#32

Romance Series 16322

"Ya, Allah!" Adrianna memberhentikan langkahnya dan membuatkan Asrad nyaris mahu melanggar dia.

Sekarang Khatika berada kemas didalam dakapan Farhan. Mata pisau yang tajam sudah diajukan tepat dileher Khatika.

"Farhan, bawa mengucap! Lepaskan akak aku!" Rayu Adrianna. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Setitik demi setitik jatuh ke pipi.

"Mana Amalina!" Tempik Farhan. Mata pisau semakin dia dekatkan dileher Khatika.

Khatika memejam kuat matanya menahan rasa takut yang membendung diri. Air mata sudah jatuh bergelinang. Lemah semangatnya.

"Lepaskan kakak aku dulu!" Balas Adrianna.

"Kau!" Kali ini pisau itu sudah dihalakan kepada Adrianna.

Arsad yang turut berada disitu segera menarik lengan Adrianna. Risau dia apabila pisau itu cukup dekat dengan gadis itu.

" Bang, bawa bertenang bang. Kita boleh bincang hal ni baik-baik. " Pujuk Arsad.

"Kau diam!" Tempik Farhan lagi. Pisau itu kembali ke leher Khatika. Cukup dekat sehingga boleh mengelar sedikit leher gadis itu.

"Semua ni jadi sebab kau! Sebab kau Adrianna!" Farhan bagai hilang kewarasan.

Dia menguatkan dakapan dia terhadap Khatika. Melepaskan segala amarah terhadap gadis itu.

Adrianna menggelengkan kepalanya. Dia sudah tersedu-sedan disitu. Salah dia? Salah dia ke semua ini terjadi?

Matanya kemudian tertancap kepada Khatika yang semakin lemah. Dia lihat leher gadis itu sudah ada lelehan darah. Adrianna semakin gusar.

Dia kemudian mendekati Farhan perlahan-lahan.

"Farhan, tolong bagi kakak aku balik. Aku merayu pada kau. " Rayu Adrianna sambil mendekati lelaki itu.

Dia melangkah dengan berhati-hati. Risau kalau langkah yang dibuat membuatkan lelaki itu bertambah agresif.

"Adrianna! Jangan dekat! " Jerit Arsad. Dia cuba menarik lengan gadis itu. Tapi pertolongannya sia-sia apabila ditepis kuat oleh gadis itu.

"Adik, jangan dekat, please. " Kali ini khatika pula merayu. Tetapi semua itu hampa, Adrianna tetap menghampiri Khatika. Dia mahu nyawa kakaknya selamat. Biarlah dia terkorban sekalipun asalkan akaknya selamat.

"Farhan, please. Aku tahu kau sebenarnya tak ada niatnak buat semua nikan? Aku tahu kau orang yang baik. " Adrianna cuba memujuk Farhan. Dia rasa hanya dengan pujukan mampu meredakan kemarahan Farhan.

Farhan tertawa sinis.

"Kau tak payah nak psyco aku lah! Kau ingat aku nak termakan dengan pujukan kau ke bodoh? " Farhan membentak. Dia kemudian menekan kuat lagi pisau tersebut pada leher Khatika.

"Arghhh! " Jerit Khatika. Ya Allah. Pedihnya tidak tertanggung.

"Farhan! Aku merayu, tolonglah lepaskan kakak aku. " Rayu Adrianna lagi. Hatinya terobek melihat darah yang mengalir dari kakak tercintanya.

"Aku tanya kau mana Amalina?! Mati perempuan ni karang aku buat! " Farhan sudah tidak mahu berdolak-dalih. Dia harus cari gadis itu. Mati dia kalau gadis itu membuka mulut.

Pisau semakin ditekan kuat pada leher Khatika.

"Farhan lepaskan kakak aku. Aku merayu sangat. " Rayu Adrianna lagi apabila dia melihat semakin banyak darah mengalir dileher kakaknya.

Khatika sudah meraung. Ya Allah, pedihnya tidak terkata. Dia memejam matanya kuat. Andai ini nafas terakhir, dia redha.

"Aku tanya mana Amalina?! Kau pekak ke? " Tempik Farhan. Tahap kesabarannya sudah semakin menipis. Dia tidak mahu terleka dengan pujukan gadis itu.

"Amalina dekat hospital! " Balas Adrianna. Maafkan aku. Aku terpaksa.

"Siallah! Kau yang bawa dia ke sana kan?! " Tanya Farhan lagi. Mati dia kali ini.

"Dia lemah Farhan. Aku tak ada pilihan. " Jelas Adrianna. Dia kini sudah melutut. Merayu agar Farhan melepaskan kakaknya.

Farhan menolak Khatika ke tepi. Dia meraut wajahnya. Rambut yang kusut itu tidak dapat menandingi kekusutan kepalanya.

"Argggh!!!! Siallah! " Jerit Farhan. Dia melangkah keluar rumah. Nampaknya satu kerja lagi dia kena masuk hospital senyap-senyap. Tunggu kau Amalina! Bodoh!

"Kami polis. Rumah ini sudah dikepung. Serah diri secara baik supaya kami tidak melakukan kekerasan. "

Farhan menghentikan langkahnya.

"Sial! Siapa yang call polis ha!? " Farhan segera berlari mendapatkan Khatika semula.

Adrianna terpinga-pinga.

"Kau nak sangatkan aku mati dekat penjara? " Farhan dah macam orang tak waras sahaja. Pisau kembali diacukan dileher Khatika.

"Farhan! Bawa mengucap Farhan. " Sampuk Arsad. Kesian dia melihat Adrianna dah tidak tentu arah.

Tapi, lagi kesian pada Khatika yang sudah nyawa-nyawa ikan.

"Ini kau cakap nak selesai baik-baik. Aku dah agk dah. Kau orang semua memang tak boleh nak percaya! Sial! " Jerit Farhan.

Pisau dileher Khatika ditekan dan ditariknya kuat. Memercik semua darah ditangannya.

"Allah! " Adrianna sudah lemah. Rasa macam seluruh jasadnya ditarik keluar.

Pang!

Adrianna memalingkan wajahnya. Dia lihat Farhan sudah terlentang dilantai. Segera polis yang berada diluar masuk mendapatkan Farhan.

Khatika yang sudah menggeletar dilantai didekati.

"Kakak... " Dia memangku kepala Khatika di pehanya. Wajah Khatika yang pucat itu menambah sayunya.

"Rina...Ak.. akak nak ka.... kamu ma.. afkan Mikhael. Ak.. akak ta.. hu Mik..Mikhael tak sa.. salah. " Khatika gagahkan dirinya juga untuk bersuara walaupun dia berada diambang kematian.

Dia tidak mahu adiknya tersilap ambil langkah. Dia tahu Mikhael boleh menjaga adiknya dengan baik.

Adrianna mengangguk laju. Air mata yang semakin gugur dibiarkan sahaja. Kakaknya yang semakin lemah itu dipeluknya.

Tangan Khatika digenggamnya kuat.

"Asyhaduallailahaillallah. " Adrianna redha. Biarlah dia melepaskan kakaknya pergi.

Peritnya rasa hati ini dihiraukan.

Dengan lemah Khatika mengulang semula dua kalimah syahada tersebut.

"Waasyhaduallailahaillallah. " Sambung Adrianna dalam sedu-sedannya. Beratnya rasa nak melepaskan pemergian orang penting dalam hidupnya. Ya Allah, jika ini ujian bagiku, aku redha.

Sayup-sayup Adrianna mendengar suara Khatika. Lama-kelamaan suara kakak tercinta semakin tenggelam dan hilang.

Adrianna menangis sekuat-kuatnya. Tubuh kaku kakaknya dipeluk. Besarnya dugaan hidupnya. Aku rela Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience