#36

Romance Series 16322

Arsad sudah pun sampai di rumah milik ibunya. Tiada sesiapa di dalam rumah. Ibunya mungkin pergi ke pasar membeli barang dapur. Arsad seorang anak lelaki yang sangat bertanggungjawab, di memilih untuk tinggal bersama ibunya dengan alasan mahu menjaga dia.

Perlahan lahan Arsad melangkahkan kaki menuju ke biliknya. Pintu dibuka perlahan pandangannya terus tertumpu pada sebuah buku novel yang telah dia susun di atas meja belajar miliknya.

Dengan hati yang berat, dia mengambilnya dan terus membuang buku itu. Arsad merebahkan badan di atas sebuah tilam yang empuk. Kepalanya yang berserabut dipicit perlahan. Matanya merenung kipas yang ligat berpusing.

"Fateha.." Arsad menyebut nama tersebut dengan sangat perlahan dan mendengus.

Fikirannya kembali melayan memikirkan sesuatu yang amat berat baginya. Novel itu juga tertulis nama Fateha Liyana. Dia kembali mengambil novel itu dan membeleknya. Dia seakan akan mencari sesuatu di dalam novel itu. Ternyata ianya adalah sekeping gambar. Kelihatan disitu gambar dua orang yang salah satunya Arsad dan seorang wanita bertudung.

Air mata Arsad berlinangan, dia mengambil balik novel dan gambar itu dan diletakkan kembali di rak bukunya.

Tok tok tok

Pintu biliknya diketuk sebelum dibuka. Ternyata itu adalah ibunya.

"Syad, syad dah tahu dah?" Ibunya yang juga dikenali sebagai cik Asmah

"Pasal teha? Dah ." Jawap Arsyad yang berlagak tenang.

"Syad tak pergi melawat?" Cik Asmah.

"Taklah, Syad ada kerja kena buat. Lagi pun Iqmal dah pergi, biarlah dia wakil sekali untuk Syad." Kata Arsad.

"Ingat, jangan berdendam sangat. Tak baik." Kata Cik Asmah sebelum meninggalkan anak terunanya itu.

***

Mikhael yang baru sampai di hotel yang ditempahnya. Tempatnya sangat cantik dan selesa. Sepertinya dia tidak menyesal memilih hotel itu, walaupun murah tapi berbaloi. Selepas meletakkan begnya di atas katil, badannya yang letih terus dihempaskan di atas katil yang seolah olah tengah memanggilnya.

Dia mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam poket.

"Hello, Rina. Jom teman aku makan malam ni?" Kata Mikhael. Ternyata nombor Adrianna dahulu yang di dail.

"Malam ni? Boleh, pukul berapa kau nak ambil aku?" Kata Adrianna.

"Dalam pukul 8.30 malam macam tu." Mikhael.

"Boleh boleh, tapi jangan lambat. Kalau lambat aku tak nak ikut kau, oklah aku nak kemas barang barang aku ni. Jumpa malam nanti, ingat jangan lambat." Adrianna terus mematikan panggilan tanpa sempat Mikhael bercakap apa apa.

Mikhael tersenyih seorang diri. Dia mengambil tongkat di sebelah kanannya untuk membantunya berdiri dan terus menuju ke bilik air untuk menyegarkan badannya yang sudah melekit itu.

Masa yang ditunggu telah pun tiba. Mikhael menyemburan minyak wangi kegemarannya ke seluruh tubuh. Dibetulkan kolar baju supaya melihatan kemas di mata Adrianna. Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Dia terus mengambil kunci yang berada di tepi tilam dan terus keluar.

"Cantiknya, nak pergi mana tu?" Nissa. Maya dan Risya juga berada disitu. Mereka sedang leka menonton televisyen yang sedang menayangkan drama kegemaran mereka.

"Aku nak keluar makan dengan Mikhael." Kata Adrianna selamba.

"Mikhael? Cousin kau tu?" Kata Maya.

"Yelah, kenapa?" Adrianna mencari cari telefon bimbit di dalam beg tangan berwarna hitam miliknya. Dengan dress yang berwarna biru laut sangat padan dikenakan oleh Adrianna. Manis sahaja kelihatannnya.

"Tak ada apa, tapi nanti kirim salam dekat dia, boleh tak?" Maya

"Aku tak beranilah cakap macam tu, takut nanti girlfriend dia marah." Adrianna berdalih.

"Alah cakap je." Maya berkeras.

"Kau ni Maya, nak jadi perampas ke?" Risya yang bermulut lantang segera mencelah perbualan Adrianna dan Maya.

Maya mendiamkan diri. Walaupunpun begitu, Maya tidak berkecil hati. Nissa yang berada di tepi tingkap mendengar bunyi kereta mendekati rumah mereka. Dia mengintai dijendela rumahnya.

"Adrianna, tu Mikhael dah sampai." Kata Nissa.

"Dah sampai? Ok, aku pergi dulu ye. Bye." Adrianna melangkah keluar. Langkahnya diikuti Maya sehingga di depan pintu. Adrianna menyedarinya tetapi malas dia melayan.

"Awal sampai, bagus." Kata Adrianna setelah membuka pintu kereta Mikhael.

"Yelah, nanti kau tak nak ikut pulak." Kata Mikhael. Pandangannya teralih ke arah Maya yang sedang memerhatikan mereka. Tingkap keretanya yang separuh membuatkan Maya nampak jikalau Mikhael sedang melihatnya, dia segera melambaikan tangan ke arah Mikhael.

Lambaian itu hanya dibalas dengan senyuman hambar. Lalu segera tingkap itu dinaikan.

"Kau nak makn dekat mana?" Adrianna

"Mana restoran yang sedap dekat sini?" Mikhael.

"Manalah aku tahu, aku duduk sini bukannya bertahun tahun. Setahun pun tak sampai lagi." Adrianna.

"Alah kedai yang kau selalu makan ke? Tak kisahlah." Mikhael.

"Kedai yang aku selalu makan? Ada ada. Serius weh sedap tempat tu. Jom kita pergi." Adrianna teruja. Mikhael tersenyum.

Perjalanan mereka penuh dengan nyanyian Adrianna. Diikuti juga dengan Mikhael. Walaupun suara mereka seperti kera sumbang, mereka tetap bernyanyi.

Sesampainya tempat yang dituju, Adrianna terus memesan nasi goreng kampung kegemarannya. Manakala Mikhael memesan mee goreng basah.

"Rina, aku nak tanya kau sikit ni." Mikhael

"Apa dia?" Adrianna yang sedang melihat telefon bimbitnya segera memalingkan muka ke arah Mikhael.

"Kalau kita......" Tidak sempat Mikhael menghabiskan ayat. Seorang lelaki menegur Adrianna. Adrianna memandang ke arah suara itu dan tersenyum.

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience