#35

Romance Series 16322

Arsad melihat ke arah telefon bimbitnya, hatinya gelisah sama ada mahu menelefon atau tidak Adrianna. Dia berasa bersalah kerana tidak dapat menunaikan hasratnya itu.

"Call jelah kot." Arsad memberanikan hatinya untuk menghubungi Adrianna.

Adrianna yang sedang tertidur terbangun apabila mendengar telefonnya berbunyi. Dia mengosok beberapa kali matanya dan terbatuk batuk kecil untuk membetulkan suaranya.

"Hello. Assalamualaikum, ye abang Arsad kenapa call?" Adrianna

Mikhael yang mendengar Adrianna menyebut nama Arsad terus memandang ke arah gadis itu. Jantan ni mahu apa sebenarnya, asyik telefon anak dara orang je. Cetus hati Mikhael.

"Adrianna, sorry tau sebab saya tak dapat nak ambil awak." Kata Arsad.

"Eh, tak apa lah. Lagi pun saya dah gerak ni." Adrianna membetulkan rambutnya yang serabai.

"Awak dah gerak? Awak pergi naik apa?" Arsad

"Rina lapar tak? Kalau lapar abang berhenti dekat kedai makan depan tu, kita makan dulu ye." Tiba tiba Mikhael mencelah. Mikhael menjelirkan lidah ke arah Adrianna.

Terbeliak mata Adrianna apabila mendengar Mikhael membahasakan dirinya 'abang'.

"Eii." Adrianna.

"Apa?" Kata Mikhael tanpa mengeluarkan suara tetapi masih di fahami oleh Adrianna.

"Oh, Mikhael ke yang hantar awak?" Arsad.

"Haah, ingatkan Pakcik yang nak hantar saya tadi. Tapi dia ada hal, jadi Mikhaellah yang kena hantar saya." Adrianna.

Meluat Mikhael tengok si Adrianna ini.

"Oklah Adrianna saya letak dulu fon ni ye. Hati hati. Bye awak." Arsad terus meletakkan panggilannya. Mukanya ditutupkan dengan bantal.

"Kenapa aku cakap macam tu? Bye awak? Argh, malunya." Arsad mengetuk ngetuk dahinya lalu dia tersenyum.

Tidak dengan Adrianna, dia berasa itu perkara yang biasa sahaja. Sebaik dia meletakkan telefonnya kembali kedalam beg.

"Amboi kau, gediknya." Mikhael.

"Eh, kau. Suka hati akulah. Abang Mikhael kata tadi lapar, jomlah makan." Adrianna sengaja mengajuk ayat Mikhael sebentar tadi.

"Cepatlah Abang Mikhael, adik Adrianna ni lapar." Adrianna sengaja mengepitkan suaranya seakan budak kecil.

"Annoyinglah kau ni." Mikhael.

"Banyaklah kau lapar, tadi kita baru makan." Sambung Mikhael.

"Tahu pun, yang kau mencelah tadi kenapa? Lepas tu buat buat tanyalah, Rina lapar, kalau lapar abang berhenti dekat kedai makan depan tu." Adrianna menekankan perkataan Abang itu.

"Geramnya aku budak ni." Mikhael mencubit lengan Adrianna. Cubitannya bukan lah kuat sangat pun tetapi Adrianna menjerit seakan cubitan Mikhael kuat.

Nasib baiklah tingkap kereta mereka bertutup, kalau tidak mesti orang luar mengganggap Adrianna ini seolah didera.

Adrianna menjeling Mikhael dan terus mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.

Arsad duduk termenung sambil memegang cawan kopinya yang masih panas. Dihidunya aroma kopi latte yang dipesannya. Kadang kala dia tersenyum seorang diri. Jikalau ada yang melihat gelagatnya, sudah pasti mereka menganggap Arsad sakit mental.

"Hoi, termenung!" Seorang lelaki berkaca mata menyergah Arsad dari belakang sehingga bahu Arsad terangkat sedikit.

"Kau berangan apa tu?" Lelaki itu berpakaian tshirt berwarna putih dan berjeans hitam menarik kerusi dihadapan Arsad dan duduk.

"Kau ni, mana salam kau?" Arsad.

"Ala kau ni lek ah." Lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Mal, sebenarnya aku nikan..." Tidak sempat Arsad mengabiskan kata katanya, lelaki tadi yang dikenali sebagai Mal atau pun Iqmal terus memotong perbicaraan Arsad.

"Syad, kau tahu tak?" Iqmal.

"Tahu apa?" Arsad menghirup kopi yang dihadapannya itu.

"Teha." Iqmal memandang muka Arsad dengan penuh tanda tanya.

Tingkahnya yang sedang menghirup kopi terhenti apabila mendengar nama yang disebut Iqmal tadi. Kata kata Iqmal tidak dibalas. Namun dia cuba berlagak tenang.

"Aku baru dapat mesej dari Teha." Iqmal. Masih tiada apa apa respon dari Arsad.

"Yang suami dia dah meninggal." Iqmal. Terdengar kata kata itu, Arsad terus memandang muka Iqmal.

"Sakit apa?" Itu sahaja yang ditanyakan Arsad.

"Katanya kemalangan." Iqmal.

"Kalau kau nak melawat, kau pergilah aku tak kot. Assigment aku tak siap lagi." Arsad menghabiskan sisa kopinya. Iqmal yang mendengarnya hanya mengangguk. Seakan dia sedang menjaga hati Arsad.

"Kalau macam tu, aku balik dululah. Nanti kita jumpa lagi. Ha, kau balik ni naik apa?" Arsad.

"Aku naik motor. Kau geraklag dulu. Sorry doh baru nak spent time dengan kau." Iqmal.

"By the way, nanti kau kirim salam dekat Teha, cakap dekat dia takziah." Arsad terus pergi meninggalkan Iqmal.

"Syad, kau kawan aku. Aku tahu apa yang kau tengah rasa tu." Iqmal berbicara seorang diri.

~~~

Sedar tak sedar akhirnya, Adrianna sampai juga dia di depan rumah sewanya. Mikhael membantu Adrianna mengeluarkan beg bagasinya.

"Kau duduk dengan siapa dekat sini?" Mikhael melihat sekelilinv rumah sewa Adrianna itu.

"Ramai. Nissa pon ada." Kata Adrianna.

"Weh, Adrianna. Kenapa tak call kalau kau dah sampai?" Nissa. Kebetulan Nissa sebenarnya hendak membuang sampah. Dia melihat ke arah Mikhael dan memberi satu senyuman ke arahnya.

"Kenapa nak call pula? Aku bukannya vvip." Kata Adrianna sambil ketawa.

"Sini beg kau aku tolong bawakan." Nissa menggambil satu beg bagasi milik Adrianna untuk dibawa masuk.

"Ha, Mikhael. Kau nak tidur mana malam ni? Tapi sorrylah aku tak boleh ajak kau masuk." Adrianna.

"Hotellah mana lagi. Is ok lah, aku faham. Budak dalam rumah sewa kau ni ramai yang single ke?" Mikhael menyakat.

"Cakap dekat aku gatal. Diri sendiri pon sama." Adrianna mencubit lengan Mikhael. Tetapi cubitannya berbeza dengan Mikhael. Bagaikan nak tercabut kulit Mikhael dicubit olehnya.

"Sakitlah." Mikhael menepis tangan Adrianna.

"Tau pun kau. Esok kau terus balik ke?" Adrianna.

"Tak, aku stay berapa hari dekat sini. Nak juga tengok tengok bandar Johor ni." Mikhael memandang tepat dimata Adrianna.

"Aku pergi dululah, tak manis pula orang tengok." Mikhael berasa segan apabila melihat seorang teman serumah Adrianna yang baru balik melihatnya atas kebawah atas kebawah. Tetapi selepas itu, dia memberikan Mikhael satu senyuman sebelum menyapa Adrianna. Gadis itu bernama Risya.

"Oklah, bye. Hati hati kaki kau tu dahlah tempang." Adrianna sengaja membuat Mikhael panas hati.

Malas Mikhael mahu melayan Adrianna. Jikalau dia layan memang sampai esoklah tidak habis. Dia mengetuk kepala Adrianna dan terus pergi.

"Uit, siapa tu boyfriend ke? Handsome." Seorang rakan serumah Adrianna bernama Maya yang dari tadi menghendap Adrianna dan Mikhael dari dalam rumah.

"Ish, tak adalah. Cousin je tu." Adrianna tersenyum. Dia terus memasuki rumah sambil diekori Maya.

"Cousin kau? Seriuslah? Handsome gila." Kata Maya beria.

"Single lagi tak?" Maya menempal pada Adrianna yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sofa.

"Tak, dia dah ada yang punya." Adrianna. Dia berasa menyampah dengan Maya yang sibuk dengan Mikhael. Mungkinkah ini perasaan cemburu? Adakah dia masih sayangkan Mikhael?

Bersambung..

happy reading:) Adakah Adrianna masih membuka hatinya untuk menerima Mikhael? Anda rasa Adrianna patut ke tidak menerima Mikhael kembali?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience