#14

Romance Series 16322

"Adrianna, you just relax." Farhan

"Relax kepala otak kau!" Adrianna

Tangannya berpeluh dan mengeletar membuatkan telefon bimbitnya terjatuh

"Hello, Adrianna." Mikhael. Adrianna perasaan bahawa panggilannya sudah dijawab oleh Mikhael.

Dia mengambil kesempatan ini untuk memberitahu bahawa dirinya dalam bahaya. Dia segera menjerit meminta tolong agar Mikhael tahu bahawa dirinya di dalam bahaya.

"Jangan dekat! Tolong!!!" Adrianna.

"Adrianna!!" Mikhael. Tanpa membazir masa dia terus meninggalkan kilangnya itu. Panggilan tadi telah terputus.

Sampai sahaja di kereta, Mikhael cuba lagi sekali untuk menghubungi Adrianna. Tetapi gagal

Tanpa membuang masa dia terus menghidupkan kereta dan terus memecut laju tanpa arah tuju.

Mikhael mengucap panjang, fikirannya serabut nemikirkan dimana Adrianna. Tiba tiba dia teringat akan tempat yang dikongsikan Adrianna tadi.

"Rumah Amalina." Mikhael

~~~

Akhirnya Adrianna tewas apabila dia tergelincir di hadapan pintu bilik ketika cuba melarikan diri dari Farhan.

"Sayang, jangan lari." Farhan mendapatkan Adrianna yang terjatuh.

Telefon bimbit Adrianna sudah habis berkecai dicampak oleh Farhan. Apabila terlihat panggilan dari Mikhael.

"Tolong Farhan, tolong jangan apa apakan saya." Adrianna merayu.

"Saya rasa hari ni je saya tak boleh tolong awak." Farhan tersenyum tangannya membelai muka kecil Adrianna

Adrianna memberanikan diri untuk menumbuk muka Farhan. Sedas Farhan kena dengan penumbuk kecil Adrianna. Adrianna segera bangun dan berlari. Tetapi langkah Farhan lagi besar darinya.

"Kau nak pergi mana?" Farhan memeluk pinggang Adrianna. Terasa susah Adrianna mahu bernafas kerana pelukan Farhan terlalu kuat.

"Tolong!!!" Pekik Adrianna

Adrianna menumbuk tangan Farhan untuk melepaskan pelukan Farhan. Badannya diangkat oleh Farhan sehingga masuk kembali kedalam bilik itu.

Badan kecil Adrianna dilemparkan di atas katil.

"Farhan, mengucap Farhan. Ingat Allah!!" Adrianna

"Dalam otak aku hanya ada kau je Adrianna. Aku dah lama simpan perasaan dekat kau, tapi kenapa kau taknak terima?!" Farhan menarik kuat rambut Adrianna. Habis terlerai ikatan rambutnya.

"Tolong Farhan, saya percaya awak." Rayu Adrianna.

"Cantiknya kau malam ni." Farhan

Tiba tiba tangan kanan milik Farhan hinggap di pipi Adrianna, penumbuknya membuatkan Adrianna lemah.

Pandangan Adrianna kelihat samar, dia hanya merasa tangan Farhan yang merayap hampir ke seluruh tubuhnya. Hanya air matanya sahaja yang mampu keluar.

"Sayang, malam ni malam kita." Bisik Farhan. Adrianna mengunakan sedikit tenaganya untuk melawan Farhan. Tetapi tenaganya terlalulah sedikit. Tidak mendatangkan sebarang kesan pun kepada Farhan.

Dia hanya dapat merasa yang butang bajunya dibuka, Lehernya dicium manja, rambutnya dipintal pinta, pipinya diusap manja.

Dia mengharapkan Allah menghantar seseorang untuk membantu dirinya.

Dalam pandangan yang samar itu, dia melihat Farhan membuka baju sebelum dirinya pengsan.

***

Sesekali Adrianna cuba membukakan matanya tetapi berat. Pipinya terasa sakit.

Lampu disitu lagi membuatkan dia susah untuk membuka matanya.

"Adik?" Satu suara kedengar di tepi Adrianna

Perlahan lahan Adrianna membukakan matanya. Sakit kepalanya. Sesekali pandangan kelihatan terang, dia terlihat kelibat kakaknya , Khatika

"Kakak?" Adrianna mengerlipkan beberapa kali matanya.

Setelah Adrianna telah diperiksa oleh doktor, Makcik Hwa memasuki wad Adrianna.

"Macam mana Adrianna?" Kata makcik Hwa. Suaranya hanya dapat didengari oleh Khatika

"Doktor kata mungkin dia akan menghadapi trauma atau kemurungan." Kata Khatika

"Kesian Rina." Sayu wajah Makcik Hwa.

"Rina tu bernasib baik, patutnya bila saya dah rasa tak sedap hati, saya larang dia pergi." Khatika menekup mukanya.

"Dia tidur ke?" Makcik Hwa mendekati Adrianna

"Tak rasanya." Khatika. Walaupun mata Adrianna tertutup rapat tapi dia tidak tidur.

"Rina." Makcik Hwa

"Eh, makcik. Bila makcik sampai?" Adrianna cuba mengerakkan dirinya.

"Baru je. Rina macam mana? Ok tak?" Makcik Hwa

"Ok je." Adrianna

"Macam mana Rina boleh ada dekat sini?" Tanya Adrianna, dia berharap agar perkara malam tadi adalah mimpi ngerinya sahaja.

"Rina tak ingat?" Khatika

"Ha?" Adrianna mengerutkan keningnya.

"Assalamualaikum." Mikhael. Bersamanya ada sebuah kertas.

"Waalaikumsalam." Mereka menjawabnya serentak.

"Macam mana Mikhael? Dah buat report?" Tanya Makcik Hwa.

"Dah ma." Balas Mikhael

"Kak, ni surat reportnya, simpan tau." Mikhael menghulurkan surat itu kepada Khatika

"Mikhael pegangkanlah, akak ni cuai orangnya." Khatika

Mikhael bersetuju untuk menyimpan surat aduan itu.

"Kak, macam mana Adrianna boleh ada dekat sini." Adrianna tetap mahu mencari kebenaran. Adakah dia masih suci ataupun belum.

Lagi tadi Adrianna langsung tidak memandang wajah Mikhael, perasaannya bagaikan takut. Hendak sahaja dia menjerit menyuruh lelaki itu keluar.

"Rina, nasib Rina baik tau." Khatika

~~~
Imbas kembali

"Mia, bangun mia. Dah sampai dah." Kata seorang lelaki kepada anak perempuannya yang baru berusia 5 tahun. Dia merupakan jiran kepada Farhan.

Tiba tiba

"Tolong!!!!" Dia terdengar satu suara perempuan dari rumah sebelahnya.

"Bang, dengar tak?" Kata si isteri.

"TV kot." Mereka mahu bersangka baik. Tetapi hati mereka masih berasa tidak sedap hati.

Sekali lagi mereka mendengar suara perempuan meminta tolong.

"Bang, jomlah tengok. Saya tak sedap hatilah." Kata si isteri setelah pekikkan kedua kedengaran.

Si suami akur, lantas dia mengambil payung yang berada di tepi pintu rumahnya untuk dijadikan senjata.

"Awak tunggu sini jap." Kata si suami perlahan

Si isteri mendengar akan arahan suaminya.

Pintu semua tidak berkunci memudahkan mereka memasukki kediaman itu.

Si suami membuka pintu dan menjenguk kedalam tanpa memasuki rumah itu. Televisyen tidak terpasang. Terdapat kasut perempuan dihadapan rumah. Si suami berlari semula ke arah isterinya.

"Yang, awak call polis. Sekarang." Kata si suami

"Awak nak pergi mana?" Si isteri

"Saya nak pergi tengok atas jap." Si suami menjaga langkah.

"Bang bahayalah." Kata si isteri, risau dibuatnya.

"Tak apa, perempuan tu lagi perlukan kita. Doa pada Allah je. Call sekarang." Kata si suami.

Si isteri segera mendail 999. Manakala si suami sudah memasuki rumah itu.

Satu bilik yang tidak bertutup rapat diintainya. Kelihatan seorang lelaki tanpa berbaju cuba mencabul seorang wanita yang berada di atas katil.

Tiba tiba

"Argh!" Farhan. Lelaki berkenaan menghentak kepala Farhan mengunakan sekaki payung.

Farhan mula panik dan terus melarikan dirinya keluar.

"Cik, cik, bangun cik. Cik?" Si suami

"Abang!" Isteri

~~~

"Tapi Rina jangan risau, Mikhael dah buat report." Khatika

Adrianna memejamkan matanya, terlihat air matanya jatuh.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience