"Berhati hati apanya, Mikhael dah bagitahu, kalau tu betul anak Mikhael, Mikhael akan bertanggungjawab. Kalau tak, tahu tahu jelah kan?" Mikhael

"Betul cakap Bella, baik you guys bertunang dulu. Tak ada lah orang pelik sangat." Uncle Amin

"Ha?" Mikhael

Makcik Hwa dan Pakcik Ridhuan berpandangan. Mereka juga berfikir akan maruah mereka sekeluarga.

"Ok, baiklah. Kami setuju." Makcik Hwa

"Ma!" Mikhael

"Bila nak buat majlisnya?" Makcik Hwa

"Lagi cepat lagi bagus." Uncle Amin.

"Ok, Ahad minggu depan. Jadinya lagi 4 hari." Pakcik Ridhuan

"No, kita buat next week. Mana sempat nak buat lagi 4 hari." Aunty Zila

"Kita buat kecil kecil je, ajak saudara mara. Lagi pun kita nak cepatkan urusan." Pakcik Ridhuan.

"Ok." Uncle Amin. Bella dan Aunty Zila memandang ke arah lelaki itu.

Mikhael tidak berpuas hati, dia baru sahaja putus tunang, lepas tu mahu bertunang lagi. Memang dia akan dikira sebagai lelaki buayalah.

~~~

Mikhael menghelakan nafas yang panjang

Serabut betul!

***

"Assalmualaikum, Rina. Sihat. Macam mana?" Khatika menelefon adiknya iti setelah seminggu Adrianna berada disana.

"Waalaikumsalam kak, sihat. Oklah, best." Adrianna

"Rina, akak nak cakap sikit ni." Khatika

"Kenapa kak? Akak tak sihat ke? Ayah ok?" Adrianna

"Akak ok, ayah pun ok." Khatika

"Habis tu pasal apa?" Adrianna

"Adrianna ok tak sekarang?" Khatika

"Rina ok, kenapa kak?" Makin hairan Adrianna.

"Akak nak bagitahu ni, Mikhael dah tunang dengan Bella." Khatika

"Habis tu kenapanya?" Adrianna.

"Saja je akak nak bagitahu, yelah Mikhaelkan sebahagian dari keluarga kita." Khatika

"Oh, oklah kak, nanti ucap taniah dekat dia." Adrianna.

"Yelah, Rina jangan fikir sangat ye. Fokus belajar." Khatika

"Ye kak, oklah kak kejap lagi Rina ada kelas ni, nanti kirim salam ayah ye. Ok bye, Assalamualaikum." Adrianna.

"Eh, Rina. Sabar, Rina!" Khatika. Adrianna mematikan panggilan

"Bertuah punya budak dia letak." Khatika.

"Rina cakap apa?" Pakcik Wahab.

"Dia suruh ucap taniah dekat Mikhael." Khatika

"Mintak mintaklah dia tak ada apa apa." Pakcik Wahab.

"Entahlah yah, kenapa nak bagitahu Rina juga? Kalau ini ganggu dia punya pelajaran macam mana?" Khatika

"Rina pun berhak tahu, takkan kita nak rahsiakan pula." Pakcil Wahab.

"Yelah yah." Khatika

"Ika, kau ok tak ni. Kenapa ayah tengok macam pucat je muka kau?" Pakcik Wahab.

"Pucat? Ika oklah, tak ada apa apa. Mungkin penat kot." Khatika memegang mukanya.

"Kalau tak ok, bagitahu ayah. Jangan simpan." Pakcik Wahab.

"Ye yah. Rina nak rehat dululah, penat." Khatika terus menuju ke biliknya.

Pakcik Wahab hanya mendiamkan diri.

Dia tahu anaknya itu tak boleh penat sangat.

***

Selepas sahaja mematikan panggilan kakaknya, dia terus termenung. Rasa sebak menerjah ke hatinya

"Adrianna, berangan ke?" Nissa

"Ha?" Adrianna

"Kenapa kau ni? Ok tak?" Nissa melihat muka Adrianna seperti dia menghadapi satu masalah

"Aku ok." Adrianna tersenyum.

"Tipu." Nissa meletakkan buku di atas meja hadapan mereka

"Yelah, tak ada apa apa." Adrianna cuba meyakinkan.

"Aku tahulah kau tipu." Nissa

"Terserahlah." Adrianna

"Kalau kau ada masalah cakap dengan aku, aku tolong." Nissa

Adrianna tersenyum

"Kau tak ada class ke?" Nissa

"Ada, tapi lagi setengah jam." Adrianna

"Jomlah teman aku pergi cafe kejap." Nissa

"Jom." Adrianna

Sedang mereka berjalan beriringan, mereka terserempak dengan Asrad, abang Nissa

Asrad memandang ke arah Adrianna lalu dia tersenyum

Langkah Nissa terhenti.

"Kenapa Nissa?" Adrianna

"Kau perasan tak tadi?" Nissa

"Perasan apa?" Adrianna pelik melihat Nissa

"Asrad senyum dekat kau?" Nissa

"Dia senyum dekat aku eh? Bukan kau?" Adrianna

"Dia pandang kau." Nissa

"Kenapanya? Senyumkan satu sedekah, mungkin abang kau tu nak beramal jariah." Adrianna

"Tak adanya. Masalahnya ni, dia susah nak senyum dekat perempuan." Nissa

"Ha?" Adrianna mengerutkan kening.

"Dahlah lupakan." Nissa tidak mahu melanjutkan perbualan mereka. Langkah diteruskan.

Dahi Adrianna berkerut. Apa yang dimaksudkan Nissa.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience