#7

Romance Series 16322

"Adrianna!" Farhan memanggil Adrianna sebaik sahaja terlihat gadis itu berada di luar bilik pengurus

"ye, saya."

"awak pergi mana? boss ada dekat dalam?" tanya Farhan

"saya pergi toilet, boss ada dekat dalam. kenapa?" Adrianna

"awak sibuk tak?" Farhan

"kenapa?" Adrianna pelik

"saya nak tanya awak sesuatu ni." Farhan

"tanyalah." Adrianna

"jom pergi meja saya sekejap." Farhan. Adrianna mengikut Farhan

"Adrianna, betul ke awak kena tangkap basah dengan Mikhael?" Farhan memandang sayu kearah Adrianna.

"awak dengar dari mana ni?" Adrianna tersengih menyembungikan perkara itu.

"dah kecohlah. betul ke?" Farhan merenung mata Adrianna

"Patutlah aku pergi tandas tadi ramai je yang tengok aku." Kata Adrianna dalam hatinya

"Adrianna! awak tak jawab lagi soalan saya." Farhan berang apabila Adrianna meninggalkan dia begitu sahaja.

"Adrianna!" panggilan itu menarik beberapa orang pekerja termasuklah Amalina.

Adrianna terus sahaja berjalan. apabila masuk sahaja ke bilik pengurus...

"Mikhael!" Adrianna memeranjatkan Mikhael yang sedang membelek fail.

"apa kau ni, terkejut aku!" Mikhael.

"weh, pasal kes kita tu dah kecohlah satu office." Adrianna memegang kepalanya.

"aku dah agak." Mikhael sepertinya sudah bersedia dengan ini semua.

"kes tu dah dekat seminggu baru kecoh." Adrianna.

"ada orang tanya kau pasal ni ke?" Mikhael.

"haah, aku tak tahu nak jawab apa." Adrianna

"jawab jelah perkara yang betul, nanti lama lama diorang tutuplah mulut tu." Mikhael.

"senangnya kau cakap, aku yang malu nanti." Adrianna marah

"kalau macam tu, kau kelentonglah sikit." Mikhael

"aku malulah." Adrianna menekup mukanya menggunakan tangan dia yang halus itu.

"Tak payah malu, lepas kita khawin senyaplah tu." Mikhael.

"ish, kau ni. senang je cakap!" Adrianna terus pergi ke tempatnya.

Mikhael bangun, tujuannya adalah untuk pergi je tempat Adrianna tetapi...

"You." dengan girangnya Bella datang.

"Bella." langkah Mikhael terhenti.

Adrianna memandang ke arah Bella, pandangannya disambut tetapi dibalas dengan jelingan.

"You, malam ni I datang rumah you tau." Bella.

"Malam ni? buat apa?" Muka Mikhael berkerut.

"malam ni family I nak dinner rumah you." Bella

"dinner?" Mikhael memandang Adrianna. muka Adrianna tiada apa apa perasaan.

"kenapa you pandang dia, I yang nak datang rumah you. bukan dia." Bella

"Bella, ikut I jap." Mikhael terus keluar bersama Bella

Adrianna masih tiada apa apa perasaan, hanya duduk dan membuat kerjanya.

"kejap, Bella nak datang rumah Mikhael? alamak, macam mana ni?!" Adrianna baru tersedar, dia akhirnya dapat tangkap kenapa Mikhael memandangnya

"Aduh, macam mana ni?" Adrianna gelisah.

tidak lama selepas itu, Mikhael masuk berseorangan.

"Mikhael, macam mana ni?" Adrianna

"buat macam biasa sahaja."Mikhael.

"dan lagi satu, lunch ni kita keluar." Mikhael

"pergi mana?" Adrianna

"balik, ada benda aku nak bincang." Mikhael.

Mereka berpandangan.

***

"apa yang penting sangat Mikhael?" Pakcik Ridhuan

"duduk dulu papa, ma." Mikhael

"ni pasal perkhawinan Mikhael dengan Rina. Mikhaek nak cepatkan." Mikhael.

setiap kata kata Mikhael pasti mempunyai kejutan.

"cepatkan kenapa?" makcik Hwa.

"lambat sangatlah hujung tahun. lagi pun mungkin masa tu Adrianna dah sambung belajar." Mikhael.

Adrianna memandang Mikhael tidak puas hati. kalau boleh, Adrianna mahu menangguhkan perkhawinan ini. ataupun batalkan sahaja.

tetapi betul kata Mikhael, sedang ini pun sudah menjadi buah mulut orang. sudahlah dia dan Mikhael asyik bersama.

"Rina tak setuju." Adrianna

"Rina, takut nanti ayah ingat lain. nanti ayah ingat Rina me.. mengandung." takut Adrianna mahu menyebut perkataan mengandung itu.

"Mikhael, please jangan cepatkan." Adrianna merayu.

"ok, tapi ada syarat. Mama dengan papa jangan cakap yang kami ni sepupu lagi lagi dengan family Bella." Mikhael.

"malam nanti jangan cakap yang Adrianna ni sepupu Mikhael." sambungnya.

"habis tu nak cakap apa? jap, macam mana Mikhael tahu malam ni Family Bella nak datang?"

"dia datang office tadi." Adrianna.

"datang office?" Pakcik Ridhuan.

"ma, pa. nanti hanya cakap yang Adrianna ni bakal isteri Mikhael." Mikhael kembali kepada topik asal.

"bakal isteri? eeuu, what you talking about?" Adrianna hanya mampu berkata di dalam hatinya.

"dan, Adrianna. kau jangan panggil mama aku makcik, panggil mama."sambung Mikhael

"mama?" Adrianna

"ye, malam ni je." Mikhael

setelah beberapa minit mereka terdiam, Mikhael teringat akan perbualan mereka tentang pertunangan.

"Ma, dah cakap dengan papa pasal tunang?" Mikhael.

"sudah, papa kata ok." kata Makcik Hwa.

"kamu nak buat bila?" kata Pakcik Ridhuan.

"awal bulan depan." Mikhael

"awal bulan depan? maknanya lagi 2 minggulah." kata Pakcik Ridhuan menghitung hari.

"jadinya, Rina minggu depan boleh balik. dah bagitahu Ika kan?" Pakcik Ridhuan

"belum." Adrianna

"belum? ha, tak apalah, nanti biar makcik yang bagi tahu." Makcik Hwa

"kalau pasal urusan majlis, pakcik akan tanggung." Pakcik Ridhuan.

"minggu depan merisik, minggu lagi satu tunang." Mikhael.

"boleh." pakcik Ridhuan.

muka Adrianna tiada reaksi, dia terpaksa redho.

***

"Hello, aunty." Bella dengan bergaun pink memeluk Makcik Hwa sebaik sahaja disambut oleh tuan rumah itu.

"hai, Zila, Bella." Zila merupakan ibu kepada Bella. terlihat muda, tetapi sebaya dengan Makcik Hwa.

"Hai, Hwa. terima kasihlah sudi jemput kami dinner rumah you malam ni." Aunty Zila.

"eh, you buat apa dekat sini?" Bella terkejut apabila Adrianna turut berada disitu.

Adrianna terlihat anggun dengan blouse yang berwarna biru laut itu. dengan rambut yang dilepasnya, dia berasa tidak selesa tetapi Mikhael yang menyuruh dia memakai baju ini.

"hai, Bella." Adrianna

"korang kenal?" Makcik Hwa.

"lebih dari kenal, ma" Adrianna

"baguslah dah kenal." aunty Zila.

"jomlah pergi meja makan, makanan pun dah terhidang tu. Adrianna, tolong panggil Jejaka jejaka dekat luar tu." Makcik Hwa.

"ha, tak apalah biar Bella je yang pergi." Bella

"tak apa, tak apa. Bellakan tetamu, biar saya yang panggil." Adrianna terus meninggalkan mereka. Bella tetap dengil dia mengekori Adrianna.

sesampai di muka pintu..

"Mikhael, uncle, pak... pa. marilah masuk." Nyaris Adrianna tersasul

"papa?" Bella

"jomlah masuk Min" Pakcik Ridhuan berkata kepada ayah Bella.

Apabila mereka masuk, Bella sudah melirik senyuman kepada Mikhael. tetapi tidak dilayan Mikhael.

"Adrianna, jom." malah dia hanya menegur Adrianna sahaja, ini lagi membuatkan Bella terasa sakit hati.

sebenarnya Adrianna memang mahu menyakitkan hati Bella.

sebaik dimeja makan, Mikhael mengambil tempat di bahagian sebelah Adrianna manakala Bella di hadapan Mikhael.

Makcik Hwa berada di hadapan aunty Zila dan disebelah Adrianna. Diantara aunty Zila dan Bella terdapat kerusi kosong yang sengaja dikosongkan Bella supaya dia dapat duduk berhadapan dengan Mikhael

manakala pakcik Ridhuan dan uncle Amin berada di hujung meja.

sedang mereka menjamu selera. Mikhael mahu membuat satu pengumuman.

"perhatian semua." Mikhael.

mereka yang sedang menjamu selera, terhenti seketika.

"Mikhael nak bagi tahu sekarang ke?" Adrianna berbisik kepada Makcik Hwa.

"entahlah, kalau ye biar betul Mikhael ni." Makcik Hwa berbisik pada Adrianna.

"Mesti Aunty dengan uncle pelikkan, siapa perempuan sebelah saya ni?" Mikhael.

"saya perkenalkan Adrianna, future wife Mikhael." Mikhael

"what?!!!!" Bella

"Bella? are you ok?" aunty Zila terkejut apabila Bella menjerit

bukan Aunty Zila sahaja, malah semua terkejut. nafas Bella semakin laju, matanya tepat memandang Adrianna. Adrianna pula membalas renungan itu dengan senyuman lagilah membuatkan Bella panas.

"taniah Mikhael, bila weddingnya?" uncle Amin

"thanks Uncle, hujung tahun ni." Mikhael

aunty Zila memandang anaknya, dia tahu anaknya sudah memendam rasa terlalu lama pada Mikhael. Dia dapat rasa apa yang anaknya rasa.

mereka semua kembali menjamu selera. pandangan Bella tidak beralih daripada memandang Mikhael.

setelah selesai makan malam, keluarga Bella meminta izin untuk pulang.

"thanks, Hwa. sedap makanan tadi." Aunty Zila.

"biasa je, Zila." Makcik Hwa tersenyum.

"kami balik dulu ye. see you again." Aunty Zila mencium pipi Makcik Hwa.

Adrianna menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Auntu Zila tetapi tidak disambut.

"Mikhael, aunty balik dulu ye." Aunty Zila mengendahkan Adrianna.

"Mikhael, I balik dulu ye. good night." Bella cuba untuk mencium pipi Mikhael.

tetapi sempat dielaknya. Adrianna terperanjat melihat tindakan Bella. Hanya Mikhael dan Adrianna sahaja yang perasan akan tindakkan Bella tadi.

"tak apalah You, bye baby." Bella

sebelum keluar Bella sempat memandang Adrianna dan berkata...

"loser.." perlahan tetapi mampu didengari Adrianna.

hendak sahaja dia tarik rambut perempuan itu, nasib ada keluarganya di sini.

setelah mereka pulang, Adrianna melabuhkan punggungnya ke Sofa. terasa lengung pinggangnya.

"Pergilah basuh pinggan tu." Mikhael

"aduh, penatlah." Adrianna

"tak ada penat penat, perempuan mana boleh malas. pergi sana." Mikhael menolak badan Adrianna.

"Amboi, Mikhael kalau arah orang laju je ye. pergi tolong Adrianna sekali." pakcik Ridhuan

"alah, biarlah dia buat sendiri." Mikhael

"Mikhael!! aku dengar, cepat tolong sini." Adrianna yang berada di dapur mendengar perbualan mereka.

Makcik Hwa ketawa melihat gelagat Mikhael yang terpaksa itu.

"padan muka kau." Adrianna ketawa melihat muka Mikhael yang masam.

"kau basuh pinggan, aku angkat je ye." Mikhael

"boleh je, nanti ambil pinggan yang kat meja tu, susun sekali tau. perkakas masak tu semua." Adrianna memberi arahan.

Mikhael terpaksa menunggu Adrianna membasuh pinggan, dia kena menyusun pinggan pinggan itu pula.

"Mikhael." Adrianna.

buih cuci pinggan itu ditiup ke arah Mikhael.

"aduh! Adrianna!!" Mikhael

"hahaha, sini sini." Adrianna yang pendek cuba mencapai muka Mikhael.

"kau tahu tak masuk mata, pedih ngek." Mikhael masih menutupkan mata nya.

"yelah yelah, sini muka kau tu. aku bersihkan." Adrianna masih menonjet mencapai muka Mikhael.

Mikhael merendahkan badannya.

"sabar ye, aku lap jap." masih tersisa gelak tawa di mulut Adrianna.

"suka kau ye." Mikhael.

Apabila Mikhael membuka matanya, tepat pandangan memandang mata Adrianna.

Dia terpaku melihat mata Adrianna yang cantik berwarna coklat. bentuk mukanya yang kecil dan rambutnya yang lurus. sungguh rapat mukanya dengan muka Adrianna.

"apa pandang pandang?!" Adrianna

Mikhael terus menegakkan badannya. mukanya bertukar menjadi merah, jantungnya berdegup kencang.

"kau ni, jangan buat macam tu lagi. sakit tau." Mikhael cuba meredakan suasana, dia taknak Adrianna perasan yang dia sedang malu.

"yelah, kalau nak cepat. tolong cuci pinggan tu pastu susun." Adrianna.

"amboi, sedap arah orang je ye." Mikhael

"kau jangan banyak songeh, buat je." Adrianna

apabila semuanya selesai, Mikhael terus kebiliknya. dia masih terbayang muka Adrianna.

"patutlah Farhan macam syok je dekat Adrianna." Mikhael kembali mengingati mata Adrianna.

"cantik juga sepupu aku ni, eh bakal isteri aku lah." Mikhael tersengih seorang diri.

***

" Farhan! Farhan sabar lah." Amalina

"apa?!" Farhan memberhentikan langkahnya.

"janganlah marah, saya nak cakap something ni." Amalina

"apa? cakaplah." Farhan memeluk badannya sendiri.

"Farhan, sebenarnya.. saya.. suka dekat awak dah lama saya suka dekat awak. nah coklat." Amalina

"haa?" Farhan terasa jengkel. tetapi dia menggambil coklat itu.

"thanks tapi saya cuma anggap awak sebagai kawan je." Farhan terus meninggalkan Amalina.

senyuman Amalina tadi semakin hilang, hatinya berkecai

"kawan? ha, Kawan?" Amalina masih tercegat disitu

"Farhan, ni semua seban Adrianna kan?!" Amalina masih tidak berpuas hati.

langkah Farhan terhenti.

"ni sebab Adriannakan?!" Amalina mengulangi soalannya.

Farhan tidak membalas soalan Amalina malah dia terus pergi.

"arghh!!" Amalina terasa amat marah.

"aku tak akan putus asa, Farhan." Amalina.

"suka aku, ha." Farhan

"cinta aku hanya untuk Adrianna sahaja." Sambungnya lagi.

coklat tadi diletaknya di atas sebuat meja staff lain. entah meja siapa siapa yang diletaknya.

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience